Wednesday 25 July 2012

Ramadhan - Jangan Kita Makan Berlebihan






Semakin hari, semakin rancak dan hebat program buffet Ramadhan . Lebih-lebih dan berlebih-lebih pulak di hotel-hotel dan premis restoran ternama. Majlis berbuka dan iftar memang semakin meriah di bulan Ramadhan ni. Harganya dari serendah RM25 hinggalah kepada RM200 untuk satu kepala. Mungkin ada yang lebih lagi rasanya bergantung pada prestij premis berkenaan. Bagi yang mendapat undangan secara percuma, pastinya ia sukar ditolak.. Almaklumlah menunya sedap2, ada nilai dan pelbagai rasa yang dimasak chef profesional.

Apapun sebagai umat Islam yang bijaksana, kita tidak seharusnya terpedaya dengan konsep makan besar seperti ini yang mana saya fikir kadang-kadang macam membazir dan macam menyimpang sikit dari konsep beribadah dan bersederhana. Mana tidaknya biasa makan sepinggan, alih-alih boleh makan sampai 5 pinggan. Teruk lagi ambil 1 pinggan, makannya suku pinggan jer.. lebih tu akhirnya masuk tong sampah.  Bayar RM100 takkan nak makan sampai nilai 100 kot ;)

Disamping tu juga, aspek halal dan haram juadah yang disediakan juga harus difikirkan. Janganlah kita main hentam ajer apa yang ada. Paling mudahnya, tengok dahulu status pensijilan halal ada atau tidak. Janganlah kita redha menjadikan kita mangsa yang mudah diumpan dengan makanan. Ditunjukje sikit makanan yang nampak macam sedap, cepat kita nak sambar. Belajarlah kita untuk menjual mahal sikit. Kawal nafsu tu.. 
Akhirnya dalam semua perkara yang kita akan lalui dalam bulan Ramadhan ini baik dalam ibadah atau aspek makan minum ni, latihlah diri untuk beringat untuk berpada-pada dan tidak berlebih-lebih.

Jangan membazir & berbelanjalah secara berhemah - Pesanan untuk diri saya juga ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan




Syukur Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi kita dengan Ramadhan tahun ini untuk kita sekali lagi diberi kesempatan menjalani ibadah di bulan yang amat dinantikan ni.. Ada beberapa jam lagi ni.. Ya Allah, izinkanlah kami menemui Ramadhan dan dapat menjadikan Ramadhan ini yang terbaik. Semoga Ramadhan tahun ini benar-benar dapat membersihkan diri kita kembali kepada keadaan fitrah yang diredhai Allah.

Umumnya ada 3 kategori manusia dalam bulan Ramadhan ni: Iaitu yang pertama bulan ni hanya untuk puasa saja.. Yang dia tahu kena makan sahur banyak2 dan boleh tahan lapar sampai 1 hari.. Rugi.. Keduanya mereka yang mencari keuntungan dengan berniaga.. memang bagus tapi kena jaga etika dan keberkatannya.. Jangan mengejar untung semata hinggakan tak tentu apa yang pelanggan kita dapat. Kalau di bazar2 Ramadhan tu pastikan makanan & minumannya halal dan toyib. Jadi, eloknya kita jadi yang ketiga iaitu mereka yang menjadikan semua perkara seharian sebagai ibadah.. Semua yang dilakukan dalam bulan ini adalah untuk kebaikan dan insyaAllah ada ganjarannya.. Puasa bukan semata tahan lapar dahaga tetapi turut menjaga segala perbuatan yang boleh mengurangkan atau membatalkan pahala puasa.

Akhirnya. ingat ya, jangan kita cemari bulan ini dengan aktiviti2 yang mungkar dan maksiat.. Jauhi perkara2 yang melalaikan.. Sudah-sudahlah tu 11 bulan lepas kita leka dan mengikut hawa nafsu..

Selamat menyambut Ramadhan & ibadah puasa serta ibadah2 lain di dalamnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 6 July 2012

Tak Sedar Diri dan Tak Tahu Bawak Diri


Dalam hidup ni biasanya manusia ni boleh kita kategorikan. Kategori yang pertama sekali kita sebagai orang biasa buat andaian adalah samada dia kaya atau biasa2 ataupun orang susah. 3 kategori tahap kehidupan manusia. Sebenarnya banyak lagi pecahan kategori lain yang boleh kita buat perbandingan seperti cantik vs tak cantik, bijak vs kurang bijak, rendah diri vs tinggi diri, sombong vs friendly, rajin vs malas, berilmu vs jahil, positif vs negatif dan banyak lagi.. Tanpa kita sedar setiap perbandingan ini adalah pilihan-pilihan yang ada di depan mata..

Berbalik kepada kategori umum pertama yang saya nyatakan tadi kaya vs miskin.. Secara fizikal apabila kita bertemu dengan sesorang kita akan cuba membuat andaian samada dia kaya ataupun miskin.. Mungkin molek sikit saya sebut belum kayalah ;) Miskin tu macam pedas sangat bunyinya..

Orang kaya biasanya mereka mempunyai lebih peluang dan ruang dalam hidup ini. Ini secara tak langsung menjadikan mereka sedikit "atas" dari yang lain. Dengan sendirinya juga sepatutnya mereka lebih beradab dan lebih bersopan. Kalau mereka kurang beradab mungkin sebagai manusia biasa yang melihat tindakan mereka, mereka kelihatan rendah adabnya. tetapi apa yang saya cuba nak sampaikan di sini adalah apabila yang belum kaya tu bertindak secara rendah adab, kelihatan amat menonjol kelemahannya itu..

Apabila kita terjerumus dalam kelemahan adab dan budaya.. orang yang belum kaya ni kalau tak pandai membawa diri lagi teruk kelihatannya berbanding mereka yang kaya yang tak beradab.

Penting, kita kena sedar sekurang-kurangnya dalam tindakan kita perlu ingat "common sence" tu kena ada.. kalau langsung takde.. Sedihlah..

Kaya tak beradab buruk.. miskin tak beradab lagi buruk..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 5 July 2012

Kita Belum Tentu Mampu






Saban hari kita melihat kejadian yang sungguh berat ataupun macam pelik bagi kita.. Macam-macam peliknya sehingga memang terkejut apabila kita melihat atau membacanya. Kita kadang-kadang cepat mengatakan eh, tak ada akal ker? tak ada otak ke? tak boleh fikir ker? teruknya dia...

Nanti dulu!!

Sebelum kita kata macam tu, cuba sesekali kita selami apa sebenarnya yang mereka (yang bermasalah) ini lalui. Umumnya tekanan hidup dan stress yang melampau yang tidak dapat dikawal menjerumuskan mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang mungkin di luar dugaan.

Kita tidak melaluinya dan bolehlah kita bercakap.. Hal seperti bercerai berai, bunuh diri, pecah amanah, jenayah dan sebagainya itu saya fikir berlaku bukannya secara spontan ataupun tiba-tiba. Perkara-perkara ini seakan-akan bom jangka.. simptomnya pasti sudah wujud dari awal lagi pada individu tersebut.. Apabila tidak dikawal, tiada sokongan dan emosi tidak dijaga sebaiknya, akhirnya kesudahan yang pahit itulah yang terjadi.

Untuk itu suka untuk saya mengingatkan diri saya agar tidak melihat sesuatu yang tidak baik itu sememangnya untuk orang lain.. Tidak mustahil ia boleh berlaku pada diri kita.. Ambil ikhtibar daripada apa yang berlaku itu.. Contoh paling mudahlah kita tengok seorang yang diberi amanah tu akhirnya mengamalkan rahsuah atau pecah amanah.. Janganlah dengan bongkaknya kita mengata pada dia kerana kita sendiri belum tentu lebih dari dia jika kita nanti diuji sebegitu.. Mohonlah agar kita tidak diuji sedemikian rupa.

JANGAN Kita Menghina Mereka Kerana Kita pun Belum Tentu Mampu Melaluinya..

Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...