Manusia tidak dapat lari daripada masalah.. Setiap hari kita perlu berdepan dengan masalah.. Masalah, masalah dan masalah. Cuma setiap orang tu ada bahagian masing-masing dalam menempuhi masalah masing-masing..
Ada yang hidupnya penuh masalah dari muda sampai ke tua.. Ada yang mudanya tiada masalah, eh tiba-tiba dan berusia ni ada bayak pulak masalah.. ada yang mudanya banyak masalah, bila tiba waktu tua, tiada masalah, OK jer semuanya.. Kalau ada manusia yang hidup tanpa masalah (memang lah pelik orang ni..). Pelbagai masalah ada dalam dunia ni untuk kita uruskan.. penyakit, kewangan, hubungan, kerja, kereta dan beribu-ribu masalah lagi yang perlu ditangani setiap hari bagi memastikan semuanya berjalan di dunia ini. Masalah orang lain pun boleh jadi masalah kepada kita..
Masalah menjadikan kita stress dan tertekan.. Amat sedih dan ruginya seseorang itu kalau dia sendiri menempah dan mencari masalah dalam hidupnya.. Masalah yang banyak dan tidak diurus dengan baik akan membuatkan kita stress.. Stress membuatkan kita tertekan.. Tertekan membuatkan hormon negatif dalam badan kita menjadi meningkat.. Kemudian penyakit pun mudahlah datang menghinggap.. Aduh!! Memang sakit.. Apa-apa penyakit pun menyakitkan..
Jadi, buat sahabat yang membaca blog ini.. jika sedang berdepan masalah.. sebesar manapun masalahnya.. cuba bertenang dan berhenti seketika daripada memikirkannya... Rileekkss..... jangan biarkan diri anda masuk dalam lingkungan stress dan tekanan itu.. Tarik nafas dalam2 dan hembus elok2.. Kalau berada di depan monitor.. bangun dan pergi ambil angin sebentar, pi makan ker minum ker... Kalu terpaksa berada di office, biarkan seketika kerja yang memeningkan itu.. dengarkan zikir atau musik dan lagu yang anda sukai.. Chat sekejap dengan member2 yang sudi mendengar kata-kata dan borak-borak kosong anda.. Cuba balik awal ke rumah... siram pokok bunga sambil tersenyum ;) InsyaAllah hilang stress tu...
Saya sedang stress semasa menulis tajuk ini.. tapi jam baru menunjukkan 11.30 pagi ;)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda