Wednesday 31 July 2013

Banyak Cara Nak Berjariah



Minggu lepas saya balik ke kampung.. Memandu malam hari untuk dapat saya makan dan minum menghilangkan rasa mengantuk.. Kebiasaannya saya melalui jalan lama, tapi disebabkan sedang dalam bulan puasa, nak sampai ke kampung cepat sikitlah. Jadi lalulah di lebuh raya (PLUS). Sampai di Plaza Tol Seremban-Port Dickson untuk keluar dan membayar tol, tiba-tiba saya terfikir. Alangkah baiknya jika sesekali saya dapat memberikan air kotak kepada jurutol berkenaan. Bukan kesian, tetapi sekadar untuk menggembirakan hati mereka sahaja. Cuba kita bayangkan perasaan dia sekiranya kita berbuat begitu. Bayangkan sedang kita penat bekerja datang orang membawa buah tangan atau hadiah. Tiada siapa yang tak suka kan?

Rupa-rupanya ada banyak lagi cara untuk kita berjariah dan berbuat baik kepada orang lain ataupun kepada persekitaran kita. Kita dengan mudahnya boleh memberikan gula-gula kepada anak-anak kecil. Memberi dengan penuh rasa kasih sayang. Kita boleh juga memberikan makan kepada rakan sepejabat (bungkus je senang). Lebih murni lagi sesekali boleh juga kita melawat ke mana-mana rumah anak yatim yang berhampiran rumah kita memberikan sumbangan. Sumbangan bukan saja dalam bentuk wang ringgit, tetapi apa jualah yang boleh memberikan manfaat kepada mereka. Mungkin buku, mungkin alatulis, pakaian, permainan, perabot dan banyak lagi. Setiap hari atau seminggu sekali misalnya pada hari Jumaat boleh kita sedekahkan apa-apa sahaja di masjid atau surau. Kebiasaannya pisang.. tapi boleh juga kita sedekahkan burger ke, air mineral ke atau nasi ayam juga ;) Tak perlu modal besar pun.. Ingatlah banyak hikmah dan kelebihan apabila kita memberi.

Post ini sebenarnya dituju kepada diri saya dahulu dan seterusnya untuk renungan anda yang membaca. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni, tentu sekali berlipat kali ganda ganjaran yang kita dapat daripada sedekah dan pemberian kepada yang lain. Sesungguhnya apabila kita telah tiada nanti, 3 perkara sahaja yang boleh membantu nasib kita di sana iaitu:

1. Doa anak yang soleh/solehah.
2. Sedekah jariah.
3. Ilmu yang dimanfaatkan.

Akhir sekali, kalau tak ada apa-apa yang kita boleh berikan, melemparkan senyuman ;) kerana senyuman itu juga adalah sedekah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails