Friday 31 July 2015

Ajar Anak Berenang

Sabtu lalu, sempat meluangkan masa menziarah seorang kenalan di Shah Alam. Mereka sepasang usahawan yang telah membina perniagaan tersendiri dan suka juga saya mencedok serba sedikit pengalaman yang mereka kongsikan.

Antara yang boleh saya petik daripada banyak isi perbualan kami adalah, kerja dengan majikan Melayu perkara pertama yang perlu dijaga dulu adalah emosi. Kena jaga emosi boss, rakan sekerja dan staff. Selepas itu baru tumpuan kepada kerja dan produktiviti. Mungkin ada betulnya.

Sebaliknya bila bekerja dengan firma yang professional (orang putih sebagai contoh), hasil diutamakan. Mereka lebih objektif dan sentiasa tetap dengan sasaran yang ditentukan. Daripada pengalaman mereka, memang betullah tu :)

Apapun bagi saya dimana pun kita bekerja kita tidak akan capai sesuatu keadaan yang cukup sempurna. Asal namanya bekerja, pasti urusan sesama manusia tidak dapat dielak dan manusia memang tak sempurna. Kita sendirilah yang perlu sesuaikan diri untuk kerja dan majikan kita.

Cukup dulu bab kerja :)

Cuma satu nasihat yang tak kurang penting daripada mereka, supaya anak-anak yang masih kecil diajar berenang. Tujuannya tak lain, tak bukan melainkan untuk keselamatan mereka di masa hadapan. Contoh yang diberikan kepada saya: bayang satu masa nanti mereka terjatuh ke dalam kolam air atau kolam renang misalnya. Tentu jadi masalah kalau tidak tahu langsung berenang.

Hal ni mungkin kecil bagi kita, tetapi tentunya trauma besar bagi yang pernah melalui insiden atau kemalangan jiwa berkaitan anak yang lemas disebabkan tidak tahu berenang.

Sememangnya kemahiran berenang adalah sangat penting, apabila ia benar-benar diperlukan nanti. Malang tak berbau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 25 July 2015

Menung jer kat pejabat?!

Apa yang saya zahirkan dalam entri kali ni mungkin agak sensitif. Bak kata pepatah, siapa makan cili dia terasa pedas. Tapi saya suka mengetengahkan hal ini kerana ianya sangat rapat dengan kita semua, terutama yang bekerja di pejabat, lebih-lebih lagi yang kerja di "Putrajaya" dan yang sewaktu dengannya. Rasa terpanggil nak menegur dengan mata pena. Diri saya juga tak terkecuali :)

Saya kadang kala perhatikan kita yang bekerja di pejabat ni tak bekerja sungguh-sungguh. Masa 8 jam yang diperuntuk untuk bekerja mungkin 5 jam saja yang betul-betul kerja. Selebihnya mungkin duduk termenung, tidur dan mengeteh.

Bagi saya, sememangnya kerja di pejabat tu memang banyak kalau hendak diikutkan. Kalau rasa tiada kerja tu, cuba cari kerja. Pasti ada kerja yang boleh dicipta. Setidak-tidaknya, buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan kerja. Saya telah mengamalkannya sekian lama. Tak pernah pun ada sehari rasanya yang free duduk menung.

Seperkara lagi, sesetengah staf ni banyak sangat bersembang. Macam-macam topik perbualan tak habis-habis. Hal kucinglah, hal anak-anak, hal kereta, hal kain baju dan lain-lain. Menyembang masa kerja memang seronok. Tapi cuba fikirkan sejenak, nilai gaji yang kita dapat setiap hujung bulan dengan kerja yang disumbangkan.

Ketiganya, jenis yang asyik main games jer. Yang ni saya simpan dulu komen untuk mereka.

Tak dinafikan perkara sebegini berlaku disebabkan bos yang terlalu baik dan tak proaktif. Atau mungkin juga boss terlalu sibuk dengan tugasnya sendiri dan mesyuarat yang tak sudah-sudah.

Akhirnya saya disini menasihatkan diri yang menulis dan kawan-kawan untuk bekerja penuh tanggungjawab, menjaga amanah diberi dan tekun bekerja. Jauhi sikap malas, berehat-rehat dan tak proaktif dalam bekerja.

Orang hebat, mereka tidak duduk diam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 21 July 2015

Saling Kerjasama Pemimpin dan Ulama

Moga Syawal yang sedang disambut membawa perubahan kearah akhlak dan amalan yang lebih baik. Kesan didikan sebulan Ramadhan yang baru berlalu.

Sepanjang aktiviti sembang-sembang raya antara topik perbualan adalah menyebut hal isu-isu semasa dan politik. Rata-rata apa yang diperkata adalah keluhan dan komen terhadap pimpinan negara. Untuk mempertikaikan polisi dan apa yang berlaku memang tak selayak dan mampunya saya. Maklumat terlampau banyak sampai sukar kita nak benar-benar yakin kesahihan sesuatu isu dan hal. Hebat betul kalau memang ada "mastermind" yang mengatur segala isu yang timbul.

Apa yang mampu saya nukilkan di sini adalah bila pemimpin terlalu kaya, rakyat akan menjadi miskin. Disamping itu, pihak yang seharusnya bekerjasama membetulkan keadaan bukan semata pemimpin dan penasihat pimpinan tetapi juga oleh kumpulan alim ulama. Pemimpin harus boleh ditegur ulama dan ulama pula harus berani menasihati pimpinan.

Kesimpulannya, Melayu dimuliakan dengan Islam dan boleh jadi hina Melayu kalau meninggalkannya. Moga kebaikan dan rahmat akan berpihak kepada insan yang benar-benar ikhlas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenapa Masyarakat Cina Lebih Kaya

Baru-baru ni, saya ada bersembang dengan abah. Borak-borak kosong dikala Syawal anak beranak. Entah kenapa tiba-tiba masuk bab kekayaan orang Cina di Malaysia. Abah ambil contoh di Bandar Baharu Kampar, majoriti hartanah dan rumah di kawasan tu dibeli dan dipunyai mereka. Sedikit sangat kaum Bumiputera yang memiliki aset di sana. Memanglah mereka agak ramai di Kampar dan memang menguasai kegiatan ekononi sejak berpuluh tahun dahulu lagi.

Apa yang dapat saya jelaskan pada abah adalah 3 perkara. Pertama masyarakat Cina memang asalnya lebih dahulu ketamadunnya. Sebagai antara tamadun terawal pastinya segala aktiviti perdagangan dipelopori nenek moyang mereka lebih awal daripada orang di Tanah Melayu. Mereka ada hubungan langsung dengan negara China yang pastinya sumber utama bagi kebanyakan keperluan aktiviti niaga mereka.

Kedua, lingkungan dan minda mereka memang dididik sejak awal untuk mencari duit dan berniaga. Jika tidak berpendidikan tinggi, pasti ada satu-satu kemahiran yang akan dikuasai mereka untuk dijadikan asas modal berniaga. Disamping tu juga, mereka dikatakan menyokong antara satu sama lain untuk melahirkan usahawan atau peniaga baru. Kesinambungan daripada satu generasi ke generasi seterusnya sentiasa ada.

Dan yang ketiga bagi saya, sebagai peniaga dan usahawan, pendapatan mereka pastinya lebih tinggi daripada pekerja yang makan gaji apatah lagi penjawat awam :) Dengan pendapatan yang lebih ini bermaksud akan ada lebih simpanan dan lebih pelaburan yang boleh dibuat. Seterusnya lebih pulangan yang diperoleh. Saham sebagai contoh. Jadi, tidak hairan aset pemilikan mereka makin bertambah.

Moralnya, kita kena belajar banyak lagi daripada sahabat-sahabat Cina di negara kita ni. Mereka memang sudah jauh ke hadapan. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, mereka nampak stabil dan tak tertekan pun rasa saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 18 July 2015

Ucapan Maaf Zahir Batin

Saya perhatikan ada sesetengah orang macam tak selesa bila menerima ucapan maaf zahir dan batin. Katanya mana ada batin. Kesian tengok orang yang minta maaf tu. Ikhlas minta maaf, dibalas dengan komen pulak :)

Bagi saya mudah saja.. Zahir & batin tu maknanya luar dan dalam. Yang dalam tu kena cuci habis betul-betul sebab ianya tak nampak.

Cer tukar jadi macam ni jer: "Maaf zahir". Kan kontot sangat ucapan tu :)

Saya sepenuh hati memohon maaf sekiranya ada posting dalam blog saya ni yang mungkin mengguris emosi follower dan pembaca di luar sana.

#MaafZahirBatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 11 July 2015

Salam Lebaran 1436H

Jumaat ini jika ada umur dan rezeki, umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Cepat rasanya Ramadhan kali ni berlalu.

Saya mengambil kesempatan di ruang bicara blog ini untuk memohon maaf sekiranya ada salah silap saya, isteri dan keluarga kepada semua yang mengenali. Almaklum kita manusia biasa, selalunya terlanjur atau tak perasan mungkin pernah mengguris emosi orang lain.

Musim raya kali ni rasanya, diharap aturan kehidupan kita semua bakal lebih tersusun dan terancang. Terancang kemas untuk program aktiviti, masa dan perbelanjaan, natijah dari pelaksanaan GST, minyak naik dan kenaikan kadar tol yang akan menyusul :)

Pesanan buat semua, sambutlah raya sebagai ibadah dan jadikan ruang masa yang ada untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Kekalkan momentum Ramadhan dari segi amalan dan jangan tak jaga makan. Memang rendang, lemang dan kuih raya tu sedap, tapi jamah sekadar merasa. Sebabnya nikmat hidup yang kedua selepas nikmat Iman ialah nikmat kesihatan.

Elakkanlah kalau boleh bercerita sangat hal politik dan umpat mengumpat semasa raya nanti. Usah topup balik dosa yang mungkin dah terampun dalam Ramadhan ni. Cuba cari topik perbualan yang lebih membina macam sembang-sembang bisnes ker.. kan lebih positif.

Akhirnya, jangan lupa berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Leka sekelip mata, padah boleh menimpa. Minta simpang jauh-jauh. Sekian, wassalam.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salah 1 Ciri Negara Tu Dah Maju

Terfikir saya baru-baru ni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pastinya tiga utama harus telah dicapai iaitu faktor pelaburan asing yang tinggi, jumlah tenaga professional yang ramai serta mentaliti dan sikap rakyatnya dalam semua hal.

Untuk 3 perkara tersebut biarlah para cerdik pandai yang memikirkannya. Saya lebih cenderung melihat daripada satu sudut yang lain iaitu aspek tarikan pelancong ke dalam negara.

Untuk meningkatkan hasil daripada cukai memanglah satu kaedah, tetapi saya suka melihat kerajaan memberikan tumpuan dan minat untuk melabur sedikit dalam sektor pelancongan. Pulangan hasil pasti tinggi untuk seseorang pelancong yang berbelanja untuk satu-satu tempoh masa.

Cuba lihat negara-negara di sebelah Eropah sana. Banyak sekali produk pelancongan yang mereka ada. Satu kelebihan mereka yang kita kalah hanyalah cuaca. Tak dinafikan ia faktor juga dalam mempengaruhi kemajuan dan ketamadunan sesuatu bangsa.

Saya lihat negeri Melaka telah lama bergerak kearah itu. Membentuk lanskap persekitaran bersih dan indah adalah permulaannya. Seterusnya ditambah dengan pengujudan lokasi tarikan pelancong samada berasaskan sejarah, budaya, kesenian, kesihatan, alam semulajadi, makanan, rekreasi, hiburan dan sebagainya.

Bagi saya selagi kita tak cukup menarik untuk diletakkan dalam destinasi pelancongan utama dunia, selagi itulah cabaran menjadi negara yang maju sukar dicapai. Selagi sampah masih merata-rata, selagi pemandu teksi tidak beretika (segelintir), selagi kita membuang masa dengan isu pengurusan dan pentadbiran.. jauh lagilah nak majunya.

Mungkin selain tumpuan kepada lanskap, kita boleh mula dulu dengan kebersihan longkang dan sungai dulu. Sistem parit dan tali air kita rasanya ikut standard atau tidak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Orang Kita Sedang Berusaha Menghabiskan Duit Gaji

Hari ni berbaki kurang seminggu untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya pun sama bersama isteri dan budak-budak ke pusat-pusat jualan dan pasaraya bagi membeli keperluan rumah dan raya juga.

Seawal 9:30 pagi, sebuah pasaraya tempatan dah penuh dengan pelanggan yang membeli belah. Almaklum, kebanyakkan kita baru dapat gaji rasanya.

Energi yang dapat saya rasakan ialah masing-masing teruja nak membeli itu dan ini. Baju raya, kuih raya dan kelengkapan rumah antara yang dicari.

Harapnya sambil berbelanja tu, kita boleh bertenang seketika dan fikirkan betul-betul apakah perlu perkara tu dibeli. Baju dan pakaian kalau dah ada, rasanya tak perlu nak tambah-tambah sangat lagi. Kena berpada dalam membeli. Takut belum sempat hujung bulan, gaji dah kering. Kengkadang, ada baiknya juga memiliki sifat dan bakat seorang yang kedekut. Duit tak mudah bocor tak tentu hala.

Saya ketika ni, sedang duduk di sebuah kerusi menunggu isteri membeli barang-barang. Entah apa agaknya perkara yang diluar senarai asal yang akan dibelinya :)

Satu tips menabung yang saya peroleh dari Tuan Shamsuddin Kadir, seorang perunding dalam pengurusan kewangan semalam: Setiap masa bila terima duit hijau/si hijau (RM5.00) semasa transaksi jual beli, tangkap dan selamatkan dalam tabung, jangan dibelanjakan. Nak hebat lagi buat benda yang sama untuk si merah (RM10.00).

Semoga semua kita semakin sedar dan bijak menguruskan duit. Supaya kebocoran duit dapat diminimakan tidak kepada benda yang tak perlu.

#SelamatBerpuasa
#BerhemahDalamBerbelanja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 7 July 2015

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Musim raya dah makin menghampiri.

Pastinya laluan jalan raya dan lebuhraya balik ke kampung akan penuh sesak dengan mereka yang ingin balik bercuti hari raya. Termasuklah saya juga. Memang seronok.. Lagi seronok masa perjalanan tu dibuat sebelah malam sebelum Syawal. Boleh minum-minum bila mata mengantuk ;)

Apapun dalam pemerhatian saya, bila kita dalam perjalanan yang jauh. Mungkin 2 jam, 4 jam atau lebih lama daripada itu, kemungkinan macam-macam yang boleh berlaku disepanjang perjalanan. Kalau takdir tu baik alhamdulillah, tapi kadang-kadang malang tak berbau.

Dalam perjalanan kita tu mungkin kita akan berdepan dengan masalah enjin, tayar pancit, kesesakan dan lain-lain (minta dijauhkan). Untuk menghadapinya bagi saya elohlah sedikit-sedikit kita bersedia daripada segi mental dan barang perkakas, Kata orang dulu-dulu: sediakan payung sebelum hujan.

Adalah lebih baik rasanya sebelum kita memulakan perjalanan balik kampung yang jauh tu dengan memeriksa keadaan kenderaan kita. Pastikan sudah diselenggara dengan baik dan kita sendiri yakin selamat memandunya. Berikut sedikit tips persediaan yang patut kita ada dalam kenderaan kita:

1.Tayar simpanan 
Pastikan berkeadaan baik dan ada angin.

2.Alat pemadam api 
Kalau ada 2 lebih baik, kita boleh menyelamatkan orang lain mungkin dengannya.

3.First aid kit
Untuk rawatan kecemasan awal.

4.Gunakan kemudahan kad TOUCH&GO 
Topup secukupnya. Kita sangat memerlukannya bila melalui plaza tol yang sesak di laluan tunai.
Rebat diskaun pun ada untuk tarikh-tarikh tertentu.

5.Duit tunai ditangan juga perlu ada secukupnya 
Semua perkara perlukan duit ;)

Ingatan juga untuk semua bahawa pada Jumaat ni, 10 Julai 2015 bermulanya "Ops Selamat". ia akan berlangsung untuk tempoh 2 minggu, 

Berhati-hati dijalan raya dan bila penat rehatlah ditepi.

Selamat berpuasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 4 July 2015

4 Cara Untuk Tingkat Pendapatan

Salam Ramadhan kepada semua,

Alhamdulillah, dah separuh Ramadhan kita lalui. Cepat betul masa berlalu. Pastinya dikala ni masing-masing sibuk merancang dan membuat persiapan apa yang perlu untuk Syawal nanti, disamping ibadah Ramadhan.

Saya sendiri kali ni, ingin cuba untuk beraya secara paling bersederhana seadanya. Almaklumlah dengan suasana ekonomi semasa yang sedikit perlahan dan menekan.

Kali ni saya nak kongsikan 4 cara untuk tingkatkan pendapatan untuk sesiapa pun.

1. PUNYAI ILMU TINGGI

2. PUNYAI KEMAHIRAN TINGGI

3. PUNYAI BISNES

4. TINGKAT PRODUKTIVITI

Rasanya, tak perlu nak saya huraikan setiap satu-satu cara tu. Memadai untuk saya katakan atau rumuskan, kita mesti melakukan sesuatu yang lebih daripada orang lain. Perbezaan dan lebihan usaha inilah yang boleh memberikan hasil.

Apapun untuk menjamin kejayaan untuk setiap satunya, ia perlu dimulakan dengan pendekatan yang betul, rujukan yang betul, sebab yang betul, sekitaran yang betul dan pemikiran yang betul :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...