Apabila diberitakan kejadian berlaku di Kuala Dipang, Kampar, saya rasa terkejut.. Sebab itu kampung saya.. Memang saya tahu air sungai berkenaan agak deras juga walaupun dalam keadaan biasa / normal (tiada hujan). Saya fikir memang banyak aspek kecuaian yang wujud membabitkan peristiwa yang menyedihkan ini.. Tak perlulah diulas lagi kerana susah tentu kita akan menuding jari kepada itu dan ini.. Cuma saya suka untuk menyatakan di sini, adalah lebih elok dan selamat di masa-masa hadapan atau sekarang ini pun diberikan satu ketetapan. Ketetapan untuk menetapkan kewujudan sesuatu kawasan perkemahan untuk latihan aktiviti luar dan kursus kepada pelajar khususnya PERLU berada di kawasan yang jauh dari sungai, air terjun, tasik, laut atau mana-mana kawasan berair lain. Ini adalah kerana kemungkinan untuk berlakunya sesuatu yang tragis itu adalah tinggi di kawasan-kawasan seperti ini terutamanya lemas.
Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. Amat simpati kepada keluarga yang terlibat.
Syabas dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 2 orang yang telah berusaha menyelamatkan anak-anak yang sedang berpaut pada jambatan berkenaan.. Kalau tidak silap saya seorang namanya En. Ismail (pengawal keselamatan sekolah) dan seorang lain En. Anuar (sedang bertugas - RELA) ketika kejadian berlaku.. Ini adalah mengikut cerita salah seorang dari mereka kepada ayah saya sendiri yang kebetulan kawan sekampung mereka.. Mereka memang Hebat!!
Sedikit tips : Sekiranya kita berada di situasi seperti anak-anak itu yang terlepas pada pautan, cubalah sedayanya mengikut aliran arus dan cuba mengapungkan diri, cuba berenang ke tepi atau tebing dan berpaut di mana-mana tempat yang boleh dipaut.. Betapa pentingnya ilmu menyelam dan berenang ni... tidak dapat dinafikan..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda