Saturday 17 September 2016

Al-Fatihah (Dr Haron Din)


Saya mula mengenali beliau bila menonton program Forum Perdana masa zaman remaja dahulu. Cara beliau bersyarah masa tu memang jelas menunjukkan ketinggian ilmu yang beliau miliki. Apa pun isu yang dikupas pasti dijelaskan dengan penuh hikmah, tegas dan terperinci serta dapat memperkukuhkan pemahaman kita mengenai satu-satu hal agama.

Hanya sekali saya sempat melihat beliau secara berdepan.. Semasa melawat Water World di Langkawi beberapa tahun dahulu. Beliau begitu dihormati sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

Pemergian Dr Harun Din pastinya merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Hilangnya sukar dicari ganti. Semoha rohnya ditempatkan bersama solihin. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 10 September 2016

Jom Hijaukan Rumah

Asal dunia dan bumi kita ni penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Ia hidup memenuhi ruang tempat yang ada. Pelbagai species dengan pelbagai ciri dan kegunaan. Sebagai tempat habitat makluk lain, tempat bernaung, sumber makanan, herba ubatan, sumber asas barang keperluan, hiasan persekitaran dan seribu satu tujuan lain. Itulah dia faedahnya tumbuh-tumbuhan.

Jadi, tunggu apa lagi kawan-kawan. Jom tanam pokok.. tak mampu pokok balak, pokok sawit boleh. Tak pun pokok getah. Untuk getah ni, boleh minta bantuan tanam semula dengan RISDA. Layari www.risda.gov.my.

Tak mampu juga nak tanam getah? Tak susah.. tanam sahaja pokok buah. Buah mangga, rambutan, durian dan macam-macam lagi.

Tak larat juga? Cuba tanam sayur. Sawi, cili, serai, bendi, terung, kacang panjang dan pandan. Ada konsep sekarang ni dipanggil laman kebun. Menarik kalau nak cuba. Hiroponik pun not bad.

Satu lagi pilihan yang menarik juga untuk menghijaukan sekitar ialah dengan tanam pokok bunga. Orkid, bunga raya, lidah jin dan macam-nacam lain.

Akhir sekali untuk yabg paling malas. Tanam kaktus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 3 September 2016

Masa Menulis Semakin Kurang


Catatan terakhir dalam diari harian adalah 2 minggu yang lepas..
Entry terakhir di blog pula dalam seminggu yang lepas..

Melihat 2 situasi ni, sedarlah saya, semakin banyak komitmen dan tugasan yang perlu diselesaikan terutamanya kerja-kerja di pejabat. Amanah kerja dan tugasan harian yang tak pernah surut menuntut tumpuan dan fokus berterusan hari demi hari. Ini amat menghadkan diri memberi masa untuk menulis secara serius. Hanya akaun Facebook nampaknya masih kekal aktif bertenaga :)

Pun begitu, malam ni ketika terjaga daripada tidur, cuba juga mencuri ruang mencoretkan sesuatu.. agar blog ini tidak bersawang. Dalam kesunyian malam ni, terfikir balik apakah yang aku dah berikan kepada negara tercinta ni. Cukupkah sudah jumlah titis keringat yang aku berikan pada tanah bumi bertuah ini. Sama-sama kita fikir sejenak.

Alamak?! Dah mengantuk balik.. Bye! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...