Dahulu kerajaan telah berusaha untuk menarik pelabur2 luar untuk melabur di negara ini. Dipendekkan cerita bukan pelabur sahaja yang masuk tetapi pekerja mahir, pekerja sederhana mahir dan buruh2 luar pun masuk sekali.. Sejak awal tahun 90an kebanjiran mereka di sini telah dapat dirasai terutamanya dalam indusri khususnya sektor perkilangan dan pembantu rumah.. kini hampir lebih 10 tahun.. mereka bukan sahaja dalam perkilangan tetapi dah berkembang ke segenap bidang kerja seperti kawalan keselamatan, pertanian dan perladangan, restoran kedai makan pun dah ramai orang mereka yang masak, pekerja pembersihan, menjaga urusan di stesen-stesen minyak.. Di stesen minyak PETRONAS pun ada ;) dan lain-lain lagi yang mungkin saya tak perasan.. Isu pembantu rumah sebagai contoh mendatangkan banyak masalah.. Orang Malaysia kena belajar hidup tanpa pembantu rumah agaknya.. Jumlah tahunan aliran keluar wang negara ke negara asal mereka juga besar.. isu-isu sosial jangan ceritalah.. BANYAK!!..
Banyak faktor yang menyumbang keadaan ini.. Antaranya sikap orang Malaysia itu sendiri.. malas nak ceritalaahh.. masing2 dah tahu dah..Faktor lain yg turut menyumbang kepada limpahan pekerja asing juga adalah kerana jumlah tenaga buruh yg tidak mencukupi, juga kerana kos upah kepada pekerja luar yg lebih rendah.. ini menguntungkan majikan.. Apapun bukan faktor yang hendak saya ketengahkan di sini tetapi kerungsingan.. Bayangkan di Lembah Kelang sahaja, hampir 1/3 penduduknya adalah pendatang dan pekerja asing.. Sumber ini adalah meminjam dari kata-kata Dr Khir Toyo semasa beliau keudara di AWANI beberapa hari yg lalu.
Apa yang menjadi kerungsingan kepada saya dan mungkin rakan sahabat rakyat Malaysia yang lain ialah sampai bila keadaaan ini akan berterusan.. Memanglah mereka menyumbang kepada kemajuan negara tetapi janganlah sampai jumlah bilangan mereka menjadi sama banyak atau melebihi pulak orang tempatan.. Ini tak patut dan tak sesuai.. Mungkin pihak-pihak yang berkenaan dan ada kuasa boleh mengkaji semula polisi dan dasar yang berkaitan dan hadkan jumlah mereka disini. Khususkan mereka dalam sektor2 tertentu sahaja seperti perladangan dan perkilangan sahaja misalnya. kalau boleh kecil, kecilkan lagi skopnya. Janganlah nanti sehingga hendak mewakili negara dalam sukan pun kita guna pemain import... eh silap.. saya ambil contoh lainlah... Janganlah nanti sampai untuk menyewa rumah di KL.. tiba2 tengok pemiliknya warga asing.. Orang Malaysia menyewa rumah daripada Orang Bangladesh di Malaysia.. kan kesian bunyinya tue.. Adakah ini harga kepada kita untuk mencapai negara maju?
Diharapkan model ekonomi baru yang akan diketengahkan oleh barisan kepimpinan negara nanti akan melihat semula aspek lambakan pekerja asing ini..
Orang Malaysia pun janganlah manja sangat terutamanya generasi muda yg hanya nak merempit dan buat kerja yg bukan-bukan sahaja.. Salurkan tenaga tu ke jalan yang baik.. Kesedaran bermula dari rumah..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda