Sunday 9 February 2020

Sembang-Sembang Cikgu

Baru-baru ni saya ada bersembang dengan seorang guru sekolah. Dia mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Melaka. Dalam berbual tu, beliau kongsikan cabaran sebagai guru di abad yang baharu ni. Antaranya, bagaimana untuk guru memberikan sebanyak masa pengajaran untuk subjek-subjek yang ada. Subjek pun dah banyak berpuluh-puluh subjek. Waktu belajar pun hanya 30 minit saja. Kadang tu bila ada keperluan untuk setup alat bantu mengajar (ICT) akan ambil lagi masa 5 hingga 10 minit. Di awal waktu kena ambil kehadiran pelajar lagi.. entah berapa lah masa berkualiti yang berbaki untuk pembelajaran. Itulah cabaran dan dilema guru zaman ni. Dikatakan juga jumlah guru semakin berkurang. Ramai yang akan bersara seawal 56 tahun.

Saya bukanlah pakar pendidikan atau pembuat polisi. Tapi saya berpandangan sesuatu yang besar perlu difikirkan dan dirancang untuk menambahbaik ekosistem sekolah dan pendidikan pada masa ni di Malaysia. Penambahbaikan ni bagi saya lebih menjurus kepada perjalanan sekolah jenis harian biasa beraliran kebangsaan. Bagi sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah berasrama penuh, sekolah MRSM dan lain-lain sekolah yang sangat berprestasi tinggi, mereka sudah agak baik dan cemerlang. Biarkan mereka kekal begitu.

Saya suka mencadangkan beberapa pendekatan berikut:-

1. Guru sama sekali dikurangkan tugasnya kepada hal pentadbiran di sekolah. Cuba wujudkan satu unit pentadbiran dan kewangan khusus dalam menguruskan hal selain daripada pengajaran dan pembelajaran. Biar guru fokus penuh kepada pembelajaran murid.

2. Buku teks. Saya perhatikan buku teks zaman ni penuh dan sarat dengan ilustrasi. Saya tak pasti sama ada itu cara terbaik untuk anak-anak zaman ni. Ia mungkin memberi kelebihan kepada pelajar yang ada lebih keupayaan visual. Mungkin dalam setiap penghujung bab, boleh diberikan satu peta minda untuk memudahkan pemahaman dan membantu pelajar yang sedikit lemah. Dalam ekonomi, B40 sering dibela. Jadi, di alam sekolah pun golongan yang di bawah inilah yang patut dibantu.

3. Jumlah pelajar dalam kelas maksimum 30 orang murid sahaja. Fikirkanlah bagaimana carapun, jumlah murid mesti ada hadnya begitu. Semakin ramai murid dalam kelas, semakin ramailah yang akan kurang memberi fokus semasa guru mengajar. Terutama yang duduk di baris belakang.

4. Alat bantu mengajar. Penggunaan ICT seharusnya boleh membantu guru dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, mereka tidak harus dibebankan untuk menyediakan kandungannya (material). Untuk peringkat sekolah ni saya fikir, memadai seminggu sekali murid di bawa masuk ke makmal komputer untuk mempelajari sebahagian silibus mengunakan perantaraan ICT. Untuk modul silibus tu biarkan pelajar membuat latihan melalui komputer. Tidak kiralah sama ada melalui aplilasi di Internet, aplikasi khusus yang dibangunkan oleh kementerian atau dengan perisian Microdoft Word saja.

5. Minimumkan penggunaan baju uniform putih. Cukuplah baju uniform putih tu dipakai sekali dalam seminggu. Banyak perkara boleh dijimatkan. Kos, masa dan tenaga. Cuba bayangkan mereka yang ada ramai anak bersekolah.

Harap pembuat dasar untuk memikirkannya untuk perancangan negara dslam RMKe-12 nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...