Saturday, 10 October 2009

Cakap Sini.. Cakap Sana..


Boleh dikatakan setiap hari kita dapat melihat dan mendengar di TV tak kirakah di saluran percuma ataupun berbayar.. macam-macam forum dan sesi perbincangan yg diadakan. Pelbagai topik dan perkara yg dibincangkan dan dikupas oleh panel yg dijemput. Daripada sekecil-kecil isu hinggalah ke isu-isu global dan serantau yg lebih serius & berat.






Daripada pengamatan saya yang tidak seberapanya ini MUNGKIN hampir separuh daripada perkara yang dibincangkan ada menyentuh kepada inginkan perubahan dan penambahbaikan dalam pengurusan pentadbiran negara juga parti-parti politik. Memanglahkan begitu.. sebab... asas kepada kejayaan sesebuah negara terletak pada pengurusan kerajaannya, kalau tidak tiadalah timbulnya tag line "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Apa yang menarik perhatian saya di sini adalah MUNGKIN impak @ hasil perkara yang dibincangkan tidak sampai kemana akibat ianya hanya bernoktah setelah siaran program berkenaan tamat. Lebih tidak meninggalkan kesan ialah penonton yang sepatutnya mengikuti program berkenaan tidak mengikutinya.. Mungkin audien yang disasarkan untuk menonton program berkenaan tidak menonton dek kerana tidak maklum tentang program berkenaan terlebih awal.. ataupun mereka memang tidak menonton TV. Itu hak mereka kita tak boleh nak buat apa ;)

Jadi saya menyarankan agar pihak-pihak yang terlibat dalam membuat dasar atau polisi khususnya pegawai-pegawai diperingkat tertinggi dalam kerajaan dapat mempertimbangkan apa sahaja syor-syor, hujah dan pandangan ahli panel dalam program perbincangan berkenaan yg mungkin bernas dan boleh dilaksanakan dalam isu-isu tertentu yg diperkatakan.. kadangkala sesuatu penyelesaian ataupun perubahan itu agak sukar dibuat @ dicetuskan oleh orang dalam. sebaliknya lebih mudah dicetuskan oleh orang luar ataupun pelanggan kita.. begitulah keadaannya.. Mungkin Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan boleh memainkan peranan dalam hal ini..

Salah satu contoh yang boleh saya pinjamkan daripada salah satu perbincangan di TV yang saya tonton beberapa minggu lalu yang menyentuh dalam menambahbaik promosi pelancongan Malaysia diluar negara. Malaysia dilihat oleh panel berkenaa agak perlahan seolah-olah tiada idea baru untuk mempromosikan Malaysia di luar. Dari dahulu hingga kini tiada apa produk baru pelancongan yang hebat untuk dipromosikan.. Thailand, Singapura dan Indonesia sendiri telah lebih maju dalam mempromosikan pelancongan mereka.. Sepatutnya dengan kelebihan dari segi kestabilan sosiekonomi dan politik yang ada di Malaysia ia harus dipergunakan sebaik mungkin untuk menarik lebih byk pelancong khususnya dari Timur Tengah.. Akhirnya... cakap sini cakap sana.. Tetapi...perhatian dan tindakan macamana?

Bagaimana dengan hasil kempen yang macam2 : kempen  tidak merokok, budi bahasa, sikap di jalanraya, kitar semula, pemuliharaan alam, gaya hidup sihat, anti dadah, hapuskan denggi dan sebagainya.. Adakah berjaya?

Seolah-olah sekarang ni orang kita ibaratnya asyik bercakap, bercakap & terus bercakap... berbuih-buih mulut.. tetapi masih ramai yg masih reti-reti juga...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails