Thursday 31 December 2015

Kira Detik 2016

Pada saat ni,  kita patut dah tahu jauh mana pencapaian diri untuk 2015. Apa yang menjadi dan mana yang kurang menjadi. Dalam masa sama kena tengok juga dimana ada lagi kekurangan yang kena diperbaiki dan dimana kekuatan yang boleh diperhebatkan.

Yang penting juga, pasti ada kesilapan yang telah kita buat dalam merencana segala agenda sebelum ni. Masih belum terlambat untuk berubah selagi kesempatan diberi.

Dikatakan 2016, tahun yang perit penuh mencabar. Pesan untuk diri dan sahabat: Perteguh diri, cepat sesuaikan diri dan minta petunjuk hidayah daripadaNya.

Mungkin di masa lepas kita tak merebut segala peluang yang ada. Banyak perkara yang mungkin kita terlepas. Terlepas untuk memberikan yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa, negara dan agama.

Bagi yang sukses 2015, moga terus gemilang lagi dalam 2016.

Moga kita terus dikurniakan rezeki melimpah ruah dan keberkatan dalam hidup. Amin..

#JadiOrangBaru
#SalinKulit
#Bangkit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 28 December 2015

Saya Bocorkan 1 Rahsia



Buat kawan-kawan pembaca yang stay di kampung, terutama yang ada minat nak jadi usahawan, sila teruskan baca posting saya kali ni. 

Dengan berbekalkan minat, sikit kemahiran asas, idea dan daya usaha, ada banyak channel sebenarnya yang boleh membantu. Ringkas cerita, sekiranya anda (warganegara) ada kebun getah, anda boleh mohon untuk dapatkan bantuan RM20K daripada Kerajaan melalui program Aktiviti Ekonomi Tambahan, di bawah seliaan RISDA. Anda tentu pernah dengar RISDA. 

Antara bidang perkhidmatan yang boleh diceburi: Gunting rambut, kedai gambar, percetakan/fotostat, repair motor, restoran/katering, dobi, jahit baju, homestay dan ada puluhan lagi (penghasilan produk/makanan, kerja pertanian/ladang dll)

Syarat nak mohon mudah jer pun:
1. Ada kebuh getah.
2. Ada minat.
3. Ada kemahiran sikit-sikit.
4. Buat projek secara full time.
5. Sedia untuk hadir kursus yang diberikan.

#SetiapCerukAdaPejabatRISDA
#ApplyJanganTakApply
#AmikKesempatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 24 November 2015

Memikat Followers Facebook

Nak pikat followers di Facebook?

Ini antara yang boleh kita sama-sama cuba. Jangan posting tu menjurus satu style saja. Wujudkan kepelbagaian posting. Barulah menarik dan tertarik orang nak baca.

Ada 1001 benda kita boleh tulis sebenarnya. Idea, jenaka, pengalaman, falsafah, nasihat, teguran, suspen, lawak, kemusykilan, dakwah, tips berguna, mutiara kata, bahasa, seni, alam sekitar, teknologi, sukan, cuaca, bahasa, isu semasa, bisnes, sejarah, makan minum, tempat menarik, hal kerja, hobi, personaliti, inspirasi dan macam-macam lagi. Politik tak payah lah kot :)

Selang selikan perkara-perkara ni. Yang penting jangan panjang sangat dan jangan pendek sangat. Sesekali sentuh emosi, kasi sentap sikit pada sesiapa yang membaca.

#BiarPostingKitaUnik
#TarikFollowers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 18 October 2015

Menyediakan VS Menawarkan


Semalam terlihat saya satu klip video sedutan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikongsikan rakan di media sosial. Petikan ucapan menyentuh tentang kerajaan terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) harus berjiwa besar dalam mempermudahkan urusan rakyat. Ucapan tu merujuk contoh bila mana ada peniaga kecil, terutamanya Bumiputera yang berniaga kecil-kecilan jual makanan depan rumah, tepi jalan misalnya.. jangan lah cepat sangat PBT nak angkut gerai mereka naik atas lori. Disebabkan tiada permit, lesen dan sebagainya. Apalah salahnya mereka nak mencari pendapat tambahan untuk keluarga. Menggunakan kemahiran dan kebolehan yang ada.

Tambah beliau lagi pihak yang berkuasa kena ubah cara dan budaya kerja daripada cara lama iaitu "MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN" kepada pendekatan baru iaitu "MENAWARKAN PERKHIDMATAN". Memang ada beza tu antara sedia dan menawarkan. Bezanya ialah, bila kita sediakan, kita tak kisah pun ada orang datang nak dapatkan atau tidak perkhidmatan yang ada tu.

Sebaliknya bila kita menawarkan perkhidmatan, kita yang akan datang kepada rakyat dan melihat aspek mana yang boleh dibantu. Dah fahamkan pokok dan isi bagi entri kali ni ;)

Itulah petikan sedikit isi ucapan lebih kurang daripada video tersebut. Saya sharekan ini sekadar untuk apa yang terbaik bagi tatapan masyarakat dan sahabat-sahabat yang membaca. Semoga ada manfaat.

#ContohPemimpinBerjiwaBesar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 10 October 2015

SAYANGI DIRI DULU

Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat pembaca di luar sana.

Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan gembira bersama yang tersayang.

Bila sebut pasal sayang ni, saya fikir tiada siapa pun dalam dunia ni yang tak mahu menyayangi atau disayangi. Pasti semua daripada kita ni suka nak dibelai dan dikasihi.

Dalam keluarga memang pastinya ada elemen kasih sayang. Dalam konteks persahabatan pun sama. Dalam masyatakat pun sama. Untuk alam sekitar pun sama. Kita mesti memelihara alam seperti hutan dan sebagainya. Dalam agama pun apatah lagi.

Begitulah hidup ni.. kita mesti sayang kepada semua. Dan saya juga sayang pada blog saya ni. Rindu lama tak berceloteh.

OK!

Jangan lupa sebelum menyayangi orang lain, sayangi diri sendiri dulu. Jauhi rokok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 16 September 2015

Perhimpunan Jalanan - Tak Payahlah Buat..


"SELAMAT HARI MALAYSIA"

Hari ni perhimpunan warna merah berjalan di Kuala Lumpur. Beberapa minggu lepas perhimpunan warna kuning. Memang setiap kumpulan tu ada perjuangannya tersendiri dan agenda masing-masing. Itu saya amat hormati. Memanglah setiap kita ni takkan semua orang akan memihak kepada kita. Pasti ada lawan atau musuh yang memang takkan senang atau nak terus duduk diam dengan kita. Itu semua normal. Orang baik ditentang apatah lagi orang tak baik pun memang wajar kena tentang,

Cuma apa yang saya lihat dan terfikir, apakah ini cara dan gaya terbaik dalam menyelesaikan apa jua isu yang ada? Dah macam tiada jalan lain yang boleh dibuat. Mungkin pandangan pihak yang menganjurkan perhimpunan, berkehendakan publisiti dan perhatian. Itu memang wajar tetapi cara berhimpun dijalanraya pada skala sebesar tu tak beberapa nak kena bagi saya.

Pertama ia merosakkan imej Malaysia, kedua ia mengganggu masyarakat awam lain, ketiganya kesan tinggalan selepas perhimpunan tu biasanya banyak kerosakan harta benda, sampah ditinggalkan macam orang tiada tamadun dan sebagainya. Paling tak best, bila dah ramai pasti sukar untuk jadikan ia perhimpunan yang aman dan sopan. Pasti keluar macam-macam tingkah laku provokasi yang boleh mengguris perasaan orang lain.

Sebenarnya apa yang saya risaukan sangat, adalah pengaruh luar yang mungkin turut sama masuk jarum dalam hal seperti ini. Ia pasti tidak mustahil. Bila ada acara seperti ini, sememangnya dunia akan memfokuskan seketika perhatian kepada Malaysia dan kesannya pasti banyak yang negatif. Apa yang negatif tu sama-sama kita fikir. Saya andaikan acara-acara yang ada ni bukanlah satu perancangan licik daripada "mastermind" luar yang nak lihat Malaysia atau Islam jatuh dan hancur. Harap andaian saya tak betul. Moga kerahmatan dan kesejahteraaan bertambah baik di bumi tercinta ni. Malaysia Tanah Airku!

P/s: Mahu Hidup Aman Damai

#WarnaWarniMalaysia
#SayaAnakMalaysia

FaizalTajudin
Blogger & Usahawan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 20 August 2015

Zahirkan Dahulu Atas Kertas


Lihat sekelilig kita, ada banyak binaan dan rekacipta yang cukup mengagumkan. Di Malaysia ni saja, cuba kita lihat senibina bangunan-bangunan yang ada, masjid-masjid dan rumah kediaman. Semuanya sangat menarik dengan ciri tersendiri dan apa yang penting sebenarnya, semuanya bermula dengan idea yang ditulis terlebih dahulu diatas kertas. Maksud saya semua binaan tersebut mesti dirangka dahulu dalam bentuk pelan sebelum dibina.

Untuk kerja-kerja selain binaan infrastruktur seperti itu, kita sepatutnya guna pendekatan sama. Projek-projek yang kita jalankan harus lengkap dengan teratur perancangannya, tetap setiap aktivitinya dan jelas rekabentuknya. Kalau tidak kemas tiga perkara ni, pasti sukar untuk projek itu berjaya sepenuhnya. Lewat siap paling pasti ;) 

Perjalanan hidup kita pun begitu juga. Ia perlu dilakarkan dahulu. Apa yang nak dicapai mesti diimiginasikan dahulu, ditulis secara zahir atas kertas agar jelas apa matlamat yang hendak kita capai. Teringat saya satu teori yang pernah saya dengar suatu masa dulu yang mengatakan: Sukar untuk kita capai apa pun perkara kalau ia tidak ditulis atas kertas terlebih dahulu. Disebabkan ia bersifat ghaib dan hanya wujud dalam minda seseorang, sukar untuk elemen-elemen lain dalam kehidupan ni menyokong pencapaian matlamat tu. Itulah satu sebabnya kenapa perlu kita ada motto dan slogan yang harus ditulis dan dipampang agar mudah ia menjadi realiti.

Rekod dan dokumentasi penting sangat.. Fahamkan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 16 August 2015

Memburu Impian




Ku jejakjalan yg berlikumembara jiwakumemburu impian

Ku renang lautan gelorabiarpun tersadaidi hujung duni
a
kan ku tempuhi segala rintanganbiarpun rebah ku bangun sendiri

Akan ku genggam biarpun hitammenjadi milik mu...
Ku muladengan langkah inimenuju sinaran abadi



Lirik diatas adalah daripada lagu yang dinyanyikan oleh Kaza sekitar tahun 80an saya rasa. Bila menghayati liriknya saya sedar dalam seiap diri kita ada satu kekuatan yang seharusnya kita guna dan teguhkan untuk mencapai apa juga impian yang kita nak capai. Kekuatan itu terletak kepada matlamat yang jelas dan sebab yang kuat yang tak mudah pudar dipadamkan oleh sesiapa pun. Kekadang kita tidak ada matlamat pun dalam hidup ni. Membiarkan sahaja masa berlalu tanpa sebarang sasaran yang nak dicapai memang menyedihkan. Bila dah ada matlamat kita perlu pasakkan dengan satu sebab yang kukuh untuknya. Sebab yang sangat kuat hinggakan tidak goyah semasa apa jua cabaran yang datang melanda.

Mudah katanya, untuk sukses dalam apa yang kita usahakan, kita perlu ada 2 perkara ni dahulu: MATLAMAT yang cukup jelas dan SEBAB yang cukup kuat untuk matlamat tu!


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-memburu-impian-kazar-gila-gila.html#ixzz3ixaLHUUw
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 31 July 2015

Ajar Anak Berenang

Sabtu lalu, sempat meluangkan masa menziarah seorang kenalan di Shah Alam. Mereka sepasang usahawan yang telah membina perniagaan tersendiri dan suka juga saya mencedok serba sedikit pengalaman yang mereka kongsikan.

Antara yang boleh saya petik daripada banyak isi perbualan kami adalah, kerja dengan majikan Melayu perkara pertama yang perlu dijaga dulu adalah emosi. Kena jaga emosi boss, rakan sekerja dan staff. Selepas itu baru tumpuan kepada kerja dan produktiviti. Mungkin ada betulnya.

Sebaliknya bila bekerja dengan firma yang professional (orang putih sebagai contoh), hasil diutamakan. Mereka lebih objektif dan sentiasa tetap dengan sasaran yang ditentukan. Daripada pengalaman mereka, memang betullah tu :)

Apapun bagi saya dimana pun kita bekerja kita tidak akan capai sesuatu keadaan yang cukup sempurna. Asal namanya bekerja, pasti urusan sesama manusia tidak dapat dielak dan manusia memang tak sempurna. Kita sendirilah yang perlu sesuaikan diri untuk kerja dan majikan kita.

Cukup dulu bab kerja :)

Cuma satu nasihat yang tak kurang penting daripada mereka, supaya anak-anak yang masih kecil diajar berenang. Tujuannya tak lain, tak bukan melainkan untuk keselamatan mereka di masa hadapan. Contoh yang diberikan kepada saya: bayang satu masa nanti mereka terjatuh ke dalam kolam air atau kolam renang misalnya. Tentu jadi masalah kalau tidak tahu langsung berenang.

Hal ni mungkin kecil bagi kita, tetapi tentunya trauma besar bagi yang pernah melalui insiden atau kemalangan jiwa berkaitan anak yang lemas disebabkan tidak tahu berenang.

Sememangnya kemahiran berenang adalah sangat penting, apabila ia benar-benar diperlukan nanti. Malang tak berbau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 25 July 2015

Menung jer kat pejabat?!

Apa yang saya zahirkan dalam entri kali ni mungkin agak sensitif. Bak kata pepatah, siapa makan cili dia terasa pedas. Tapi saya suka mengetengahkan hal ini kerana ianya sangat rapat dengan kita semua, terutama yang bekerja di pejabat, lebih-lebih lagi yang kerja di "Putrajaya" dan yang sewaktu dengannya. Rasa terpanggil nak menegur dengan mata pena. Diri saya juga tak terkecuali :)

Saya kadang kala perhatikan kita yang bekerja di pejabat ni tak bekerja sungguh-sungguh. Masa 8 jam yang diperuntuk untuk bekerja mungkin 5 jam saja yang betul-betul kerja. Selebihnya mungkin duduk termenung, tidur dan mengeteh.

Bagi saya, sememangnya kerja di pejabat tu memang banyak kalau hendak diikutkan. Kalau rasa tiada kerja tu, cuba cari kerja. Pasti ada kerja yang boleh dicipta. Setidak-tidaknya, buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan kerja. Saya telah mengamalkannya sekian lama. Tak pernah pun ada sehari rasanya yang free duduk menung.

Seperkara lagi, sesetengah staf ni banyak sangat bersembang. Macam-macam topik perbualan tak habis-habis. Hal kucinglah, hal anak-anak, hal kereta, hal kain baju dan lain-lain. Menyembang masa kerja memang seronok. Tapi cuba fikirkan sejenak, nilai gaji yang kita dapat setiap hujung bulan dengan kerja yang disumbangkan.

Ketiganya, jenis yang asyik main games jer. Yang ni saya simpan dulu komen untuk mereka.

Tak dinafikan perkara sebegini berlaku disebabkan bos yang terlalu baik dan tak proaktif. Atau mungkin juga boss terlalu sibuk dengan tugasnya sendiri dan mesyuarat yang tak sudah-sudah.

Akhirnya saya disini menasihatkan diri yang menulis dan kawan-kawan untuk bekerja penuh tanggungjawab, menjaga amanah diberi dan tekun bekerja. Jauhi sikap malas, berehat-rehat dan tak proaktif dalam bekerja.

Orang hebat, mereka tidak duduk diam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 21 July 2015

Saling Kerjasama Pemimpin dan Ulama

Moga Syawal yang sedang disambut membawa perubahan kearah akhlak dan amalan yang lebih baik. Kesan didikan sebulan Ramadhan yang baru berlalu.

Sepanjang aktiviti sembang-sembang raya antara topik perbualan adalah menyebut hal isu-isu semasa dan politik. Rata-rata apa yang diperkata adalah keluhan dan komen terhadap pimpinan negara. Untuk mempertikaikan polisi dan apa yang berlaku memang tak selayak dan mampunya saya. Maklumat terlampau banyak sampai sukar kita nak benar-benar yakin kesahihan sesuatu isu dan hal. Hebat betul kalau memang ada "mastermind" yang mengatur segala isu yang timbul.

Apa yang mampu saya nukilkan di sini adalah bila pemimpin terlalu kaya, rakyat akan menjadi miskin. Disamping itu, pihak yang seharusnya bekerjasama membetulkan keadaan bukan semata pemimpin dan penasihat pimpinan tetapi juga oleh kumpulan alim ulama. Pemimpin harus boleh ditegur ulama dan ulama pula harus berani menasihati pimpinan.

Kesimpulannya, Melayu dimuliakan dengan Islam dan boleh jadi hina Melayu kalau meninggalkannya. Moga kebaikan dan rahmat akan berpihak kepada insan yang benar-benar ikhlas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenapa Masyarakat Cina Lebih Kaya

Baru-baru ni, saya ada bersembang dengan abah. Borak-borak kosong dikala Syawal anak beranak. Entah kenapa tiba-tiba masuk bab kekayaan orang Cina di Malaysia. Abah ambil contoh di Bandar Baharu Kampar, majoriti hartanah dan rumah di kawasan tu dibeli dan dipunyai mereka. Sedikit sangat kaum Bumiputera yang memiliki aset di sana. Memanglah mereka agak ramai di Kampar dan memang menguasai kegiatan ekononi sejak berpuluh tahun dahulu lagi.

Apa yang dapat saya jelaskan pada abah adalah 3 perkara. Pertama masyarakat Cina memang asalnya lebih dahulu ketamadunnya. Sebagai antara tamadun terawal pastinya segala aktiviti perdagangan dipelopori nenek moyang mereka lebih awal daripada orang di Tanah Melayu. Mereka ada hubungan langsung dengan negara China yang pastinya sumber utama bagi kebanyakan keperluan aktiviti niaga mereka.

Kedua, lingkungan dan minda mereka memang dididik sejak awal untuk mencari duit dan berniaga. Jika tidak berpendidikan tinggi, pasti ada satu-satu kemahiran yang akan dikuasai mereka untuk dijadikan asas modal berniaga. Disamping tu juga, mereka dikatakan menyokong antara satu sama lain untuk melahirkan usahawan atau peniaga baru. Kesinambungan daripada satu generasi ke generasi seterusnya sentiasa ada.

Dan yang ketiga bagi saya, sebagai peniaga dan usahawan, pendapatan mereka pastinya lebih tinggi daripada pekerja yang makan gaji apatah lagi penjawat awam :) Dengan pendapatan yang lebih ini bermaksud akan ada lebih simpanan dan lebih pelaburan yang boleh dibuat. Seterusnya lebih pulangan yang diperoleh. Saham sebagai contoh. Jadi, tidak hairan aset pemilikan mereka makin bertambah.

Moralnya, kita kena belajar banyak lagi daripada sahabat-sahabat Cina di negara kita ni. Mereka memang sudah jauh ke hadapan. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, mereka nampak stabil dan tak tertekan pun rasa saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 18 July 2015

Ucapan Maaf Zahir Batin

Saya perhatikan ada sesetengah orang macam tak selesa bila menerima ucapan maaf zahir dan batin. Katanya mana ada batin. Kesian tengok orang yang minta maaf tu. Ikhlas minta maaf, dibalas dengan komen pulak :)

Bagi saya mudah saja.. Zahir & batin tu maknanya luar dan dalam. Yang dalam tu kena cuci habis betul-betul sebab ianya tak nampak.

Cer tukar jadi macam ni jer: "Maaf zahir". Kan kontot sangat ucapan tu :)

Saya sepenuh hati memohon maaf sekiranya ada posting dalam blog saya ni yang mungkin mengguris emosi follower dan pembaca di luar sana.

#MaafZahirBatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 11 July 2015

Salam Lebaran 1436H

Jumaat ini jika ada umur dan rezeki, umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Cepat rasanya Ramadhan kali ni berlalu.

Saya mengambil kesempatan di ruang bicara blog ini untuk memohon maaf sekiranya ada salah silap saya, isteri dan keluarga kepada semua yang mengenali. Almaklum kita manusia biasa, selalunya terlanjur atau tak perasan mungkin pernah mengguris emosi orang lain.

Musim raya kali ni rasanya, diharap aturan kehidupan kita semua bakal lebih tersusun dan terancang. Terancang kemas untuk program aktiviti, masa dan perbelanjaan, natijah dari pelaksanaan GST, minyak naik dan kenaikan kadar tol yang akan menyusul :)

Pesanan buat semua, sambutlah raya sebagai ibadah dan jadikan ruang masa yang ada untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Kekalkan momentum Ramadhan dari segi amalan dan jangan tak jaga makan. Memang rendang, lemang dan kuih raya tu sedap, tapi jamah sekadar merasa. Sebabnya nikmat hidup yang kedua selepas nikmat Iman ialah nikmat kesihatan.

Elakkanlah kalau boleh bercerita sangat hal politik dan umpat mengumpat semasa raya nanti. Usah topup balik dosa yang mungkin dah terampun dalam Ramadhan ni. Cuba cari topik perbualan yang lebih membina macam sembang-sembang bisnes ker.. kan lebih positif.

Akhirnya, jangan lupa berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Leka sekelip mata, padah boleh menimpa. Minta simpang jauh-jauh. Sekian, wassalam.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salah 1 Ciri Negara Tu Dah Maju

Terfikir saya baru-baru ni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pastinya tiga utama harus telah dicapai iaitu faktor pelaburan asing yang tinggi, jumlah tenaga professional yang ramai serta mentaliti dan sikap rakyatnya dalam semua hal.

Untuk 3 perkara tersebut biarlah para cerdik pandai yang memikirkannya. Saya lebih cenderung melihat daripada satu sudut yang lain iaitu aspek tarikan pelancong ke dalam negara.

Untuk meningkatkan hasil daripada cukai memanglah satu kaedah, tetapi saya suka melihat kerajaan memberikan tumpuan dan minat untuk melabur sedikit dalam sektor pelancongan. Pulangan hasil pasti tinggi untuk seseorang pelancong yang berbelanja untuk satu-satu tempoh masa.

Cuba lihat negara-negara di sebelah Eropah sana. Banyak sekali produk pelancongan yang mereka ada. Satu kelebihan mereka yang kita kalah hanyalah cuaca. Tak dinafikan ia faktor juga dalam mempengaruhi kemajuan dan ketamadunan sesuatu bangsa.

Saya lihat negeri Melaka telah lama bergerak kearah itu. Membentuk lanskap persekitaran bersih dan indah adalah permulaannya. Seterusnya ditambah dengan pengujudan lokasi tarikan pelancong samada berasaskan sejarah, budaya, kesenian, kesihatan, alam semulajadi, makanan, rekreasi, hiburan dan sebagainya.

Bagi saya selagi kita tak cukup menarik untuk diletakkan dalam destinasi pelancongan utama dunia, selagi itulah cabaran menjadi negara yang maju sukar dicapai. Selagi sampah masih merata-rata, selagi pemandu teksi tidak beretika (segelintir), selagi kita membuang masa dengan isu pengurusan dan pentadbiran.. jauh lagilah nak majunya.

Mungkin selain tumpuan kepada lanskap, kita boleh mula dulu dengan kebersihan longkang dan sungai dulu. Sistem parit dan tali air kita rasanya ikut standard atau tidak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Orang Kita Sedang Berusaha Menghabiskan Duit Gaji

Hari ni berbaki kurang seminggu untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya pun sama bersama isteri dan budak-budak ke pusat-pusat jualan dan pasaraya bagi membeli keperluan rumah dan raya juga.

Seawal 9:30 pagi, sebuah pasaraya tempatan dah penuh dengan pelanggan yang membeli belah. Almaklum, kebanyakkan kita baru dapat gaji rasanya.

Energi yang dapat saya rasakan ialah masing-masing teruja nak membeli itu dan ini. Baju raya, kuih raya dan kelengkapan rumah antara yang dicari.

Harapnya sambil berbelanja tu, kita boleh bertenang seketika dan fikirkan betul-betul apakah perlu perkara tu dibeli. Baju dan pakaian kalau dah ada, rasanya tak perlu nak tambah-tambah sangat lagi. Kena berpada dalam membeli. Takut belum sempat hujung bulan, gaji dah kering. Kengkadang, ada baiknya juga memiliki sifat dan bakat seorang yang kedekut. Duit tak mudah bocor tak tentu hala.

Saya ketika ni, sedang duduk di sebuah kerusi menunggu isteri membeli barang-barang. Entah apa agaknya perkara yang diluar senarai asal yang akan dibelinya :)

Satu tips menabung yang saya peroleh dari Tuan Shamsuddin Kadir, seorang perunding dalam pengurusan kewangan semalam: Setiap masa bila terima duit hijau/si hijau (RM5.00) semasa transaksi jual beli, tangkap dan selamatkan dalam tabung, jangan dibelanjakan. Nak hebat lagi buat benda yang sama untuk si merah (RM10.00).

Semoga semua kita semakin sedar dan bijak menguruskan duit. Supaya kebocoran duit dapat diminimakan tidak kepada benda yang tak perlu.

#SelamatBerpuasa
#BerhemahDalamBerbelanja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 7 July 2015

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Musim raya dah makin menghampiri.

Pastinya laluan jalan raya dan lebuhraya balik ke kampung akan penuh sesak dengan mereka yang ingin balik bercuti hari raya. Termasuklah saya juga. Memang seronok.. Lagi seronok masa perjalanan tu dibuat sebelah malam sebelum Syawal. Boleh minum-minum bila mata mengantuk ;)

Apapun dalam pemerhatian saya, bila kita dalam perjalanan yang jauh. Mungkin 2 jam, 4 jam atau lebih lama daripada itu, kemungkinan macam-macam yang boleh berlaku disepanjang perjalanan. Kalau takdir tu baik alhamdulillah, tapi kadang-kadang malang tak berbau.

Dalam perjalanan kita tu mungkin kita akan berdepan dengan masalah enjin, tayar pancit, kesesakan dan lain-lain (minta dijauhkan). Untuk menghadapinya bagi saya elohlah sedikit-sedikit kita bersedia daripada segi mental dan barang perkakas, Kata orang dulu-dulu: sediakan payung sebelum hujan.

Adalah lebih baik rasanya sebelum kita memulakan perjalanan balik kampung yang jauh tu dengan memeriksa keadaan kenderaan kita. Pastikan sudah diselenggara dengan baik dan kita sendiri yakin selamat memandunya. Berikut sedikit tips persediaan yang patut kita ada dalam kenderaan kita:

1.Tayar simpanan 
Pastikan berkeadaan baik dan ada angin.

2.Alat pemadam api 
Kalau ada 2 lebih baik, kita boleh menyelamatkan orang lain mungkin dengannya.

3.First aid kit
Untuk rawatan kecemasan awal.

4.Gunakan kemudahan kad TOUCH&GO 
Topup secukupnya. Kita sangat memerlukannya bila melalui plaza tol yang sesak di laluan tunai.
Rebat diskaun pun ada untuk tarikh-tarikh tertentu.

5.Duit tunai ditangan juga perlu ada secukupnya 
Semua perkara perlukan duit ;)

Ingatan juga untuk semua bahawa pada Jumaat ni, 10 Julai 2015 bermulanya "Ops Selamat". ia akan berlangsung untuk tempoh 2 minggu, 

Berhati-hati dijalan raya dan bila penat rehatlah ditepi.

Selamat berpuasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 4 July 2015

4 Cara Untuk Tingkat Pendapatan

Salam Ramadhan kepada semua,

Alhamdulillah, dah separuh Ramadhan kita lalui. Cepat betul masa berlalu. Pastinya dikala ni masing-masing sibuk merancang dan membuat persiapan apa yang perlu untuk Syawal nanti, disamping ibadah Ramadhan.

Saya sendiri kali ni, ingin cuba untuk beraya secara paling bersederhana seadanya. Almaklumlah dengan suasana ekonomi semasa yang sedikit perlahan dan menekan.

Kali ni saya nak kongsikan 4 cara untuk tingkatkan pendapatan untuk sesiapa pun.

1. PUNYAI ILMU TINGGI

2. PUNYAI KEMAHIRAN TINGGI

3. PUNYAI BISNES

4. TINGKAT PRODUKTIVITI

Rasanya, tak perlu nak saya huraikan setiap satu-satu cara tu. Memadai untuk saya katakan atau rumuskan, kita mesti melakukan sesuatu yang lebih daripada orang lain. Perbezaan dan lebihan usaha inilah yang boleh memberikan hasil.

Apapun untuk menjamin kejayaan untuk setiap satunya, ia perlu dimulakan dengan pendekatan yang betul, rujukan yang betul, sebab yang betul, sekitaran yang betul dan pemikiran yang betul :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 28 June 2015

Buffet Ramadhan - Gaya Kita Makan


Sempena bulan Ramadhan ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua sahabat yang membaca blog ini. Semoga semua amal yang dilaksanakan dalam bulan penuh keberkatan ini diberi ganjaran berlipat kali ganda oleh yang Maha Kaya.



Alhamdulillah pada hari ini, hari ke sembilan barulah sempat saya menjenguk kembali blog ini yang dah sekian lama tidak di tambah entri baru.. Sudah beberapa bulan rasanya. Natijah daripada kesibukan yang melanda diri ;) Balik di kampung ada masa sikit terluang.

Suka sangat untuk saya memperkatakan pada kali ni tentang gaya makan orang kita khususnya semasa menkmati hidangan secara buffet. Sana sini dalam bulan puasa ni, ramai juga khususnya bagi yang "ada-ada" meluang masa untuk berbuka di hotel misalnya. Dengan tawaran harga yang menarik dan pilihan juadah yang diberikan, memang tidak salah sesekali makan di sana. Kalau mendapat undangan lagilah untung. Percuma, hadir untuk memeriahkan majlis dan makan sahaja. Moga ganjaran pahala diberikan kepada mereka yang ikhlas dan pemurah menjamu orang lain berbuka puasa.

Cuma sedikit pesanan ikhlas daripada saya mengenai gaya makan orang kita secara buffet, Pesanan ini mengingatkan diri yang menulis juga ;)

Ada 3 gaya orang makan buffter iaitu:

1. Orang susah (miskin)
Mereka makan untuk survive. Mereka makan segalanya.. Makan banyak sangat macam tak pernah jumpa!

2. Orang sederhana (kebanyakan orang)
Mereka makan sampai betul-betul kenyang, Tak bagi peluang kat perut! Selagi lalu makan, dia akan terus makan dan telan. Ramai daripada kita masuk dalam kategori ni.

3. Orang kaya (berada)
Mereka makan sekadar merasa. Berhenti sebelum kenyang. Makan secara sopan, slow and steady!

Okay, itu saja kali ni.

Selamat berpuasa dan jangan lupa perbanyakan membaca Al-Quran. Jadikan ia qarin kita sampai bila-bila..

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 28 April 2015

Semuanya Adalah Tentang Hubungan dan Emosi..

Kita biasa dengar "Dibelakang kehebatan seorang adalah seorang wanita". Kenyataan tersebut cukup dah menjelaskan tentang kepentingan hubungan sesama manusia.

Orang-orang yang berjaya mempunyai persamaan ini iaitu mereka memiliki hubungan baik dengan mereka yang berada sekelilingnya. Dengan pekerja, dengan rakan-rakan dan keluarga. Mana mungkin kecemerlangan dan produktiviti tinggi boleh terjana sekiranya individu yang terlibat berseorangan dan tidak berbaik dengan yang lain.

Satu rahsia disebalik kelebihan hubungan baik ialah ia sentiasa menjadikan kita seronok, senyum dan ketawa :)

Marah, bosan dan benci adalah antara tanda emosi ada masalah dalam hubungan. Memanglah ada turun naik dalam hidup ni, tapi jangan sampai kita hilang arah dan kawalan.

Sedikit tips:

1. Dengar lagu-lagu yang anda suka. Moga senang kita nak senyum dan ketawa.
2. Tukar fikir dan redha. Bandingkan nikmat-nikmat dan kelebihan yang telah kita ada.
3. Hidupkan kejenakaan dalam diri. Buat sesuatu yang boleh membuat kita dan orang lain senyum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 13 April 2015

Sayangi Keluarga




Tiba-tiba terasa nak menulis pula tentang kasih sayang dalam keluarga.


Setiap daripada kita pasti berkeluarga. Tidak akan ada pun seorang daripada kita yang hidup sebatang kara dalam dunia ni. Pastinya kita datang daripada  seorang yang bergelar ibu dan bapa. Setidak-tidaknya kalau mereka tiada, kita ada adik beradik, anak cucu atau paling tidak pun pasti ada saudara mara. Sesetengah kes terpencil adalah kot betul-betul sebatang kara ;)

Apapun, entri saya kali ini hanya untuk menyedarkan kawan-kawan dan diri yang menulis bahawa kita perlu hargai setiap insan yang berada di sekeliling kita lebih-lebih lagi bagi mereka yang paling dekat yang hidup sebumbung dengan kita. Ini biasanya termasuklah isteri atau suami, anak-anak atau ibu bapa juga.

Sebaiknya juga dalam zaman sekarang ni, kita menzahirkan kasih sayang kita kepada mereka. Tunjukkan secara realiti wujudnya kasih dalam diri kita kepada keluarga atau pasangan kita. Emosi mereka paling utama yang kita perlu jaga. Sebagai contoh, kepada ibu bapa, keraplah menghubungi mereka bertanya khabar. Ziarah mereka di kampung dan lihat keadaan mereka. Untuk yang ada anak-anak, peluklah mereka dan sentiasa menyokong apa yang mereka kerjakan. Bagi sokongan dan dorongan.

Untuk seorang suami, selalulah berikan belaian dan jaga penampilan diri untuknya. Untuk isteri pula, banyakkan sentuhan kepadanya dan ucapan selalu abang sayang kat yang ;)

Balik rumah nanti peluk isteri ya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 7 April 2015

Simpan Ubat di Tempat Selamat




Dalam musim-musim batuk ni suka saya nak kongsikan sedikit tips penting dalam penyimpanan ubat-ubatan terutamanya di rumah. Mudah sahaja, kita perlu ingat kepada 3 perkara iaitu tempat simpanan, maklumat ubat dan hidarkan ubat daripada capaian kana-kanak.

1. Simpan ubat di tempat selamat
Pastikan ianya disimpan ditempat yang sewajarnya seperti masa yang diminta. Jika ia perlu sentiasa sejuk perlulah letak dalam peti sejuk dan jika perlu disimpan dalam bekas tertutup dan kering.. begila sepatutnya. Setiap ubat pasti ada tempoh hayat penggunaannya. Jangan simpan lagi ubat yang dah tamat tempoh.


2. Simpan ubat dalam bekas asal ubat tersebut.
Ini adalah untuk memastikan kita tahu maklumat tepat bagi setiap ubat yang ada seperti namanya, tujuannya, cara pengambilannya, tarikh luput dan lain-lain.

3. Simpan di tempat yg tak boleh dicapai kanak-kanak
Ini sangat penting. Ubat umpama dadah juga. Ia boleh menjadi mudarat juga dimakan tidak tentu hala. Terutamanya bagi anak-anak kecil. Kesan ubat yang tidak baik boleh terjadi sekiranya salah diambil.

Okey... saya nak makan ubat batuk dan antibiotik kejap ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 5 April 2015

Kita Patut Tegur Mereka

Penulisan kali ni saya nak menyingkap semula apa yang berlaku beberapa lama dahulu. Ketika menemankan Abah ke sebuah poliklinik Kerajaan. Nak buat pemeriksaan biasa dan ambil ubat.

Biasalahkan, di tempat-tempat macam tu pada waktu pagi memanglah ramai orang. Senangkan bila datang awal, dapatlah giliran yang awal sikit.

Satu perkara yang dapat diperhatikan, ada sesetengah pelawat atau pesakit yang berada di situ seolah-olah berada di pasar. Cakap kuat tu.. Bukan itu saja, malah pakai baju pun tak ikut adab etika yang patut bila berada di tempat awam atau pejabat kerajaan. Berseluar pendek.. Seliar Jepun jer.

Yang best lagi, staf atau pegawai yang ada, langsung sedikit pun tiada tindakan diambil untuk menegur. Inilah bila benda salah dah menjadi biasa. Apa nak kata?

Harap staf dan pegawai Kerajaan sedikit sebanyak lepas ni lebih tegas dan berani. Berani atas perkara yang hak.

Esok Isnin da..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 2 April 2015

Merokok di Tempat Awam dah Boleh Balik ke?


Beberapa hari lepas, saya ke sebuah restoran untuk membeli makanan untuk makan malam.. Bungkus jer... sambil beratur tu tengoklah sekeliling. Nak tahu apa yang saya nampak?

Jeng..Jeng.. Jeng..!!

Bukan artis yang saya nampak. Saya nampak bekas habuk rokok di atas meja dalam restoran tu. Seingat sayalah merokok di tempat awam macam di restoran macam tu adalah satu kesalahan. Menjeling juga saya mencari kalau-kalau ada yang sedang merokok ketika tu... Memang ada pun seorang perokok yang sedang berasap di sudut meja yang lain. Selamba jer muka.. siap sembang gelak-gelak lagi. ISedangkan kat sebelah-sebelah tu kelihatan ada jer orang lain yang sedang menikmati makanan yang pastinya bukan perokok macam wanita dan budak-budak.

Oh.. apalah nak jadi ya.. Undang-undang larangan tu ada, tapi selamba jer langgar. Kalau lah ada undang-undang macam di Singapura tu kan bagus juga. Kita jadi lebih berdisiplin, bertatasulisa dan sensitif pada orang lain.

Elok juga kalau lepas-lepas ni pemilik restoran atau premis perniagaan letak papan tanda BESAR-BESAR "MEROKOK DITEGAH DISINI!!".. Senang sikit nak sound orang-orang macam mereka ni. Suruh dia baca jer ;)

Letih juga bercerita hal-hal negatif ni.. Tak boleh tulis lama-lama hal perkara macam ni.. Rosak hati dan fikiran..

Jom pi lunch ;)

See you..

#Hari2DenganGST


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 18 March 2015

Mengusap Kepala Anak Yatim



Setiap perkara ada caranya.. Lebih-lebih lagi dalam Islam agama yang syumul, macamana nak makan, macamana nak keluar rumah,  macamana nak bergaul dengan masyarakat dan sebagainya. Semua ada cara dan adabnya. Begitulah indahnya Islam kalau kita benar-benar mahu mengetahui dan memahami apa yang ada. Di dalam Islam setiap perbuatan bukan sekadar semata-mata perbuatan, tetapi ada disebaliknya hikmah yang tersirat. Itu yang sepatutnya kita gali dan kaji.
Sekadar nak kongsi apa yang saya dapat tahu semalam. nak mengusap kepala anak yatim ada caranya. Kalau kita mengusap anak-anak yang tidak yatim, kita mengusap dari hadapan hingga ke belakang. Tetapi sebaliknya untuk anak-anak yatim iaitu mengusap daripada belakang ke bahagian hadapan.

"Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang
, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya
 dan menaikkan satu darjat" - Hadith.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 26 February 2015

Belajar 1 Benda Baru Setiap Hari


Mari kita wujudkan satu tabiat baru dalam hidup kita.. Tabiat maknanya perkara tu memang melekat pada diri dan sentiasa kita amalkan. Secara konsisten setiap hari. Saya sebenarnya ingin mengesyorkan apda diri saya lebih-lebih lagi. Point saya di sini adalah cuba kita amalkan untuk kita dapat satu ilmu baru setiap hari. Bayangkan dalam sebulan kita ada 30 perkara baru yang kita ketahui.. Dalam setahun? Banyakkan?

Bagi saya, cuba kita cuba berdisiplin untuk setiap hari yang kita lalui tu cuba kutip satu sahaja perkara yang kita fahami.. Tak perlulah sampai nak faham dalam-dalam. Memadai kita memahami konsepnya dahulu. Sekurang-kurangnya adalah perkara yang boleh kita catatkan dalam jurnal atau diari harian kita ;) Sebagai contoh mungkin hari ni saya belajar dan mengetahui bahawa di langit sana ada wujudnya bintang 3 yang selari, yang menjadi pedoman umat Islam mengetahui arah kiblat. (bintang ni dapat kita lihat jelas pada waktu malam). Hari esok pula mungkin kita boleh mengetahui sesuatu mengenai takwim Islam misalnya.. Google jer di internet.. semua ada..

Ok?

Jom, kita mulakan hari ni!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 24 February 2015

..

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 8 February 2015

Orang Hebat - Mereka Pandai Bercakap dan Menulis


Lama rasanya tak menulis di blog ni. Tak banyak masa terluang untuk menukilkan idea dan cerita di sini walaupun sebenarnya banyak perkara yang ingin saya kongsikan kepada tuan/puan di luar sana.

Apabila kita berada dalam lingkungan orang yang hebat dan berjaya, kita akan dapat lihat mereka rata-rata mempunyai banyak persamaan. Tapi untuk kali ni satu persamaan yang saya nak kongsikan iaitu mereka memiliki kelebihan dan menuturkan kata-kata dan selanjutnya mereka akan menulis. Mereka mengikat idea dalam bentuk nyata iaitu tulisan, Tidak kiralah menulis dimana pun samada menulis buku, artikel, jurnal, blog dan sebagainya.

Dua kemahiran ini bagi saya apabila boleh kita kuasai, semestinya kita akan menjadi ataupun dah menjadi pun seorang yang hebat dan berjaya. Mana tidaknya, bilamana kita berupaya menyampaikan sesuatu idea pemikiran dengan berkesan melalui kedua-dua kaedah komunikasi ni, pastinya sesuatu mesej akan dapat disampaikan. Pastinya apa yang menjadi isi dalam kedua-dua konteks penyampaian ini adalah untuk tujuan manfaat dan menambahnilai kepada audien yang mendengar ataupun pembaca yang membaca.

Hari ni saya berkesempatan untuk turut serta dalam 1 program seminar oleh seorang yang pakar dalam bercakap ;) Nama program tu "The Power of Microphone". Lepas habis seminar nanti saya kongsikan apa yang saya belajar.

Selamat bersua kita dalam siri entri blog untuk tahun 2015 ;))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...