Tuesday 28 April 2015

Semuanya Adalah Tentang Hubungan dan Emosi..

Kita biasa dengar "Dibelakang kehebatan seorang adalah seorang wanita". Kenyataan tersebut cukup dah menjelaskan tentang kepentingan hubungan sesama manusia.

Orang-orang yang berjaya mempunyai persamaan ini iaitu mereka memiliki hubungan baik dengan mereka yang berada sekelilingnya. Dengan pekerja, dengan rakan-rakan dan keluarga. Mana mungkin kecemerlangan dan produktiviti tinggi boleh terjana sekiranya individu yang terlibat berseorangan dan tidak berbaik dengan yang lain.

Satu rahsia disebalik kelebihan hubungan baik ialah ia sentiasa menjadikan kita seronok, senyum dan ketawa :)

Marah, bosan dan benci adalah antara tanda emosi ada masalah dalam hubungan. Memanglah ada turun naik dalam hidup ni, tapi jangan sampai kita hilang arah dan kawalan.

Sedikit tips:

1. Dengar lagu-lagu yang anda suka. Moga senang kita nak senyum dan ketawa.
2. Tukar fikir dan redha. Bandingkan nikmat-nikmat dan kelebihan yang telah kita ada.
3. Hidupkan kejenakaan dalam diri. Buat sesuatu yang boleh membuat kita dan orang lain senyum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 13 April 2015

Sayangi Keluarga




Tiba-tiba terasa nak menulis pula tentang kasih sayang dalam keluarga.


Setiap daripada kita pasti berkeluarga. Tidak akan ada pun seorang daripada kita yang hidup sebatang kara dalam dunia ni. Pastinya kita datang daripada  seorang yang bergelar ibu dan bapa. Setidak-tidaknya kalau mereka tiada, kita ada adik beradik, anak cucu atau paling tidak pun pasti ada saudara mara. Sesetengah kes terpencil adalah kot betul-betul sebatang kara ;)

Apapun, entri saya kali ini hanya untuk menyedarkan kawan-kawan dan diri yang menulis bahawa kita perlu hargai setiap insan yang berada di sekeliling kita lebih-lebih lagi bagi mereka yang paling dekat yang hidup sebumbung dengan kita. Ini biasanya termasuklah isteri atau suami, anak-anak atau ibu bapa juga.

Sebaiknya juga dalam zaman sekarang ni, kita menzahirkan kasih sayang kita kepada mereka. Tunjukkan secara realiti wujudnya kasih dalam diri kita kepada keluarga atau pasangan kita. Emosi mereka paling utama yang kita perlu jaga. Sebagai contoh, kepada ibu bapa, keraplah menghubungi mereka bertanya khabar. Ziarah mereka di kampung dan lihat keadaan mereka. Untuk yang ada anak-anak, peluklah mereka dan sentiasa menyokong apa yang mereka kerjakan. Bagi sokongan dan dorongan.

Untuk seorang suami, selalulah berikan belaian dan jaga penampilan diri untuknya. Untuk isteri pula, banyakkan sentuhan kepadanya dan ucapan selalu abang sayang kat yang ;)

Balik rumah nanti peluk isteri ya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 7 April 2015

Simpan Ubat di Tempat Selamat




Dalam musim-musim batuk ni suka saya nak kongsikan sedikit tips penting dalam penyimpanan ubat-ubatan terutamanya di rumah. Mudah sahaja, kita perlu ingat kepada 3 perkara iaitu tempat simpanan, maklumat ubat dan hidarkan ubat daripada capaian kana-kanak.

1. Simpan ubat di tempat selamat
Pastikan ianya disimpan ditempat yang sewajarnya seperti masa yang diminta. Jika ia perlu sentiasa sejuk perlulah letak dalam peti sejuk dan jika perlu disimpan dalam bekas tertutup dan kering.. begila sepatutnya. Setiap ubat pasti ada tempoh hayat penggunaannya. Jangan simpan lagi ubat yang dah tamat tempoh.


2. Simpan ubat dalam bekas asal ubat tersebut.
Ini adalah untuk memastikan kita tahu maklumat tepat bagi setiap ubat yang ada seperti namanya, tujuannya, cara pengambilannya, tarikh luput dan lain-lain.

3. Simpan di tempat yg tak boleh dicapai kanak-kanak
Ini sangat penting. Ubat umpama dadah juga. Ia boleh menjadi mudarat juga dimakan tidak tentu hala. Terutamanya bagi anak-anak kecil. Kesan ubat yang tidak baik boleh terjadi sekiranya salah diambil.

Okey... saya nak makan ubat batuk dan antibiotik kejap ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 5 April 2015

Kita Patut Tegur Mereka

Penulisan kali ni saya nak menyingkap semula apa yang berlaku beberapa lama dahulu. Ketika menemankan Abah ke sebuah poliklinik Kerajaan. Nak buat pemeriksaan biasa dan ambil ubat.

Biasalahkan, di tempat-tempat macam tu pada waktu pagi memanglah ramai orang. Senangkan bila datang awal, dapatlah giliran yang awal sikit.

Satu perkara yang dapat diperhatikan, ada sesetengah pelawat atau pesakit yang berada di situ seolah-olah berada di pasar. Cakap kuat tu.. Bukan itu saja, malah pakai baju pun tak ikut adab etika yang patut bila berada di tempat awam atau pejabat kerajaan. Berseluar pendek.. Seliar Jepun jer.

Yang best lagi, staf atau pegawai yang ada, langsung sedikit pun tiada tindakan diambil untuk menegur. Inilah bila benda salah dah menjadi biasa. Apa nak kata?

Harap staf dan pegawai Kerajaan sedikit sebanyak lepas ni lebih tegas dan berani. Berani atas perkara yang hak.

Esok Isnin da..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 2 April 2015

Merokok di Tempat Awam dah Boleh Balik ke?


Beberapa hari lepas, saya ke sebuah restoran untuk membeli makanan untuk makan malam.. Bungkus jer... sambil beratur tu tengoklah sekeliling. Nak tahu apa yang saya nampak?

Jeng..Jeng.. Jeng..!!

Bukan artis yang saya nampak. Saya nampak bekas habuk rokok di atas meja dalam restoran tu. Seingat sayalah merokok di tempat awam macam di restoran macam tu adalah satu kesalahan. Menjeling juga saya mencari kalau-kalau ada yang sedang merokok ketika tu... Memang ada pun seorang perokok yang sedang berasap di sudut meja yang lain. Selamba jer muka.. siap sembang gelak-gelak lagi. ISedangkan kat sebelah-sebelah tu kelihatan ada jer orang lain yang sedang menikmati makanan yang pastinya bukan perokok macam wanita dan budak-budak.

Oh.. apalah nak jadi ya.. Undang-undang larangan tu ada, tapi selamba jer langgar. Kalau lah ada undang-undang macam di Singapura tu kan bagus juga. Kita jadi lebih berdisiplin, bertatasulisa dan sensitif pada orang lain.

Elok juga kalau lepas-lepas ni pemilik restoran atau premis perniagaan letak papan tanda BESAR-BESAR "MEROKOK DITEGAH DISINI!!".. Senang sikit nak sound orang-orang macam mereka ni. Suruh dia baca jer ;)

Letih juga bercerita hal-hal negatif ni.. Tak boleh tulis lama-lama hal perkara macam ni.. Rosak hati dan fikiran..

Jom pi lunch ;)

See you..

#Hari2DenganGST


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...