Saturday 16 September 2023

MBSA, Persatuan Penduduk dan Cabaran AJK

 


Awal minggu hari tu saya mewakili pengerusi persatuan penduduk ke satu taklimat oleh MBSA tentang garis panduan dan proses kelulusan hal-hal berkaitan skim kawalan berpengawal dan berpagar serta permit TOL serta lain-lain. Taklimat dibuat di Pusat Konvesyen MBSA, Seksyen 13. Luas dan selesa tempatnya. Selesa sangat mendengar 4 tajuk taklimat oleh pegawai yang membentang. Syabas MBSA akan program yang diadakan ni.

Hari ni rata-rata saya tengok kehadiran oleh pimpinan persatuan-persatuan penduduk sekitar Shah Alam agak memberangsangkan. Senarai kehadiran tu nampak penuh dan kerusi-kerusi yang tersedia pun hampir cecah 90% diisi. Betapa topik atau tajuk yang ingin disampaikan ni sangat relevan dan penting untuk diambil maklum oleh semua.

Apa yang dapat saya perhati dan fahamkan untuk sesi separuh hari ni adalah aspek keselamatan perumahan adalah perkara paling utama untuk rakyat. 95% tumpuan tenaga dan peruntukan untuk setiap persatuan penduduk akan tertumpu ke situ. Keutamaan akan memberat ke kawalan keselamatan, pondok pengawal, boom gate, auto gate, pengawal keselamatan serta aspek-aspek yang memperkukuh kawalan termasuk CCTV, pagar, speed bumper dan lain-lain. 

Bila berdepan dengan keperluan peraturan dan garis panduan pihak berkuasa tempatan, di sinilah mulanya situasi dan cabaran buat jawatankuasa persatuan penduduk. Rata-rata kerja yang dibuat secara sukarela ni sedikit rumit dan kompleks apabila ada keperluan untuk memohon kelulusan itu dan ini. Ya kita sebagai rakyat perlu mematuhi segala akta, peraturan dan SOP yang ada. Dan keluhan kebanyakan wakil-wakil persatuan adalah agar dipermudahkan tatacara dan proses dalam agensi yang ada. Betul jugalah pandangan mereka tu, bila saya perhatikan pimpinan persatuan ramai yang agak berusia. Agak mencabar juga untuk mereka hadam dan cakna kesemua perincian proses dan dokumen-dokumen yang ada. Nasib baik semuanya masih manual. Kalau dah berpindah ke online, entah bagaimana agaknya. Memang sebaiknya urusan kesatuan dan kesetiausahaan ni wajar diberikan kepada tenaga muda. Itu pun belum tentu yang muda pun boleh berkomitmen tinggi dan bersungguh memberikan sumbangan terbaik.

Apa pun syabas, kepada kumpulan pimpinan persatuan-persatuan penduduk ni. Nampak keikhlasan di wajah mereka yang ada, demi kesejahteraan dan keharmonian ahli-ahli penduduk kebanyakkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Menguruskan Konflik

 


Kita sebagai manusia tak dapat lari untuk berinteraksi dengan individu lain di sekeliling. Di tempat kerja, dalam skop kejiranan, keluarga, persahabatan dan sebagainya. Biasanya yang lebih kerap berlaku konflik ni adalah dalam ruang lingkup di tempat kerja kerana di situlah banyak interaksi dan pelbagai urusan yang ada. Antaranya dalam hal projek, program, aktiviti, mesyuarat, perbincangan dan lain-lain lagi. Biasalah, bukan semua manusia tu sama. Kefahaman lain-lain. Latar belakang dan pendedahan juga lain-lain. Sikap pun lagilah tak sama antara satu sama lain.

Saya kongsikan tips ringkas yang boleh kita amalkan bersama:

1. Sedari kita (we are in a team). Kita duduk sebumbung, berada dalam satu organisasi yang sama. Kita selesaikan bersama;

2. Fokus pada penyelesaian. Fikirkan apa cara dan kaedah untuk selesaikan perkara dan kerumitan tu;

3. Kawal esmosi. Manusia dan lebih-lebihnya lagi wanita.. hehehe, kuat main emosi. Jangan kita terbawa-bawa hanyut dengan emosi. Teguhkan pendirian, raikan perbezaan, fahami semua perkara, jelaskan objektif dan bincang cara harmoni;

4. Dapatkan seorang moderator atau orang tengah untuk menutralkan situasi. Orang tengah yang boleh menyeimbangkan antara pihak yang berkonflik.

5. Dan yang akhir ni cuba letakkan diri kita dalam posisi pihak yag satu lagi. Cuba rasa dan fahamkan apa sudut pandang pihak mereka/dia di belah sana.

Moga bermanfaat geng! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...