Thursday 31 December 2009

Selamat Tinggal 2009.. Selamat Datang 2010....


Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya kurang daripada 15 jam lagi. Pelbagai corak dan warna perjalanan kehidupan yang kita lihat dalam sepanjang tahun ini. Pelbagai suka, duka, tekanan, kesulitan, kemusykilan, jatuh bangun, kepelikan, kesedaran, harapan, keputusan, perbincangan, forum, slogan, kempen, acara dan macam-macam lagi.





Dalam konteks Malaysia, saya melihat secara keseluruhannya Malaysia mengalami banyak pengalaman dan peristiwa yang memberi pengajaran dan panduan kepada semua baik kepada individu, keluarga, ketua masyarakat, peniaga, penjawat awam, pihak swasta, ahli korporat, “bloggers”, para pemikir, ahli akademik, ulama, parti politik, kerajaan, serta barisan kepimpinan Negara untuk lebih yakin dan bertanggungjawab menghadapai tahun 2010.

Tahun 2009 ini kita melihat pelbagai isu politik yang dihampurkan untuk tatapan dan penilaian rakyat baik dalam isu politik wang, perpecahan, tuduh menuduh dan sebagainya. Sehingga ke saat ini pun masih tidak sunyi di mana-mana media isu politik dan orang politik diperkatakan.

Dalam membela nasib rakyat, KPI dan NKRA telah diperkenalkan kerajaan. Perbincangan dan pembentangan telah ada tetapi mungkin ia lebih kepada butiran di atas kertas. Pada 2010 tentunya rakyat mahu melihat lagi kesannya yang terus kepada mereka. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berpendapatan tinggi tentunya adalah satu cabaran yang besar.

Pada tahun ini juga kita melihat beberapa kejadian dan tragedi yang berlaku yang turut mengorbankan nyawa. Bencana alam, tanah runtuh, kemalangan dan sebagainya. Aktiviti jenayah yang bermacam-macam taktik dan kekejaman nampaknya masih kita takuti dan kesalkan.

Fenomena di internet seperti facebook dan blog pada tahun ini turut lebih diketengahkan. Ianya adalah media yang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin. Ruang perbincangan dan jaringan manusia semakin luas dan dekat. Sudah ramai yang telah menyertainya. Ramai yang aktif dan serius memperkatakan isu-isu semasa serta ramai juga yang sekadar suka-suka dalam mengendalikannya. PM sendiri telah ada di facebook ;)

Segala tindak tanduk kita mungkin memberikan kesan samada baik, kurang baik ataupun tidak baik kepada masa hadapan. Ingatlah segala tindakan kita seharian akan dicatatkan markah. Tidak kiralah siapa kita dan dimana kedudukan kita.. masing-masing ada tanggungjawab yang harus dipikul dengan sebaiknya. Kalau memikul terlalu berat kita akan rebah juga nanti. Kalau memikul terlalu ringan itu tidak adil. Dan kalau tidak memikul langsung kita akan diketepikan nanti. Perlu ada keseimbangan dan berhati-hati dalam melakarkan sejarah kita ;) Apa pun yang pentingnya ialah mutu perkhidmatan kita.. apabila orang puas hati maka itu BAGUS!

Semoga azam yang kita tetapkan pada tahun hadapan lebih jelas dan realistik yang turut memberi manfaat kepada semua. Teguhkan prinsip diri kita, berusaha dengan rajin dan sentiasa bersemangat. Semoga Malaysia lebih maju, dingin, aman, sejahtera, indah, bersih ceria dan mendapat rahmat daripada Allah sampai bila-bila. InsyaAllah. Selamat Tahun Baru 2010.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 30 December 2009

Cukai Kad Kredit


Cukai kad kredit nampaknya mungkin boleh menjadi isu... Kerajaan mengumumkan cukai keatas setiap kad kredit utama dengan bayaran RM50 dan bagi kad kredit tambahan ialah RM25 untuk satu kad. Apapun keputusan dan dasarnya di sini saya merasakan ia akan memberikan beban kepada mereka yg berkenaan.

Saya bukanlah ahli atau arif dalam bidang perbankan, tetapi sebagai orang yang "biasa-biasa", saya pelik kenapa masih boleh wujud cukai seperti ini dikenakan kepada pemegang kad yang sebelum ni kita tahu telah sedia banyak kes dan kesulitan pemegang kredit kad dalam mengurus dan melangsaikan hutang dan bil mereka. Pendek kata, pihak bank masih mengekalkan statusnya yang terus "KAYA RAYA"... makin kaya dan kaya raya.. Golongan "mudah miskin" pula menjadi semakin sengsara...




Akhirnya, suka untuk saya berkongsi tips panduan penggunaan kad kredit dengan meminjam tips daripada Blog Kesatuan Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia : http://kpprsm.blogspot.com/2009/11/tips-penggunaan-credit-card.html untuk pengetahuan dan manfaat kita bersama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 28 December 2009

Tragedi Bas Ekspres


Malang tidak berbau.. Itulah yang saya dapat fikirkan apabila membaca tajuk akhbar berkaitan tragedi bas ekspres yang meragut 10 nyawa. Salam Takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.. Moga mereka cekal, kuatkan semangat dan sabar dalam menghadapi ketentuan olehNYA. . Kadang kala kita telah bersedia dengan pelbagai persediaan itu dan ini tetapi apabila sesuatu itu telah TERTULIS, tiada apa yang dapat mengubahnya.

Cuma, sebagai manusia mungkin kita masih boleh berikhtiar untuk berfikir bagaimana dimasa-masa hadapan tragedi seperti ini dapat dielakkan secara yang lebih berkesan. Kita melihat PUNCAnya di sini adalah pemandu terlelap. Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila kita terlalai hanya 2 saat sahaja kemalangan boleh berlaku. Timbul keadaan dan rasa mengantuk pada pemandu memang amat tinggi di waktu malam, terutamanya di sebelah tengah malam dan awal pagi.





Mungkin pihak yang berwajib boleh memikirkan dan mempertimbangkan seeloknya adakah masih wajar perjalanan bas ekpres pada waktu malam. (selepas jam 12 tgh malam hingga ke Subuh). Tubuh manusia saya fikir dijadikan untuk berehat diwaktu dan saat itu dan bukannya untuk berjaga dan bekerja. Lebih-lebih lagi kerja yang melibatkan penumpuan dan fokus (yang perlu 100% tumpuan mata). Bagi pemandu bas ekspres, mereka membawa puluhan nyawa setiap malam dalam jangkawaktu yang mungkin panjang lebih 3 jam..  Penumpang bergantung keselamatan kepada pemandu bas dalam waktu itu.. Ini tak sama dengan pilot yang membawa kapal terbang  yang boleh menetapkan autopilot membawa penerbangan mengikut haluannya.

Sebaiknya bagi saya, bagi perjalanan jarak jauh kerajaan atau mana-mana pihak yang berkenaan harus menggalakkan masyarakat untuk menggunakan keretapi. Tetapi SEBELUM itu!! Bukanlah dengan standard keretapi yang ada seperti sekarang... yang agak kurang memuaskan saya rasa. Perlu satu transformasi penggunaan keretapi yang lebih cekap, selesa, selamat, pantas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kemudahan yang setidaknya hampir setara dengan R&R yang ada di Lebuhraya PLUS ;) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 24 December 2009

Menjaga Nama Baik





Tulisan saya sebelum ini memperkatakan tentang label. Kali ini saya cuba menulis tentang  nama pula. Nama adalah pengenalan siapa kita. Setiap benda dan perkara ada namanya. Kalau anda boleh cari satu perkara yang tiada nama.. cuba nyatakan di sini ;) kalau ada anda memang hebat!!

Semua perkara.. baik manusia, haiwan, alam, organisasi, produk, kumpulan dan apa sahaja mesti ada nama tersendiri. Di dalam bidang perniagaan ada istilah penjenamaan. Ini menunjukkan betapa penting NAMA itu pada sesuatu BENDA dan PERKARA. Ini bermaksud nama amat memainkan peranan dalam menentukan prestij dan identiti sesuatu perkara.

Cuma tujuan saya menulis di sini adalah untuk menyuarakan kepada sesiapa sahaja janganlah dek kerana kebencian dan ketidakpuasan kita kepada sesuatu yang berada di bawah NAMA itu, kita mencalarkan namanya. Paling sedih kita yang bernaung di bawah sesuatu NAMA itu dan kemudiannya kita sendiri mencalarkan NAMAnya. Kita kadangkala dengan sengaja mencalarkan NAMA kita sendiri... Janganlah begitu...Teringat di zaman budak-budak dulu, suka baca komik yang ada watak.. PENDEKAR Tanpa NAMA ;))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 22 December 2009

Jangan Biarkan Diri Anda Dilabel Sedemikian Rupa






Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, saya ada membaca dan memerhati perkara yang berada di sekeliling yang berkaitan dengan pandangan seseorang kepada seseorang yang lain. Manusia ini saya fikir suka menilai sesuatu yang ada di depannya. Jika ada sesuatu tugasan yang diberikan oleh bos kepada kita yang pertama sekali kita akan cuba melihat nilai tugasan yang diberikan. Adakah ianya susah, senang, menyeronokkan, tidak seronok, membebankan dan sebagainya. Apabila kita berinteraksi dengan seseorang, dalam fikiran kita akan berlegar-legar percubaan untuk menilai samada orang itu baik, ikhlas, jujur, selesa, marah atau ada apa-apa perasaan terhadap kita. Setiap daripada kita juga sebenarnya saya fikir membawa label dan nilai yang tersendiri yang dibawa setiap hari.

Samada kita dilabelkan sebagai seorang yang positif  ataupun negatif, kebiasaannya kita TIDAK TAHU dan TIDAK PASTI kerana label itu hanya berada dalam kotak fikiran individu yang kenal dan berinteraksi dengan kita. Setiap daripada kita yang telah ada membawa label-label diri yang positif itu Alhamdulillah.. tetapi bagi kita yang masih terlekat dengan label yang negatif pula, cuba-cubalah cari jalan menanggalkan label negatif itu..  

Jika kita tidak peduli apa yang orang kata dan fikirkan, mungkin kita selesa dan boleh menjadi tenang, tetapi jika kita peduli apa yang orang kata dan fikirkan tentang kita, tentunya kita menjadi kurang selesa dan sering diselubungi keresahan dan tidak yakin pada diri..

Akhirnya, kepada tuan puan.. jika ada masalah jangan malu dan segan untuk meluahkan kepada sesiapa sahaja. Luahkan kepada rakan-rakan, pasangan atau sesiapa sahaja... paling mudah sekarang ni ialah di facebook :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 21 December 2009

Bekerja Dari Rumah.. Bagus tu...


Program perintis bekerja dari rumah oleh 39 pelukis pelan JKR dilihat satu percubaan yang penuh bersejarah oleh kerajaan. Saya melihat ianya amat sesuai dan kena pada waktunya. Dengan cara bekerja sesetengah bidang tugas yang hanya perlu duduk di meja dan fokus kepada monitor, mouse dan keyboard, tentunya bekerja di rumah adalah satu pendekatan yang lebih mendatangkan hasil yang memberangsangkan (jika mereka yang berkenaan benar-benar amanah dan berintegriti).

Banyak faedah yang diperolehi secara langsung dan tidak langsung jika cara bekerja ini dipraktikkan sebaiknya. Antaranya :

1. Penjimatan duit untuk kos perjalanan seperti petrol, tol dan selenggara kenderaan.
2. Penjimatan kos di pejabat. Elektrik dan air.
3. Penjimatan masa yang dihabiskan di atas jalan raya.
4. Penjimatan perbelanjaan untuk makan diluar.
5. Penjimatan penggunaan alat kosmetik ;)
6. Daya tumpuan akan lebih tinggi dengan tiada angguan dari persekitaran.
7. Ada ruang untuk rehat setelah penat memberikan fokus kepada kerja.
8. Aspek penilaian dapat diasaskan kepada hasil kerja dan produktiviti.

Walau bagaimanapun pilihan bekerja di rumah ini kurang praktikal dan kurang sesuai bagi mereka yang berada dalam situasi seperti ada anak kecil yang perlu dijaga serta bagi mereka yang memiliki ruang di rumah yang sempit, tidak kemas dan kurang kondusif untuk bekerja.



Semoga percubaan selama 3 bulan ini memberikan keputusan yang baik dan dapat diperluaskan sehingga ke tempat saya bertugas ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 18 December 2009

Menambahbaik Sistem Pengangkutan di Lembah Kelang

Salah satu daripada sasaran NKRA adalah untuk mensasarkan lebih kurang 1/4 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012. Ada pendapat yang mengatakan memang agak mustahil untuk rakyat mendapatkan akses kemana-mana dengan sempurna melalui pengangkutan tanpa perlu banyak berjalan. Saya kurang setuju.. Bagi saya, jika rakyat di negara ini yang telah selesa menggunakan kenderaan sendiri (ada air-cond yang nyaman) walaupun berada dalam jem... diberi pilihan dan galakan untuk menggunakan pengangkutan awam dan kemudiannya perlu berjalan-jalan (yang mungkin jauh) untuk ke destinasi yang dituju tentunya ia bukan perubahan yang dikehendaki.

Kita tidak boleh membandingkan Malaysia dari segi pengangkutan dan perjalanan kaki dengan negara-negara maju lain seperti di Eropah dan Jepun yang mana iklim dan persekitaran mereka SEJUK. Faktor cuaca itu sebenarnya adalah isu bagi saya. Di Jepun mereka boleh berjalan kaki sejauhmana pun sebab iklimnya dingin. Berbanding di Malaysia nak jalan kurang 1 km pun dah berpeluh satu badan.. memang tak selesa. Pendapat saya adalah lebih wajar pihak berwajib memikirkan kaedah seperti berikut:

Katakan saya menetap di Padang Jawa, Klang dan ingin ke destinasi di Bangunan RISDA di Jalan Ampang, KL (Tiada stesen LRT.Putra.Monorel)

1. Kerajaan atau konsortium pengangkutan pertama sekali perlu menyediakan train gerabak komuter yang secukupnya untuk mereka yang tinggal diluar KL masuk ke KL. Setiap stesen di dalam KL perlu lengkap dengan integrasi pengangkutan bas dan teksi.

2. Saya bermula dengan meletak kenderaan di stesen Padang Jawa. Perlu ada kompleks tempat letak kenderaan di stesen Komuter Padang Jawa yang cukup luas dan mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan di Padang Jawa. Berjalan di kawasan ini taklah berpeluh badan. Nak cantik lagi berbumbung tidaklah panas kereta di situ berjemur setiap hari.. Cuasa semakin PANAS sekarang ni..

3. Saya menaiki komuter hingga ke KL Sentral ataupun kemana-mana stesen yang paling dekat dengan bangunan RISDA.

4. Kemudian saya menggunakan khidmat bas atau teksi (Disediakan mengikut zon dan laluan tertentu).

5. Natijahnya, disebabkan ramai orang di luar KL yang melalui langkah 2 hingga 4 di atas, jumlah kenderaan akan berkurang dan sistem pengangkutan di KL menjadi lebih cekap.





Secara ringkasnya kombinasi infrastruktur stesen komuter di luar KL yang meluas, rangkaian laluan dan kecukupan bas dan teksi yang memuaskan di stesen dalam KL akan boleh merubah sistem pengangkutan di KL ke arah lebih ramai rakyat memilih perkhidmatan awam. Begitulah komen saya untuk tatapan para pembaca sekalian :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 16 December 2009

Sea Games Laos

Berita gembira buat peminat sukan negara apabila skuad bola sepak telah berjaya ke final. Sama-samalah rakyat Malaysia menyokong dan mendoakan kejayaan atlet Malaysia di sana. Malaysia Boleh!! Bola sepak tidak dinafikan sebagai sukan nombor 1 di Malaysia walaupun dipersada dunia dan Asia di kala ini kita tidak berada di tahap yang membanggakan. Untuk mencapai tahap dalam lingkungan pasukan terbaik dunia rasanya satu impian yang boleh dilakukan ( walaupun amat sukar & terlalu tinggi ) hanya perlu ada impian yang jelas, perancangan awal dan pendekatan jangka panjang yang penuh teliti dan sabar seperti hasil pasukan Jepun dan Korea sekarang. Apa pun saya melihat Malaysia harus mencapai dan berada dalam kelompok terbaik di peringkat Asia dahulu dan yang terbaik di peringkat Asia Tenggara.

Saya hanya mengutarakan pendapat sahaja disini, bukan untuk mengkritik sesiapa. Pihak yang bertangungjawab dan ada peranan dalam pembangunan sukan negara boleh memikirkan untuk bagaimana membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi daripada sekarang khususnya dalam sukan-sukan tertentu.

Bagi saya yang daif ini, di dalam sukan ada 2 bentuk sukan iaitu yang bercorak dan berasaskan faktor fizikal dan ketangkasan dan yang satu lagi berasaskan kemahiran dan daya tumpuan.. Memandangkan tubuh orang Malaysia yang agak kecil dan sederhana jika dibandingkan dengan susuk dan standard atlet dunia, Malaysia harus menekankan dan menambah fokus kepada jenis-jenis sukan yang lebih sesuai dan sepatutnya mampu oleh atlet kita meraih kemenangan..




Sukan seperti ragbi, bola sepak, olahraga, bola tampar dan bola keranjang misalnya tidak akan boleh (sukar) membawa Malaysia di tahap kelompok terbaik dunia.. Tetapi sukan-sukan lain yang tidak bergantung sangat kepada susuk fizikal harus dititiberatkan. Apa yang penting ketajaman kemahiran, ilmu, fokus, latihan, latihan, latihan dan "LATIHAN".... Antara sukan-sukan ini adalah seperti ping pong, bowling padang, billiard, memanah, golf dan juga permotoran F1 ;)

Sukan seperti badminton, sepak takraw, hoki, bowling, skuash sepatutnya dicari pelapis sebanyak yang mungkin dan berterusan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 14 December 2009

Potong.. Sila Potong.. Potonglah...

Setiap hari dan dimana jua sekarang ini kita akan dapat lihat dan dengar iklan potong P1 WiMaX.. Boleh dikatakan ia iklan paling popular sekarang ni.. Potong wayar dan potong kos!.. Apabila mendengar perkataan 'POTONG' tu, saya terfikir... ada satu perkara yang berada disekitar kita yang harus sentiasa dipotong.. iaitu rumput!! RUMPUT yang tidak dipotong memburukkan pemandangan. Cuba anda lihat dua gambar di bawah.. Inikah lanskap yang hendak dihidangkan kepada pelancong & juga masyarakat kita sendiri?

1. Laluan saya pergi dan balik kerja setiap hari.





2. Di sebuah taman perumahan awam yang sudah ada penduduk di blok bersebelahan..




Mungkin pihak PBT dan mereka yang berkenaan harus main peranan lebih aktif untuk memotong rumput yang hidup subur menghijau ini.... Janganlah hendak hijaukan bumi sehingga lewat sangat untuk dipotong ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 10 December 2009

WATAK KITA


Setiap hari kita dapat melihat di TV para pelakon memainkan watak mereka dalam cerita dan filem yang dilakonkan. Mereka berjaya melakonkan watak yang bukan watak sebenar diri mereka. Memang saya tabik kepada mereka kerana dikurniakan bakat yang besar untuk menjadi ‘orang lain’. Bayaran yang mereka perolehi juga kadangkala amat tinggi untuk sesuatu peranan dalam cerita itu. Kalau di Hollywood, Bollywood atau mana-mana wood-wood lagi mereka mendapat bayaran yang memang agak lumayan. Tak hairanlah kenapa ramai yang amat berminat untuk menceburi bidang ini. Penuh duit di kocek dan penuh glamour..



Beralih ke dunia realiti yang sebenar.. Kita juga merupakan pelakon-pelakon yang memegang watak kita masing-masing di atas pentas dunia yang luas ini.. Tak kurang juga yang tidak menonjolkan watak sebenar sebaliknya meminjam watak-watak lain di luar diri mereka..

Manusia biasanya juga akan memilih satu watak untuk dijadikan ikutan dan model kepada dirinya. Orang yang dikagumi dan dihormati oleh kita biasanya akan menjadi ikutan diri kita. Golongan anak-anak yang kecil lagilah mudah untuk mengikut apa yang dilihatnya. Peranan kita yang dewasa pula memastikan watak siapa yang diikutnya. Memang satu cabaran besar. Kalau ikutan itu baik maka, ada kemungkinan baiklah kita jadinya dan begitu juga sebaliknya. Apapun watak yang ada, yang pentingnya kita perlu tahu apakah tujuan dan matlamat kita berada di dunia ini, cuma kadangkala kita tidak beberapa nampak jalan yang benar ke arah matlamat yang dituju itu.

Kesimpulannya, pelbagai watak ada disekeliling kita di atas dunia ini. Ada baik dan ada jahat.. Ada hitam ada putih.. Kita pilih sahaja antara dua. Saya mengingatkan diri saya agar memainkan watak yang baik dan pilih jalan yang benar. Tidak kira siapa dan apa peranan dan tugas kita, pastikan watak kita putih dan melalui tindakan yang betul mengikut skrip perjalanan yang telah dipandu Kitab dan RasulNYA..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 7 December 2009

Dr Asri Berhasrat Berdakwah di Pusat Hiburan

Pendekatan untuk Dr Asri untuk berdakwah ke pusat-pusat hiburan seperti disko saya fikir adalah satu cabaran hebat kepada pihak berkuasa Islam terutamanya yang berperanan untuk menjalankan dakwah di negeri yang berkenaan. Rasanya ini adalah satu lagi contoh idea kreatif yang mungkin akan memberikan hasil yang lebih baik yang mungkin tidak terfikir pun oleh kita. Tentunya Dr Asri ada resepi dan kaedah dakwahnya tersendiri di sana nanti sesuai dengan tempatnya. Almaklumlah, yang berada di tempat berkenaan tu bukanlah seperti pendengar-pendengar ceramah di surau-surau di masjid-masjid yang rata-rata telah sedia, rela, taat dan ikhlas mendengar ceramah dan dakwah yang disampaikan. Apapun saya yakin dengan kredibiliti yang ada pada beliau dan dengan keizinanNYA, insyaAllah Dr Asri boleh membawa sesuatu perubahan yang baik.

CARA berdakwah seperti sekarang ini rasanya pendengarnya hanya oleh mereka yang berminat sahaja dan tergerak untuk mengikutinya. Bagi yang lain yang tidak berminat, langsung sesuatu dakwah dan pengajaran agama itu dibiarkan begitu sahaja.. Mungkin cara dakwah yang lebih halus, bijaksana dan terkehadapan boleh diamalkan oleh para pendakwah yang tujuan utamanya adalah sekurang-kurangnya untuk memberikan kesedaran awal bagi mereka yang telah jauh atau sedikit menyimpang dari landasan Islam yang sepatutnya.





Dalam masa terdekat juga akan diadakan Minggu Halal dan Pelancongan Islam oleh kerajaan dan kenapa tidak.. dapat diadakan juga nanti Minggu Dakwah Islam di negara ini.. ataupun Hari Dakwah Islam pada setiap Tahun.. Aktiviti bukan sahaja akan tertumpu di masjid-masjid ataupun Pusat Islam tetapi diperluas sehingga ke pusat-pusat tumpuan ramai.. Di Pasar Tani (Hari Ahad) di Stadium Shah Alam untuk beberapa ketika pernah diadakan ceramah bebas oleh Ustaz-Ustaz tertentu.. Ini adalah contoh dakwah yang lebih dekat kepada golongan sasaran cuma mungkin masih kurang sambutannya dek kerana pengunjung sedang sibuk membeli barang keperluan untuk dapur ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 6 December 2009

Kenapa Bosan dan Boring





Dalam facebook kebelakangan ini, ada diantara rakan sahabat yang menyatakan keadaan mereka.. Bosan dan boring.. macam-macam yang diboringkan.. duduk di rumah boring.. cuti boring.. kerja pun boring..  Saya bukanlah pakar motivasi ataupun penasihat ke aper, cuma rasa tergerak untuk memberikan pendapat di ruang ini bahawa betapa kasihannya dan ruginya kita kalau kita memboringkan diri kita selama mana kita diberikan kesempatan dan masa ketika serta ruang untuk hidup di atas dunia ini. Kenapa kita mesti boring dengan segala nikmat yang diberikan? Lihat sahaja kepada nikmat-nikmat pancaindera kita. Ianya sahaja tidak patut dapat membuatkan kita hadir dan berada dalam kepada situasi dan keadaan bosan dan boring tadi.. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan di dalam dunia ini (yang tidak memboringkan bagi saya).. cuma perkara itu, ringan dan berat, mudah dan susah, kecil dan besar sahaja. Mungkin boring tu kerana tidak tahu melakukan apa-apa ataupun kerana banyak masa yang ada tidak tahu untuk apa dilakukan.. Banyak sebenarnya kerja yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kebosanan.. Tips daripada saya : Jika faktor A yang membuatkan kita boring, ambil tindakan yang bertentangan dengan faktor A. Selagi ianya tidak melanggari peraturan dan syarak teruskan.. Kita sebenarnya yang memilih untuk boring..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 5 December 2009

Roh dan Jasad


Pagi Jumaat semalam di pejabat ada diadakan ceramah agama. Dek kerana sedikit kesibukan kerja, saya sempat masuk setengah jam terakhir sahaja. Rugi benar rasanya untuk ilmu yang setengah jam awal tu. Tajuknya agak menarik kerana penceramah menyentuh tentang roh. Roh dan jasad adalah 2 elemen yang berbeza pada diri kita. Roh berunsur halus dan kita tak nampak, manakala jasad adalah tubuh kita yang kita nampak. Roh yang tenang dan diasuh (diseru dengan kebaikan) boleh mempengaruhi untuk jasad ke arah akhlak yang baik pada diri kita. Contoh : Dalam mendidik anak yang nakal, jangan kita gunakan pendekatan yang jahil terhadap anak iaitu menyakiti jasad seperti memaki hamun, merotan dll. Sebaliknya cuba kita guna pendekatan mendidik rohnya dahulu. Dikala tidurnya seru diubun-ubunnya.. Katakan kata-kata nasihat dan surah-surah dari Quran dan niatkan untuk mendidik anak berkenaan.. Jangan kita biarkan roh kita sentiasa lemah dan sakit kerana masalah besar nanti sekiranya roh yang sakit tu akan memandu diri dan jasad ke arah kemungkaran. Menjaga jasad yang zahir tidak sesukar menjaga roh. Wallahualam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 4 December 2009

Mendakwa Mesti Ada Bukti


Mendakwa mesti ada bukti, jangan main cakap atau tulis sahaja..



Sekarang ni macam-macam bentuk tuduhan yang kita dengar. Daripada sesiapa sahaja. Baik daripada orang kebanyakan sampailah ke peringkat di atas. Kalau dalam kelompok aliran politik (di bawah kadang kala lagi teruk berbanding di atas) bermacama-macamlah tuduhan kepada pihak yang sebelah sini kepada pihak yang tidak sealiran dengan mereka. Dia tuduh itu dan ini. Bagi saya mudah sahaja. Bila ada tuduhan kemukakan bukti bersama. Barulah tertegaknya kebenaran kepada tuduhan itu. Kalau tiada bukti tak payah cakaplah, simpan sahaja dahulu dalam poket. Bila dah ada cukup bukti dan asas, barulah keluarkan semula dari poket tu ;) Masalah besar sekiranya orang yang menuduh kadangkala membuat tuduhan melulu sahaja. Main tembak saja, kalau kena dia bernasib baik, kalau tak kena dah boleh menjadi fitnah akan tuduhan tu nanti.. Berdosa.. Kita kadang-kadang menuduh atas fakta yang kita pinjam daripada cakap-cakap orang lain tanpa kita melihat dan mengetahuinya betul-betul. Kurangkan aktiviti tuduh menuduh dan menyalahkan yang lain ini dan segera perbaiki diri untuk berkhidmat kepada orang lain. Itulah harapannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 3 December 2009

Sakit Hati ( Dendam )

Dendam boleh dianggapkan sebagai satu penyakit dan binatang yang amat jahat. Ia perlu ditendang jauh-jauh.. Kalau boleh dipijak, pijakkan betul-betul dengan tekanan yang kuat sampai ia penyek.. Tapi janganlah sampai kita memijak benda yang bukan dicipta untuk dipijak. Takut jadi trend pulak nanti, kita saling pijak memijak..pijak kepala ataupun pijak gambar :))

Dendam terbit dan bermula daripada perasaan marah.. Perasaan marah itu sebenarnya tidak bertahan lama.. Hanya beberapa minit sahaja.. Ianya akan reda sendiri setelah berlalunya masa dan ketika.. Ia reda tetapi ia tidak akan hilang begitu sahaja.. Ia akan hilang setelah hadirnya kemaafan... Kemaafan yang penuh ikhlas dan luhur sahaja akan dapat melenyapkan bara kemarahan tadi..

Malangnya jika tiada langsung unsur kemaafan yang dicari sebaliknya dikutip satu persatu benih-benih kebencian.. Akhirnya dendam terus menjadi tebal di dalam hati. Kita nampak orang yang kita dendami itu yang rugi tetapi kita juga yang rugi sebenarnya kerana membiarkan diri dan hati dimakan penyakit dendam itu sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 1 December 2009

Mengembalikan Kegemilangan Umat


Antara yang sempat dipetik daripada Buku Berjihad Menerusi Tulisan oleh Saudara Talib Samad adalah :

1. Elakkan sebarang pergeseran politik yang membawa perpecahan umat..
2. Golongan kaya dan berada mesti banyak menderma kepada golongan miskin dan lemah...
3. Para cerdik pandai Islam harus menyebar luaskan ilmu mereka menggunakan semua medium yang ada..
4. Menggalakkan lebih banyak pemikir Islam yang berwibawa dan membawa idea-idea baru yang bernas.
5. Melenyapkan sama sekali perasaan dengki, iri hati dan buruk sangka dalam hati dan sanubari.
6. Mengurangkan hiburan yang melalaikan.. Cukup sudahlah kita dilalaikan dimasa-masa yang lalu..
7. Menggalakkan majlis-majlis ilmu.. Jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja.. Rugi kita...
8. Golongan penulis dan seniman wajar menghasilkan karya yang mampu merubah pemikiran masyarakat..
9. Memperbanyakkan perpustakaan di dalam masyarakat, juga penyebaran buku-buku yang bermanfaat..
10. Membuka pintu ijtihad dan perdebatan isu-isu yang sedang melanda umat dengan lebih terbuka dan positif..

Sama-samalah kita fikir dan renung bersama agar ianya dapat menjadi titik tolak tindakan kita ke arah mengembalikan kegemilangan Islam di tempat yang sepatutnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelancaran di Jalanraya

Pembinaan dan pembukaan laluan baru jalan Seremban ke Kuala Pilah melalui Bukit Putus akan memberikan kelancaran kepada pengguna jalan raya yang datang dari Seremban dan Kuala Pilah. Jalan yang merentasi Hutan Simpan Gunung Angsi, tentunya akan mengurangkan sedikit kesesakan dijalan lama sekarang yang agak sempit dan banyak beloknya. Jalan melalui kawasan hutan tentunya memberikan pengalaman baru kepada kita di sana..

Memang seronok apabila kita melalui jalan baru.. Tetapi kita akan menjadi tidak seronok pula apabila kita melalui jalan lama yang berlubang dan lebih tak seronok lagi bila melalui jalan baru yang juga berlubang dan tidak rata.. Berlubang dalam erti kata boleh menjahanamkan kereta kita.. Almaklumlah bukan murah harga kereta sekarang ni.. Kalau dilanggarnya lubang yang dalam tengah-tengah laju tu mahu bengkok rim tayar tu..




Dalam perjalanan saya ke pejabat setiap hari, perlu diingat setiap check point yang perlu dielak.. Lubang dan jalan tak rata menjadi ancaman utama untuk dielak sebaik mungkin.. Malas cerita panjanglah, silalah tuan puan baca dalam artikel dalam Mingguan Malaysia 2 minggu lalu yang menceritakan keadaan jalan raya kita di Malaysia ni.. Baru turap selepas beberapa hari rosak semula..

Lubang oh lubang kenapalah engkau berada ditengah jalan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 30 November 2009

Nampak Kecil Sahaja Tetapi Cuba Kita Amalkan


Tajuk ini bukan bertujuan untuk menyinggung sesiapa.. hanya untuk berkongsi pandangan berdasarkan pemerhatian sahaja juga hasil teguran orang yang lebih tua daripada saya.. Dalam kehidupan kita tidak dapat lari untuk berdepan dengan perkara yang BESAR dan keciL.. Ada masalah besar.. ada masalah kecil... Ada duit besar dan ada duit kecil... Ada orang besar dan ada orang kecil.. Ada projek besar dan ada projek kecil.. Begitu juga dalam penulisan blog.. Ada isu besar dan ada isu yang kecil.. Sekarang saya tuliskan beberapa perkara yang kecil.. nampak amat kecil tetapi.. mungkin harapnya jangan diperkecilkan lagi oleh kita..

Lihat perkara-perkara kecil berikut :

1. Minum menggunakan tangan kiri - Gunalah tangan kanan, bukankah nampak lebih sopan. Kalau nak juga juga guna tangan kiri, sokong dengan tangan kanan sekali..

2. Kencing berdiri - Salah caranya tu.. kalau di tandas awam tu, sebolehnya gunalah bilik yang disediakan (tertutup kan tiada sesiapa pun akan nampak gaya anda beraksi)

3.Potong barisan - Ketika beratur tak kiralah dimana-mana pun beri keutamaan kepada orang lain dihadapan anda. Kalau pun dia terpaku jemput dia masuk barisan, jangan terus berada di depannya sahaja..

4. Berludah - Elakkan meludah di tempat-tempat awam yang ramai orang.. buang di tempat yang sesuai dan cuba pastikan bukan didepan orang lain yang melihat.. barulah "macho"..

5. Cakap dengan suara tinggi - Kita tahu suara anda mempunyai tahap "volume" yang agak tinggi.. amat sesuai bila menyanyi.. tapi bila berkata-kata atau bersembang, slowkanlah sikit.. Rasanya tidak susah untuk mengawalnya.. Kadang-kala ia memang boleh mengganggu kosentrasi rakan-rakan dan orang lain terutamanya yang sukakan ketenangan dan suasana "diam".

6. Muka masam di kaunter - Tidak kira apa sahaja kaunter yang anda ditugaskan, mulakan dengan senyuman.. kalaupun gigi kita tidak cantik susunannya, cuba senyum dengan paling ringkas pun cukup untuk menyambut pelanggan kita ;)

7. Anda minat sangat musik anda - Belum tentu orang lain (terutama di pejabat) juga meminati musik anda, jadi perlahankan sedikit.. jika nak bagus lagi guna "earphone".

8. Menguap - Tutup dengan tangan jangan dibiarkan terlopong.. Jika menggunakan tangan kanan, gunakan tapak tangan dan jika menggunakan tangan kiri, gunakan belakang tapak tangan..

9. Salam dan lihat pada mata - Jangan sedang bersalam dan mata toleh ke lain..

10. Penuh dan luruskan saf - Ketika untuk memulakan solat berjemaah, sila pastikan kedudukan berdirinya diri anda dengan jemaah lain lurus.. Jangan macam ular.. Jangan berdiri sahaja, tetapi perhatian kaki dan tumit anda, jika kawan disebelah tak selari, jangan takut untuk tegur.. kalau dalam saf pertama masih ada kosong penuhkan dahulu sebelum dibentuk saf atau baris kedua..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 26 November 2009

Berkorban Apa Saja..


Esok, 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Pada paginya Solat Sunat Aidiladha akan dilaksanakan dan seterusnya dilakukan aktiviti menyembelih binatang ternakan untuk dikorbankan.. Untuk huraian lanjut kita boleh rujuk dari laman web IKIM :
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1683&lg=1&opt=com_article&sec=

                                       

Konsep dan hikmah pengorbanan itu memang amat luas. Apapun tujuan pengorbanan yang hendak kita lakukan itu, ianya mesti dimulakan dengan niat yang ikhlas dan tak lari dari landasan kebaikan. Mengikut perintahNYA dan menghindari laranganNYA.

P.Ramlee pernah menyanyikan lagu yang antara liriknya "berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa.." Memang dua bentuk pemilikan kita ini amat kita sayangi.. Siapa yang tak sayang harta dan nyawakan.. Tapi itulah yang amat dituntut untuk membuktikan betapa teguhnya iman dan keyakinan kita kepadaNYA.

Satu lagi perkara yang mungkin kita perlu fikirkan untuk DIKORBANKAN selalu ialah Nafsu Kita. Nafsu kejahatan yang sentiasa menghendakkan kepada kejahatan, ketidakpuasan, hendak dan hendak lagi.. Bisikan jahat dalam diri kita akan sentiasa berlawan dengan bisikan baik mengarahkan kita melakukan itu dan ini.. Kadang kala bisikan jahat yang menang dan kadang kala bisikan baik pula yang berjaya.. Jangan dibiarkan bisikan jahat sentiasa menguasai kita.. Apapun kita mesti kuatkan lagi kepercayaan dan ikutan kita kepada bisikan-bisikan yang baik.. Padamkan seboleh mungkin sisa-sisa nafsu jahat yang ada tu.. Tenyeh abis-abis.. biar dia letih dan terus letih dalam membawa kita ke lembah kebinasaan.. Wallahualam..

Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua.. Maaf Zahir dan Batin..

Berhati-hati di jalanraya ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 25 November 2009

Sabah - Perintis Larangan Beg Plastik


Mendengar berita semalam, saya ingin "tabik" kepada pemimpin dan kerajaan di Sabah yang maju selangkah ke hadapan dan mahu BERUBAH dalam membentuk budaya masyarakat yang lebih mesra kepada alam sekitar.. Usaha mengenakan larangan penggunaan beg plastik oleh pengguna tentunya akan disambut baik oleh rakyat yang berfikiran waras.. Penggunaan beg plastik khususnya bagi jenis yang sukar untuk reput tentunya menampakkan Malaysia di mata dunia sebagai tidak serius dalam menjaga dan memulihara alam yang kian diancam pelbagai ancaman oleh tangan-tangan manusia khususnya pembangunan.. Negara-negara maju saya fikir sudah lama menggunakan beg yang lebih mesra alam dan sememangnya kita patut melaksanakannya sejak dari awal lagi.. Pembekalan beg plastik tentunya datang daripada sumber seperti pasaraya dan kedai yang menjalankan perniagaan. Pihak-pihak seperti ini yang menjadikan pembekal beg plastik kepada masyarakat di tahap pertama harus mengubah guna pakai plastik ini kepada jenis beg yang lain..




Cuma cabarannya di sini ialah beg-beg plastik ini kebiasaannya mudah bagi kita untuk membuang sisa atau sampah domestik di rumah.. Masukkan sampah, bungkus, ikat dan letak di tong sampah dan tunggu lori sampah datang mengutip.. Memang rata-ratanya di Malaysia begitu keadaannya.. Dalam aspek pengurusan sampah itu tentunya kita ada alternatif yang lebih baik.. dan semestinya pihak yang berkuasa dan NGO berkaitan harus memain peranan secara lebih aktif menyedarkan masyarakat kesan negatif plastik itu sendiri serta kaedah terbaik yang harus diamalkan... Kesedaran masyarakat itu mungkin ada, cuma tidak diberi galakkan yang secukupnya.. Lihat kepada aktiviti kitar semula dengan tong-tong kitar semula yang ada. Saya rasa tindakan untuk masyarakat melakukan kitar semula masih ditahap yang amat rendah berbanding di negara-negara lain..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 24 November 2009

Sungai Melaka




Tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka dan  juga kepada rakyatnya kerana menjadikan Sungai Melaka antara produk pelancongan yang amat berpotensi diketengahkan di mata dunia. Tentunya Sungai Melaka ini bersih.. Ya ia memang bersih tidak lagi keroh seperti beberapa tahun dahulu..Baru-baru ini dilancarkan buku bertajuk Sungai Melaka The Rejuvenational of a National Cultural Heritage. Buku hasil karya Ar. Mohd. Nazam Mohd. Kassim itu mendokumentasikan kerja dan usaha kerajaan negeri membangunkan Sungai Melaka sejak dulu hingga sekarang. Diharap menjadi rujukan pihak-pihak lain ;)

Apa yang amat menarik perhatian saya ialah telah nampaknya ada kesungguhan dan hasil oleh pimpinaan Kerajaan Melaka dalam apa yang diusahakannya terutamanya dalam aspek keindahan dan kebersihan di Melaka dan di kawasan Bandaraya Melaka khususnya.. Saya sendiri pernah menyusuri Sungai Melaka dengan River Cruise setahun yang lalu pada waktu malam.. Memang satu idea pelancongan yang amat kreatif dan berpotensi menarik lebih ramai lagi pelancong ke Melaka..

Cuma harapannya janganlah apabila Melaka sudah menjadi tempat tarikan utama, harga barangan dan perkhidmatan, harga makan dan minum pun naik... Kos naik untuk pelancong luar mereka tidak rasa apa-apa.. tetapi bagi pelancong tempatan... tentu mereka akan kecewa ;)

SUKMA ke 13 pada tahun 2010 akan berlangsung di Melaka. Tentu ia akan dilihat sebagai peluang bagi Melaka menarik perhatian pelancong ke Melaka. Setakat ni Bowling & Golf telah mendapat perhatian Kerajaan Melaka. Diharap sukan-sukan utama yang lain juga turut diambil perhatian seperti Bola Sepak dan Badminton. Sukan permotoran juga telah ada ramai peminatnya di Melaka.. ramai yang menontonnya di litar di Ayer Keroh (Dekat Tol PLUS Ayer Keroh) minggu lepas.

Melaka memang pesat membangun.. Lihat sahaja dalam beberapa tahun sahaja, macam-macam telah ada di MITC di Ayer Keroh tu.. Syabas DS Mohd Ali, Ketua Menteri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 20 November 2009

Jemputan Ke Program Suaian Perniagaan Antara Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Bersama Hypermarket Dan Pasaraya Tempatan Dan Asing Di Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Suaian Perniagaan Antara Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Bersama Hypermarket Dan Pasaraya Tempatan Dan Asing Di Malaysia .

Tarikh : 20 - 22 November 2009 (Jumaat - Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Anda dijemput menyertai program tersebut dan sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pihak Sekretariat program, KPDNKK di talian 03-88825769/ 6201. Jangan lepaskan peluang. Sekian, terima kasih

SUMBER : KPKK Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

INTEGRITI

INTEGRITI

Dalam Indeks Persepsi Rahsuah bagi tahun 2009 Malaysia berada di tangga 56 daripada 180 negara.. Jatuh daripada kedudukan 47 pada tahun 2008. Sumber : Penceramah dari Institut Integriti Malaysia.
http://www.iim.com.my/

Sebagai rakyat Malaysia kita tetntunya malu dengan pendedahan ini. Diharap ranking untuk tahun 2010 akan menampakkan sedikit kejayaan oleh SPRM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sejuk Mata Memandang


Seminggu yang lalu saya dan keluarga telah ke Sungai Tekala di Hulu Langat.. berhajat nak berendam menyejukkan badan dan merehatkan minda.. Di dalam perjalanan memang tak banyak sangat kenderaan ( lalu jalan bukit ) dari Pekan Hulu Langat terus ke kawasan rekreasi Sungai Tekala.. Dalam perjalanan ternampak di tepi laluan lebih kurang 2 atau 3 kawasan pembuangan sampah "haram". Berlonggok dan bertimbun sampah dibiarkan di tepi jalan.. Ini satu keadaan yang nampaknya tiada kesudahan.. Mudah sangat membuang sampah.. Mentang-mentanglah kawasan tu jauh dari pandangan orang.. Apa papan tanda amaran denda pun takde makna.. Sedih.....

Kita lupakan kesedihan itu seketika.. Sesampai di kawasan air terjun berkenaan, ramai juga pengunjung yang ada.. sedang mandi, bersuka ria, berehat dan lain-lain. Terus kami mencari lokasi yang sesuai, makan tengahari dan berendam akhirnya.. Suka benar anak saya yang sorang ni dengan air.. Airnya agak sejuk mungkin dek kerana cuaca yang tidak panas ketika itu..






Syabas kepada pengunjung dan pengurusan yang menjaga kebersihan di sana.. Jika dibandingkan di masa dahulu ( kira-kira setahun lalu ) ia agak kotor dan banyak sampah.. Kesedaran menjaga kebersihan inilah yang seharusnya diterapkan dalam setiap diri kita tak kira di rumah, di bandar, di kampung, di pejabat dan di mana-mana pun..

Bagi penggemar-penggemar air terjun serta kawasan rekreasi lain, harap teruskan kecintaan kita kepada menjaga, menghargai dan mengekalkan kebersihannya.. Ianya adalah nikmat pemberianNYA untuk kita. Jangan dirosak dan dicemari selamanya. Di mana lagi kita nak mencari tempat yang menyegarkan kalau bukan di air terjun kan... Apapun berhati-hati di kawasan air terjun yang kita tidak biasa ketika musim hujan ni ;)

http://recyclemalaysia.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 19 November 2009

Takut Berlakunya Bencana..


Sekarang ini terpampang di mana-mana poster filem 2012.. Filem berkait dengan bencana alam yang amat dasyat.. Tentunya peminat filem aksi "bencana" tertunggu-tunggu untuk menontonnya..  Pembikin filem di Hollywood sememangnya kreatif dan tidak kering idea dalam menghasilkan filem untuk hiburan dunia..



Apa yang saya ingin tulis di sini adalah sememangnya manusia (tidak kira siapapun) akan takut dan tidak sanggup untuk menghadapi bencana alam khususnya yang berskala besar... seperti tanah runtuh, banjir besar, gempa bumi, kebakaran dan yang setara dengannya. Lihat sahajalah peristiwa yang pernah berlaku seperti Tsunami di Acheh, gempa di Padang dan sebagainya. Ingatlah kita bahawa berlakunya sesuatu bencana itu adalah disebabkan oleh 2 sebab ( dipanjangkan daripada tazkirah seorang Ustaz yang mengajar di pejabat di waktu zohor tadi ) iaitu :

1. Sunnatullah - kejadian dan aturan perjalanan dunia oleh Allah, dan
2. Akibat perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri.

Yang no 1 tu memang kita tidak dapat nak elakkan seperti kejadian hujan lebat dan banjir sedang berlaku sekarang di Pantai Timur dan beberpa kawasan lain..

Yang no. 2 pula, kita semua kena sentiasa fikirkan dan perlu sentiasa beringat.. Jangan dibiarkan maksiat terus berleluasa kerana apabila bala diturunkan akibat murkanya Allah, semuanya akan kena sekali.. nauzubillah.. Kita selalu melihat bencana di tempat lain, tak mustahil boleh berlaku kepada kita. Moga semua aktiviti maksiat yang masih ada dan berleluasa di bumi Malaysia ini dikuburkan seawal-awalnya sebelum terlambat dan segalanya tidak menjadi seperti "nasi sudah menjadi bubur".. Makan bubur lagi ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peperiksaan, Cuti Sekolah dan Motivasi


Untuk panduan kepada yang membaca juga kepada DIRI SAYA juga..

Sekarang ini musim peperiksanaan SPM dan STPM telah bermula.. Cuti sekolah juga akan bermula.. ramai jugalah para ibubapa yang akan mengambil cuti untuk bersama-sama anak semasa waktu bercuti.. Jalanraya di KL tentunya akan sedikit selesa dan kurang kenderaan di waktu pagi.. Memang best!.. Apabila cuti tentunya ada aktiviti yang telah dirancang seperti bercuti dan melancong di dalam atau di luar negara.. Ada juga anak-anak yang bagus pergi membantu kerja ibu dan ayah pergi menambahkan ilmu, menghadiri kursus dan kelas-kelas tertentu seperti kelas bahasa, komputer, motivasi dan sebagainya.. Ada juga yang rajin mentelaah buku-buku untuk silibus yang akan datang.. Syabas kepada mereka ini..

Tetapi tak kurang juga yang hanya membiarkan sahaja anak-anak membuat apa yang mereka suka.. Ini yang sedikit tak bagusnya.. Saya selalu melihat anak-anak kita selalunya diwaktu cuti.. hanya mengisi masa lapang dengan begitu sahaja.. kalau di bandar mereka akan berjalan-jalan di pusat membeli belah.. macam tu sahaja.. Kalau yang di kampung pun sama.. main-main jer..

Bagi ibubapa yang ada anak untuk mengambil peperiksaan, sedikit nasihat ( saya pinjam daripada program radio IKIM oleh Dr Tengku Asmadi ) untuk persediaan menghadapi peperiksaan :
1. Kurangkan ataupun hentikan sementara semua aktiviti di luar rumah..
2. Berikan pelepasan kepada anak-anak dalam melaksanakan kerja-kerja rumah..
3. Pastikan anak-anak tidur awal dan mendapatkan rehat yang cukup sebelum hari peperiksaan.
4. Tetapkan bentuk ganjaran yang jelas kepada anak-anak jika mereka mencapai sasaran dalam peperiksaan.
5. Doakan anak-anak.. InsyaAllah, doa daripada ibubapa maqbul.. 



Apapun saya melihat aspek motivasi itu amat penting.. setelah anak-anak diberi cukup kesedaran dan motivasi yang tinggi, ibubapa akan mudah untuk mengarahkan anak untuk melakukan apa sahaja.. Begitu jugalah pentingnya motivasi dalam melaksanakan tugas seharian di pejabat seperti saya dan tuan-puan yang lain.. Ada motivasi yang tinggi, secara automatik kita lebih bersemangat dalam kerja.. Motivasi macam iman juga, kadang kala naik dan kadang kala turun.. Untuk mengekalkannya mungkin ada banyak cara dan bergantung pada masing-masing..

Bagi saya sendiri mungkin faktor pengekalan motivasi yang tinggi dalam kerjaya adalah.. adalah... mungkin bonus kot ;) Jangan marah aa... ini realiti.. kerana duit adalah hampir kepada segalanya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 18 November 2009

PM @ facebook




Dalam perjalanan pagi ke pejabat.. terdengar berita Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menjadi ahli di facebook.. Ini satu perkembangan yang amat sihat dan amat positif bagi saya terutamanya dalam konteks untuk pemimpin dekat dengan rakyat.. Kita tahu facebook dipunyai oleh siapa tapi saya fikir elok kita melihat kepada aspek yang lebih cenderung memberi manfaat kepada kita.

Facebook akan lebih mendekatkan lagi beliau kepada situasi dan keadaan masyarakat kebanyakkan di bawah.. Beliau akan boleh merasai sendiri perasaan serta gerak cara rakyat yang dipimpinnya.. Elok juga selepas ini sekiranya setiap agensi kerajaan mempunyai daftar facebooknya tersendiri untuk menjadikan ia lebih mesra rakyat.. Ya.. kita ada biro aduan dan kemudahan lain untuk membuat aduan, tetapi kadangkala (bukan semua tetapi segelintir) tidak mencapai kepada tahap penyelesaian yang sepatutnya yang dikehendaki oleh rakyat..

Cuma harapnya mereka dan sahabat sekalian yang request untuk menjadi friend kepada beliau di facebook hendaklah menjaga adab dan sopan ber-facebook.. Janganlah pulak nanti beliau nampak facebook sebagai media yang negatif dan harus disekat pula nanti.. Setiap ahli di facebook mesti ada rasa tanggungjawab menjaga nama baik dan maruah diri, bangsa dan negara.

Tambahan :

1. Janganlah menggunakan identiti palsu atau imej orang lain di facebook. Ini tidak jujur..,
2. Kurangkan untuk mendedahkan segala aktiviti @ gambar yang terlalu bersifat peribadi.. dan,
3. Kurangkan aktiviti untuk berseronok (games) di facebook tu.. melalaikan dan takde banyak faedah pun ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 16 November 2009

Apabila Berbeza Pendapat


Dalam banyak keadaan apabila timbul sesuatu pertikaian atau perbezaan pendapat, hujah akan memainkan peranan untuk memberikan lebih kekuatan diantara pendapat-pendapat itu.. Kebiasaaannya begitu..

Walau bagaimanapun dalam beberapa keadaan, dengan hanya berasaskan hujah semata-mata rasanya masih tidak cukup untuk memungkinkan pendapat dan pendangan itu diterima dan dipersetujui serta benar-benar memberikan faedah dan kebenaran kepada isu yang dibincangkan.. Di SINI data dan maklumat akan memainkan peranannya pula.. Bagaimana? Mungkin ada banyak cara...

Salah satu mungkin begini : Dengan perbezaan yang wujud antara pendapat itu, penyelesaian sebaiknya adalah melalui pengumpulan maklumat yang lengkap dan menyeluruh terhadap isu pokok yang ingin dicapai bukannya hanya memfokus kepada pendapat dan hujah masing-masing semata-mata.. Pihak-pihak yang berbeza pendapat ini seharusnya berusaha secara bersama untuk mendapatkan data untuk output @ outcome yang terbaik tanpa mengorbankan mana-mana pihak secara total.. Jadi secara langsung, tidak timbul dikemudiannya rasa tidak senang, rasa tersingggung, selisih faham, dendam mendendam dan seumpamanya antara satu sama lain..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 14 November 2009

Suara Kita


Kebelakangan ini, kita dapat lihat beberapa dasar yang ditetapkan oleh kerajaan akhirnya dibatalkan ataupun tidak diteruskan.. terjadi kerana rakyat menolak.. kenapa ditolak? tentunya rakyat tidak dapat menerimanya atau mungkin tidak difahami sepenuhnya.. memberi kesan negatif kepada mereka secara langsung mahupun tak langsung... mungkin pemikir dasar tidak sensitif kepada golongan sasar atau lain-lain punca lagi... harap tulisan saya ini tidak menguris mana-mana pihak, hanya untuk memanfaatkan ruang dalam penulisan blog secara sihat sahaja..

Mungkin di masa depan sesuatu idea untuk sesuatu dasar kepada masyarakat itu boleh dimulakan (dirangka @ dibincangkan dahulu) daripada rakyat sendiri dalam forum rakyat itu sendiri.. kemudian barulah dibahas masuk ke DEWAN ;)  sebelum terus diumumkan.




Seterusnya apabila diumumkan sesuatu dasar baru, rakyat telah secara tidak langsung telah memahami apa objektifnya dan implikasinya kepada mereka.. Kerana mereka telah terlibat secara tak langsung dari awal.. Sebagai orang biasa dengan kehidupan yang biasa-biasa ni, saya fikir ini pendekatan yang agak cantik juga untuk pemerintah menarik dan mendapatkan kembali sokongan rakyat yang sememangnya begitu sensitif dengan isu-isu yang rapat dengan mereka..

Daripada SEMUA untuk SEMUA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 12 November 2009

Mengapa Masih Tidak Berubah?


Mengapa perlu adanya perubahan... masing-masing daripada kita ada pendapat tersendiri... Teknologi dahulu yang digunapakai sekian lama jika tidak dipertingkatkan keupayaannya untuk memenuhi kehendak semasa akan ditinggalkan ke belakang..Parti politik yang masih terus mengamalkan pendekatan lama dan tidak melakukan tranformasi akan susah untuk mencapai kejayaan di masa depan...Sistem pengurusan dan pentabiran yang tiada pembaharuan dan inovasi baru akan menyebabkan ianya semakin tidak efisyen dan kurang releven.. Manusia juga yang tidak berubah dalam paradigma mengikut kesesuaian keadaan dan zaman akan membuatkan mereka ketinggalan..


Untuk berubah cuba kita laksanakan sebegini:

1. Pastikan kita respon dan bertindakbalas dengan pandangan yang jauh ke hadapan BUKANNYA dengan peristiwa dan sejarah lalu..

2. Buat perancangan dengan menyeluruh BUKANNYA dengan terpaksa mengurus krisis yang lepas satu satu..

3. Mengambil tindakan wajar dengan cepat BUKANNYA sesudah nasi menjadi bubur..




Dah lama tak makan bubur ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr Asri


Dalam seminggu ni beliau amat popular sejak peristiwa kejadian penangkapan beliau kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor. Saya tidak mengenali beliau secara dekat, begitu juga ramai lagi yang lain.. tetapi sedikit sebanyak kita dapat mengenali dan memahami pemikiran beliau berdasarkan pandangan, hujah dalam penulisan dan ceramahnya. Saya memang kurang membaca penulisannya cuma adalah sikit-sikit terbaca.. Saya memang rajin pinjam buku tapi sedikit malas dalam membaca ;) Di ketika ini beliau memang saya lihat telah membina namanya dan pengaruhnya tersendiri dalam bidang dakwah Islam di Malaysia.




Seperti kebiasaanya natijah kelantangan suara yang berani akhirnya membuka mata dan telinga pihak yang mungkin rasa bertanggungjawab untuk bertindak dan dapat melihat fenomena Dr MAZA ini dengan skop yang besar serta demi kepentingan ummah khusus di Malaysia. Apa pun ketidaksamaan pendapat antara beliau dan tokoh-tokoh agama lain diharapkan ianya tidak berterusan dan dapat diberikan penjelasan seadilnya kepada segenap golongan masyarakat. Di dalam masyarakat kita ada pelbagai tingkat pemahaman dalam ilmu Islam.. Ada yang tinggi ilmu, sederhana, rendah dan tak kurang juga yang mungkin tiada ilmu langsung (jahil).. Dapatlah sekiranya isu membabitkan Dr Asri dan JAIS ini tidak akan menambahkan lagi pandangan negatif masyarakat bukan Islam kepada ummat Islam itu sendiri..

Ada kedengaran ura-ura untuk beliau menyertai parti politik. Tak pasti ke sebelah mana.. Harap beliau dapat memberikan apa yang terbaik demi kepentingan semua.. Saya (orang biasa) melihat beliau lebih molek dan sesuai berada dalam arena akademik kerana ia memberikan beliau lebih keselesaan dalam bersuara, memberi pandangan dan berhujah.. Hujah daripada individu dari bidang akademik lebih dilihat neutral dan seimbang berasaskan fakta, data dan hujah mereka tersendiri tanpa dipengaruhi fahaman dan teras perjuangan mana-mana parti.. Masyarat boleh lebih cepat untuk maju sekiranya dipandu dengan ilmu yang sentiasa membina.. Buang yang keruh ambil yang jernih..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 11 November 2009

Penyokong Oh Penyokong


Kerajaan menanggung kerugian lebih kurang RM 214K akibat kerosakan yang dilakukan oleh penyokong bola sepak khususnya penyokong Kelantan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Kan sia-sia sahaja duit sejumlah itu dibazirkan semedikian rupa.. "Gomo Klate gomo" .. ini slogan penyokong Kelantan.. memang habis digomonya satu stadium.. jangan marah ya orang Kelantan ;) mungkin segelintir yang buruk perangai macam tu tapi habis terpalit kepada penyokong Kelantan yang lain yang ada etika dan fikiran..

Patutnya mereka yang melakukan kerosakan ini sedar benda yang dirosakkan itu untuk mereka juga.. Tempat duduk untuk menonton perlawanan, tandas.. untuk mereka juga melepaskan hajat nanti.. pintu pagar pun kena belasah.. memang kurang pendidikan moral betul..

Betulah kata orang dulu-dulu, marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.. Bayangkan betapa tidak bertamadunnya tindakan seperti itu..Orang yang main takde apa-apa, mereka yang diluar padang pulak yang tak tentu hala.. Inilah akibatnya bila akal fikiran yang waras dikuasai emosi dan perasaan marah..




Memang sukar mengawal penonton yang ramai, mungkin dimasa depan,kerajaan perlu wujudkan satu stadium bola sepak KHAS yang hanya ada pagar besi (kukuh sekukuh-kukuhnya), padang dan tiang gol sahaja.. tak payah kerusi dan tandas.. stadium ini khas hanya untuk penonton yang ganas dan bengong sahaja.. Bukan pemain sahaja yang perlu profesional, penyokong juga perlu lebih profesional..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 10 November 2009

Kaya dan Miskin


Setelah 52 tahun merdeka.. Malaysia telah berkembang maju dengan begitu pesat.. Cuma dalam perjalanan negara mencapai keadaan yang ada kini, pelbagai cabaran dan dugaan masih perlu ditempoh dengan cara yang paling baik dan penuh bijaksana baik oleh pemimpin mahupun rakyat sendiri.. Sejak di awal kemerdekaan sebenarnya telah wujud kelompok orang yang berenasib baik dan ada yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi.. Pembahagian kaum dalam menjalankan urusan ekonomi negara oleh penjajah telah menyebabkan ada jurang pemisah dalam pegangan dan penguasaan kekayaan dalam negara. Kaum Cina dilihat lebih bernasib baik, dengan berbekalkan peluang, ruang dan budaya mereka sendiri, mereka telah survive dan berjaya di Malaysia sebagai antara penggerak utama aktiviti ekonomi negara.. Lihatlah dimana-manapun dari Perlis hingga ke Sabah tauke-tauke dan pemilik perniagaan ramainya dikalangan mereka..

Penguasaan mereka dalam aktiviti perniagaan telah menimbulkan ruang dan jurang kekuatan dan pegangan ekonomi di antara mereka dan masyarakat kaum lain.. Melayu, India dan lain-lain.. Secara tak langsung timbul ketidakseimbangan pembahagian kekayaan dalam negara ini di kalangan rakyatnya.. apa pun mereka memang pandai berniaga dan tidak dinafikan...

Walau bagaimanapun keadaannya, penguasaan ekonomi oleh satu bangsa sahaja perlu diperbaiki dengan dibuat suatu anjakan baru oleh pihak yang berkenaan (kerajaan juga rakyat).. demi masa depan negara yang lebih STABIL DAN MAKMUR. Melalui pemerhatian saya, keadaan sekarang ini jika diteruskan akan menjadikan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.... bagaimana pula yang tidak kaya dan tidak miskin?? Mungkin golongan sederhana ini akan menjadi golongan minoriti nanti ;)

Penulisan ini hanya untuk memberikan gambaran sahaja betapa pentingnya keseimbangan ekonomi dan pegangan aset dalam negara dikalangan semua warganya mengikut kaum dan bangsa.. Jika ada satu golongan yang senang dan satu golongan lagi yang tidak senang tentunya ia akan turut boleh menjejaskan kehidupan golongan yang senang tadi... Contoh paling mudah dari filem P.Ramlee - Ahmad Albab. Si Muharram dan Si Safar yang susah akan melakukan jenayah... mencuri di rumah Si Syawal... pasti anda tahu ceritanya bukan...

Kesimpulannya keseimbangan antara kaya dan miskin ini amat penting untuk diperbaiki kerana ia akan mengekalkan dan mengukuhkan kesejahteraan yang ada.. sebagai contoh di dalam sebuah keluarga dalam kalangan adik beradik... jika ada yang kaya dan juga yang miskin tentu keadaannya agak tidak beberapa selesa diantara adik beradik itu.. begitu jugalah keadaannya dalam konteks negara ini..

Buat anak-anak muda khususnya Bangsa Melayu yang kot-kot terbaca tulsian ini, hentikanlah daripada membuang masa tidak tentu arah... seperti bercinta sewaktu belajar.. memilih kerja... malas belajar... keluar rumah malam2... merempit.. menunggang motor ke hulu ke hilir.. melepak-lepak di kedai mamak..... berkumpul borak2 kosong... termenung mengelamun.. mengadap TV tgk cerita yang melalaikan.. pergi dengar konsert.... duduk diam tidak berfikir... tiada cita-cita... main-main.. malas dan juga merokok....heheheh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 7 November 2009

KAYA


Petikan daripada program BIZTalk di Bernama TV untuk sama-sama kita lihat terutamanya kepada yang ada minat untuk menjadi usahawan...Kata seorang ahli perniagaan berbangsa Cina, jika hendak menjadi kaya.. Caranya ialah dengan ada 2 perkara : PERTAMA mesti ada perniagaan sendiri dan KEDUA buat pelaburan.. Kita lihat yang pertama dahulu : Secara ringkasnya apa yang sempat saya rumuskan untuk ada 1 perniagaan kita mesti :

1- Ada ilmu dan kemahiran perkara yang ingin kita niagakan. (Bila sudah tahu 100% selok belok perniagaan tersebut... tiada apa yang perlu dirisaukan...)
2- Minat yang mendalam dalam produk / perkhidmatan tersebut.
3- Kumpul modal sendiri dahulu
4- Mulakan dengan perniagaan kecil
5- Berani menghadapi kegagalan (ini yang ramai gagal di sini sejak awal..hehe)
6- Kerja keras dan rajin
7- Pemasaran dan pemasaran
8- Kemahiran kemunikasi dan perundingan
9- Jangan leka dengan kejayaan awal ( saya tambah )
10- Doa dan Tawakkal ( saya tambah )




Pelaburan yang sebaiknya pula adalah dalam pelaburan hartanah.. kerana ianya lebih stabil dan kurang risiko berbanding bentuk pelaburan lain...Ada beberapa jenis bentuk pelaburan iaitu:

1. Rumah Bertanah - Cuma lebih sesuai untuk diduduki sendiri..
2. Rumah Atas Udara (flat, apartment, kondo) - Elok untuk disewa, pastikan lokasi strategik..
3. Lot kedai - paling bagus.. dapatkan lokasi strategik..
4. Tanah - Dapatkan dengan nilai dan lokasi strategik..




Seeloknya buat pinjaman seawal usia muda.. ambil jangkamasa semaksimum mungkin.. 25 tahun.. 30 tahun..
Aset lot bangunan komersial adalah yang paling baik dan menguntungkan..
Pastikan ansuran bulanan tetap boleh dibayar..
Dapatkan penyewa yang terbaik...
Sememangnya ilmu dan kemahiran untuk menjadi KAYA itu ada dan kita kadang-kadang tidak mencarinya..
Buat orang-orang muda, utamakan rumah dahulu sebelum kenderaan..

Tambahan ulasan panel juga bahawa sistem pendidikan sekarang lebih menjurus untuk mengajar untuk TIDAK GAGAL, MESTI DAPATKAN sebanyak yang boleh 'A'.. Dapatkan kelulusan yang baik, kerja yang baik.. dan anda bekerja 8 hingga 5 dan anda akan kekal disitu sahaja tidak kemana-MANA..

Bagi saya kekayaan (dalam konteks RM) amat sinonim dengan bebas hutang, hati senang, duit masuk dan masuk. 3 perkara inilah yang selalunya menimbulkan banyak masalah dalam masyarakat dan jangan lupa bila dah kaya mudah untuk kita membantu orang lain pula...

Syabas kepada ikon-ikon seperti saudara Irfan Khairi (Jutawan Internet) dan Azizi Ali (Jutawan hartanah) yang rasanya telah banyak memberi galakan dan ilmu dalam melahirkan hartawan dan usahawan khususnya orang Melayu.. saya fikir mereka seperti ini seharusnya turut dipanggil sekali sekala ke institusi pengajian untuk beri kesedaran kepada pelajar-pelajar yang masih muda tentang aspek keusahawanan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Proprietary Lawan OSS


Di zaman kini ICT melakukan hampir segalanya..
Ilmu dan pengetahuan dikongsi bersama..
Semua maklumat ada dalam bentuk digital "0" dan "1"...
Pen drives menggantikan pen...
Nak buat apa-apa pun... semuanya nak bantuan Teknologi Maklumat.. semuanya nak diSISTEMkan!!
Nak luahkan idea dan perasaan pun guna ICT... blog dan facebook misalnya..hehe..


Daripada MyGOSSCON 2009...

Dapat dilihat usaha yang amat positif oleh pihak Kerajaan melalui MAMPU untuk mengubah hala tuju penggunaan perisian berbayar / berlesen dalam sektor awam, swasta dan pendidikan kepada perisian sumber terbuka (Open Source @ Percuma) yang lebih menjimatkan.. Cuba kita bayangkan situasi kini dimana dalam sesebuah organisasi itu, ia terpaksa memperuntukan sekian banyak ringgit hanya untuk memastikan setiap perisian yang ada berjalan dan berfungsi (On).. Setiap tahun kena renew lesen perisian itu dan ini.. Bukannya murah pulak tu.... Contoh sahaja: Katakan satu agensi perlu membayar RM10,000.00 untuk lesen "Tingkap" oleh "Pakcik Pagar"... Tidak hairanlah kenapa pakcik tu maintain jer jadi orang paling KAYA di dunia..





Secara mudahnya OSS (Perisian Sumber Terbuka) adalah perisian yang percuma dan boleh dimilik tanpa perlu membayar apa-apa kos perlesenan. Ia bukan sekadar percuma daripada segi harga perlesenan malah boleh dimuat turun sebanyak mana pun, boleh disalin sebanyak mana pun, boleh dipasang sebanyak mana pun dan boleh disebarkan semula sebanyak mana pun, tanpa sekatan.

Kita boleh dapatkan maklumat lanjut di http://www.opensource.org/

Umumnya OSS memberi kelebihan dari segi :

1. Penjimatan Kos Yang BESAR
2. Boleh menggalakkan budaya berfikir, inovasi dan kreativiti.
3. Tidak terlalu bergantung kepada pembekal, pemilik perisian berkenaan..



Mungkin ada persepsi kita bahawa perisian berlesen ini lebih mudah, lebih lengkap tak perlu nak fikir apa, tetapi bagi saya, dalam perjalanan hidup ini, sekiranya kita ada pilihan yang lebih baik mengapa tidak kita ubah (walaupun sedikit susah dipermulaan).. kebiasaannya apa sahaja perkara di dunia ini berat dan sukar diawalnya sahaja, tetapi bila ia telah mula bergerak... momentumnya akan bertambah sedikit demi sedikit dan ia akan semakin laju dan boleh menjadi terus laju. Ia mungkin akan mengambil masa untuk kita mengubah keadaan semasa kepada sesuatu yang baru..

Mereka yang terlibat secara langsung dalam ICT khususnya sudah tentu perlu mempersiapkan diri untuk mengubah paradigma dan belajar dan MENCUBA untuk menggunakan perisian yang berasaskan sumber terbuka ini.. Saya memperingatkan diri saya sebenarnya ni ;) Contoh paling mudah.. daripada menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) kita ada pilihan untuk menggunakan OpenOffice (mempunyai ciri yang sama)... Semoga usaha ini berterusan demi faedah dan kesejahteraan bersama... Kenapa? Sebab.. duit penjimatan untuk KOS perlesenan tadi boleh disalurkan kepada aktiviti dan program pembangunan rakyat yang lain..

Pengajaran besar selepas dapat menghadiri konferen berkenaan ialah Orang Buta Pun Boleh Buat Programming...  hebat dia ni... En Krishnakant Mane dari Comet Media Foundation, India.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 5 November 2009

Drama Melayu..


Teringat di suatu masa dahulu.. semasa zaman belajar, saya suka juga mengikuti drama-drama Melayu di TV.. sekitar tahun 1999 hingga 2001.. dalam usia awal 20an rasa macam selesa untuk mengikuti drama dan episod kehidupan yang ditayangkan... Tak ketinggalan juga untuk saya menonton VCD filem-filem mat saleh yang ada dalam koleksi kawan2 ;) (PELIK rupenya kalau student tak layan filem @ VCD masa tu.. ).. layanjer apa-apa filem pun.. mengisi masa terluang dan mencari sedikit hiburan.. Ketika itu tanyalah saya nama-nama pelakon drama Melayu, rasanya hampir 90% saya kenal dan tahu nama mereka..

Namun, setelah mula bekerja dahulu, masa yang diperuntukan untuk melihat drama di TV agak kurang sikit... kadang-kadang jer.. mungkin sebab masa di sebelah malam tu lebih ditumpu untuk membuat persediaan kerja di hari esoknya. dalam tahun 2002 hingga 2005 lebih kurang, masa untuk melayan drama-drama Melayu ni agak sedikit... Ramai pelakon-pelakon baru dengan bakat-bakat dan muka-muka baru timbul....

2006 sehingga kini... Zaman berkeluarga.. Bila ada keluarga tentunya kita akan ada sedikit masa bersama keluarga.. salah satu aktiviti bersama dalam keluarga ialah menonton TV.. so saya pun kembalilah dapat mengikuti kembali sikit-sikit drama-drama Melayu di TV. Bila balik ke kampung pun begitu jugalah suasananya.. layanlah Cerekarama, slot-slot drama bersiri, tak bersiri dll... Tetapi ... dalam masa yang sama, ada banyak drama-drama dan cerita-cerita TV dari negara luar terutamanya Indonesia dan Korea yang ditonton juga... Walaupun saya tidak mengikuti kesemuanya tetapi saya merasakan ada sedikit perbezaan sekiranya dibuat perbandingan antara drama Malaysia berbanding Korea..




Drama Melayu dari tahun 2000 sehingga kini, sama sahaja coraknya... isu dan kandungan cerita dari dulu hingga kini agak sama... isu cinta, dengki khianat ditambah sedikit unsur lawak jenaka.. begitu juga dengan cara persembahan dan jalan cerita.. sama dari dulu hingga kini.. Kadang kala agak mudah untuk kita menjangka kesudahan jalan cerita berkenaan..

CUMA... apa yang ingin saya cuba katakan di sini adalah, kenapa pengiat drama tidak cuba menghasilkan drama dengan jalan cerita yang lebih menarik dan menyentuh secara mendalam perasaan dan pemikiran masyarakat. Ada beberapa drama dan siri cerita dari Korea dan Jepun yang masih teringat-ingat di fikiran saya walaupun saya menontonnya ketika masa lebih 5 tahun dahulu.. Tetapi kalau drama Melayu, tengok dua kali jer kita sudah tiada "perasaan" @ "feel" lagi untuk menontonnya.. kecualilah beberapa cerita dan drama tertentu seperti filem-filem oleh Tan Sri P Ramlee dan lain-lain..





Diharapkan dengan penubuhan Dana Industri Kreatif dan Tabung Penggiat Kebajikan Penggiat Seni yang diumumkan pada bajet 2010 lalu boleh mengubah keadaan dan senario ini.. Kalau diperbanyakkan drama yang bertemakan semangat ingin memajukan diri alangkah bagusnya... Contohnya apabila didramakan kisah bagaimana seorang anak muda membina kejayaan dalam perniagaannya dengan penuh ranjau duri dengan olahan yang boleh melekat di setiap penonton.. tentunya sedikit sebanyak menggalakkan kemajuan dalam aspek perniagaan itu dalam jiwa anak muda.. Jangan asyik ditontonkan perasaan kasih sayang dan budaya Melayu yang malas dan dengki mendengki itu sahaja.. Drama Melayu boleh mempengaruhi minda masyarakat dengan caranya tersendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 3 November 2009

Hati-Hati di Mesin ATM


Sedang menikmati makan tengahari bersama rakan sekursus, beliau menceritakan satu peristiwa yang sedikit menyedihkan dan boleh dijadikan ikhtibar kepada kita.. Salah seorang daripada kenalan kami telah kehilangan duit di dalam akaun banknya. Moga beliau kuatkan semangat dan mungkin ada hikmah yang tidak kita ketahui tentang kehilangan tersebut. Setelah beberapa hari selepas pengeluaran wang dari mesin ATM sebelum ini (seminggu yang lalu agaknya) beliau ingin membuat transaksi berikutnya, dan didapati semua wang telah lesap.. rupanya kad ATM yang beliau ada adalah bukan kad ATM yang sebenar.. Penjenayah telah berjaya mengeluarkan duit beliau.. apa caranya?.. bagaimana mereka tahu no. PIN? tak pasti pulak.. memang mereka hebat!

Modul Operandinya mungkin sebegini :

1. Ketika mangsa HAMPIR selesai mengeluarkan duit di ATM. Penjenayah 1 menjatuhkan duit (dalam beberapa ringgit) dan menegur mangsa. Mengatakan duit tuan/puan jatuh..
2. Mangsa tanpa sedar terus menunduk dan mengambil duit berkenaan..
3. Dalam masa yang sama ada rakan penjenayah 2 (dengan pantas dan cekapnya) menukarkan kad ATM yang tersentil di mulut ATM dengan kad ATM lain.. (mangsa memang tak perasan sebab sedang tunduk mengambil duit)
4. Mangsa seterusnya mengambil kad ATM tadi dan mengambil duit yang telah dikeluarkan dan terus beredar..
5. Penjenayah 1 dan penjenayah 2 kemudiannya akan berusaha untuk mengeluarkan duit mangsa sehingga licin..




Sama-samalah kita berhati-hati ketika berada dimana-mana pun.. kerana jenayah tidak mengenal mangsa dan ketika.. Sentiasa kena "PEKA" dengan persekitaran kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 2 November 2009

Banyaknya Kereta..


Minggu ni ada kursus kualiti dianjurkan oleh jabatan.. mahu tak mahu kenalah pergi.. kalau difikirkan kerja yang ditinggalkan di pejabat memang tak sampai hati nak keluar dari office tu.. Sekali sekala dapat berkursus di luar ni rasa lega sikit... hilang sikit kedut di muka ni ;)

Kursus diadakan di salah sebuah hotel di Jln Kelang Lama.. Pertama kali berada di hotel ni rasa best juga sebab ia selesa dan tinggi.. Berada di tingkat 15, saya dapat melihat pemandangan yang luas diluar.. Dapat dilihat terbentang Jalan Kelang Lama yang sibuk, Sungai Kelang yang mengalir deras, Lebuhraya NPE yang sekejap-kejap panjang kereta beratur di tolnya dan selerakkan bangunan kedai dan kediaman di Petaling Jaya dan kawasan sekitar..

Selepas checkin pada jam 4.45 petang, saya berehat di bilik. Sempat saya melihat di tingkap aliran kereta dari arah KL menghala ke Puchong...




5.00 petang : Banyak betul kereta di Jln Kelang Lama (ramai baru balik dari office ni)

6.00 petang : Sekali lagi menjenguk tingkap... ada pertambahan jumlah kereta. Jam sudah!

7.00 malam : Eh.. lagi banyak berbanding jam 6.00 petang tadi.. Jam!!

8.00 malam : Jumlah kenderaan sedikit berkurangan. Mungkin ramai sedang makan malam.

9.00 malam : Keadaanya lebih kurang seperti jam 8.00 tadi..



Kesimpulan :  Ramainya orang bekerja di KL sampai ke rumah melebihi jam 8 malam.. Kalau di kampung-kampung, jam 8 mlm ni  mereka dah lama dah berehat di rumah.. Syoknyer duduk di kampung ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekolah 1 Aliran

Terdengar saranan TPM untuk diwujudkan sekolah satu aliran.. Kita tidak pasti pendekatan dan aturan yang bagaimana yang dimaksudkan.. Adakah untuk menyeragamkan semua aliran dalam silibus yang sama atau bagaimana..




Apapun sekarang ni kita lihat parti politik Cina dan India nampaknya belum bersedia untuk menerima cadangan sekolah 1 aliran berkenaan. Cuma saya rasa perlaksanaannya mungkin akan lebih boleh diterima sekiranya ianya dimiripkan kepada konsep Sekolah Bestari yang pernah diketengahkan oleh Tun Mahathir sebelum ini... berkongsi fasiliti seperti padang, dewan, kantin dll.. mungkin perlu kepada penempatan.. banyak juga perubahan yang perlu.. paradigma dan  infrastruktur..

Pendapat saya sebagai rakyat marhain ni : Sekolah aliran Kebangsaan, Cina dan Tamil masih boleh mengekalkan silibus dan cara pengajaran masing-masing.. Cuma untuk menyokong gagasan 1 Malaysia mungkin perlu diadakan banyak titik pertemuan setiap murid dalam aliran sekolah-sekolah ini. Mungkin ketiga-tiga aliran boleh berkongsi dalam apa jua perkara yang boleh dikolaborasikan bersama terutamanya yang berkaitan bidang ko-kurikulum, sukan serta lain-lain aktiviti luar bilik darjah. Pertemukan mereka secara kerap.. Jadi proses kenal mengenal tu akan lebih cepat.. Seterusnya akan timbul rasa saling memahami, tolak ansur dan rasa bersama-sama berada di negara Malaysia ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 30 October 2009

Sudung Pandang


Sedikit yang sempat dikutip semasa khutbah Jumaat hari ini untuk dikongsikan... Bagi yang sudah arif anggaplah sekadar ulangkaji dan boleh perbetulkan saya sekiranya ada salah.. Tak beberapa pasti tajuk khutbahnya.. fikiran melayang-layang masa tu.. Almaklumlah baru lepas makan.. hehe. Diawalnya khatib membaca dengan agak perlahan.. memang perlahan tetapi jelas butir-butir perkataan yang dilontarkan.. Sekali-sekala khatib ada menguatkan suara bertempik... Memang ia amat menyegarkan mata yang sedang mengantuk ;)

Ringkasnya Sudut Pandangan kita ada 4 iaitu :

1. Pandangan Mata Zahir
2. Pandangan Mata Fikiran
3. Pandangan Mata Nafsu
4. Pandangan Mata Hati

Kita lihat pandangan mata zahir dahulu.. Pandangan ini adalah pandangan yang kita lihat dengan mata tanpa pertimbangan yang waras.. ia boleh memberikan jawapan kekeliruan apabila kita melihat hanya secara zahirnya sahaja.. Sebagai contoh : Semasa kita di dalam keretapi yang sedang bergerak, kita menoleh kebelakang, kita dapat lihat landasan keretapi semakin mengecil dan mengecil.. sedangkan ia sebenarnya sama saiz dan tidak berubah sekalipun.. Jangan bergantung pada pandangan zahir semata-mata yer..

Pandangan Mata Nafsu.. Sudut pandangan ini adalah yang paling bahaya. Mudah sahaja untuk difahami... Contohnya semasa bulan Ramadan lalu.. kita lihat juadah yang pelbagai dan kita beli semuanya... seterusnya bila masa berbuka.. kita makan sedikit sahaja,.. yg lainnya terbiar.. terbuang begitu sahaja.. natijah yang amat buruk apabila kita melihat hanya menggunakan mata nafsu..

Pandangan Mata Fikiran.. Ia diasaskan kepada ilmu semata-mata.. Contohnya di masa dahulu teori dan hipotesis mengatakan dunia ini ada sempadannnya dan ada penghujungnya. Manusia takut untuk berjalan ke bucu atau hujung dunia takut terjatuh ke sebelah dunia lain.. Kita tertipu begitu sahaja. Ilmu sahaja yang tidak dipandu oleh wahyu dan pedoman Illahi turut memberikan natijah buruk..

Pandangan Mata Hati.. Ini adalah pilihan yang sebetulnya.. pandangan yang selamat terbimbing oleh pedoman Illahi..



Jangan tiru orang Yahudi kerana mereka tahu akan hakikat kebenaran tetapi mereka tetap anggkuh kerana mereka melihat lebih dengan mata nafsu mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 29 October 2009

Seronoknya Tengok Orang Nak Berangkat Mengerjakan Haji..


Beberapa kenalan (yang lebih senior) singgah ke pejabat untuk memaklumkan rakan-rakan dan mengucapkan maaf sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji pada musim ini. Ceria sungguh nampaknya mereka. Terpancar wajah yang bersemangat dan gembira untuk ke sana.. Walaupun ada diantaranya yang baru mendapatkan makluman masa pemergiaan disaat akhir, mereka tetap bersyukur.. Alhamdulillah. Semoga semua sahabat dan kenalan yang berpeluang untuk mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.. Betapa indah dan sejahteranya nanti mereka dapat menatap dan melihat Kaabah itu di depan mata..  Semoga semuanya akan mendapat menjalani ibadah dengan sempurna dan mendapat Haji yang Mabrur..




Kepada sahabat yang masih muda belia yang mampu, rebutlah peluang dan keupayaan tenaga yang masih kuat sebab masa depan kita tak pasti samada kita sempat untuk menunaikannya ataupun tidak.. Semoga kita dapat menjejaki jejak mereka.. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...