Sunday 23 October 2022

Wibawa Pemimpin Yang Mengubah Suasana

Untuk Malaysia selepas PRU15 nanti, saya fikir rakyat mahukan semua ciri YB dan pemimpin yang seperti dalam senarai di bawah. Kalau dapat 100% semua ciri ni Alhamdulillah. Kalau tak dapat semua, ada 70% ciri ni pun OK lagi. Rasanya kita masih tidak ketandusan pemimpin sebegini. Mereka memang ada dan sangat terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih, atas penilaian yang betul-betul bernas dengan minda yang keluar dari kepompong.

Santun.
Akhlak terpuji.
Karakter magnet.
Hujahnya bernas.
Visi pandangannya jauh.
Prinsipnya teguh dan jelas.
Ideanya sentiasa bercambah.
Pendekatannya nampak segar.
Motivasi dan energinya tinggi.
Misi penambahbaikan berterusan. 
Standard nilai dan kualiti diri tinggi.
Pasukannya berpadu dengan kompas sama.

Niat membina bangsa berdaya maju.
Niat membina bangsa yang peka.
Niat membina bangsa membaca.
Niat membina bangsa berfikir.
Niat membina bangsa berpadu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 24 September 2022

Impian Baharu Nak Jadi Penulis Swaterbit




Sabtu yang hening ni, saya menyerah diri kepada kumpulan pakar penulis untuk berkuliah sehari mengisi ruang minda mengenai ilmu asas menjadi pengkarya swaterbit. Keinginan sememangnya perlu didorong dengan kekuatan ilmu. Banyak yang dikongsikan dan "CEREKA App" tu sangat menarik. Kita boleh membina tapak dahulu dengan berCERTOT! 😉

#ContestHips
#HimpunanPenulisSwaterbit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 20 August 2022

Kemakmuran Malaysia di Tangan Kita

 


Dikatakan sekitar 20% saja pengundi di Malaysia ni yang kuat pegangan kepartiannya. Mereka ahli aktif parti politik dan mengikut rapat perkembangan parti mereka. Mereka sememangnya kekal setia memangkah semasa pilihanraya pada parti yang telah mereka anggotai dan percaya. Bertahun-tahun pegangan, pendirian dan prinsip parti yang mereka percaya pasti menjadikan ia sesuatu yang bukan mudah untuk diubah. Tidak kiralah apa pun isu, berita dan ombak badai yang melanda, setia tetap setia.

Kita beralih pula ke kelompok terbesar iaitu yang selebihnya 80%. Mereka tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan tak mudah juga untuk kita mengenali mereka memihak kepada blok yang mana. Keputusan akhir mereka memangkah mungkin boleh berubah dan sangat bergantung juga kepada segala input yang mereka peroleh. Situasi semasa dan segala newsfeed yang lalu di media sosial pastinya boleh mempengaruhi pemikiran dan pertimbangan golongan yang 80% ini.

Ayuh sekalian 80% teman-teman dan rakyat Malaysia yang ada. Bersedia dan keluarlah beramai-ramai untuk membuang undi bila sampai ketikanya nanti. Undi kita adalah amat bernilai untuk menentukan kualiti pemimpin masyarakat dan pimpinan kerajaan nanti. Saya tahu ramai yang bosan dengan "game" politik yang ada kini. Orang politik hidupnya memang hal politik. Itu darah daging mereka. Bagi yang selainnya dan marhain, tempoh yang masih ada ini adalah masa yang masih ada untuk melihat, mendengar dan menilai apa yang baik untuk masa hadapan.. Ayuh!

Kemakmuran negara ada di tangan kita. Jadikan anda rakyat berminda kelas satu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 14 August 2022

Kita Memang Pengotor

 

Petang ni melintas posting page Sinar Harian keadaan lokasi bila selesai satu acara di Kompleks Gong Badak baru-baru ni. Saya bukanlah nak "giveup" dalam hal ni, tapi rasa penuh yakin mentaliti dan sikap sesetengah penduduk Malaysia (tak kiralah sama ada B40, M40, T20 ataupun warga asing) dalam hal sampah merata ni akan berterusan sampai bila-bila selagi:

1.  Dalam jiwa kita tiada rasa sayang pada bumi Malaysia kita huni dan pijak ni;

2.  Tiada champion baik tokoh atau pemimpin yang meletakkan kesedaran sivik dalam minda sekalian penduduk;

3.  Tiada undang-undang dan penguatkuasaan yang macam di Singapura sana;

4.  Kita dah lali dengan hidup bersama pemandangan bersampah;

5.  Kita tak bersama berimpian untuk Malaysia bersih setanding Jepun;

6.  Hati kita yang pun mungkin tak beberapa nak bersih..


Golongan pendosa sampah ni sah masih sangat ramai..

📸 : Foto Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 24 July 2022

Pengalaman Pertama Kursus Pengurusan Jenazah

Inilah satu-satunya kursus yang paling saya cuba mengelak sebelum ni. Entah kenapa saya pun tak tahu. Apapun baru-baru ni kebetulan masa balik kampung mentua, hujung minggu tu memang ada program pengurusan jenazah dianjur masjid di kampung. Saya buka hati untuk join sekali. Join sekali dengan anak lelaki. Moga dia bersedia untuk menguruskan mayat ahli keluarga dan ayahnya apabila sampai masanya nanti, amin. Dalam hati berdoa juga agar tak kena berlakon ambil peranan "mayat" yang akan dikafankan nanti 😊

Sedikit pengetahuan yang sempat saya kutip untuk pedoman kita menghadapi situasi kematian ahli keluarga terdekat:

1.  Apabila ada saudara atau kenalan kita yang sedang tenat, bacakan dengannya Surah Ar Ra'd (Juzuk 13);

2.  Apabila ziarah oarang yang telah meninggal dunia, bacakan dengannya Surah Yaasin;

3.  Antara tanda sesorang yang sedang tenat hampir masanya hendak meninggal dunia ialah apabila dia berbaring, keseluruhan tubuhnya telah jatuh rapat ke bumi. Tiada ruang pun untuk kita masukkan jari telunjuk di bawah tubuhnya;

4.  Buat waris-waris perbanyakkan zikir "Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair";

5.  Bahagian tubuh yang akan mati dahulu bermula daripada kaki membawa ke kepala;

6.  Di rumah kita eloknya ada satu katil bujang yang tingginya aras lutut. Katil itulah boleh dijadikan pembaringan untuk mayat/jenazah. Kita perlu terus hormat pada mayat tu, elakkan meletak rendah tubuh mayat/jenazah di atas lantai. Baringkan juga orang yang sedang sakit kuat/tenat ke arah kiblat;

7.  Apabila seseorang itu meninggal dunia, tutupkan kelopak matanya. Boleh letakkan duit syiling 20 sen pada kedua-dua kelopak matanya;

8.  Menanggalkan pakaian asal dan memakaikan pakaian yang lain;

9.  Ikat empat bahagian tubuh ni agar keadaan mayat kelihatan kemas:
  • Ikat dagunya ke kepala agar mulut tidak terbuka;
  • Ikat kedua-dua tangannya agar berkeadaan seperti tengah solat tangan di atas perut;
  • Ikat dibetis agar rapat kaki;
  • Ikat kedua-dua ibu jari kaki.

10.  Untuk menutup mayat boleh letakkan kain batik mentutup badannya, serban atau kain nipis di kepala dan letakkan sesuatu yang berat di perutnya (Contoh: gunting besi);

11.  Semasa kita menziarah mayat dan ingin bersentuhan dengan mayat, pegang dahulu bahagian hujung kakinya, urut perlahan-lahan dan beransur-ansur hingga ke bahagian kepala;

12.  Semasa memandikan mayat, jika da bahagian tubuh yang sedikit keras yang sukar dilembutkan pergerakan, boleh usahakan petua ni:

Ambil air beras (segenggam beras - gaul - ambil air bilasan pertama) sapukan pada tempat anggota tubuh mayat yang keras. Insya Allah anggota tu akan lembut dengan izinNya. 





Dan sebenarnya kursus ni lebih kepada latihan amali dan praktikal sebab banyak melibatkan perbuatan dan gerak tindak kita menguruskan mayat atau jenazah tu. Praktikal ini tidak dapat saya gambarkan dalam posting ni, tapi saya percaya kita boleh mendapat maklumat tersebut daripada rujukan-rujukan lain yang ada seperti nota risalah, buku panduan, video kursus, ceramah para Ustaz dan Ustazah, Youtube dan sebagainya. Persediaan peralatan juga paling utama diperingkat awalnya seperti kapas, putik kapas, sabun, air daun bidara, air mawar, kapur barus, serbuk cendana, minyak attar, sarung tangan, apron, gunting, kain putih, tali sebanyak 5 utas dan beberapa lagi perkara tambahan mengikut tempat mayat diuruskan.

Nota Pengetahuan Tambahan:

  • Sebelum dimandikan kita panggil "mayat".
  • Setelah dimandikan kita panggil "jenazah".
  • Wanita uzur jangan hampiri mayat (kerana ramai malaikat yang sedang berada di sisi mayat).
  • Paling afdal mandikan mayat di rumah.

Buat teman-teman tak kiralah siapa pun kita, belajarlah perkara ni ia fardhu kifayah yang sangat perlu untuk kita ambil tahu. Moga teman-teman yang membaca boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada awrah ayah saya yang telah pergi menemui Allah SWT pada 15 Jun 2021. Moga rohnya ditempat bersama para solihin dan aman sentiasa di alam sana. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 16 July 2022

PRU15 - Elok Dah Berikan Golongan Muda Pula Memacu Malaysia




Cabaran dan kehendak dunia masa kini..

Siapa yang lebih faham?
Siapa yang lebih nampak?
Siapa yang lebih mendengar?
Siapa yang lebih tersentuh cabaran semasa?
Siapa yang lebih idea mahu nak menambahbaik?

Jawapan kepada lima soalan di atas adakah "YA" kepada ahli politik yang senior (lama) atau ahli politik orang muda? Bagi saya (orang usia pertengah) pasti orang muda belia jauh lebih sesuai.


Sebelum ni dan sekarang pun tak ramai rakyat yang sibuk nak mengambil berat dengan cerita politik dalam negara. Istilah "kelesuan politik" tu sememang dah lama melesukan rakyat. Sebagai orang awam dan pekerja yang menjalanani hidup yang ada, kita berterusan laksanakan apa jua peranan dan tanggungjawab demi meneruskan kesinambungan hidup. Untuk kita berjiwa lebih besar dan berharapan besar mahu melihat Malaysia maju seperti yang sepatutnya telah dilambatkan momentumnya bila asyik dihambat dan diheret dek kemelut situasi politik negara yang semakin banyak tanda-tanda tanyanya. 

Bila dunia terpukul dengan Covid19, barulah benar-benar kita tersentak dan terasa betul apa cabaran besar dunia yang sedang mendatang. Sebagai orang biasa kita didatangi pelbagai cabaran dari segenap arah. Selain kestabilan politik, kita berterusan perlu bergelut dalam mengimpikan kemakmuran ekonomi, kemajuan taraf hidup, jaminan keselamatan, kualiti kesihatan dan harapan kemakmuran generasi seterusnya dan sebagainya lagi. Ditambah dengan situasi kisah-kisah pengamal politik yang serba tak tentu dan mengeliru, kita sebagai orang marhain ni pun dah tak faham sangat dah apa game orang-orang politik ni. 

Straight to the pointlah.. Bagi saya dah sampai masanya kita patut beri peluang untuk Malaysia ni dipimpin oleh muka-muka baharu yakni kumpulan generasi muda yang lebih faham keperluan Malaysia. Kita belum ketandusan bakat-bakat muda dan mereka dah ada pun di depan kita. Ayuh Malaysia, kita berikan kepercayaan kepada mereka. Minda dan fikiran mereka yang muda ni pastinya lebih jernih!

PRU ni kita nak lihat sangat tak kiralah mana-mana parti pun biarlah calon tu muda dan belia orangnya. Kalau kita ada komputer selepas 5 tahun kita akan ada apa yang dipanggil "IT Refresh". Begitu jugalah pimpinan negara. Itulah harapan Malaysia!



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 29 June 2022

Calon Yang Patut Kita Pangkah Masa Pilihanraya

 




Antara ciri calon pilihanraya yang patut kita pangkah:

* Dia pernahlah datang sekali dua jenguk tempat kita tinggal (lawat kawasan);
* Fokus dia dan team untuk beri khidmat kepada rakyat;
* Nampak jelas dia membela nasib golongan marhaen;
* Tak henti berjuang demi masa depan masyarakat yang lebih makmur;
* Sentiasa mencari solusi dan idea-idea baharu untuk kecekapan perkhidmatan;
* Punyai visi 20~50 tahun ke depan.
* Rajin, muda dan cerdas!

Tapi sebelum tu, pastikan kita pengundi berdaftar kat tempat tu 🤭
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 18 April 2022

Usaha Kecil Pun Boleh Sumbang Kurangkan Pemanasan Global


 
Kita orang-orang biasa yang hidup zaman ni biasanya ada akaun emel. Emel rasmi dimana kita bekerja, emel yang didaftar masa belajar ataupun emel peribadi yang biasanya kita wujudkan lebih awal lagi. Sekarang ni emel boleh dikatakan sama pentingnya dengan alamat rumah. Setiap transaksi dalam hidup ni biasanya alamat emel turut diperlukan untuk melengkapkan butiran diri selain nama penuh, nombor telefon dan lain-lain.

Sebagai pengguna emel yang dah bertahun-tahun menggunakan satu-satu akaun emel tu pasti dalam inbox kita sentiasa terima emel-emel daripada pelbagai pihak. Dengan kesibukan hal kehidupan kita sehari-hari, selalunya kita tak sempat untuk buat housekeeping emel-emel yang ada dalam inbox. Ia boleh jadi emel-emel lama, emel-emel spam atau emel-emel yang kita abaikan dari membacanya selepas sekian lama.

Tahu tak dengan keberadaan emel-emel yang berada sekian lama ini memerlukan ruang (storage) di server. Tidak kita apa jenis emel pun, semua emel tersebut disimpan dalam ruang simpanan data (cloud storage) yang menggunakan sumber kuasa elektrik untuk memastikan data emel tersebut kekal dan sedia dicapai di situ. Penggunaan storage tu sebenarnya menyumbang kepada penggunaan kuasa elektrik yang mengakibatkan kepada pemanasan global yang sedang dunia alami masa ni. Bayangkan kita sebagai individu saja mungkin ada beratus emel terbiar begitu saja. Kalau ada seribu pengguna emel? sejuta? berbilian pengguna? Tidakkah betapa luar biasa jumlah emel-emel tu yang duduk diam di server. 

Jom, kita gerakkan usaha kecil kita, sentiasa buat housekeeping dalam inbox emel kita masing-masing. Bagi turun dan stabil sikit suhu dunia ni. Mungkin akan ada yang fikir payahlah nak delete dan cari emel-emel lama tu. Saya share tiga tips untuk nak memudahkan dan mengurangkan inbox kita dengan emel-emel lama dan emel-emel yang tak perlu:

1.  Gunakan fungsi search dalam inbox emel, pilih address pengirim dalam emel yang memang kita nak delete terus, tekan search dan delete all. Sekali gus delete semua senang.

2.  Unsubscribe emel-emel yang memang kita dah tak perlu pun. Dulu mungkin kita rasa nak terima emel-emel tu, tapi bila dah berlalunya masa, kita mungkin dah tak perlu nak terima semua maklumat yang ada. Sebab priority kita mungkin dah lain ketika ni.

3.  Jadikan satu habit untuk kita buat housekeeping.. setiap kali buka emel, cari dan pilih lima emel lama dan buang.


Moga ada manfaat. 

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 19 March 2022

Memulaukan Diri

 



Malaysia sebenarnya ada banyak produk pelancongan yang unik dan menarik untuk pelancong, baik pelancong domestik mahupun luar. Tapi sayangnya satu kelemahan utama yang sepatutnya semua pihak berkepentingan, pengusaha pelancongan dan kerajaan perbaiki ialah aspek menjaga kebersihan persekitaran.
Mana saja lokasi tumpuan pelancongan kita, ia takkan sunyi dan terlepas daripada sampah yang dibuang merata. Paling popular dan senang kita nampak ialah buangan sampah kotak rokok, botol air mineral dan plastik bekas letak barang.
Saya tak nampak lagi sebarang usaha, perancangan dan impian ke arah menjadikan negara ni bersih dan indah dalam kelasnya tersendiri. Sayang sekali generasi mendatang harus membiasakan diri dengan sampah sarap dalam hidup mereka juga.
Persekitaran melambang kita ni siapa kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 9 January 2022

Selamat Tahun Baharu 2022 - Teruskan Repair Diri

 



Antara aspek berkait dengan diri yang harus kita repair untuk tahun 2022 yang baru menjelma ni pastikan terhadap aspek kewangan diri. Saya share sedikit info yang masuk dalam group wassup. Ini dia nisbah kewangan yang baik untuk sama-sama kita boleh beramal:

40% - Keperluan rumah diri sendiri dan keluarga; 

30% - Hutang piutang, rumah, kereta dan pinjaman peribadi; 

10% - Simpanan jangka pendek maksima 12 bulan income juga sebagai kecemasan dan perbelanjaan luar jangka;

10% - Perlindungan pendapatan dan medical takaful atau insurans;

10% - Simpanan jangka panjang 5 tahun ke atas / pelaburan / investment bulanan;

Pendek kata 70% wang keluar 30% wang masuk (70 : 30). 

✅ Akhirnya jangan lupa 2.5% pendapatan kita mesti dizakat
✅ Seumur hidup, ikut sunnah Nabi Haji sekali dan Umrah 4 kali 
✅ Setiap masa berjuang Islam dengan Dakwah, Siasah dan Tarbiyyah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...