Sunday 15 July 2018

Berkemas Dengan Mudah

Duduk di rumah memang membuatkan kita tak dapat lari daripada mengemas. Lebih-lebih lagi bila ada beranak kecil yang belum sekolah. Tengah lasak tengah nakal :)

Bagi yang kaya berharta ia tidak menjadi masalah sebab ada bibik atau orang gaji yang diupah untuk mengemas rumah. Kalau di bandar besar tu ada juga perkhidmatan mengemas rumah yang diberikan untuk membersihkan dan menuci rumah bila diperlukan. Sediakan duitnya saja.

Ini antara tips yang boleh diamalkan untuk memudah dan memastikan rumah kita sentiasa bersih dan tersusun:

1. Gunakan bekas tisu kosong untuk isi plastik/gumpalan plastik. Ia lebih nampak kemas teratur, mudah dan jimat ruang.

2. Kalau ada kaca pecah jatuh di lantai, gunakan roti putih dan lap di lantas di mana kaca pecah tadi. Ia membantu untuk mengutip pecahan kaca-kaca yang halus.

3. Untuk elak baju yang kainnya licin jatuh daripada penyangkut baju, ikatkan getah di kiri dan kanan penyangkut baju tu.

4. Nak membersihkan gril pemanggang yang penuh sisa minyak dan makanan memang tak best. Caranya potong sebji bawang besar dan gosok pada grill tu.

5. Plastik sampah yang agak nipis mudah koyak dan bocor bila dah penuh. Untuk mengatasinya, semasa meletakkan plastik sampah dalam bakul sampah, letakkan ssekali sehelai surat khabar di dasarnya agar ia boleh menyerap air dan menjadi lapisan pelindung di dasar plastik tersebut.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebaik-Baik Teman Adalah Hati


Berbaik dan bermufakatlah dengan diri kita sendiri sebagaimana kita berbaik pakat dengan kawan-kawan bilamana nak mengusahakan sesuatu tujuan.


Hati ni, ada hati besar dan hati kecil. Hati kecil adalah lubuk hati yang lebih dalam. Sekiranya kita ingin mencari jawapan kepada segala masalah diri yang dihadapi cuba bertanya lebih daripada sekali kepada hati. Biasanya hati besar akan menjawab dahulu dan jawapan diberi adalah kurang pertimbangannya. Hati kecil pula akan menjawab selepas itu dengan lebih pertimbangan waras. Jelas sekali hati besar tiada masa nak melayan permasalahan diri yang dihadapi, manakala hati kecil lebih ikhlas nak mambantu dan memujuk diri kita mencari kebaikan dan kebenarannya. Hati besar sering memberi jawapan dengan penuh rasa ego manakala hati kecil lebih bersifat jujur. Itulah beza kedua-duanya yang harus kita sedar.

Saya pernah mendengar orang berkata, nasihat yang paling baik bukanlah nasihat yang boleh direkod dalam buku-buku sejarah, tetapi nasihat-nasihat yang boleh merubah diri kita. Ia mungkin nasihat yang mudah-mudah atau kecil perkara tetapi ia memampukan kita melaksanakannya sampai bila-bila. Ia menjadi prinsip diri yang teguh diamalkan.


Jadi percayalah dengan penuh keyakinan hati kecil boleh membantu dalam banyak hal bila kita ikhlas dan mahu bertanya kepadanya. Mudah kata, hati besar itu tadi adalah rasa hati dan hati kecil tadi adalah suara hati. Suara hati bersifat lebih lembut dan penuh rasa peduli untuk diri. Suara hati akan memberi pandangan dengan mengambil kira segala kelemahan dan kelebihan diri. Itulah teman sebenar yang sejati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 13 July 2018

4 Cara Rangsang Perubahan Sikap Anak


Saya kongsikan tips daripada salah seorang yang mahir dalam perkembangan sahsiah anak-anak. Kalau tak silap beliau menjalankan program motivasi pelajar "Program Tapau A". Lupa pula saya apa nama beliau. 4 cara yang beliau berikan sebagai panduan khususnya untuk ibubapa menjadikan anak-anak memiliki sikap yang terangsang ke arah lebih adalah seperti yang berikut:

1. Sangka Baik Kepada Anak
Bila ibu bapa bersangka baik pada anak, In Sha Allah, anak tu anak tu akan berubah. Ia bersangkt kepada apa yang kita sangka seumpama pygmalion effect. Biar kita bersangka yang baik sahaja dan keadaaan akan berlaku mengikut sangkaan kita itu.

2. Doa Untuk Anak
Ini adalah perkara paling utama dan mesti dibuat oleh kedua-dua ibubpa kepada anak-anaknya. Doakan segala yang terbaik untuk pelajaran, akhlak dan kejayaan hidup anak-anak.

3. Sentuhan Terhadap Anak.
Tak dinafikan sentuhan yang kerap kepada anak dapat membuatkan ibu bapa nak anak menjadi lebih akrab. Peluk dan usaplah mereka dan sentuhan ini mempunyai kuasa tersendiri yang boleh melembutkan jiwa aak-anak.

4. Beri Pujian
Tiada siapa yang tidak suka dipuji. Apatah lagi pujian ibu dan ayah terhadap anak-anaknya. Cuma pastikan pujian itu pujian yang benar dan bukan palsu dibuat-buat. Pujianlah segala kebaikan dalam setip perbuatan baik yang anak lakukan walaupun perkara tu kecil sekalipun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...