Friday 15 April 2011

Pintarkan Sedikit Lampu Isyarat tu...





Bagi yang berkerjaya di Kuala Lumpur tentunya kita akan memandang dan melalui begitu banyak lampu trafik setiap hari. Laluan ke pejabat sekiranya rumah kita terletak lebih 20KM dengan tempat kerja, tentu bilangan lampunya juga lebih kurang 20 juga ;) Begitulah kehidupan di kota yang serba bersimpang siur ni. Bagi yang bernasib baik rumahnya mungkin berdekatan dengan lebuhraya tetapi tol pula yang akan memakan sedikit sebanyak duit poketnya. Tetapi tidak bagi menunggang motosikal. Tetapi bagi mereka ini pula risikonya pula agak tinggi untuk bahaya kemalangan. Yang jelas, mereka yang berada dan bekerja di luar pusat bandar akan mendapat faedah mudah ke tempat kerja tanpa kekangan dan halangan lampu isyarat.

Kita sememangkan akan mengharapkan lampu sentiasa hijau untuk kita. Merah tentu sekali akan mengecewakan perasaan kita. Lebih kecewa apabila kita sememangnya sedang lambat untuk mengejar sesuatu. Sepanjang pemerhatian saya di Lembah Kelang ni, bagi kawasan tertentu Polis Trafik akan bertugas untuk mengawal lalulintas. Di sini lampu hijau dan merah akan diabaikan. Memang efektif cara ini untuk melancarkan lalu lintas pagi semasa pergi dan balik kerja. Cumanya...... memang tidak semua tempat boleh pihak polis trafik ini diupayakan untuk menjaganya. Memang mustahil untuk mereka berada di setiap lokasi dan persimpangan jalan utama.

Mengapa tidak bagi lampu isyarat bagi laluan utama warga kota pergi dan pulang kerja di"set"kan untuk warna hijau diberikan sedikit lama berbanding tempoh masa biasa ia menyala. Sebagai contoh sekiranya diwaktu pagi, di sebuah simpang tiga. Ada laluan masuk ke taman perumahan, laluan ke KL dan satu lagi arah laluan ke Rawang. Tempoh masa hijaunya sama sahaja bagi ketiga-tiga arah laluan setiap masa. Pendek cerita, sepatutnya di waktu pagi, nyalaan hijau  perlu lebih lama untuk ke KL dan sebaliknnya untuk arah ke Rawang pada sebelah petang. Barulah nampak pintar sedikit bandaraya kita ni ;) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails