Tuesday 28 May 2013

Kita Boleh Belajar dari Sesiapa Saja

Baru-baru ni seorang kenalan, sahabat dan merangkap anak buah di pejabat bertukar ke bahagian lain.. Beliau yang saya kenal seorang yang matang, suka berterus terang dan bijak menguruskan kehidupan. Sebagai pegawai yang berada paling hampir dengan beliau, banyak perkara yang saya belajar dan ambil iktibar daripada beliau. Apabila kita sudah lama bergaul dengan seseorang, sedikit sebanyak tempias kelebihan orang tu kita bolehlah dapat sikit-sikit kan.. Mudah-mudahan beliau lebih maju jaya di tempat bertugas barunya, InsyaAllah..

Mungkin ramai daripada kita ni selalunya cuba melihat orang yang berada lebih tinggi daripada kita untuk kita contohi dan ikut... Biasanya kita melihat kepada orang yang lebih berusia daripada kita..   Betullah tu.. sebab mereka yang berada di atas dan orang lama ni, dah dulu makan garam. Mereka sudah melalui dan merasai sesuatu perkara itu sebelum kita merasainya.. Jadi mereka boleh menjadi contoh ikutan untuk kita..

Tapi barang diingat ya.. kadang kala berlaku juga yang mana kita yang berada di atas ni kena melihat dan mencontohi juga orang di bawah kita. mana tidaknya kan ;) Tengoklah mungkin ada di antara mereka yang lebih alim orangnya.. Mungkin mereka lebih berilmu dari kita.. Mungkin mereka lebih mahir daripada kita dalam hal-hal tertentu... Pendek kata, kita boleh mempelajari dan mendapatkan sesuatu manfaat daripada mereka juga..

Dari itu ingat-ingatlah kita semua, sesungguhnya kita boleh belajar apa saja daripada orang di sekeliling kita. Jangan sesekali kita memperkecilkan mereka kerana mungkin satu hari nanti kita mungkin akan terhutang budi dengan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 24 May 2013

Samseng Bahasa


Sebagai antara pembaca blog dan juga penulis entri dalam blog sendiri, saban masa dan ketika saya melihat semakin kurangnya tahap kesopanan dan ketimuran orang kita dalam berbicara di blog atau media sosial. Sempat saya menjengah ke beberapa blog yang membicarakan hal-hal isu semasa dan masyarakat.. dan kelihatan komen pembaca lain yang memberi komen mencerminkan semakin lunturnya budi bahasa dalam masyarakat kita khususnya bangsa Melayu itu sendiri. Apa jua pandangan yang ada kita perlu hormati.. tapi cubalah sampaikan respon atau reaksi kita itu secara beradab dan penuh jati diri. Walau seteruk manapun seteru kita itu atau pihak yang menjadi lawan kepada pendirian kita, cubalah sebaik mungkin untuk kita meninggalkan jejak penulisan kita dengan cara yang penuh bermoral dan berbahasa dengan baik. Janganlah menjadi samseng bahasa.. Jangan terlalu beremosi dalam berkata.. Bahasa jiwa bangsa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 22 May 2013

Jadilah Boss Yang Disenangi




Alhamdulillah, orang rumah saya baru beberapa minggu bertukar ke jabatan baru.. Bertukar sebab nak bertugas dekat sikitlah dengan rumah. Almaklumlah bila bekerja jauh dari rumah ni banyak yang ruginya.. Rugi masa, tenaga dan kos. Bila dekat sikit ni, bolehlah jimat sikit terutamanya masa yang begitu berharga.. bak kata pepatah "masa itu emas". Dah hari-hari buang 1-2 jam atas jalan kan rugi tu..

Mengikut pengalaman beliau yang dah beberapa kali bertukar jabatan, boss barunya kali ini nampak sebagai yang terbaik.. Mana tidaknya, bila sebut saja nama beliau semua akan berkata, dia bagus.. dia ok.. baik dia tu.. untung lah... Maksudnya tu.. beliau seorang yang cukup disenangi. Malaslah nak ulas panjang tapi apa yang boleh saya simpulkan, beliau tentu sekali bukan jenis yang mendesak staf bawahan atau yang terlalu nak mengejar nama. Jauh sekalilah nak bersikap kuku besikan. Bertuahlah kalau dapat boss yang menyenangkan macam ni.. Tapi awas, jangan kita ambil kesempatan pulak ;)

Beberapa hari lepas saya ke satu jabatan di Putrajaya. Berselisih dengan seorang yang "besar".. bukan orang politik ya.. Saya amat pasti dan yakin 100% beliau seorang pegawai kanan. Tapi muka dia.... penuh kelat, pekat dan ketat.. rasanya kalau macam tu lah muka dia dengan staf dan pegawai-pegawai, tentunya tak lebih separuh staf akan selesa dengan dia.. 

Apapun, post kali ni hanya nak tulis secara ringan-ringan dan santai saja. Sebagai boss pertama sekali cubalah ikhtiarkan agar kita disenangi.. Bila orang senang dengan kita, kita pun akan senang kan dan orang pun mungkin akan doakan kesejahteraan kita ;)

Syabas kepada semua bos-bos yang menyantuni staf dan orang-orang di bawah mereka. Moga orang yang di bawah dapat mencontohi boss yang di atas mereka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 11 May 2013

Beri Yang Terbaik




Kita biasa mendengar sebagai agensi atau pihak yang bertanggungjawab untuk memajukan sesuatu kelompok masyarakat kita perlu berikan pancing dan bukannya memberi ikan. Kita tak boleh berikan ikan sepanjang waktu sebab bila dah habis ikan yang kita beri tu, mereka akan datang balik minta lagi ikan. Betullah tu. Golongan yang memerlukan sokongan ini sememangnya serba kekurangan dari segi ruang, peluang dan modal untuk merubah keadaan diri mereka. Kerajaan dengan pelbagai kementerian dan agensi telah banyak mewujudkan program dan aktiviti yang membolehkan masyarakat terutamanya Melayu dan Bumiputera bangkit untuk lebih maju, berdaya saing dan boleh berdiri sendiri akhirnya. Banyak program yang berbentuk "pemberian pancing" untuk kelompok sasar berkenaan berusaha sendiri dengan sokongan awal daripada kerajaan. Memang murni dasar kan hasrat yang diinginkan kerajaan untuk melihat "kek" kekayaan ekonomi dalam negara dapat dirasai semua lapisan masyarakat.

Saya suka untuk menulis tajuk ini kerana barisan kabinet baru kerajaan masih belum dibentuk. Rasa tak sabar juga nak melihat barisan pimpinan baru bagi setiap kementerian yang ada. Harapannya menteri dan timbalan menteri yang dipilih nanti adalah dikalangan mereka yang paling selayaknya duduk di situ. Kalau dia paling mahir dalam ilmu ekonomi dia ke Kementerian Kewangan. Kalau dia paling mahir dalam bidang sukan dan belia mungkin orang yang lebih muda lebih sesuai. Kalau dia seorang yang paling mahir dalam hal kepenggunaan mungkin mereka yang dah bergelumang lama dalam hal isu-isu pengguna dan perdangangan dilantik. Begitulah seterusnya untuk kementerianyang lain. Saya yakin YAB PM sedang menilai dan mengatur apa yang paling baik untuk itu.

Berbalik kepada perenggan pertama saya di atas memang sejak sekian lamanya banyak program yang dibuat oleh kerajaan berjaya dan amat berjaya. Cuma saya fikir ada juga yang kurang berjaya. Mungkin pendekatan selepas ini boleh lebih kepada mengajar teknik atau "tips memancing" pula kepada golongan sasar. Kalau sebelum ini toolsnya diberikan oleh pihak berwajib tapi aspek pengisian dan pemahaman penuh terhadap program tersebut mungkin tidak sampai ke jiwa mereka yang terlibat. Nak berikan contoh kat sini takut ada yang berkecil hati pulak.. Jadi anda fikir-fikirlah sendiri ;)

Ringkas dan kesimpulannya ialah aspek pemindahan teknologi dan pemahaman sebenar tu kadang-kala belum cukup mantap. Kita tanpa sedar gagal dalam memberikan penerangan dan penjelasan kepada pelanggan dan sasaran kita. Tak cukup mantap apabila sesuatu perkara itu turun daripada atas sampai ke bawah. Maklumat di atas cantik dah, tapi bila sampai bawah lain pulak jadinya. Semoga kerajaan dan perjalanan 5 tahun kehadapan ini memberikan lebih sinar kepada seluruh rakyat Malaysia. Sama-samalah kita menjadikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul maju pada tahun 2020 nanti. Maju bukan saja dengan infrastruktur moden tetapi juga maju dalam pemikiran dan berkeperibadian tinggi. Selamat memberikan yang terbaik untuk negara tercinta ini. Saya sayang Malaysia ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...