Saturday 20 August 2022

Kemakmuran Malaysia di Tangan Kita

 


Dikatakan sekitar 20% saja pengundi di Malaysia ni yang kuat pegangan kepartiannya. Mereka ahli aktif parti politik dan mengikut rapat perkembangan parti mereka. Mereka sememangnya kekal setia memangkah semasa pilihanraya pada parti yang telah mereka anggotai dan percaya. Bertahun-tahun pegangan, pendirian dan prinsip parti yang mereka percaya pasti menjadikan ia sesuatu yang bukan mudah untuk diubah. Tidak kiralah apa pun isu, berita dan ombak badai yang melanda, setia tetap setia.

Kita beralih pula ke kelompok terbesar iaitu yang selebihnya 80%. Mereka tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan tak mudah juga untuk kita mengenali mereka memihak kepada blok yang mana. Keputusan akhir mereka memangkah mungkin boleh berubah dan sangat bergantung juga kepada segala input yang mereka peroleh. Situasi semasa dan segala newsfeed yang lalu di media sosial pastinya boleh mempengaruhi pemikiran dan pertimbangan golongan yang 80% ini.

Ayuh sekalian 80% teman-teman dan rakyat Malaysia yang ada. Bersedia dan keluarlah beramai-ramai untuk membuang undi bila sampai ketikanya nanti. Undi kita adalah amat bernilai untuk menentukan kualiti pemimpin masyarakat dan pimpinan kerajaan nanti. Saya tahu ramai yang bosan dengan "game" politik yang ada kini. Orang politik hidupnya memang hal politik. Itu darah daging mereka. Bagi yang selainnya dan marhain, tempoh yang masih ada ini adalah masa yang masih ada untuk melihat, mendengar dan menilai apa yang baik untuk masa hadapan.. Ayuh!

Kemakmuran negara ada di tangan kita. Jadikan anda rakyat berminda kelas satu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 14 August 2022

Kita Memang Pengotor

 

Petang ni melintas posting page Sinar Harian keadaan lokasi bila selesai satu acara di Kompleks Gong Badak baru-baru ni. Saya bukanlah nak "giveup" dalam hal ni, tapi rasa penuh yakin mentaliti dan sikap sesetengah penduduk Malaysia (tak kiralah sama ada B40, M40, T20 ataupun warga asing) dalam hal sampah merata ni akan berterusan sampai bila-bila selagi:

1.  Dalam jiwa kita tiada rasa sayang pada bumi Malaysia kita huni dan pijak ni;

2.  Tiada champion baik tokoh atau pemimpin yang meletakkan kesedaran sivik dalam minda sekalian penduduk;

3.  Tiada undang-undang dan penguatkuasaan yang macam di Singapura sana;

4.  Kita dah lali dengan hidup bersama pemandangan bersampah;

5.  Kita tak bersama berimpian untuk Malaysia bersih setanding Jepun;

6.  Hati kita yang pun mungkin tak beberapa nak bersih..


Golongan pendosa sampah ni sah masih sangat ramai..

📸 : Foto Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...