Tuesday 6 October 2009

Kehidupan Bandar VS Luar Bandar


Saya amat-amat bersemangat untuk membicarakan perkara ini.. Kehidupan di bandar dibandingkan dengan kehidupan di luar bandar.. kampung la maksud saya. Tetapi untuk skop yg lebih terperinci lagi ialah kehidupan di KL dan luar KL.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, suka untuk saya memberikan nasihat ini kepada generasi muda yang ada sumber di kg (aset seperti tanah atau kebun) yang baru habis belajar atau telah tamat pengajian (terutamanya yg berada pada tahap sederhana dan rendah dalam akademik) untuk terus membina kehidupan dan kerjaya yang lebih baik di kampung / luar bandar. Bukan laa maksud saya disini untuk menidakkan peluang mereka di bandar tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan sahaja.

Bandar secara umum memberikan banyak peluang dalam kehidupan kita.. samada bagi generasi lepasan pengajian mahupun yg telah lama bekerja. Peluang untuk membina kehidupan, kerjaya, pendidikan, perniagaan, networking dan macam-macam lagi mmg banyak. Mana tidaknya, dibandarlaa pun adanya pusat-pusat yang pelbagai.. Pusat membeli belah, pusat snoker, pusat kareoke, pusat video, pusat bandar, terpusat-pusat ;) dan macam-macam lagi pusat yang ada serta kemudahan yg terkini..

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna luar bandar dan kampung ini tidak dapat memberikan apa-apa kepada kita. Kalu macam tu takde maknalah wujudnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Kita dapat lihat sehingga kini, kemajuan semakin brtambah di bandar tetapi di kemajuan luar bandar agak perlahan. Ini adalah sesuatu yang tidak seimbang bagi saya. Seharusnya kadar penghijrahan generasi muda Melayu khususnya ke bandar tidak harus berterusan. Ini adalah kerana di masa ini kita dapat lihat dikampung2 misalnya yang tinggal di rumah2 hanyalah golongan tua atau pesara sahaja. Apabila mereka telah tiada nanti (meninggal dunia), adakah anak-anak mereka akan tinggal disitu pula mengganti mereka. Mungkin ada, mungkin tidak.. Kalau tidak siapakah yg akan menjaga dan meneruskan penjagaan kepada harta pusaka yg ditinggalkan?



Jadi saya menyeru agar sesiapa sahaja yg membaca blog ini agar jangan lupa kepada tempat asal kita (luar bandar). Lainlah kalau anda memang 100% berasal dari bandar.. tapi saya fikir.. bandar itupun sendiri berasal dari luar bandar. KL seuatu ketika dulu kampung juga ;)

Akhirnya, saya ringkaskan perbandingan kelebihan hidup dikampung berbanding di bandar besar seperti KL yang mungkin ada diantara kita yang tidak ambil kisah dan x membawa apa-apa makna pun tetapi bagi saya boleh difikirkan.

1. Hidup di kampung belanjanya murah. Kalu rajin bercucuk tanam lagi x perlu keluar duit sayur.. tanam sendiri jer

2. Tak perlu bersesak-sesak beratur panjang di mana2 kaunter bayaran @ bank @ pej. pos dll

3. Tak susah nak letak kereta / motor bila ke mana-mana.

4. Tiada trafik jem. (di KL hujan baru jatuh dua tiga titik pun dah sume slowkan kenderaan)

5. Boleh tinggal di rumah dengan halaman rumah yang luas. Kat laman rumah boleh tanam mcm2 pokok lagi.

6. Menghirup udara segar setiap hari... kat KL hidu asap kete jer selalunya kalu naik motor laa..

7. Tak perlu keluar awal ke office (elak jem) dan boleh balik awal ke rumah (bukan malas tp tidak stress sgt)

8. Tidak perlu nak bayau tol. Jadi tak perlu nak pikir dalam kepala bila nak topup Touch & Go setiap bulan.

9. Bayaran sewa apa-apa pun murah... sewa rumah, sewa kanopi, sewa bilik dll.

10. Harga hartanah yg jauh lebih murah. Seorang yg beli apartment di KL kalau duk di kg boleh bina Bangalow..

11. Dekat dengan ibubapa dan saudara mara (jika masih ada)

12. Sesetengah tempat di kampung pegi balik keje amik masa 1 hingga 2 minit jer, tapi di KL boleh jadi 1 hingga 2 jam..haha.. macam saya.

13. Di kampung boleh dengar bunyi ayam berkokok di waktu pagi.. Di KL tak dengar pun..

14. Di KL kenduri kawin selalunya kena buat di dewan (kena sewa dewan), tapi di kampung boleh buat kat laman jer..

15. Pendatang dan warga asing kurang di kawasan kampung... tapi di KL macam2 orang ada..

16. Orang kampung kebanyakkannya sarapan dirumah. orang KL?..
17. Terakhir.. kalau menetap di kampung, bila time musim cuti atau perayaan, tak perlu susah2 macam orang lain yang kena balik ke kampung.. sbb dah memang berada di kampung.. melainkan kena balik kampung isteri atau isteri-isteri di tempat lain..hehehe.

Sebenarnya saya tulis ni sebab saya amat jeles dengan orang yang bekerja dan menetap di kampung..
Jgn fikir orang KL tu kaya.. sebenarnya orang di kampung tu lagi kaya...hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. toooooooooooooth

    ReplyDelete
  2. betul tu.. tapi sebenarnya ada jenis-jenis orangnya sahaja yang suka duduk kampung ni...kalau orang yang jenis tak suka tu, cakap macamana pun mata dia tak terbuka.. walaupun dia dah tahu duduk di bandar tu nak bernafas pun susah...

    ReplyDelete
  3. ni cerita ape

    ReplyDelete
  4. Saya rasa tinggal di bandar lebih senang sebab banyak kmudahan berdekatan kalau kampung nak pergi bandar susah,daripada kampung nak ke bandar ambil masa lebih kurang 30 minit baru sampai bandar.Lepas tu orang bandar berfikiran terbuka daripada orang kampung,orang dibandar tak jenis jaga tepi kain orang berbeza di kampung yang bila ada cerita buruk tentang seseorang tu,satu kampung nanti dapat tahu,sebab tu saya suka tinggal di bandar

    ReplyDelete
  5. Dengan keadaan ekonomi yg mwnghimoit macam skrg..baik tinggal di kg..perbelanjaan kluarga terutamanya persekolahan anak2 lebih mininum..skrg ni kalau kg saya dah byak kedai mini market, hospital pun dekat, sekolah pon tip top..

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails