Semalam, dalam Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC, Pemuda mencadangkan agar kerajaan mewujudkan beberapa inisiatif khas untuk golongan belia. Saya fikir tentunya Pemuda telah membuat kajian dan mengumpulkan data-data yang lengkap sebelum mengutarakan cadangan ini. Salah satu daripadanya adalah diwujudkan satu Bank Belia / Pemuda untuk memberikan galakan kepada generasi ini khususnya dalam bidang keusahawanan.
Sebagai seorang belia, saya melihat perkara ini amat positif dan harus disokong. Walaupun ada diantara golongan belia yang berada dalam arus perjuangan UMNO dan juga arus-arus perjuangan yang lain-lain, saya fikir apabila diketengahkan suatu idea seperti ini, kita semua harus menyokongnya. Sebab!!... sebabnya Pemuda UMNO ada pengaruh dalam UMNO dan Kerajaan. Suara mereka boleh didengar oleh PM dan TPM serta semua yg lain.. Ini adalah isu pokok yang melingkari permasalah kehidupan generasi muda sekarang ini khususnya para lepasan institusi pelajaran diperingat menengah dan tinggi..
Pengujudan Bank Belia Bagus! .. tapi mesti ada juga yg akan tak sokong tu.. biasala kan di Malaysia..
Inisiatif peruntukan anak pertama.. Bagus!!
Diskaun kereta nasional pun BAGUS!!
Tabung Pinjaman Perumahan.. Amat Bagus!!
Baucar belian barangan bayi.. Bagus juga... hmmm...
Saya fokus kepada keusahawanan :
Disamping Bank Belia tadi, saya fikir Pemuda harus menggeesa kerajaan menggerakkan mana-mana "agensi" dalam kerajaan yang terlibat secara langsung dengan keusahawanan ini untuk menggerakkan & menggalakkan generasi muda dalam perniagaan & keusahawanan. Mungkin ada agensi-agensi berkenaan yg berfungsi untuk melahirkan usahawan khususnya untuk generasi muda tetapi mungkin golongan belia ni tak tahu mengenainya.. Apa yg lebih penting bagi saya yg mungkin mejadi masalah utama dalam keusahawanan ini adalah aspek PemasaraN, PEMASARAN dan Pemasaran BerTERUSAN..
Untuk jangkamasa panjang budaya keusahawanan tu patut diterap dalam silibus pendidikan. Saya pernah tulis dalam tajuk sebelum ini .. "Cadangan Kepada Sahabat di Kementerian Pendidikan". Budaya berniaga ni la yang perlu ditanam terutamanya dalam bangsa Melayu, kerana bangsa lain (Mcm Cina) dah memang tertanam dalam diri mereka. Semasa dunia menghadapi masalah ekonomi sekarang kita dapat lihat Orang Bangsa Cina & Negara China tidak terjejas sangat.. Kenapa? Sama-sama kita fikir.. Rajin adalah biasa bagi mereka sedangkan MALAS adalah biasa bagi Melayu..hehe..
Sokong Apa Yang Patut Disokong ;)

No comments:
Post a Comment
Komen Anda