Sunday 14 July 2013

Tanamlah Semula - Boleh Dapat Hasil



 

Tanah sememangnya adalah antara sumber yang utama dan modal kepada pendapatan. Hampir kesemua bentuk perniagaan tentunya ada faktor lokasi untuk perniagaan itu beroperasi. Tanah juga tentunya faktor paling penting untuk menjalankan aktiviti pertanian dan perladangan. Beberapa hari lepas saya berkenalan dengan seseorang. Kini beliau mewarisi tanah kebun getah milik keluarga. Kebun getah sekitar 3 ekar. Agak luas juga. Katanya kebunnya tidak diusahakan.. terbiar sahaja pokok-pokok getah tua yang ada. Mungkin dah berumur lebih 30 tahun. Almaklumlah dia kini seorang profesional di KL. Manalah pulak ada masa nak menguruskan kebun berkenaan. Jauh sekalilah nak menoreh ;)

Sebagai seorang anggota kerja di RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), saya mengambil sikit ruang blog ini untuk mewar-warkan sedikit pilihan yang boleh diambil oleh kenalan berkenaan bagaimana untuk kebunnya itu tadi tidak terbiar begitu sahaja. Walaupun kita tidak perlukan sebarang tambahan pendapatan lain, alangkah baiknya kalau kebun itu diusahakan, terjaga dan hidup.. memberi kehidupan kepada aktiviti ekonomi baik dalam skala kecil secara tak langsung memberi sumbangan kepada negara.

Memanglah beliau dengan komitmen, masa dan tenaga yang ada tentu sekali tak mampu untuk menguruskan kebun berkenaan. Tapi sebenarnya ia boleh diusahakan sebab modalnya dah ada pun. Modalnya hanya tanah yang sah, pokok getah yang dah tua dan adanya agensi seperti RISDA.

Dipendekkan cerita bagaimana untuk kebun beliau tadi boleh diusahakan. Pertama tanah beliau ini dan tanah-tanah ramai lagi diluar sana kalau ada getah tua memang layak untuk dapat bantuan tanam semula daripada RISDA. Bantuan akan diterima dalam bentuk benih, baja dan khidmat nasihat juga. Kedua disebabkan beliau tiada masa untuk menguruskan, beliau boleh melantik agen mengurus yang boleh menguruskan kebun berkenaan. Salah satu contohnya adalah dari kalangan anak syarikat RISDA sendiri iaitu RPSB (RISDA Plantation Sdn. Bhd.) Lantik saja mereka untuk uruskan kebun berkenaan dari mula hingga akhir. Daripada bersih kebun, penanaman, selenggara hingga keluar hasil. Apapun mesti ada penjanjian antara kedua-dua pihak. Kebiasaanyaan % keuntungan boleh dibahagi (70/30). 70 untuk tuan tanah dan 30 oleh agen kalau tidak silap sayalah. Goyang kaki dapat duit.. kan untung tu ;) Mudah bukan.. dua langkah saja. Penuh syarat untuk tanam semula dan lantik agen.

Apapun untuk penerangan lebih terperinci beliau atau rakan-rakan diluar sana boleh lah merujuk kepada mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran.

Nak ingatkan juga pada semua diluar sana yang ada kebun getah dan sawit, bolehlah berikan maklum balas kepada pembanci RISDA yang sedang membuat bancian di tempat masing-masing. Banci yang tiada tujuan lain selain nak dapatkan statistik bagi merangka program RISDA di masa-masa hadapan demi kesejahteraan masyarakat pekebun kecil itu sendiri. Anda ada kebun getah/sawit di bawah 100 ekar, anda adalah pekebun kecil. Untung sebenarnya jadi pekebun kecil ni ;) 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails