Tuesday 28 August 2012

Harta Dibiar Begitu Sahaja





Semasa menziarah di musim Syawal ini.. sempatlah saya mendengar sembang-sembang yang dibualkan.. almaklumlah musim raya, macam-macamlah cerita yang keluar dan diborakkan. Daripada cerita politik pilihanraya, teknologi maklumat, hal-hal kekeluargaan hinggalah ke hal hukum hakam agama. Cuma saya tertarik pada satu subjek ni yang saya nak kongsikan di sini. Ia berkait dengan harta dan peninggalan yang diwariskan/diturunkan kepada anak2. Dalam konteks ni, saya merujuk kepada harta peninggalan orang tua yang telah tiada dan ditinggalkan harta tersebut kepada anak2 yang ada. Baik dalam bentuk tanah ataupun rumah pusaka.

Dua bentuk harta ini kebiasaanya ada dalam masyarakatt kita, terutamanya apabila tiada kedua-dua ibu dan ayah, harta yang ditinggalkan mereka berkemungkin besar tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya. Maka berlakulah pengabaian dan pembaziran terhadap harta tersebut. Bagi kes yang mana para waris yang arif dan bertanggugnjawab, tiada masalah kerana harta tersebut diurus atau dibahagikan sebaiknya secara adil dan saksama. Memanglah bukan mudah mudah juga urusan hal berkait tukar nama dan pembahagian harta ni tapi ia mesti kita ambil perhatian sebab kalau dah lama sangat melangkau zaman, makin rumit proses yang perlu dilalui nanti terutama berkait dengan undang-udang dan peraturan semasa dll.

Memetik satu situasi dimana rumah pusaka ditinggalkan dan tidak diuruskan seperti yang sepatutnya. Ditinggalkan begitu sahaja.. tidak dijual, tidak diselenggara dan tidak dibuat apa2. Alangkah sedihnya kalau ibubapa yang bersusah payah suatu ketika dahulu berusaha membeli atau membangun atau membina harta berkenaan, apabila sampai ke peringkat kita, kita biarkan begitu sahaja.. Sekurang-kurangnya, ambillah sedikit perhatian pada harta itu kerana ia telah jadi tanggugnjawab kita pula.. Kalau dah malas sangat atau dah tak heran dengan harta tu jualkan atau wakafkan.. Dapat juga saham kepada yang telah pergi tu..

Banyak kesan negatif apabila sesuatu harta itu terbiar begitu sahaja tanpa diurus dan diselenggara. Rumah misalnya kalau tak diduduki dalam jangkamasa lama, tentunya akan dimakan anai-anai.. Malah mungkin ada penguni baru disitu.. Penghuni yang kita x nampak. Tanah kalau dibiarkan lama-lama x dijaga mungkin dah makin tebal semaknya dan macam2 boleh jadi disitu. Kalau tak bayar cukai bertahun-tahun, kemungkinan boleh dirampas oleh pihak berkuasa lagi.. Program pembangunan yang kerajaan nak buat pun payah kalau terlibat harta yang tak tentu pemilik yang sepatutnya.

Satu kes lot tapak rumah berserta rumah di kampung saya di Perak, rumahnya telah tidak dihuni dah berpuluh-puluh tahun.. Keadaan sekitarnya semak samun.. Pelik juga macamana sampai berpuluh tahun harta tu dibiarkan macam tu ajer tanpa ada nak bertindak untuk memanfaatkannya terutama oleh para waris dan kerajaan tempatan. Orang yang tiada harta susah payah bekerja mencari harta & bagi yang dah ada harta malas pulak nak jaga.. pelik sungguh..

Sayangilah harta peninggalan orang-orang lama..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 16 August 2012

Salam Lebaran 1433H


Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Adin Wal Faizin..




Disaat post ini dibuat, mood raya memang tengah hebat dirasai dimana-mana pun.. Di pejabat, di premis perniagaan apatah lagi di jalanraya dan lebuh raya ;) Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua saudara muslimin di luar sana sekiranya ada posting di blog ini yang menyentuh perasaan dan fikiran. Suka untuk saya mengingat diri dan sahabat yang balik meraikan Aidilfitri di kampung, tentunya bakal melalui perjalanan yang jauh dan agak sesak. Cubalah sedaya upaya untuk mengatur perjalanan dengan kemas dan mengikut undang-undang jalanraya yang ditetapkan. Banyakkan bertimbang rasa dan bertolak ansur semasa memandu. Ingatlah kepada orang yang tersayang. Akhirnya juga semasa meraikan Syawal ini, sama-samalah kita semua mengambil kesempatan menziarahi dan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang ada sesama saudara dan kenalan.

Taqabalalallahu minna wa minkum, shiyamana wa shiyamakum = “Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah aku dan kalian lakukan, puasaku dan puasa kalian”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 8 August 2012

Risiko Perumahan Padat Penduduk




Minggu lepas apabila terdengar berita kemalangan sepasang suami isteri di AU3, Keramat, KL.. ia sungguh menyayat hati.. Pendek ceritanya, dikatakan bas sekolah yang terbabit mengalami masalah brek dan hilang kawalan seterusnya menjadikan ia satu trajedi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kepada pihak keluarga semoga mereka semua tabah menerima ketentuan Illahi ini dan kita doakan roh kedua-dua termasuklah bayi dalam kandungan itu berada bersama golongan orang-orang beriman. Peristiwa seperti ni tentunya akan terpahat dalam fikiran dan hidup kita lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjadi saksi serta sanak saudara yang terlibat. Sama-sama kita berdoa agar kejadian kemalangan yang tragis seperti ini tidak berlaku lagi.

Satu perkara yang saya fikir perlu diambil ikhtibar di sini adalah tentang taburan dan tumpuan kedudukan perumahan penduduk di negara kita ni. Di Lembah Klang ni memang menjadi tumpuan orang ramai untuk bertumpu baik untuk hidup, bekerja dan belajar. Bagi saya pihak yang merancang pembangunan kawasan  perbandaran suatu ketika dahulu sepatutnya melihat lebih jauh dan kreatif untuk membangunkan kawasan-kawasan tumpuan penduduk. Janganlah diwujudkan keadaan dimana dalam 1km persegi itu sehingga ada lebih 5000 penduduk/isi rumah (saya agak2 je angka ini daripada congak dan bukan analisis yang kemas).. tapi cukuplah untuk menyampaikan maksud saya sahaja..

Maksudnya di sini pendudukan "padat" dan "sendat". Ditambah pula sengsara penduduk yang ramai dan tidak seimbang ini dengan kemudahan infrastruktur yang tidak cukup seperti jalan, lif, longkang, tong sampah, parkir, ruang pergerakan, bersiar dan sebagainya. Tidak cukup dari segi kapasiti untuk menampung orang yang ramai tu. Susah nak bernafaslah..

Cuba lihat diluar bandar.. Banyak lagi ruang bernafas.. Syukur atas nikmat yang masih mereka dapat ini. Di pinggiran bandar pun sudah memadai untuk manusia hidup dengan lebih berrnafas.. Dari itu bagi mereka yang berkuasa dan merancang sesuatu pembangunan, tak usahlah nak selit-selitkan lagi bangunan tinggi2 atau blok2 rumah dicelah-celah kehidupan yang dah semakin sesak tu.. Cubalah cari kawasan lapang yang baru.. Contoh paling baik adalah Putrajaya dan Cyberjaya.. Lapang, luas dan tenang ;)

Selamat bersesak di bazar Ramadhan.. Wassalam..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...