Friday 15 April 2011

Pintarkan Sedikit Lampu Isyarat tu...





Bagi yang berkerjaya di Kuala Lumpur tentunya kita akan memandang dan melalui begitu banyak lampu trafik setiap hari. Laluan ke pejabat sekiranya rumah kita terletak lebih 20KM dengan tempat kerja, tentu bilangan lampunya juga lebih kurang 20 juga ;) Begitulah kehidupan di kota yang serba bersimpang siur ni. Bagi yang bernasib baik rumahnya mungkin berdekatan dengan lebuhraya tetapi tol pula yang akan memakan sedikit sebanyak duit poketnya. Tetapi tidak bagi menunggang motosikal. Tetapi bagi mereka ini pula risikonya pula agak tinggi untuk bahaya kemalangan. Yang jelas, mereka yang berada dan bekerja di luar pusat bandar akan mendapat faedah mudah ke tempat kerja tanpa kekangan dan halangan lampu isyarat.

Kita sememangkan akan mengharapkan lampu sentiasa hijau untuk kita. Merah tentu sekali akan mengecewakan perasaan kita. Lebih kecewa apabila kita sememangnya sedang lambat untuk mengejar sesuatu. Sepanjang pemerhatian saya di Lembah Kelang ni, bagi kawasan tertentu Polis Trafik akan bertugas untuk mengawal lalulintas. Di sini lampu hijau dan merah akan diabaikan. Memang efektif cara ini untuk melancarkan lalu lintas pagi semasa pergi dan balik kerja. Cumanya...... memang tidak semua tempat boleh pihak polis trafik ini diupayakan untuk menjaganya. Memang mustahil untuk mereka berada di setiap lokasi dan persimpangan jalan utama.

Mengapa tidak bagi lampu isyarat bagi laluan utama warga kota pergi dan pulang kerja di"set"kan untuk warna hijau diberikan sedikit lama berbanding tempoh masa biasa ia menyala. Sebagai contoh sekiranya diwaktu pagi, di sebuah simpang tiga. Ada laluan masuk ke taman perumahan, laluan ke KL dan satu lagi arah laluan ke Rawang. Tempoh masa hijaunya sama sahaja bagi ketiga-tiga arah laluan setiap masa. Pendek cerita, sepatutnya di waktu pagi, nyalaan hijau  perlu lebih lama untuk ke KL dan sebaliknnya untuk arah ke Rawang pada sebelah petang. Barulah nampak pintar sedikit bandaraya kita ni ;) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 11 April 2011

Yang Susah Jadi Ringan Bila Sudah Seronok




Mari kita lihat diri kita di tempat kerja kita. Tak kisahlah di mana kita bekerja.. Di pejabat, di lapangan, di ladang, di kebun, di kilang, di hotel, dalam kenderaan dan di mana jua pun kita tentukan memikul tanggungjawab dan amanah tertentu. Tak kira di peringkat mana jawatan atau pangkat kita juga, setiap kita sememangnya mempunyai pilihan untuk seronok dalam jawatan yang disandang itu. Setiap kerja sebenarnya bukanlah berat dan bukanlah juga ringan.   Masing-masing ada cabaran, kepayahan dan kemudahannya yang tersendiri. Jika kita melihat pekerjaan orang lain yang kita anggap ringan, mungkin pada masa sama dia juga melihat kita kita pula ringan. Saya fikir, kita sendiri memang sedar susah senang kerja kita sendiri. Jangan kita terlalu cepat menilai dan meletakkan andaian pada sesuatu yang yang mana belum kita betul-betul fahami.

Lihat diri kita. Adakah kita rasa susah dan terbeban dalam pekerjaan kita tu? Jika kita berasa ada kesusahan mungkin yang sebenarnya kita tidak seronok dalam menjalankan kerja tu. Rasa seronok rupanya berkait secara tidak langsung dan mungkin secara langsung dengan bagaimana kita menghadapi kerja kita. Kadang kala kerja yang mudah boleh menjadi susah apabila tiada keseronokan di situ. Hargai kerjaya anda dan berseronoklah dengan segala tugasan yang ada. Anda akan mula rasa berat dan susah sedikit demi sedikit akan hilang. Selamat mencuba ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...