Sunday 17 December 2017

Kosa Kata Hampir Sama Makna

Sesekali kita semak balik penggunaan bahasa kita, baik dalam percakapan dan penulisan. Ini saya kongsikan serba sedikit secara ringkas:

1. Jemput dan Undang
Jemput diguna untuk perbuatan pergi menyambut, mengalu-alu.
Undang diguna perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis, peryaan, pertemuan dan sebagainya.

2. Hemah dan Hemat
Hemah bermaksud budi pekerti yang mulia.
Hemat bermaksud tidak boros atau membazir dan perbelanjaan atau dalam menggunakan sesuatu.

3. Ikut dan Turut
Ikut bermaksud turut serta, turut sama, bersama-sama.
Turut bermaksud pergi bersama, bersama-sama melakukan atau ditimpa sesuatu.

4.  Kesan dan Akibat
Kesan bermaksud tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh sesuatu.
Akibat bermaksud kesan buruk sesuatu peristiwa atau perbuatan dan lain-lain kesudahan yang tidak baik.

5.  Mesti dan Pasti
Mesti adalah kosa kata yang membaa pengertian wajib atau patut dilakukan.
Pasti ialah kata adjektif yang membawa erti tentu.

6. Satu dan Suatu
Satu merujuk kepada bilangan tunggal.
Suatu menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak tentu atau tidak dipastikan.

7. Tafsir dan Taksir
Tafsir atau tafsiran bererti keterangan yang menjelaskan.
Taksir bermaksud nilaian, anggaran atau kiraan.

8. Tahu dan Faham
Tahu bermaksud maklum akan keadaaan sebenarnya, faham dan mengerti.
Faham bermaksud tahu dan mengerti benar akan sesuatu.

9. Tentang dan Mengenai
Tentang adalah kata sendi.
Mengenai adalah kata kerja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 11 November 2017

Sudah Terhantuk Tapi Masih Tak Tergadah..





Posting kali ni saya ambil bulat-bulat daripada satu buku yang saya baca beberapa minggu lepas.

Ini petikannya dan tajuk buku tu saya nyatakan seperti di bawah sana :)

      Kecelakaan berlaku dalam organisasi apabila tiada audit prestasi atau penilaian pencapaian kerja yang dilakukan bagi melihat keberkesanan sesuatu projek atau program. Kecelakaan juga berlaku apabila didapati sesuatu program tidak mendatangkan faedah tetapi diteruskan juga kerana ideanya datang daripada Bos atau 'sekutunya'.

     Pihak atasan yang menerima laporan tentang kelemahan program tersebut akan mencari seribu satu alasan untuk mengatakan bahawa program itu akan berjaya juga lambat laun. Semuanya kerana menjaga hati Bos. Ini merugikan organisasi dan kecelakaan menyerlah apabila akhirnya projek itu terbengkalai atau ditinggalkan kerana tiada langsung faedahnya.

     Bos yang tahu bahawa projeknya gagal juga mendiamkan diri dan tidak mahu mengugkit hal tersebut kerana takut malu. Ini menyebabkan satu projek yang sepatutnya dibuat untuk meningkatkan organisasi diabaikan langsung, Jika adapun ahli organisasi yang mengunkit hal tersebut, akan diketepikan bicara tersebut dab Bos serta kesutunya akan memberitahu bahawa projek itu sememangnya tidak mahu dilakukan tetapi 'dipaksa' oleh pihak yang lebih atas. Dengan kata lain, kebaikan yang diharapkan oleh pihak atasan dinafikan kerana kaedah projek yang dilaksanakan sendiri gagal,

Sepatutnya..

     Dalam kes di atas, satu pasukan perlu diadakan bagi menilai keberkesanan sesuatu projek dalam organisasi. Jawatankuasa  ini perlu melakukan penilaian dengan adil dan melaporkan segala kelemahan yang diperoleh hasil pengauditan mereka, Bos pula harus peka dengan laporan yang dikemukakan jawatankuasa itu. Jika didapati ada kelemahan dalam projek, akui dan cuba perbaiki kelemahan tersebut.

     Jika satu kaedah pelaksanaan tidak berjaya, penelitian perlu dibuat supaya kaedah atau pendekatan yang lain dapat digunakan. Sesuatu projek itu kadangkala baik tetapi kaedah pelaksanaannya lemah. Perkara ini perlu dikenal pasti dan kemudiannya dibaiki dengan sebaik mungkin. Jika didapati gagal lagi, penelitian seterusnya dibuat sama ada projek sedemikian harus diteruskan, dengan pindaan, atau diberhentikan.


Sumber : 

KECELAKAAN ORGANISASI - Satu Refleksi Kritikal Tentang Kepimpinan dan Pengurusan oleh Gurcharan Singh Sandhu (2006)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 1 November 2017

Awak Seronok Kerja?

Soalan tu bukan mudah untuk dijawab kan?

Adakah keseronokan itu milik boss sahaja? Milik mereka yang cemerlang sahaja? Atau milik semua kita yang bekerja? Jawapan sebenarnya ada dalam diri masing-masing.

Seronok atau "beronok-ronok" adalah merujuk kepada perkara yang kita suka melakukannya. Kerja pula merujuk kepada pekerjaan kerjaya yang kita jawat atau sandang untuk satu-satu tempoh masa dengan skop tanggungjawab dan peranan tersendiri.

Tahap kerja biasanya ada 3 iaitu boss yang mengarah, pengurus yang merancang pelaksanaan dan pelaksana yang menggerakkan operasi. Tiga tahap pekerja ni mempunyai bidang tugas dan cabaran tersendiri. Keseronokan juga boleh ada pada ketiga-tiganya. Dalilnya, keseronokkan hadir bila kerja yang kita buat tu sudah sebati dengan jiwa dimana rasa amanah untuk melaksanakan apa yang sepatutnya dengan cara paling terbaik tanpa rasa jemu dan terpaksa, tak mangira siapa pun kita.

Bila buat benda seronok, rasa penat tu akan tenggelam. Bayangkan anak-anak yang sedang bermain di padang. Adakah mereka penat bermain? Pastinya mereka berupaya bermain hingga berjam-jam selagi tak betul-betul penat sebab mereka dah memang sedabg seronok.

Banyak benda boleh dibuat untuk bina keseronokkan bekerja. Antaranya kawan-kawan yang boleh membantu, majikan dan boss yang sangat supportive, persekitaran kerja yang menarik, bersih, ceria, selesa dan kondusif, proses kerja yang cekap, budaya kerja yang inovatif dan yang paling penting juga adalah positiviti dalam diri. Optimis dan ikhlas juga menguatkan lagi tahap seronok bekerja.

Berbanggalah kalau anda upaya mengatakan saya sedang seronok berkerja di sini!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 18 October 2017

Sedari Bakat Sendiri

Sekiranya kita menyedari kita berbakat (sememangnya berbakat) dalam satu-satu bidang dan merasakan hebat (sememangnya hebat), serlahkanlah dan buktikan kehebatan itu dengan melakukan sesuatu mengenainya dengan sebaik mungkin. Bukan kita hanya duduk di tempat kerja hanya menunggu diberi kerja.

Sedarlah kita bahawa bakat tu umpama emas atau permata yang perlu digilap agar ia bersinar dan memberi harga. Sebaliknya jika ia dibiarkan, lama-lama ia akan pudar dan mungkin ada hilang lenyap begitu saja. Disia-siakan hinggalah akhir hayat. Potensi kita hanya kita yang boleh menggunakannya. Berusahalah kita menyerlahkan bakat yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 16 October 2017

Tips Jaga Mata Ikut Nabi

Ini saya kongsikan tips dari seorang Ustaz yang memaklumkan bagaimana nak jaga kesihatan mata. Amalkan tiga perkara ni:

1. Sebelum tidur, sapu celak di bawah mata.
2. Sebelum tidur juga, sapu minyak kasturi di kelopak mata atas.
3. Selaku melihat ayat-ayat Al-Quran.

Moga bermanfaat dan menjadi amalan kita bersama. Insha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 14 October 2017

Belajar Dari Alam

Rumput di tepi jalan tu tak susah pun kita nak jaga, sendiri dia tumbuh subur. Tak perlu berbaja. Sebaliknya pokok yang ditanam macam pokok buah, pokok bunga atau pokok sayur kena dibaja dan dijaga rapi.

Begitulah perbandingannya nak membesarkan perkara baik. Sentiasa mencabar, banyak dugaan dan ada musuh lagi. Hukum alam memang begitu nampaknya dimana untuk mengusahakan perkara baik, kita perlu lebih usaha, tenaga dan kecekalan.

Melihat perkara alam, banyak kita boleh belajar daripadanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 10 October 2017

Tips Bina Konsentrasi Kerja

Hilang fokus semasa bekerja tentunya boleh mengundang masalah, khususnya kepada kualiti, produktiviti, perhubungan dan keseronokan kerja.

Ni saya kongsikan secara ringkas tip untuk tingkatkan fokus masa bekerja:

1. Usah anggap tugasan yang diberi tu sebagai beban, tapi anggaplah ianya sebagai tanggungjawab dan amanah yang perlu diselesaikan sebaik mungkin.

2. Buat persediaan awal untuk kerja hari esok. Sediakan sumber kerja esok pada hari ini sebelum pulang. Begitu juga untuk hari-hari seterusnya. Maknanya 2% hingga 3% tugasan esok kita dah prepare awal.

3. Buat dan selesaikan dahulu kerja yang sukar. Bila yang susah dah settle, tugasan mudah seterusnya tu akan terasa ringan. Normallah kan kita perlu lalui kesusahan dulu dan dapat kesenangan kemudian.

4. Cuba pastikan meja kerja sentiasa kemas dan tersusun. Ini akan memberikan keselesaan, menyedapkan mata dan memudahkan nanti bila nak mencari maklumat dan dokumen.

5. Jangan rasa terpaksa untuk bekerja. Buang jauh-jauh rasa terpaksa tu sebab ia memang boleh membunuh tumpuan yang kita telah ada.

6. Penting juga untuk kita jaga kesihatan badan sebab tubuh sihat akan memberikan keceriaan dan energi. Badan sihat juga akan melegakan kita dari stress.

7. Akhirnya kita perlu bersikap professional semasa bekerja. Hindari campur aduk hal rumah tangga dan masalah peribadi di bawa ke pejabat. Biarpun memang ada masalah, cuba lupakan dulu untuk beberapa jam yang kita bekerja ni.

Ok, semoga kita berjaya mengikut tip yang ringkas ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 29 September 2017

ICT Can Do Wonders



Biasa tengok cerita cartoon, cerita fantasi ataupun cerita bercorak futureristics?

Kalau anda biasa menonton filem cerita seumpama ini, tentu sekali biasa kita melihat episod dalam cerita tersebut yang adegannya memaparkan sesuatu yang luar daripada kebiasaan kehidupan normal. Sesuatu yang mungkin belum kita boleh terima di dalam realiti. Contohnya manusia boleh terbang, kenderaan terbang, manusia boleh berkomunikasi dengan jarak tak munasabah, termasuk juga perkara yang berunsur magik, dreams dan adventures.

ICT pun bermula dengan pendekatan begitulah. Ia adalah teknologi yang berkembang dan bermula dengan idea dan bayangan visual yang berterusan. Ia bekembang secara dinamik bermula dengan satu dot atau bit 01, berkembang menjadi 01010101 dan seterusnya berkembang tanpa henti memungkinkan berlakunya segala aplikasi dan kemudahan ICT yang kita ada pada hari ini. LIhat dalam bidang apa sekalipun, ICT pasti ada di situ. Ilmu, perniagaan, perkhidmatan, sosial, ekonomi, sukan, riadah, kesihatan dan sebagainya. Cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian pun dah banyak jauh berubah daripada keadaan dahulu. Lihat sahaja kepada aplikasi seumpama Grab, Uber, Lazada, Waze (GPS), Facebook, Google dan perbankan online. Kebanyakkannya berasaskan data, maklumat dan Internet. Ia banyak melancarkan dan memudahkan hidup kita. 
Itu tak lagi saya berceloteh tentang Big Data, Cloud Computing, IoT(Internet odf Things), Smart City, virtual reality dan sebagainya

Jadinya sebagai pengguna ICT ataupun pengamal teknologi ICT sendiri, kita seharusnya bijak menggunakan ICT ke arah yang wonder dan baharu bagi memberikan impak dan produktiviti pada tahap terbaik. Contoh paling nyata membuktikan ICT can do wonders adalah antaranya seperti penggunaan apps di telefon pintar. Mengetahui tentang teknologi dan hidup dengan teknologi ICT sudah menjadi lumrah dan perkara biasa. Kita tidak seharusnya tertinggal untuk memanfaatkan teknologi ICT ini.

Konsep
ICT Can Do Wonders seharusnya menjadi pegangan bagi setiap personel ICT malah kumpulan pekerja selain ICT khususnya dalam memperkemas proses kerja sedia ada ke arah peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan yang bermutu, cekap dan berkesan kepada pelanggan. Komponen data, proses, teknologi, pengguna dan budaya organisasi itu sendiri seharusnya digabung jalin dengan pendekatan penuh kreatif dan inovatif bagi membolehkan terhasilkan perkhidmatan atau produk yang meluas digunapakai, terkehadapan serta mencapai jangkaan yang diharapkan. Penggunaan ICT pada tahap optimum yang memberi impak positif kepada organisasi, tampak segar di mata pengguna dan terkesan di hati, itulah yang dipanggil sebagai sesuatu yang  ICT wonders.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 2 September 2017

Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (BCM)

Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan ataupun ringkasnya PKP ataupun BCM merupakan satu pengurusan yang menyeluruh untuk bagaimana sesebuah organisasi bertindak semasa berlaku krisis ataupun bencana. Sesekali kita bincang sikit hal subjek ilmiah yang agak dry ni.

Kalau di zaman dulu-dulu ia dipanggil contigency plan ataupun plan B. Bila operasi atau proses normal tergendala, ia harus diteruskan dengan pendekatan kedua. Agar service dan kerja dapat diteruskan kepada pelanggan.

BCM ni amat berkait rapat dengan risiko-risiko ancaman kepada perkhidmatan dalam organisasi. Risiko tu pula ada yang rendah, sederhana dan tinggi. Untuk perkara yang berisiko tinggi, itulah yang seharusnya kita wujudkan langkah pengawalan risiko.

Banyak insiden kebelakangan ni yang menimbulkan bencana ataupun krisis seperti kebakaran bangunan, banjir, gangguan elektrik, bangunan runtuh, wabak penyakit, ancaman hackers/ransomware dan sebagainya. Semuanya ini secara terus boleh menggugat kelancaran operasi seharian pekerja dalam organisasi.

Bagi saya dalam era terkini ni, ibu kepada bencana di negara kita ni ialah semasa berlaku krisis insiden MH370. Ia satu contoh terbaik bagaimana sesebuah organisasi penguruskan bencana yang menjejaskan perkhidmatannya. Bencana yang paling tinggi tahapnya adalah apabila ia melibatkan ancaman kepada keselamatan nyawa dan keselamatan negara. Kita dapat lihat masa tu, bukan hanya MAS atau DCA yang menguruskan bencana, malah Perdana Menteri sendiri terlibat mengendalikan krisis.

Justeru, BCM itu tadi merupakan satu aktiviti ataupun program yang perlu ada dimana-manapun. Malah di rumah kita sendiri pun kita patut dah mengamalkannya. Macam menyimpan lilin untuk pencahayaan sekiranya blackout. Menyimpan air untuk bila berlaku catuan bekalan air, simpanan duit untuk masa kecemasan dan sebagainya.

Sediakan payung sebelum hujan adalah pepatah lama yang biasa kita dengar. Itu juga adalah gerak tindak selari dengan BCM ni. Ia merupakan langkah persediaan kita sekiranya berlaku sesuatu yang tak diduga. Malangkan tak berbau.

Apabila kita telah menyediakan BCM, impak ataupun kesan terhadap gangguan itu boleh diminimakan sebanyak mungkin kerana persediaan untuk tindakan pemulihan dan penyediaan sumber yang perlu telah disediakan. Sumber boleh jadi kakitangan itu sendiri, keperluan dan capaian kepada data dan sistem maklumat, lokasi operasi dan peralatan sokongan dan komunikasi.

Perkara ni memang agak baru dari segi pelaksanaan dan pembudayaannya di Malaysia. Tapi kita masih belum terlambat untuk bersama membudayakannya dalam hidup dan kerja rasmi seharian. Mempunyai pelan tindakan, SOP, awareness dan latihan yang cukup pasti semakin hari menjadikan kita lebih matang dan faham apa itu BCM.

Kepada pengamal BCM ni seperti saya dan rakan-rakan, cabarannya pasti ada khususnya untuk memberikan pendedahan dan kefahaman yang betul kepada semua terlibat khususnya pihak pengurusan atasan di organisasi.

Akhir kata, amalan terbaik dah ada (best practices) dan standard piawai pun dah ada. Risiko pun ada dengan tahap kekerapan ia bileh berlaku. Kita hanya perlu faham, amal dan follow saja gerak tindak dan amalan terbaik yang dah ada. Untuk manfaat dan kesejahteraan kita juga. Bersedia untuk menghadapi sebarang bencana, itulah namanya Pelan Kesinambungan Perkhidmatan.

Sekadar perkongsian untuk yang masih blur apa itu BCM :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berhati-Hati Bila Pegang Pisau

Lepas selesai Solat Sunat AidilAdha pagi ni bawak anak-anak kejap menjenguk tengok program sembelih korban di masjid. Untuk masjid di kampung ni ada 6 ekor ternakan untuk pagi ni. Seekor daripadanya kerbau. Macam biasanya bila bawak budak-budak ni memang hasratnya untuk menengok jer :) Ramai dah anggota pekerja dan orang-orang tua yang mengerjakannya sembelihan tu.

Seekor, dua ekor dan tiga ekor telah mula dilapah kulitnya..

Tiba-tiba, di depan mata nampak seorang pakcik ni terpancut darah di pergelangan tangan kanannya. Allahuakbar! Kesian sungguh dia. Tak sengajalah tu. Saya tak pasti silap dia atau silap orang lain mengendalikan pisau yang ada. Terus yang ada di situ minta dia tutup lukanya dengan kain. Terus seorang lagi yang ada bawakan dia dan keluarganya sekali ke hospital. Allahuakbar!! Tak sangka berlaku insiden macam ni. Moga dia selamat dan segera diberi kesembuhan.

Dalam suasana meriah begini, jangan kita lupa, bahaya tetap ada di mana-mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 24 July 2017

Makna Bacaan Dalam Solat

Mintak maaf semua. Untuk sama-sama kita mengulangkaji. Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat. Tak hairanlah kalau kita tidak kusyuk dalam solat. Mari kita renung dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
*Allah Maha Besar.*

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika Iktidal:*

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika Sujud:*

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

*"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"*

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah di saat solat tanpa toma'ninah, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

*Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:*

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas *Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in* adalah  *Hak Allah*, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan *"AlhamdulillahiRabbil 'alamin"*

Allah menjawab: *"Hamba-Ku telah memuji-Ku."*

■ Ketika kita mengucapkan *"Ar-Rahmanir-Rahim".*

Allah menjawab: *"Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."*

■ Ketika kita mengucapkan *"Maliki yaumiddin".*

Allah menjawab: *"Hamba-Ku memuja-Ku."*

■ Ketika kita mengucapkan *“Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.*

Allah menjawab:  *“Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”*

■ Ketika kita mengucapkan *“Ihdinash shiratal mustaqiim,* *Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”*

Allah menjawab: *“Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”*
(Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.

Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan *"Aamiin"* dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan *“Aamiin-nya”* bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

(Hadis Riwayat Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 14 July 2017

CAKAP KUEK (Loghat Nogori Sembilan)

Sama ada personaliti kita ni suka cakap dengan nada kuat ataupun pelahan, salah satu adab ketika di pejabat ialah kita bercakap dengan jelas tanpa membuat bising ataupun menjerit-jerit.

Orang yang suka bercakap kuat ataupun ketawa kuat-kuat di tempat kerja adalah gangguan kepada rakan sepejabat yang sedang bekerja. Ini point pertama.

Kita perlu sentiasa sedar dan peka bagaimana perlakuan dan komunikasi kita di pejabat dan bagaimana orang melihat dan menilai diri kita. Sentiasa ingat ketika kita berada di pejabat, ada hak rakan sepejabat atas apa jua tingkah-laku kita. Ini point kedua.

Bersikaplah matang dan elakkan kelihatan seperti keanak-anakan ataupun seperti kanak-kanak riang. Cuba elakkan bergurau dan ketawa berlebihan dengan rakan sekerja ketika di pejabat kerana kita mungkin mengganggu tumpuan rakan-rakan sekerja lain yang sedang menumpukan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang  mereka ada.

Walaupun mungkin kita tidak berniat pun untuk mengganggu, tapi perlakuan sebegini menunjukkan kita kurang hormat kepada rakan sepejabat yang lain. Dan ini point nombor tiga.

Satu lagi, elakkanlah sama sekali buka Youtube kuat-kuat kat pejabat. Itu lagi banyak mengganggu. Gunakan headphone yang tutup telinga tu dan sila dengar sorang-sorang. Itupun jangan dengar masa waktu bekerja. Dosa tu :)

Kironyor ado maklumat ni yang sensitip atau salah, mohon ditogor dan mohon maap yor.. Itu jor den nak cakap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 17 June 2017

Bila Idea Diperlukan

Sebagai eksekutif ataupun pegawai di mana-mana organisasi, kebiasaannya kita diperlukan untuk memberi pandangan dan idea. Buah fikiran kita memang diperlukan dari semasa ke semasa demi mencapai misi jabatan dan ekspektasi pelanggan.

Saya secara peribadi suka juga memberi idea dan pandangan khusus pada perkara yang memang kita ada idea mengenainya. Rasa berdosa juga kalau kita memiliki pandangan tetapi disimpan tidak dizahirkan.

Kita sebenarnya bukan nak mengharap sangat idea tu diterima ataupun ia menjadi idea yang terbaik. Tetapi seharusnya kita niatkan agar idea tu boleh menyumbang kepada penghasilan dan penjanaan idea-idea lain yang lebih baik dari sahabat yang lain.

Kepada kawan-kawan, jangan segan silu untuk bersuara dan memberi pandangan. Kalau pun pandangan tu macam tak bagus atau macam tak boleh diterima, tak mengapa. Sekurang-kurangnya, kita telah memainkan peranan kita dalam aktiviti percambahan fikiran ataupun orang putih kata branstorming :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 11 June 2017

Adab Perjumpaan dan Mesyuarat

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberikan apa-apa nasihat kepada yang membaca entri ni. Sebabnya saya sendiri pun, ada banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Tapi entri kali ini lebih kepada nasihat kepada adik-adik yang lebih muda daripada saya, yang mungkin masih baru memulakan kerja khususnya di sektor awam juga untuk organisasi atau persatuan tertentu.

Saya menyentuh sektor awam di sini sebab saya sendiri berada di dalamnya dan memerhati apa yang berlaku. Bukanlah jadi tanggungjawab saya sangat untuk memperkatakannya, sebab saya bukanlah ketua jabatan atau ketua pengarah. Saya sekadar ketua dalam satu unit kecil saja di pejabat. Tetapi penulisan ni lebih kepada rasa terpanggil untuk menyumbang sekelumit buah fikiran demi kebaikan semua yang membaca dan yang mahu berfikir.

Dewasa ni, kalau kita menghadiri mana-mana mesyuarat, seminar atau perjumpaan, mudah untuk kita lihat situasi begini: Tengah-tengah mesyuarat bersidang, sibuk semuanya dengan telefon pintar masing-masing. Entah apa yang dibeleknya, saya kadang jadi tak faham. Memang pasti mereka tidak memberi tumpuan pun pada butir perbincangan. Mana boleh kita buat dua perkara serentak. Itu cukup jelas menunjukkan mereka sebagai jemputan dan ahli mesyuarat tak berminat dengan apa yang dibincangkan. Itu antara bahasa badan juga tu. Kesian dan sungguh tak adil situasi begini bagi saya. Ini kerana mesyuarat tidak banyak dapat manfaat daripada mereka dan mereka pun tidak dapat banyak manfaat daripada mesyuarat.

Saya terus sudahkan di sini ya. Siapa makan cili, dia rasa pedas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 10 June 2017

Sekiranya Anda Jadi Boss

Sekiranya kita jadi boss atau majikan dimana sekalipun, kita perlu ingat anak buah atau pekerja adalah aset paling utama kepada kita. Merekalah yang akan melaksanakan pengoperasian yang meneruskan kesinambungan bisnes kita.

Sebagai pekerja, dah biasa dah kita dengar apa yang perlu dibuat. Antaranya seperti amanah, tekun, setia, proaktif dan macam-macam lagi. Ini semua menyumbang secara terus terhadap produktiviti organisasi.

Ni saya nak kongsikan sikit tiga perkara yang seharusnya boss berikan ataupun main peranan untuk anak-anak buahnya.

1. Jadikan staf atau pekerjanya sebagai kawan.
2. Bekalkan segala tools dan kelengkapan yang perlu untuk mereka bekerja.
3. Tunjukkan anak buah laluan masa depan kerjaya mereka.

Ok, itu saja. Selamat berpuasa dan menjadi boss yang baik! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 4 June 2017

Perkongsian Kuliah Ustaz Ahmad Dusuki

Kepada teman-teman yang ingin menonton siri MOTIVASI pengajian yang di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki, berikut senarai pautan untuk panduan semua.

Selamat menonton dan sebarkan ilmu. semoga beroleh manfaat.

1. Pengawasan Allah :
https://youtu.be/_z1-Wem-COY

2. Doa Lembut Hati :
https://youtu.be/9WLxH-ghisQ

3. Besar Ujian Besar Pahala :
https://youtu.be/rRsWYk9v1kY

4. Allah Tempat Pertolongan :
https://youtu.be/pQgwrjON5Lw

5. Allah Sebaik Penjaga :
https://youtu.be/BbYUTORbg_w

6. Amalan Ahli Syurga :
https://youtu.be/kls7RmnkmHQ

Dapatkan Cd kuliah MOTIVASI dengan  layari :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1321728307873707&substory_index=0&id=380947865285094

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 30 May 2017

Peringatan Untuk Bangsaku

Wasiat Buat Bangsaku Melayu!

Oleh: YBhg Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

*Masa aku kanak-kanak dulu aku telah menyaksikan bangsa China yang datang ke Tanah Melayu ini adalah terdiri dari apek-apek Tongsan yang berpakaian seluar ‘katok’. Masih terbayang keadaan seluar mereka yang panjangnya hanya sekerat pada kadar dibawah sedikit dari lutut. Mereka seharian berbaju kain kasar yang berbutang lima sambil menghisap candu dengan menggunakan paip buluh.

Mereka tidur bergelempangan, bermalas-malasan dek ketagih candu. Untuk tidur, cukup dengan berbantalkan kayu dan berselimut pendek berwarna merah. Itulah yang aku ingat.

Kerja mereka di bandar-bandar pada ketika itu adalah sebagai penarik "langcha". Bukan beca roda tiga tetapi beroda dua yang merekalah penariknya. Itulah pengangkutan ’teksi’ di bandar-bandar ketika itu.

Selain itu orang-orang Cina ini juga bekerja sebagai tukang kandar tong najis dari jamban-jamban (tandas) jenis angkut. Hiii! Najisnya yang penuh di dalam tong itulah yang mereka pikul untuk dikumpul dan dibuang di tempat pembuangan. Busuk? Tak usah ceritalah. Sekarang tugas itu diambil alih oleh Indah Water!!

Mereka juga jadi kuli-kuli dan pekerja lombong bijih timah milik orang puteh. Tinggal di berek-berek dan rumah papan ala setinggan - bersesak dan tanpa kemudahan asas.

Dikampung-kampung pula mereka menumpang tanah orang Melayu yang terbiar bersemak-samun. Mereka duduk percuma sambil menyangkul dan bertanam sayur. Hasil tanaman mereka, meraka kandar (pikul) - bawa berjaja keliling kampung dan ke pekan-pekan.

Mereka bertungkus lumus mencari sesuap nasi untuk makan minum - mengalas perut mereka sekeluarga. Mereka terpaksa pandai berjimat cermat. Rezeki yang di dapat tidak dibelanjakan semua. Mereka datang sebatang kara. Tiada saudara mara yang boleh menolong ketika sesak dan sulit.

Orang Melayu hidup manja di kelilingi keluarga dan saudara mara. Ketika susah, ada tempat untuk meminta pertolongan. Paling mudah mereka akan pandai berhutang hingga dikatakan hutang keliling pinggang. itulah salah satu kepakaran bangsaku. Sebab itu orang melayu jarang beringat dan berjimat. Lebih banyak boros dan berpesta kenduri kendara. Sanggup berhutang asal status terjaga atau dapat elak dari diumpat kata nesta jiran tetangga.

Orang Melayu yang belajar diasuh pula dengan pemikiran makan gaji. Kalau makan gaji, walaupun gajinya kecil dan 'ciput', itu sudah jadi kebanggaan sekampung dan dibualkan dengan penuh rasa puas tercapai hajat yang sangat hebat.

Orang Cina dalam susah dan derita air mata, mengharung hidup dengan mata menjeling peluang. Apa saja yang terleka dek orang Melayu, mereka berlumba-lumba menyambarnya.

Tidak perlu sakit hati dengan mereka. Itulah lumrah kehidupan. Yang pemalas dan manja akan tertinggal jauh di belakang. Yang rajin berusaha dan gigih mencari peluang baru akan berpindah menapak setakah demi setakah.

Orang Melayu kekal semakin jauh di himpit kesusahan. Orang Cina akhirnya muncul menjadi bangsa yang berada di atas, dalam kitaran ekonomi. Orang Melayu tercungap-cungap kelemasan. Aku tak tahu bilakah watak bangsa Melayu ini boleh diubah menjadi bangsa yang rajin, bangsa yang bersungguh-sungguh dan sanggup bangkit membela masa depan mereka sendiri.

Kalau dulu, orang-orang Cina datang sehelai sepinggang, hari ini ramai orang Melayu yang papa kedana dan merempat di tanah air sendiri. Bangsa yang tidak leka akan lebih peka dan berjaya. Orang-orang Cina sedang melakar sejarah mereka yang hebat di bumi tanah tumpah datuk nenek kita.

Hari ini anak cucu mereka sudah jadi taukeh-taukeh besar membangun perniagaan di bandar-bandar yang mereka ciptakan. Tanah orang Melayu mereka beli dengan harga yang murah dan dibangunkan hartanah yang ratusan kali ganda nilai harganya!! Mereka kuasai ekonomi dalam negara ini dan orang Melayu menjadi kuli malah ada yang jadi ‘hamba pecacai’ mereka.

Jangan sakit hati dengan mereka. Negara kita berlaku adil dengan semua bangsa yang ada. Kaum yang cerdik dan pintar akan berjaya berada di persada indah. Kaum yang lemah, penakut, berjiwa kecil, bersikap negatif akan terus hanyut di telan banjir bah arus dunia tanpa sempadan.

Tidaklah salah jika kaum Cina merancang merebut kuasa politik yang selama ini didominasi oleh orang Melayu. Dengan wang yang ada, ramai orang Melayu yang mudah rosak dengan ganjaran wang di depan mata. Orang Melayu yang lemah dalam semua sudut ini mudah untuk menjual apa saja demi untuk makan minum sehari dua. Orang Melayu lebih serius memikirkan hal makan minum dalam jangka waktu hanya sehari dua. Bangsa lain merancang mengukuhkan pegangan dalam pelbagai sektor kehidupan.

Inilah yang sedang berlaku di dalam negara kita. Puncanya pada orang Melayu sendiri. Kesian pada anak cucu kita yang kemungkinan akan jadi penumpang dalam negara bertuah ini seperti apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Singapura. Malah agama mereka pun turut semakin hilang.

Orang Melayu mudah dirosakkan dengan hiburan, keseronokan mungkar dan maksiat. Kini, sudah ada sejumlah sejuta orang anak-anak muda Melayu yang kebanyakannnya berusia seawal belasan tahun sudah menjadi penagih dadah. Taukeh dadah yang kaya raya tentulah bukan orang Melayu. Yang menjadi pengedar dan yang ditangkap untuk dihukum di tali gantung pun adalah anak-anak Melayu.

Adakah kehinaan bangsa ini, sudah sampai kemuncaknya? Terlalu ramai anak-anak melayu penagih dadah yang sedang menjadi bangkai bernyawa. Jika tidak berbuat sesuatu, mereka akan mati beragan dan bayangkan api neraka yang sedang mengaum hendak meratah tubuh badan mereka.

Percayalah wahai bangsaku, kekuatan tunggal kita bukan semangat kebangsaan lagi tetapi kekuatan iman dan taqwa. Dengan iman dan taqwa sahajalah orang Melayu akan kembali sayangkan negara tercinta ini. Dengan keyakinan terhadap kasih sayang dan rahmat Allah, orang Melayu boleh bangkit membaiki diri, keluarga dan masyarakat mereka.

Orang Melayu yang dipimpin hati jiwanya dengan rasa takut Allah rindu Nabi saw tak akan sanggup jual syurga dan bidadarinya dengan keseronokan dunia yang mungkar dan maksiat. Mereka tak akan sanggup berzina, mengandung luar nikah dan membuang anak di merata tong sampah.

Mereka akan kembali menjadi bangsa yang mulia, berharga, bernilai dan dihormati kawan dan lawan. Taqwalah sahaja cara bagaimana hati mereka perlu dididik. Dengan kekuatan taqwa,  Allah yang Maha Gagah Perkasa akan menjadi pembela kepada bangsa Melayu.

Insaflah wahai bangsaku!!! Cari lah ilmu agama sebagai asas kepada iman dan taqwa. Dapatkanlah bimbingan orang-orang soleh dan insan-insan bertaqwa yang masih ada. Laksanakanlah suruhan Allah dan jauhilah laranganNya. Hayatilah sembahyang yang menjadi anak kunci kepada mendapatkan taqwa. Laksanakanlah solat dengan bersungguh-sungguh tepat pada waktunya. Peliharalah mata, telinga, lidah, kaki-tangan, perut dan kemaluan dari menyentuh dosa. Jauhilah akhlak keji dan amalkanlah akhlak mulia.

Bermodalkan iman dan taqwa bangsa Melayu akan jadi satu bangsa yang kuat dan mulia. Bangsa yang berani, berwibawa, rajin, berkasih-sayang dan berpadu. Inilah bangsa yang akan digeruni oleh musuh. Dan Allah janjikan syurga di akhirat. Lihatlah sejarah, bagai mana umat Islam dulu telah pernah menguasai tiga suku dunia selama tujuh ratus tahun dengan bermodalkan kekuatan iman dan taqwa. Inilah jalan-jalan kemenangan dan kejayaan yang Allah janjikan. Tidak ada jalan lain selain ini.

Ya Allah! limpahkanlah kepada bangsaku Melayu akan rahmat, hidayah dan taufiqMu. Amiin ya Allah!*

1Ramadhan 1438H.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 28 May 2017

Ramadan Bulan Ibadah

Ramadan ni adalah umpama tetamu istimewa yang hadir ke rumah kita. Sebagai tetamu yang sangat special kita akan memberikan layanan dan persembahan yang terbaik untuknya. Kita akan mahukan kesempurnaan dalam sepanjang bersamanya.

Selain bulan kita menjalani puasa dan solat malam, ia juga perlu diperbanyakkan dengan amalan membaca Quran. Salah satu sebabnya Quran itu adalah manual panduan dan kompas arah kehidupan kita menuju ke akhirat yang cemerlang iaitu ke Syurga.

Ambil peluang ni untuk kita berubah jadi baik dan lebih baik daripada sebelumnya. Dekatkan diri dengan orang alim, gemari majlis ilmu, mengimarahkan masjid, melazimkan baca Quran, berakhlak dengan alam, bersedekah, menyantuni Ibubapa, rajin berdoa bermunajat dan lain-lain.

Dalam kesempatan Ramadan ni juga, kita boleh buat Qada' mana-mana solat fardhu yang pernah kita lalai dan tinggalkan dulu. Ambil peluang kadar pahala yang berganda untuk solat wajib. Wallahua'lam.

Semoga kita terus diberikan ruang kesempatan dan kekuatan untuk melipatgandakan semua bentuk amal ibadah di dalam bulan yang sungguh mulia ni. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 17 May 2017

Ransomware Boleh Buat Kita Menangis




Berwaspadalah kita kepada ransomware. Bukan nak menakutkan tapi kita ambil langkah pencegahan dan beringat sebelum kena. Ada sahabat saya yang dah kena. Memang menangis dibuatnya.

Sila ambil langkah berjaga-jaga yang berikut:

  1. Memastikan fail kepilan (attachment) dan pautan (link) yang diterima melalui emel yang diragui tidak dibuka/diklik.
  2. Pastikan perisian antivirus pada setiap komputer/device ICT sentiasa dikemaskini.
  3. Pastikan setiap akaun pengguna sistem menggunakan katalaluan yang kukuh.
  4. Pastikan setiap dokumen/fail penting dibuat salinan pendua (backup di external hard-disk, USB drive dan lain-lain).
  5. Tidak mengikut arahan untuk membuat pembayaran wang tebusan sekiranya komputer anda dijangkiti. Sebabnya data atau komputer anda sebenarnya dah ditebuk tupai :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 5 May 2017

Saya Belajar Sesuatu Mengenai Data


Satu pengajaran hidup yang saya peroleh  minggu ini adalah untuk kita lebih berjaya kita perlu ada pengetahuan yang boleh dikongsikan. Kita sebagai pekerja, pelajar, usahawan, malah sesiapapun amat perlu kepada data yang dapat memberi kekuatan dan justifikasi dalam kita mengusahakan sesuatu. Bayangkan seseorang saintis, doktor, jurutera, pekerja ataupun ahli perniagaan bekerja tanpa data dan maklumat penting di dalam tangan. Pasti goyah dan goyang semua tindakan yang ingin diusahakan.

Data dan maklumat sebenarnya boleh kita ibaratkan macam darah yang ada di tubuh kita. Ia menyimpan seribu makna untuk tubuh kita. Dengan menganalisis darah itu, kita boleh tahu bagaimana keadaan dan kesihatan diri. Ia memberikan petunjuk untuk kita memahami diri sendiri seterusnya memberikan kita pilihan untuk bertindak. 

Data dan maklumat sebenarnya perlu kita uruskan sebaiknya. Ia memang sentiasa ada di sekeliling kita dan ianya perlu disimpan. Apabila ia telah disimpan, ia kemudiannya boleh dilihat semula untuk tujuan rujukan dan dianalissis. Dewasa ini, kita telah mempunyai segala kemudahan teknologi seperti ICT serta pemikiran untuk memahami dan menguasai sesuatu perkara. Sebaiknya segala kemudahan ini boleh digunakan untuk kita upaya memiliki data dan maklumat yang berguna untuk diri dan orang sekeliling.

Semasa kita ingin mengetengahkan sesuatu idea, sebagai contohnya di pejabat kepada bos, data dan maklumat yang kita ada sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita mencapai sesuatu kehendak dan keputusan. Data sebenarnya amat membantu dalam menguatkan hujah dan fakta yang telah ada. Sekiranya ada pertelagahan sekalipun biasanya yang menang adalah mereka yang memiliki kekuatan data dan maklumat. Benarlah orang kata, Knowledge is Power dan lebih tepat lagi Knowledge is Power Only If It is Shared.

Hasil Pencarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 28 April 2017

Amanah Bekerja 8 Jam




Sehari normalnya waktu pejabat adalah selama 8 jam. Masuk jam 8:00 pagi dan pulang jam 5:00 petang. Daripada jam 8 hinggalah jam 5 tu sepatutnya kita fokus dan bekerja secara berhasil atau dalam bahasa orang sekarang, "produktif". Pekerja yang berhasil bagi saya adalah seorang yang mencapai sasaran yang ditetapkan. Jika disasarkan melaksanakan 10 kerja sehari, beliau dikatakan produktif jika 10 kerja tersebut siap beliau kerjakan. Sebaliknya jika 8 sahaja yang beliau berjaya siapkan, ini bermaksud dia perlu berusaha lebih lagi di hari seterusnya. Tapi 8/10 itu pun sebenarnya agak memuaskan juga.

Mari kita lihat disudut penggunaaan masa bekerja. Adakah betul-betul 8 jam itu kita bekerja. Tolaklah dulu beberapa minit untuk buang air, sembang kosong, minum air, bergerak ke printer dan pergi makan, rasa-rasa berapa jam yang tinggal untuk benar-benar kita bekerja. Sebenarnya jika kita tidak berhati-hati mengurus masa, banyak masa terbazir begitu sahaja tanpa penghasilan yang dibuat. Dalam kes ekstrim, mungkin masa yang betul-betul kita bekerja hanyalah beberapa jam sahaja. 3 jam atau 4 jam. Separuh hari tu buat benda sia-sia sahaja.

Itu tak masuk lagi sibuk melayan mesej Whatsapp, melayari internet melihat benda yang tak berkait dengan kerja, buat kerja lain (berbisnes pulak) ataupun shopping di LAZADA :)

Mari kita fikirkan adakah kita betul-betul bekerja bila kita dah berada di pejabat pada jam 8 tersebut. Bila masa yang benar-benar kita mulakan kerja. 8:10? 8:20 atau 8:30?  Disebelah petang sebelum baliknya pula adakah kita benar-benar berhenti setelah jam 5 ataupun 10 minit sebelum jam 5. Cuba semak diri kita di mana?

Betul, kita bukan robot yang memang akan buat 100% seperti yang diprogramkan. Kita adalah manusia. Manusia tidak sama dengan robot. Tetapi kita seharusnya memaksimakan gerak kerja mengikut amanah yang telah diberi.

Amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri kita dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Itulah kerja kita sepatutnya untuk 8 jam itu. Jadi, jika kita sedar kita silap, kita reset balik diri kita. Jadilah pekerja yang betul-betul bekerja!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 13 April 2017

Projek Tahun 2017

Sebenarnya dah lama niat di hati nak menulis buku. Di luar sana pun banyak rupanya kursus dan sifu-sifu penulisan yang mengajar cara dan bagaimana nak menulis. Walaupun dengan menulis buku bukanlah boleh menjanjikan kita mewah atau jadi jutawan, tapi saya mengambil pendekatan menulis untuk sebarkan kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Tapi apakan daya. Masa tak beberapa nak ada untuk hadir semua kelas-kelas tu.. alasan.. kita memang pandai mencipta alasan kan..hehe.

Baiklah, dengan ini saya bocorkan rahsia dan impian saya untuk tahun 2017 ni. Saya rancang untuk hasilkan satu penulisan atau buku berkaitan penjawat awam. "Penjawat Awam Ideal". Macam tak menarik jer kan tajuk ni. Tak mengapa, tajuk tu nanti kita boleh olah balik.

Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk menulis dan nak gambarkan rupa dan wajah yang sepatutnya ada pada setiap penjawat awam di Malaysia ni. Penulisan ni bukan nak sentuh hal dasar, peraturan atau polisi rasmi kerajaan, tapi lebih kepada usaha untuk melihat suasana kerja, perjalanan dan karisma yang lebih baik wujud dalam kalangan penjawat awam sebab saya pun penjawat awam!

Doakan saya mula menulis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 12 April 2017

Kosongkan Gelas Bila Kita Nak Belajar



Guru kita boleh jadi sesiapa sahaja. Bukan semata-mata cikgu yang mengajar di sekolah atau sifu-sifu yang terror-terror yang ramai di luar sana tu, tapi sesiapapun sahaja yang memberitahu apa yang kita belum tahu. Nampak tak tuan yang di tengah-tengah tu. Dialah Mr. Vijay Kumar yang baru-baru ini saya follow kelas dia untuk belajar merekabentuk sistem aplikasi komputer. Yang lain-lain tu siapa lagi kalau bukan rakan-rakan seperguruan. Excited belajar sampai terangkat kaki bila disuruh buat free style :)

Sikit coretan untuk saya share kali ini ialah bila kita pergi belajar, kita kena sediakan bekas untuk menadah ilmu yang nak dicurahkan. Jangan sombong sebab bekas yang dah penuh air takkan dalat simpan air yang dicurah. Rugi dia tumpah balik jatuh ke lantai. Biarpun benar kita pandai sangat, adab bila nak menuntu ilmu, kita sebagai pelajar kena merendahkan diri agar mudah guru mencurahkan ilmunya daripada atas. Benda yang mengalir mestilah daripada aras tinggi turun ke bawahkan? Pernah ke kita tengok air mengalir naik ke atas. Kecuali dipam dengan pam motor..hehe..

Seronok juga belajar ni, sebab sebenarnya daripada cikgu tu yang paling berharga adalah pengalaman bertahun-tahun yang dia lalui. Bila dia share, kita dah jadi sebahagian daripada pengalaman beliau tu. Itu memang tidak boleh dibeli. Hargai sesiapa sahaja guru anda. Haiwan, tumbuhan dan alam ni pun boleh jadi guru kita. Jangan tak percaya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 5 March 2017

Ubah Skrip Hati

Stress boleh kita atasi dengan ubah perkataan yang ada dalam hati. Kita sebenarnya ada dua skrip pilihan semasa menghadapi sakit.
1. Teruskan risau (mindset salah).
2. Allah sedang merawat kita (kena latih).

Penyakit punca dari syaitan. Dia kalah dengan orang yang ikhlas (ikhlas di sini bermaksud hidup mengikut peraturan Allah) dan cara terbaik menjaga kesihatan ialah belajar Al-Quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 2 March 2017

Kena Pecah Tradisi



Sesetengah amalan yang biasa kita buat, belum tentu betul dan tepat cara ia dilakukan. Dalam penggunaan Bahasa Malaysia misalnya, banyak perkataan dengan tatabahasa yang tak betul sering digunakan dalam penulisan tetapi tetap diguna, baik dalam urusan rasmi mahupun seharian. Ia perlu diperbetulkan.

Jika kita melihat dalam aspek pemakanan pun wujud isu yang sama. 80% makanan atau menu yang kita ambil sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh badan kita. Banyak benda-benda sampingan yang kita masukkan ke dalam tubuh yang ia menjejaskan kesihatan. Kita harus ambil makanan yang diperlukan mengikut imbangan yang disyorkan. Kita tahu semua itu, tapi kita masih tak mahu nak ikut pun. Sila ubah amalan pemakanan kita sekarang.

Dalam aspek pekerjaan pun sama. Kita sering melihat dalam pengagihan kerja di pejabat, pekerja-pekerja tertentu sahajalah yang akan diberi peluang, tanggungjawab dan tugasan. Seolah-olah pekerja yang lain itu tak wujud. Memanglah mungkin setiap pekerja ada tahap-tahap kemahiran dan pengetahuan tersendiri yang tidak sama. Tetapi itu bukanlah alasan untuk semua kerja-kerja yang ada ditujukan pada orang yang sama sahaja. Cuba sejenak kita fikirkan kesan-kesan bila tradisi yang tidak cantik ini berterusan tahun demi tahun. Pastinya ia tidak sihat. Saya fikir tak perlu saya ulas pangjang-panjang. Kena pecahkan tradisi sebegini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 10 February 2017

Sunnah

Jom amalkan sunnah...

*Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua*

Simple Sunnah Rasulullah SAW

*Simple Sunnah - 1*
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.

*Simple Sunnah - 2*
1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.

*Simple Sunnah - 3*
1. Minum dgn tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

*Simple Sunnah - 4*
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

*Simple Sunnah - 5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama2.
4. Jangan makan & minum dalam tandas.

*Simple Sunnah - 6*
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

*Simple Sunnah - 7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.

*Simple Sunnah - 8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian utk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yg menunjukkan simbolik seorg muslim.

*Simple Sunnah - 9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

*Simple Sunnah - 10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dgn kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

*Simple Sunnah - 11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik utk ibu yg ingin membentuk anak2).

*Simple Sunnah - 12*
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

*Simple Sunnah - 13*
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

*Simple Sunnah - 14*
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.

*Simple Sunnah - 15*
1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas utk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

*Simple Sunnah - 16*
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam utk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha utk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.

Keluarga sunnah idaman kita...

Semoga bermanfaat.

*Wallahu a'lam...*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 31 January 2017

Hobi Mendatangkan Duit




Hobi kalau betul-betul dibuat dengan penuh hati atau passion, ia juga boleh memberikan pulangan kepada pengamalnya. Ada orang hobinya memasak, dan dia boleh buat duit dengan mengajar masak. Ada juga orang yang suka melukis boleh menjual hasil karya seni lukisnya. Begitu juga dengan jurufoto. Koleksi gambar-gambar yang unik boleh dijual di internet. Itu tak kita lagi dalam bidang kraftangan macam jahitan, barang cenderahati dan hiasan rumah. Memang kalau cantik dan menarik ia boleh dibeli oleh peminat tersendiri.

Begitulah ceritanya nak share bahawa hobi kalau kena caranya dan ada peminatnya ia boleh mendatangkan hasil. Kecil-kecilan pun jualan yang dibuat, kalau maintain begitu selalu, ia pasti menyeronokkan dan tak stress pun. Bila buat kerja yang kita suka, kita susah nak rasa penat.

Abah memang daripada dulu suka memelihara ternakan terutama ayam, burung dan ikan. Gambar ni saya sharekan beliau ketika dalam sangkar burung yang dibiak untuk dijual. Pelanggan tetap alhamdulillah setakat ni kepada kedai-kedai burung berhampiran dan juga orang perseorangan yang berminat. Kalau kawan-kawan berminat nak bela "burung cinta", ni hubungi saya pun boleh. Bolehlah saya dapat komisyen sikit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AMALAN PENUNDA KEMATIAN

Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa bisa terjadi? 

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa Nabi Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”“ Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”“

Ada apa dia datang menemuimu?”“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan perkawinannya esok pagi.”“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”

 Selesai berkata seperti itu,Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan perkawinannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya. Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi? Malaikat Kematian menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya. “Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya,Muhammad bahwa sedekah itu dapat memanjangkan umur. Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…SEDEKAH. Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda. Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak.

Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba.

Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cinta  Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan suul khatimah.

Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampunan oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian sebentar lagi.  Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”(Sabda Rasulullah SAW)

Semoga bermanfaat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 28 January 2017

Knowledge Menagement System (KMS)


Khamis baru-baru ni, kami di RISDA melancarkan satu sistem aplikasi yang di namakan KMS RISDA atau dalam istilah Melayunya Sistem Pengurusan Pengetahuan RISDA. Sistem online yang menyediakan platform yang mudah untuk warga RISDA  dan Pekebun Kecil mendapatkan pengetahuan yang mereka ingini.

Sistem ni membolehkan semua bentuk pengetahuan yang ada pada RISDA dan Pekebun Kecil dikumpul, disimpan dan dikongsi bagi tujuan khidmat pengembangan serta peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan di RISDA dan produktiviti Pekebun Kecil. Dah sampai masanya kita berkongsi apa yang kita tahu. Sebab ilmu yang bermanfaat, ia akan berkembang dan kita membawanya sebagai saham di akhirat sana.

Perkenalkan boss saya yang bertuah orangnya. Pantang ada lucky-draw, mesti dia yang mendapat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 15 January 2017

Apa Itu Tong Sampah?




Pagi ni macam biasa, saya cuba mengambil angin di luar rumah. Sambil-sambil menyidai baju di ampaian terlihat saya sebuah kereta lalu di luar kawasan taman rumah. Ia perlahan dan berhenti di tepi jalan. Kemudian terbang satu bungkus beg plastik warna merah melayang masuk dihumban ke kawasan semak. Sampah dialah tu. Rumah dia tiada tong sampah agaknya. Memang ada belukar kecil di hadapan kawasan taman perumahan saya ni. Belum ada projek pembangunan lagi di situ buat masa ni. Tapi pasti situ bukanlah bermaksud ia kawasan buang sampah. Pantang nampak semak tebal sikit orang-orang kita ni.

Ini lah contoh sikap orang-orang kita yang bebal tak tahu nak buang sampah ke tempat yang betul.

Credit picture to http://www.isigood.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 5 January 2017

Baling Batu Ke Laut


Menyampaikan mesej kebaikan adalah umpama kita baling batu ke laut.


Kita sampaikan sahaja apa jua mesej positif kepada semua orang. Mungkin ada yang akan terksesan dengan mesej tersurat atau mesej terseirat yang ada. Kita tak tahu sedalam masa batu itu akan tenggelam. Mungkin ia akan kekal lama di dasarnya dan kita adalah penyebab kebaikan tersebut.

#SahamBaik

.. Credit pic to HijauDedaunan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...