Wednesday 31 July 2013

Banyak Cara Nak Berjariah



Minggu lepas saya balik ke kampung.. Memandu malam hari untuk dapat saya makan dan minum menghilangkan rasa mengantuk.. Kebiasaannya saya melalui jalan lama, tapi disebabkan sedang dalam bulan puasa, nak sampai ke kampung cepat sikitlah. Jadi lalulah di lebuh raya (PLUS). Sampai di Plaza Tol Seremban-Port Dickson untuk keluar dan membayar tol, tiba-tiba saya terfikir. Alangkah baiknya jika sesekali saya dapat memberikan air kotak kepada jurutol berkenaan. Bukan kesian, tetapi sekadar untuk menggembirakan hati mereka sahaja. Cuba kita bayangkan perasaan dia sekiranya kita berbuat begitu. Bayangkan sedang kita penat bekerja datang orang membawa buah tangan atau hadiah. Tiada siapa yang tak suka kan?

Rupa-rupanya ada banyak lagi cara untuk kita berjariah dan berbuat baik kepada orang lain ataupun kepada persekitaran kita. Kita dengan mudahnya boleh memberikan gula-gula kepada anak-anak kecil. Memberi dengan penuh rasa kasih sayang. Kita boleh juga memberikan makan kepada rakan sepejabat (bungkus je senang). Lebih murni lagi sesekali boleh juga kita melawat ke mana-mana rumah anak yatim yang berhampiran rumah kita memberikan sumbangan. Sumbangan bukan saja dalam bentuk wang ringgit, tetapi apa jualah yang boleh memberikan manfaat kepada mereka. Mungkin buku, mungkin alatulis, pakaian, permainan, perabot dan banyak lagi. Setiap hari atau seminggu sekali misalnya pada hari Jumaat boleh kita sedekahkan apa-apa sahaja di masjid atau surau. Kebiasaannya pisang.. tapi boleh juga kita sedekahkan burger ke, air mineral ke atau nasi ayam juga ;) Tak perlu modal besar pun.. Ingatlah banyak hikmah dan kelebihan apabila kita memberi.

Post ini sebenarnya dituju kepada diri saya dahulu dan seterusnya untuk renungan anda yang membaca. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni, tentu sekali berlipat kali ganda ganjaran yang kita dapat daripada sedekah dan pemberian kepada yang lain. Sesungguhnya apabila kita telah tiada nanti, 3 perkara sahaja yang boleh membantu nasib kita di sana iaitu:

1. Doa anak yang soleh/solehah.
2. Sedekah jariah.
3. Ilmu yang dimanfaatkan.

Akhir sekali, kalau tak ada apa-apa yang kita boleh berikan, melemparkan senyuman ;) kerana senyuman itu juga adalah sedekah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 24 July 2013

Media Yang Menyuluh


Saya melihat suasana Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Besut yang sedang berlangsung kini agak suam-suam suasananya.. Kira-kira sesedap rasa. Patutnya begitulah... Apabila ada satu-satu berita atau isu yang nak diberikan dalam media, baik elektronik mahupun media cetak... bersederhana dalam mengutarakan perkara dan peristiwa yang berlaku. Tapi mungkin kita tak seronok nak dengar berita yang biasa-biasa saja kan ;) Mungkin juga kesuaman ini berpunca daripada suasana bulan Ramadhan itu sendiri dan banyak juga isu lain yang sama-sama timbul kebelakangan ini sekaligus menenggelamkan sedikit PRK tersebut. Mungkin juga Kuala Besut itu sendiri jauh di penjuru sana.

Apapun, apa yang cuba nak saya katakan di sini sebenarnya adalah orang media, editor atau penerbit sesuatu produksi itu sebenarnya memainkan peranan besar dalam menentukan fokus dan tumpuan masyarakat. Bila dalam suatu ketika banyak diberitakan hal kemalangan, hal kemalangan yang lebih disuluh. Apabila hal politik menjadi agak panas, politik pula disuluh. Apabila lebih sikit berlaku kejadian jenayah, jenayah pula disuluh. Begitu jugalah dalam isu-isu ataupun bentuk-bentuk berita lain yang boleh diberikan tumpuan media untuk tatapan semua.

Sedikit dalam pemikiran saya yang biasa-biasa ni, mengapa tidak sesekali media menumpukan sedikit kepada perkara dan isu yang memberikan lebih manfaat kepada pemikiran. Tidaklah asyik hanya memutar bentuk-bentuk berita yang rasanya dah macam rutin saja.Memanglah sesuatu berita itu perlu ada nilai berita dan sensasinya, tetapi mengapa tidak sesuatu yang bersifat penemuan baru, sesuatu yang berbentuk motivasi atau sesuatu yang berbentuk kreatif diberikan highligt yang lebih besar. Sebagai contoh berita selalunya menunjukkan hal kemelut badan sukan tertentu, memaparkan hal permasalahan rakyat dan isu politik. Letih dengar dan letih nak baca. Bukan perkara atau berita ini tidak perlu tetapi perlu diseimbangkan dengan penonjolan sesuatu yang baik atau cemerlang. Mengapa tidak ditonjolkan juga hal dan detik kejayaan seseorang. Sekurang-kurangnya apa yang berlegar dalam minda masyarakat tu, ada juga benda yang baik-baik. Ada sesuatu yang menyenangkan dan boleh memberi inspirasi.

Sesungguhnya media memainkan peranan amat penting dalam mencorakkan pemikiran rakyat. Untuk membentuk masyarakat yang maju, bentuk dan corak beritanya juga saya fikir perlu maju. Sekadar menulis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 14 July 2013

Tanamlah Semula - Boleh Dapat Hasil



 

Tanah sememangnya adalah antara sumber yang utama dan modal kepada pendapatan. Hampir kesemua bentuk perniagaan tentunya ada faktor lokasi untuk perniagaan itu beroperasi. Tanah juga tentunya faktor paling penting untuk menjalankan aktiviti pertanian dan perladangan. Beberapa hari lepas saya berkenalan dengan seseorang. Kini beliau mewarisi tanah kebun getah milik keluarga. Kebun getah sekitar 3 ekar. Agak luas juga. Katanya kebunnya tidak diusahakan.. terbiar sahaja pokok-pokok getah tua yang ada. Mungkin dah berumur lebih 30 tahun. Almaklumlah dia kini seorang profesional di KL. Manalah pulak ada masa nak menguruskan kebun berkenaan. Jauh sekalilah nak menoreh ;)

Sebagai seorang anggota kerja di RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), saya mengambil sikit ruang blog ini untuk mewar-warkan sedikit pilihan yang boleh diambil oleh kenalan berkenaan bagaimana untuk kebunnya itu tadi tidak terbiar begitu sahaja. Walaupun kita tidak perlukan sebarang tambahan pendapatan lain, alangkah baiknya kalau kebun itu diusahakan, terjaga dan hidup.. memberi kehidupan kepada aktiviti ekonomi baik dalam skala kecil secara tak langsung memberi sumbangan kepada negara.

Memanglah beliau dengan komitmen, masa dan tenaga yang ada tentu sekali tak mampu untuk menguruskan kebun berkenaan. Tapi sebenarnya ia boleh diusahakan sebab modalnya dah ada pun. Modalnya hanya tanah yang sah, pokok getah yang dah tua dan adanya agensi seperti RISDA.

Dipendekkan cerita bagaimana untuk kebun beliau tadi boleh diusahakan. Pertama tanah beliau ini dan tanah-tanah ramai lagi diluar sana kalau ada getah tua memang layak untuk dapat bantuan tanam semula daripada RISDA. Bantuan akan diterima dalam bentuk benih, baja dan khidmat nasihat juga. Kedua disebabkan beliau tiada masa untuk menguruskan, beliau boleh melantik agen mengurus yang boleh menguruskan kebun berkenaan. Salah satu contohnya adalah dari kalangan anak syarikat RISDA sendiri iaitu RPSB (RISDA Plantation Sdn. Bhd.) Lantik saja mereka untuk uruskan kebun berkenaan dari mula hingga akhir. Daripada bersih kebun, penanaman, selenggara hingga keluar hasil. Apapun mesti ada penjanjian antara kedua-dua pihak. Kebiasaanyaan % keuntungan boleh dibahagi (70/30). 70 untuk tuan tanah dan 30 oleh agen kalau tidak silap sayalah. Goyang kaki dapat duit.. kan untung tu ;) Mudah bukan.. dua langkah saja. Penuh syarat untuk tanam semula dan lantik agen.

Apapun untuk penerangan lebih terperinci beliau atau rakan-rakan diluar sana boleh lah merujuk kepada mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran.

Nak ingatkan juga pada semua diluar sana yang ada kebun getah dan sawit, bolehlah berikan maklum balas kepada pembanci RISDA yang sedang membuat bancian di tempat masing-masing. Banci yang tiada tujuan lain selain nak dapatkan statistik bagi merangka program RISDA di masa-masa hadapan demi kesejahteraan masyarakat pekebun kecil itu sendiri. Anda ada kebun getah/sawit di bawah 100 ekar, anda adalah pekebun kecil. Untung sebenarnya jadi pekebun kecil ni ;) 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 1 July 2013

Siapa Kata Gotong Royong Tidak Relevan?



Semalam, sempatlah meluangkan masa untuk aktiviti gotong royong di mana perumahan tempat saya tinggal. Alhamdulillah walaupun berada bukan di kampung, kelihatan semangat gotong royong tu masih ada dan boleh jadi lebih kukuh lagi kalau dipupuk dan dirangsang dengan baik. Aktiviti yang dibuat semalam bukan lah berat sangat tetapi cukup untuk memerahkan keringat, beriadah dan sambil-sambil bersosial juga.. Dapatlah berkenalan  dan bersembang dengan jiran-jiran yang walaupun tinggal bersama tapi payah juga nak bersua.. bersua di Facebook ajer.. Nasib baik cuaca agak mendung pada pagi.. selesalah juga untuk melakukan kerja pembersihan, menebas apa yang patut dan menyapu-nyapu sampah.

Semangat bergotong royong ni saya fikir bukanlah sesuatu yang terlalu keras dan berbentuk paksaan.. Ia lebih kepada bersikap terbuka dan sukarela.. Bukan senang juga nak ajak anggota jiran tetangga keluar, berpanas dan mengerah tenaga untuk mengusahakan sesuatu yang baik demi faedah bersama. Ada yang lebih rela berdiam diri, tak ambil port dan malas nak layan. Mungkin juga ada yang dah tak peduli dah apa yang berlalu di sekeliling mereka.. Tentu sekali 1001 macam alasan yang mereka ada kan? Mungkin budaya sukarela ni belum cukup "mekar: lagi di negara ni. Mungkin kena mula dari anak-anak kecil lagi.. Di sekolah misalnya..

Cuma satu perkara yang saya nampak semalam iaitu.. sesetengah kelompok ni sibuk sangat2 dengan berniaganya.. orang bisnesslah katakan.. tak dihiraukannya langsung hal berkaitan komuniti, keselamatan dan masyarakat.. sesekali apalah salahnya curi sikit masa untuk sumbangkan sesuatu untuk masyarakat. Sekurang-kurangnya tunjuk muka jer.. jadilah.. ;)

Marilah wahai sabahat dan teman2 di luar sana.. Usahlah malu dan segan.. Gotong royong satu amalan murni dan ada ganjarannya juga.. Menyelesai dan mempermudahkan permasalahan awam dan masyarakat bukankah besar impaknya juga.. kita buat benda kecil tapi yang menerima kesannya ramai.. Mengalihkan duri di tengah perjalanan pun ada pahalanya kan..

Jadilah penyumbang untuk sesuatu dan bukannya menjadi seorang yang "sumbang" suaranya ataupun bertindak seperti "kera sumbang". Akhir kata : Ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...