Selepas membaca blog tulisan Saudara Faisal Tehrani, suka juga untuk saya membicarakan tajuk Bahasa Melayu / Malaysia ini. Apa tidaknya sayakan orang Melayu.. Bahasa Jiwa Bangsa!
TPM telah melancarkan bulan Oktober ini sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan. Saya pun tahu apabila membacanya di blog orang lain.. Maknanya disini, usaha oleh kerajaan untuk "MULA" memartabatkan BM tu ada, cuma tak cukup berkesan.. sbb ramai yang tidak sedar..
Kebiasaannya, saya rasa pihak DPB selalunya "ditembak" apabila kita memperkatakan tentang isu Bahasa Melayu.. kerana mereka adalah Dewan yang menentukan penggunaan setiap istilah dalam BM di Malaysia ni.. DBP menentukan skema penggunaan bahasa yang betul di tempat dan ketika yang betul. Tetapi mungkin ramai antara kita yang tidak sedar sebenarnya DBP lebih kepada memberi panduan dan nasihat sahaja.... takde bidang kuasa untuk menegur dan mendenda pesalah-pesalah bahasa ini.. Jadi wujudkan penyalahgunaan istilah yang tidak betul dan bertepatan pada tempatnya seperti di papan-papan tanda iklan, penulisan dan sebagainya.

Berbalik kepada bulan Oktober tadi, saya ingat kerajaan perlu ubah cara untuk adakan sesuatu KEMPEN berkaitan bahasa ini.. untuk BM ni, ia tidak cukup dalam 1 bulan.. Mungkin perubahan secara berperingkat-peringat dan tersusun (mengambil sedikit masa) boleh dilaksanakan. Ia perlu mengambilkira perkara2 yang terfokus kepada masalah pokok iaitu longgarnya penggunaan bahasa itu sendiri dalam aspek pendidikan dan ekomomi. Jadi dengan ini mungkin kerajaan boleh melihat 4 perkara ini dahulu iaitu :
1. Usaha penterjemahan buku-buku ilmiah dari bahasa luar ke bahasa Melayu perlu ditingkatkan segera..
2. Perluaskan skop DBP sehingga ianya boleh menyaman pesalah Bahasa ini..
3. 100% ubah semua kenyataan / tulisan di premis perniagaan ke BM.. (Iklan, tanda Harga, promosi dll)
Kalau boleh tulis JAWI lagi bagus..hehehe..
4. Beri insentif potongan cukai kepada mana-mana perniagaan yang 100% mengguna BM dalam operasinya (aspek surat menyurat dan dokumentasi).
Ada terdengar mengenai di Brunei, bahasa pengantar di sana adalah Bahasa Inggeris ;)
Dalam Perlembagaan Negara, BM adalah bahasa kebangsaan tetapi semakin diketepikan pulak.. kan pelik tu....
No comments:
Post a Comment
Komen Anda