Friday 25 September 2009

Jamuan Aidilfitri




Salam,


Ribuan terima kasih kepada semua yg telah sudi ke rumah terbuka saya pada 4hb yg lalu. Maaf jika ada sebarang kekurangan dimana-mana.. Terima kasih sekali lagi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 19 September 2009

Malang Tidak Berbau


Ngeri dan amat menyayat hati.. Dua hari sebelum Syawal, kita dikejutkan dengan 2 peristiwa kemalangan ngeri, satu di Gurun dan satu lagi di Sabak Bernam.

Kemalangan di Gurun membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Gurun. Kemalangan dikatakan berpunca daripada treler muatan alat eletronik yang  terbabas dan terbalik merentangi jalan. 4 maut rentung terbakar.



Kemalangan di Sabak Bernam pula, mengakibatkan sebuah kereta berkenaan remuk teruk, sementara tangki minyak dan tayar hadapan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun tercabut Apa pun keadaannya, 3 maut dalam kejadian berkenaan.

Daripada kedua-dua peristiwa ini kita dapat lihat, lori dengan muatan yang berat dan bersaiz besar meningkatkan kebarangkalian dan risiko untuk terjadinya kemalangan maut di jalan raya. Adakalanya kemalangan boleh berpunca dari diri kita tetapi ia boleh juga berpunca dari orang lain.. Itu yg sedih tu..

Semoga pihak berwajib lebih tegas dalam meJAWIBkan kenderaan berat terutama LORI agar tidak bergerak di musim perayaan.. Bagi tauke-tauke besar, sumbanglah sikit kepada kesejahteraan masyarakat dan ada niat untuk sumbangan atau tanggungjawab sosial. Kasi rehatlah itu lori 1 minggu ni.. jalan-jalan pegi raya laa...

Buat anda pengguna jalan raya.. hati-hati dan fikir betul-betul terutamanya dalam situasi apabila hendak memotong, membelok masuk di simpang dan dalam hujan lebat. 3 keadaan ini tinggi risiko untuk kemalangan.

Alhamdulillah dalam 2 tahun kebelakangan ni, perjalanan saya balik beraya di Perak tidak sesak dan lancar.

Syabas dan tahniah kepada Polis dan JPJ serta PLUS yg telah menyediakan ramai petugas semasa musim perayaan kali ini untuk memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna jalan raya.

Ajal maut jodoh pertemuan ditangan Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 16 September 2009

Balik Kampung..

Salam,



Sempena menjelangnya Syawal dalam beberapa hari sahaja lagi, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri minal aidin wal faizin wal maqbulin kepada semua rakan taulan dan sesiapa sahaja yang mengenali saya. Maaf zahir dan batin atas segala salah silap baik pertuturan dan tindakan..
Kepada yang masih ada ibu dan ayah, jangan tak balik kg kerana tanpa mereka siapa lah kita di dunia ini. Berhati-hati dijalan raya, lebuh raya juga di mana-mana. Rancang sebaiknya perjalanan di musim perayaan ini. Jaga pemanduan baik-baik demi orang yang tersayang di kampung. Bagi yang memandu jauh jgn makan kenyang sangat nanti mengantuk. Kalau penat rehat ditempat dan sesuai dan basuh muka, lagi elok ambil wuduq.

Bagi yang bertugas di hari lebaran nanti, selamat bertugas dan jangan sedih sangat. Sekejap jer sedih tu ;)

Jemputlah datang ke rumah saya nanti.

Jumpa lagi InsyaAllah.

Mohd Faizal, Siti Mariam & Muhammad Syamil Farhan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 15 September 2009

Mutiara Kata

1.  Tiada telinga tahan mendengarkan, tiada lidah mampu melukiskan seksaan neraka di dalam hati manusia.




2.  Siapalah kita tanpa ibu dan ayah..

3.  There can not be improvement without new ideas, and there can not be new ideas without the participation of all.

4.  JIka orang berjuang melawan dirinya sendiri.. tentulah orang itu bermutu.

5.  Waktu merupakan ukuran pernigaan, seperti juga wang merupakan ukuran untuk barang.

6.  Jangan tunggu orang berbuat salah kemudian anda menangkapnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 14 September 2009

Banyaknyer Tanah Terbiar

Sebulan sekali biasanya saya dan keluarga akan balik ke kampung samada ke Melaka atau Perak. Kalau balik ke Melaka (Kuala Linggi), kami akan ikut jalan lama. Dari Shah Alam kami akan masuk Elite Highway keluar ke Sepang F1, lalu ke Bukit Pelandok, Lukut, P Dickson, Pasir Panjang dan sampai ler ke Kuala Linggi. Kalau balik ke Perak (Kampar) pula, kami akan masuk Guthrie Highhway, keluar Tanjung Malim terus ke Slim River, Sungkai, Bidor, Tapah dan Kampar. Perjalanan kedua-dua arah lebih kurang 1 jam lebih. Malas nak ikut highway 100% sbb rasa lebih relax lalu jalan biasa dan kalau memandu belah siang kurang sikit panas jika lalu jalan biasa. Lagipun kalau lalu highway tak nampak permandangan sgt. Nampak pokok getah pokok sawit jer..

Kalau baca tajuk di atas, saya amat teruja untuk membincangkannya..hehe.. Nak tahu sebab apa.. sebab saya takde tanah..haha.. Alangkah bertuahnya anda sekiranya anda atau kerabat-kerabat memiliki sebidang tanah. tak kiralah tanah kebun ker, tanah sawah ker.. tanah paya ker (rugi sikitlaa) atau tanah bukit (untung ). Kalu ada lebih dari 1 bidang tanah lagi lah bertuah giler.



Tanah adalah aset yang amat bernilai. Bernilai dalam erti kata macam-macam boleh dilakukan dengannya. Kita fokus pada tanah pertanian di kawasan luar bandar. Sepanjang perjalanan saya balik kampung saban bulan dan tahun, kelihatan di kiri dan kanan banyak tanah yang terbiar begitu sahaja. Selain tu mmg lah ada tanaman getah dan sawit yang ditanam secara kecilan atau komersil. Syabas kepada pekebun-pekebun kecil yang mengusahakannya. Tetapi bagi tuan-tuan tanah yang lain yang membiarkan tanah yang ada.. adalah sesuatu yang amat rugi dan disia-siakan.

Ketika remaja saya dan keluarga menetap di Alor Gajah, Melaka (menyewa di sebuah Kampung di sana). Sebelah kawasan rumah kami ada lebih kurang 2 ekar tanah. Selama kami menetap selama 5 tahun disana hanya setahun sekali sahaja tuan tanah datang menebas-nebas rumput dan pokok-pokok renek disitu..Dalam hati saya kalau lah aku yang punya tanah ni tahu laa aku kerjakan.. bukan nak berlagak, cuma rasa rugi tanah sikit punya luas. paling malas pun, tanamlah sayur ker macam ulam raja (paling senang taburjer benih atas tanah), pokok pisang ker, bendi ker.. Ini.. ramai yang tanam rumput jer (buat tempat ular melepak).. kalau rumput untuk bagi lembu makan kira OK laa jugak tu kan..



Mungkin ada beberapa isu yang menjadi masalah dan pengekang kepada bagaimana untuk memaksimakan penggunaan tanah seperti faktor status pemilikan, harta pusaka, usia pemilik, idea, modal & banyak lagi.. Mungkin ada kalangan generasi muda yang berminat, tetapi ada halangan2 tertentu.. jadi saya just nak mencadangkan agar mereka yang terlibat misalnya Jabatan Pertanian atau Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melihat perkara ini sebagai antara skop peranan mereka dalam membangunkan kawasan luar bandar. Mungkin ada agensi RISDA ker ;) atau pihak-pihak yang lain juga boleh main peranan lebih proaktif..
Di bandar kawasan sekangkang kera pun orang boleh buat duit... kenapa tanah yang luas di luar bandar dibiarkan!? Harta sepatutnya menggerakkan ekonomi ataupun apa-apa sahaja yang patut bergerak bukannya dibiarkan beku, berkulat dan tak dipandang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADEGAN DI TAMAN..

Ingin dikongsikan peristiwa ini kepada anda semua moga boleh jadi ikhtibar.

Beberapa bulan yang lalu sebelum bulan Ramadhan bermula, saya, isteri dan anak telah ke sebuah taman riadah di kawasan Petaling Jaya.. saja menghabiskan masa hujung minggu.. tak tau nak pegi mana masa tu... Biasalah kalu pagi-pagi tu ada orang berjoging, berjalan, bersiar-siar, tak kurang jugak yang beriadah samabil bertemankan haiwan peliharaan (an**ng). Sedang kami duduk-duduk minum air kotak (MILO) di meja di bawah pokok, mata saya terpandang kepada sesuatu perkara yang membuatkan fikiran saya diterpa.

Ingin tahu apa yg saya nampak?? Wanita.. ya betul seorang wanita..
tetapi seorang wanita tua..hehe.. Dia berjalan sambil memegang tali yang mengikat anjingnya bersama. Nampak biasajer kan.. Tetapi ada sesuatu yang amat luar biasa bagi saya dan mungkin anda yang sedang membaca iaitu... dia memegang sebungkus beg plastik disebelah tangan kirinya.. masih biasa lagi belum luar biasa lagi...Apa yang luar biasanya ialah sepanjang pengamatan saya... dalam setiap langkah dia berjalan bersiar-siar... sambil2 bersiar-siar tu apabila dia ternampak sampah (yang berada dalam laluannya) dia akan kutip dan masukkan dalam beg plastik tadi.. Saya nampak dia pungut botol minuman dan straw minuman. Tak mungkin dia tu pemungut sampah sbb kemas pakaiannya.. Mulia betul hati dia... walaupun dia memegang anjing disisinya..

Kalaulah ramai orang seperti dia yang cintakan kebersihan, alangkah bertuahnya negara ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 12 September 2009

ISLAM DI MALAYSIA

Salam..
Saya bulanlah Ust, nak start pun bukan. Just nak share sahaja disini. Terutamnya buat sahabat semuslim di luar sana. Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan sebagai seorang yang direkodkan berbangsa Melayu yang rata-rata dilahirkan sebagai Muslim, kita wajib dan mesti bersyukur atas nikmat Iman yang diwarisi  yang dididik oleh ibu ayah serta guru-guru, ust-ust semasa kita kecil sehingga dewasa.. Terima kasih atas segala curahan ilmu yang diberikan selama ini..



Sedikit pandangan dari dalam fikiran yang mungkin boleh difikirkan bersama. Sekarang ini kita dapat lihat di dunia pelbagai isu yg melibatkan umat Islam dan negara Islam. Kebanyakkannya adalah menjurus dan fokus kepada perspektif yg negatif dan menjatuhkan maruah Islam. Umat Islam dilihat mundur, lemah, tidak berdaya, pengganas, tidak berilmu, tidak berakhlak dan macam2 lagi.. Dunia luar melihat Islam seperti musuh kepada "Dunia". Walaupun Islam adalah agama yang mempunyai paling ramai menganutnya tetapi ia tidak seperti berada di tempat dan kedudukan yang sepatutnya. Ini adalah kerana umatnya sendiri yang tidak meletakkannya di tahap yang sepatutnya.

Kita terus ke Malaysia.Saya pernah sekali dua mendengar pendapat dan pandangan orang bukan Islam tentang Islam. walaupun tidak menganut Islam, mereka percaya Islam adalah benar dan membawa kepada hakikat yang benar. Tetapi mengapa mereka tidak menerima kebenaran tersebut? Ini lah persoalan yang harus kita sama-sama fikirkan. Mungkin bukanlah selayaknya bagi saya yang serba kurang dalam ilmu, pengalaman dan pengetahuan ini untuk memperkatakan hal ini.. Tetapi rasa terpanggil untuk membicarakannya. Sambungan kepada persoalan tadi. Mereka tidak berminat kepada Islam kerana perlakuan dan keadaan umat Islam itu sendiri. Mungkin tak semua, ada segilintir atau kebanyyakannya saya tidak tahu.. kata mereka, umat Islam sendiri tidak memberikan contoh yang baik kepada mereka. jadi di sini janganlah kita cepat menyalahkan orang lain sekiranya mereka tidak mahu bersama Islam.

Di Malaysia, kita dapat lihat sekian tahun beratus atau mungkin lebih golongan cerdik agama Islam / Pendakwah / Ust / Hafiz dilahirkan.. samada di lahirkan daripada graduan tempatan, luar negara, sekolah2 mahupun lain-lain institusi pengajian seperti pengajian pondok dan sebagainya. Ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah, kertas-kertas kerja, bengkel, forum perbincangan, program di media - massa dan elektronik memang telah memainkan peranan dalam memartabatkan Islam dibumi merdeka ini. tetapi dalam masa yang sama cuba cabarannya semakin dan bertambah HEBAT juga!! sememangnya kekuatan dalaman perlu ada pada generasi kini dan yang akan datang dalam menungkah arus kehidupan kini. Diharapkan juga ulamak2 dan pendakwah2 yang ada kini diberi sokongan padu oleh masyarakat.. janganlah dibiarkan sahaja majlis-majlis ilmu yang disampaikan mereka sepi dan tidak dihiraukan.

Mungkin di masa depan boleh disyorkan oleh sesiapa agar diwujudkan unit dakwah di setiap jabatan... bukan hanya di JAKIM sahaja. Mungkin ada sesetengah daripada masyarakat di kala ini yang telah sedar dan ingin kembali ke jalan yang benar tetapi tidak bertemu tempat rujukan..

Terkini TPM mengumumkan STAM (Sijil Tinggi Agama) telah diiktiraf oleh Kerajaan iaitu setara dengan STPM.. Ini satu perkembangan yang amat baik. Tidaklah wujud lagi pelajar yang tidak dapat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di dalam negara khususnya.
Pelbagai isu setempat lain seperti isu halal haram, akidah, isu azan, muamalah, ekonomi, syariah dan banyak lagi yang harus ditangani bersama.. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh !! Kita harus bijak menjelaskan segala isu ini kepada mereka yang bukan Islam. Bagi yang berkebolehan dan mampu, buatlah sebaik-baik mungkin untuk membawa perubahan kepada masyarakat.. bukan masyarakat Islam sahaja tetapi masyarakat luas keseluruhannya. Saya amat tabik dan kagum kepada Dr Ridzuan Tee Abdullah yang cekal dan berani berjuang untuk Islam sebagai pegangannya. Saya juga kagum kepada cara dan keberanian Dr Asri - Bekas Mufti Perlis dalam menyuara dana membincangan kebenaran Islam kepada umat Islam di Malaysia.. dan yang paling saya kagum Dato' Dr Fadzlilah Kamsah (kata-kata ibarat emas yang keluar dari mulut beliau).. tak perlu rasanya saya perkatakan tentang beliau. Tidak ketinggalan Ust Fitri Abdullah (Perkim kalau tak silap) yang tidak jemu berdakwah dan lawak orangnya... serta banyak lagi tokoh-tokoh (bebas, kerajaan mahupun dari pihak pembangkang) yang bagi saya sepatutnya menjadi ikon kepada anak-anak muda di Malaysia..




Agar umat Islam dan bukan Islam tidak meletakkan tembok yang boleh memisahkan kita secara total dalam beragama. Apapun semoga dengan peredaran masa dan zaman, mereka dan kita akan dan terus diberikan hidayah oleh Allah SWT. Ingatlah Islam kuat berasaskan 4 tunjang iaitu Yakin, Adil, Sabar dan Jihad. Semoga kita semua mendapat ramhat dan dapat memainkan peranan sebagai Penggerak agama Islam di bumi Allah Taala ini.. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TANDAS UNTUK SEMUA

Tandas adalah tempat yg penting kepada semua manusia apabila sampai masa badan kita berhajat untuk mengeluarkan apa yg perlu dikeluarkan..faham-faham jer laa yer..
Tetapi tak semestinya untuk tujuan itu sahaja, tandas juga perlu untuk tujuan selain daripada itu seperti nak betulkan tudung dan melihat kekemasan diri dicermin, mengambil wuduq, membasuh muka & tangan, membakar diri (isap rokok laaa..) dan dll.


Saya rasa setiap dari kita akan mengharapkan sesuatu apabila melangkah masuk ke tandas. Tandas itu diharapkan bersih, bebas dari sampah, tidak berbau, tidak basah, tidak gelap, ada air, pam berfungsi, ada sink, sabun, tisu, bekas sampah dan cermin.
Tetapi adakah semua perkara ini yang kita harapkan berlaku... Berlaku di Malaysia?
Anda boleh menjawabnya bukan...

Mungkin tidak semua tandas khususnya tandas awam yg tidak memenuhi kepuasan pengguna.. Banyak juga tandas awam yg baik seperti di R&R di lebuhraya misalnya yg amat bersih dan ceria.. Ceria tue... siap ada lanskap lagi... Di hotel2 dan di premis2 perniagaan juga kebanyakkannya amat memuaskan.. Kenapa jadi demikian? Kerana 1 sebab sahaja : Ada orang yg ditugaskan menjaganya. Kena ada "Pegawai Bertugas di Tandas" baru boleh bersih ;)

Berbalik kepada tandas2 di tempat lain... kebanyakkannya tidak seperti keadaan diatas. Kalau nak letak semuanya pada bahu orang lain, susahlah macam ni.. tahu buang tak tahu suci, tak tahu nak pam, tak tahu nak bilas.. Pelik.. kadang2 saya hairan kenapa sesetengah dari kita tergamak membiarkan tempat yg dikongsi bersama tidak dijaga seeloknya. Letihla nak borak panjang2 pasal benda ni. Ringkaskan cerita saya menyeru tuan-puan untuk sama-sama menjaga kebersihan tandas dengan mempraktikan amalan berikut. Walaupun nampak kecil tapi boleh jadi besar impaknya dan natijahnya:

1. Apabila selesai melepaskan hajat dan hak tubuh anda, pastikan segala yang dibuang CLEAR daripada pandangan anda dan pandangan orang yg akan menggunakan tandas itu selepas anda. Kalau perlu PAM 2 kali.. apa salahnya... Contoh: Kalau membuang hingus di sink, pastikan tiada kesan tinggalan yg berwarna hijau di situ.. kalau perlu sental,, sental laa sikit... air ada.. jirus.. kalu nak lagi bagus.. lalukan lagi dengan sabun kasi ada wangi sikit..

2. Apabila menggunakan tisu, buang ke dalam tong sampah..kalu takde tong sampah dalam tandas, guna tong sampah diluar tandas.. mesti ada punya laa... jgn letak jer di sinki. ( Ada berlaku di tempat saya .... Bangunan R tingkat 1 ) Selain tu jgnlaa guna banyak sgt tisu.. kot ya pun benda tu free, gunalaa patut2 jer..

3. Tambahan : Selain No 1 diatas, tolong bersihkan kotoran lain yang ada dalam tandas tu.. seperti kalau ada pasir ke.. kesan pijak/kasut yg kelihatan... JIRUS.. Jirus.. JIRUS & PAM kan sahaja.. nampak laa lagi bersih..

4. Bagi perokok pula, TAHNIAH!! kerana golongan anda adalah penyumbang utama sampah di tandas. Tak susahkan nak buang puntung yang dah abis tu ke tempat yg betul ;)

5. Bagi yg dipertanggungjawab, pastikan keperluan pengguna cukup dan ditambah bila perlu spt sabun, pewangi, tisu dll. jangan tahu ninta duit jer.... 20sen.. 50sen.. 1 ringgit.... tak cukup dengan tu bagi saya.. letaklah hiasan sikit mcm bunga dan frame gamba... kasi ceria sikit ;). Selain itu, wujudkan 1 peti cadangan.. tandas pun perlu apa... untuk pengguna komen atau mengadu sebarang masalah kepada yg berwajib.. x payah letak kertas / pen.. buat hilang jer... letak box jer.

Oklah, rasanya setakat ini dulu penulisan mengenainya. Semoga tandas bukanla hanya dianggap sebagai tempat yang hanya untuk melepaskan sisa perut kita tetapi sebagai tempat persinggahan yang damai lagi mendamaikan ..hehehe.... Jangan lupa baca doa masuk dan keluar dari tandas jugak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 9 September 2009

Indonesia.....

Tiba-tiba terdengar berita di radio ada ketegangan di Indonesia.. mengejutkan juga.. ada tunjuk perasaan orang sana terhadap orang Malaysia di sana. Indonesia menuduh Malaysia menggunakan tarian Pendet yg berasal dari Bali dalam membuat promosi pelancongan Malaysia di sana.




Mungkin ada kesilapan (disengajakan ataupun tidak) samada oleh syarikat/agen pelancongan Malaysia tertentu disana, tetapi sebagai manusia yang waras, sepatutnya orang2 di sana jgnlah cepat sgt nak naik hangin.. Sekiranya perkara ini agak sensitif yang amat sangat bagi mereka, seharusnya pihak berwajib di sana memberikan penjelasan dan menenangkan rakyat disana...  Kita memang faham di sana masih kuat dalam menjaga budaya dan resam adat masing2.. Bila disentuh sesuatu yang milik kita memanglah kita melenting, tapi bertindaklah dengan cara yang berhemah dan tak menjatuhkan maruah sendiri.. Paling teruk menjatuhkan maruah Bangsa, Negara dan Agama... Wahh.. pandai-pandai plak aku ni nak bagi nasihat kat orang Indonesia..hehe..

Pihak yang dah tersilap dalam hal ini juga harus segeralah memperbetulkan apa yang perlu, jgn sampai berlaku sesuatu yang diluar dugaan. Al maklumlah.. orang disebelah sana tu agak agresif BANYAK, berbanding orang Malaysia yang agak kurang agresif seperti mereka.
Kita di Malaysia sendiri pun dah banyak tolak ansur dan sentiasa mahu berbaik dengan orang Indonesia disini.. hinggakan pada hujung2 minggu bila pegi jalan2 di KL.. hampir 70% muka-muka Indonesia dimana-mana. Beberapa minggu lepas isteri saya naik bas dan Subang ke KL.. ada urusan.. terkejut dia!! Semua dalam bas tu bukan muka orang Malaysia. Bukan setakat tu jer.. yang berniaga pun (tauke) juga orang mereka.. Orang Malaysia jadi pembeli jer ;)

Inikah yang dikatakan negara serumpun, pantang ada salah silap nak bakar bendera dan halau menghalau..tak patut..x patut... Mungkin kerajaan Malaysia slps ni kena pantau dan pastikan setiap agen pelancongan yg mempromosikan Malaysia tahu apa yang perlu dipromosikan dan tidak memberikan gambaran yg salah tentang Malaysia... Mungkin segelintirjer yang terlibat dalam hal ni, tetapi dibila diapi-apikan... menjadi-jadi nanti..



Moga di bulan Ramadan yang lagi berkah dan mulia ini umat Islam tidak bergaduh dan bermusuh sesama sendiri kerana ia merugikan sahaja dan menguntungkan pihak yg lain.. Apa sahaja yang keruh akan ada yang akan cuba menangguknya nanti..

Akhirkata : Saya pun marah (marah dalam hati jer) kalau apa yang saya tulis ni dikatakan dari idea orang lain.. huhu...


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PANTUN RAYA '09

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalau balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang....
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Hahaha.. macam-macam bunyi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 7 September 2009

Perak Oh Negeri Ku

Sebagai anak perak yg mana kedua ibubapa saya berasal dari Perak. tentunya saya harus berbangga.. Negeri yang mempunyai Sejarah kesultanannya yg tersendiri, sejarah lamanya yang menarik, hasil bijihnya seuatu ketika dulu yang menggerakkan Tanah Melayu ketika itu, hasil bumi dan floranya yang banyak, tanah yang luas, hasil keseniannya yang unik, aneka resepi tradisi yang pelbagai dan pelbagai lagi..

Tapi ada sikit terkilanlah disini. sebagai rakyat dan anak Perak yang tiada apa-apa pengaruh.. saya lihat Perak agak malap..Dari segi semangat kenegeriaannya mmg out dah. Tidak seperti orang Kelantan, Kedah, Johor dan orang Jawa.. jgn marah ahh orang jawe...

Apa yang paling saya nak lontarkan disini adalah dari segi kemajuan negeri sosial dan ekonomi. Politik tak boleh sentuh.. sensitif nanti.. orang kat negeri (terutama bangsa saya sendiri) ni seolah-olah makin kurang.. kurang dari segi bilangan.. kurang dari segi pegangan, kurang dari segi kemajuan, kurang pendedahan, kurang idea dll.

Aspek kurang tadi tu satu hal, yang satu hal lagi ialah pembangunan di Perak lembab.. saya rasalaa.. jgn marah yer.. just nak luahkan perasaan jer dah kurangkan stress di kepala. Aset pelancongan tentunya banyak.. macam peninggalan kapal-kapal korek, lombong-lombong banyak, air terjun, tanah tinggi, gunung bukit gua-gua pun banyak, tanah dah tentunya luas.. bangunan2 lama yg dibiar usang banyak lagi di perak. Siap penuh dengan pokok liar lagi..kenapalah x maju, x dimajukan untuk lebih maju..


Apala kiranya adakan muzium kapal korek bijih tu.. bolehlaa generasi baru ni tgk sendiri kapal tu.. yg dibiarkan begitu saja..Lombong2 tinggal tu majukan jadi tempat riadah.. banyak manfaat boleh dapat. Tanah yg sesuai buat kawasan industri dan pertanian skala besar. Kuari batu adalah.. tapi.... entahlah kepada siapa sajakah untung tu pergi...

Dengan krisis politik yang malanda baru-baru ni, harapannya kerajaan yg memerintah sekarang dapat memikirkan dengan penuh tanggungjawab dengan pandangan serta tindakan yg kreatif untuk membawa Perak ditahap mana. Mungkin saya tidak lah selalu sangat berada di Perak.. hanya sekadar balik ke kg di KAMPAR sekali sekala menjengah Ibu dan Ayah yang tercinta.. dan singgah di beberapa tempat untuk urusan kerja dan sebagainya.



Harapannya disini agar NEGERI Perak tidak seperti Perak ketika ini.. Kepada yang berkuasa dan berdaya, cubala toleh seketika ke negeri MELAKA.. promote sikit melaka kat sini.. sbb orang umah orang melaka..haha Bukan nak puji orang melaka atau pemimpinnya, tapi banyak pembaharuan yang agresif sudah berlaku di melaka. Negerinya Kecil dengan tiada sumber bumipun tetapi segala yang patut ada telah ada... dari segi tarikan pelaburan dan aktiviti perlancongan x payah nak ceritalaa... nanti kembang plak orang-orang Melaka tu.

Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil Rakyat Pembela Rakyat

Ini adalah pandangan dari kaca mata saya yang berharga tak sampai RM 300.00 ni. Alhamdulillah power sekarang ni maintain tak naik-naik lagi.. maklumlah umur dah masuk usia-usia pertengahan.. power mata ni mmg dah terhenti sejak usia 23 tahun yang lalu tak silap. Di Malaysia kita mengamalkan demokrasi berparlimen. Dalam perlembangaan dah jelas segalanya. Kita ada Yang DiPertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Dewan Negara, Dewan Rakyat. Diperingkat negeri pun sama kita ada DUN dan speaker dan lain-lain lah.. saya pun tak tau sgt ni. saja gatal nak menaip.





Kita terus fokus ke Dewan Rakyat.. Dewan yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat ataupun biasa kita panggil YB. Dalam dewan ni ada kerajaan dan pembangkang. Semuanya memang bijak-bijak kalu tak takkan berada di Dewan yang mulia tu kan. Peranan mereka sebagai "Wakil Rakyat" seharusnya membela nasib rakyat yang memerlukan. Nasib rakyat yang telah baik, selesa dan sempurna tak perlulah nak dibela sangat-sangat lagikan..

Kata orang kita yang dibawah ni bolehlaa cakap macam2 sebab kita tidak berada ditempat mereka. Entah2 kalu berada diatas tak jadi seperti dikata.. betul ker macam tu? Bagi saya kita berhak bersuara macam ni sebab kita dibawah. Kalau kita diatas, orang lain akan main peranan pulak ;) kita ada fikiran dan saluran. Fikiran dan saluran yang betul. Lainlah kalau menggunakan fikiran yg tak waras atau menyeleweng dan saluran yang tak betul macam merusuh lintang pukang menyusahkan orang macam orang takde maruah mcm kejadian di KL beberapa bulan lalu. Kalu ada yang terlibat maaf jer laa..

Kepada YB dan orang-orang kuat kepada YB, contohilah PM kita sekarang ni.. 1 contoh yang beliau selalu saya tgk ialah selalu sgt dia ada program di kawasan beliau - PEKAN, Pahang. Asyik turun di Pekan. Ada ajer projek kerajaan di Pekan. Lepas satu per satu.. Terbaru pengumuman untuk wujudkan MRSM untuk orang asli (patut dah lama terbela nasib meraka).. Memanglah sbb dia PM kan dan kawasana dia di sana.. Dengan alasan yang samalah juga para YB ni boleh buat sbb dia Yang Berhormat ditempat mereka.

Kenapa tidak YB-YB yang lain ( yang agak tak beberapa laju membantu rajyat ) mencontohi amalan sebegini. Kita mmg tak pastilah berapa kali seseorang YB tu turun ke kawasannya tapi yg jauh lebih penting, sejauhmana beliau berusaha untuk memajukan masyarat di kawasannya. Tidak kiralah samada dia disebelah pihak kerajaan mahupun pembangkang.. tiada bezanya asalkan niat membantu rakyat dengan ikhlas. Paling sedih, masih ada lagi rakyat yang hidup tidak tentu. Miskin, tidak terbela dan terbiar. Yang patut dapat bantuan tak dapat bantuan. Duit Zakat / Baitulmal rasanya banyak!! tapi tak banyak yang disalur kepada yang betul2 layak & memerlukan. Salah satu sebab tak tahu nak salur ke mane agaknya.. sbb tiada maklumat... sbb tak cari maklumat.. sbb pemimpin (pelbagai peringkat) tak cari masalah rakyat. Tunggu jer rakyat mengadu. Itu pun kalau aduan dilayan sebaiknya.Saya bukanlaa komen sesiapa just komen pendekatan dan proses sahaja.Bagus juga ada KPI.. nanti kita sama-sama tgk hasilnya nanti.

Sebenarnya perenggan-perenggan di atas hanyalah mukadimah saja & apa yang nak saya fikir adalah KERAJAAN JGN GADUH SGTdengan PEMBANGKANG begitu juga sebaliknya tetapi KERAJAAN BERGANDING DENGAN PEMBANGKANG. Berganding dalam erti kata betul-memperbetul, tegur-menegur, ikhlas-terbuka, jgn emosi dan mencari titik penyelesaian demi MALAYSIA bukan demi Parti masing-masing. Gaduh semasa parti hanya semasa pilihanraya saja patutnyer.. Lepas tu masing kerjasama perbaiki hidup rakyat. Kalu perlu berbincang, bincangla.. kalu perlu buat secara tertutup tutup laaa takpe... Aiman tak kisah ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memandu di Jalan Raya

Just nak share pengalaman sepanjang beberapa tahun sebagai pemandu dijalan raya di negera yang tercinta ni. Semoga dapat perhatian dan dapat difikirkan bersama:


1. Pemandu Yang Ego
Pemandu jenis ni paling ketara x nak bagi laluan pada orang lain. Mungkin dia nak cepat.. tapi setakat ko bagi 1 atau dua buah kereta kat depan ko, ko x cepat maner pun..Apalah salahnyer bertolak ansur dijalan raya. Jalan tukan kegunaan semua orang.Malu rasanya kalu dibandingkan cara dan sikap orang malaysia dengan indonesia (berdasarkan pengalaman di Bukit Tinggi, Indonesia) dalam memandu dijalan raya. Meraka disana amat bertolak ansur. Hon tetap dibunyikan tapi tujuan untuk beri laluan, bukan seperti di sini hon untuk tidak mahu bagi laluan dan tunjuk MARAH lah konon..

2. Pemandu Yang Tidak Pedulikan Pemandu Lain
Pemandu ni baik sikitlah dari yang no 1 tadi.. Dia buat hal dia jer... tapi sampai menjejaskan orang lain. Contohnya memandu terlalu perlahan di lorong kanan.. especially di highway. Jalan lama pun jgnlaa slow sgt sampai orang naik basikal pun boleh lagi laju dari tu... Selain tu kerap jugak berlaku susah sgt nak bagi lampu isyarat terutama bila nak membelok, berhenti atau seumpanya.. kalu perlahan-lahan berhenti OK laa jugak .. tapi ni tiba-tiba jer brek nak masuk.. nasib baik laa yg kat belakang ni kira terror laa jugak...heheh. apapun jgnlaa diri anda yang membaca termasuk dalam kategori ni yer... Teruskan membaca..

3. Pemandu Yang Pengotor
Ini yang paling tidak kita gemari dan pencinta-pencinta alam yang lain diluar sana.. Tahu makan, minum dalam kenderaan tapi tak tahu nak buang sisa yg dimakan. dalam kereta tahu pulak nak bersih dan kemas tapi kat jalan raya macamana? Sepanjang jalan kat Malaysia ni... mmg macam2 ada.. macam Astro la pulak ;) kertas, tisu, bekas minuman, pemmbungkus makanan, plastik dan paling banyak.. kotak rokok &.... puntung ROKOK. Kulit buah-buahan pun ada macam rambutan, manggis dll. Nasib baik orang x belah durian dalam kereta! kenapa tidak disediakan bekas sampah atau plastik sampah dalam kenderaan.. Bila berhenti dan rasa macam hina sangat sampah tu, tunggu apa lagi.. letak dalam tong sampah. Bukannyer susah sangat..




4. Pemandu Yang Terburu Nafsu
Yang dalam kategori ni kira baik sikit laa dari no 3 tadi... sbb dia bawak laju.. x sempatpun nak makan minum sambil memandu... Mungkin nak laju sbb dia rasakan orang lain slow sgt agaknya.. its ok. tapi laju melulu hingga mengabaikan orang lain yang "agak sederhana laju".. ni yg x best ni...Jangan pandu terburu sgt.. stress kepala tu nanti..Paling bahaya boleh mendatangkan kemalangan pd diri sendiri juga orang lain... Minta dielakkan..

5. Pemandu Yang Sombong
Kalu orang dah bagi laluan tu, angkatlah tangan sikit tanda berterima kasih... paling tidak pun lemparkan senyuman.

Memandulah dengan tertib dan dengan muka senyum ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kertas Oh Kertas..

Salam,
Hampir setiap hari, setiap urusan, setiap perkara yang manusia lakukan akan melibatkan kertas..
Kebergantungan kita kepada PEN dan KERTAS mmg tidak dapat dinafikan. Kalau anda bersetuju terima kasih & kalau x bersetuju.. x mengapa.Kertas.. datangnya dari alam.. pokok.. ada sejenis pokok saya pun lupa namanya. tapi mungkin ada yang mengetahui boleh maklumkan di blog ni. Jgn malu-malu.




Disesetengah tempat mungkin kita boleh lihat banyak kertas dibazirkan seperti di pejabat, dipusat pendidikan & malah dirumah. Memanglah nampak tidak seberapa.. bak kata pepatah.. sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. bayangkan betapa susahnya proses sehelai kertas tu dihasilkan. Mula dari penanaman pokok>tebang>kisar>proses dengan pelbagai campuran> dikeringkan dan macam2 lagi..
Bersamalah kita semua menjimatkan kertas dan menjaga alam dengan :

1.Print depan belakang.
2.Recylce sepenuhnya dan jangan dibuang kertas yang telah digunakan.
3.Sokongan semua aktiviti yang memulihara alam.
4.Guna kertas apabila perlu sahaja. Cth: Kalau selepas bayar tol, kerani tol akan tanya nak resit. kalu x perlu x payah ambil resit tu.. sbb rasanya resit tu akan masuk ke tong sampah saja lepas tu (itu pun kalau kita tahu menggunakan tong sampah)

Tambahan : Selain kertas, jimatkan juga penggunan elektrik dan air terutamanya di office ;) Ramai dikalangan kita contohnya jika tinggalkan PC dalam masa yg lama tidak ON kan skrin saver ataupun OFF kan monitor.. air cond pun sama.. Saya bukanlah aktivtis alam sekitar tapi sekadar tersedar....




Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramadan Pun Masih Nak Buat Maksiat

Salam..
Selamat menyambut Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Kita seharusnya bersyukur kerana dipilih Allah untuk sekali lagi untuk melalui dan menghayati nikmat Ramadan tahun ini. Al Fatihah kepada sahabat dan kenalan yang telah pergi dijemput Illahi samada sebelum Ramadan mahupun semasa Ramadan sendiri. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmat. InsyaAllah..

Bulan ramadan seharusnya kita berusaha untuk memperbaiki diri. Setelah 11 bulan kita bergelut dengan nafsu dan hasutan syaitan, seharusnya dibulan yang mulia ini kita mengambil kesempatan, peluang dan ruang yang diberikan kepada kita untuk mengalahkan sehabis mungkin perkara, tindakan dan pemikiran yang tidak baik lagi negatif seperi buruk laku, buruk makan, buruk amal, buruk cakap, buruk rupa ;) dan macam2 keburukkan lagi.


Dalam 3 hari lepas, berlaku 2 insiden kehilangan di kawasan masjid kawasan rumah saya dimana umat Islam sedang melaksanakan ibadah solat terawih. Sebuah kereta dan sebuah motosikal dicuri... Perkara ini telah dilaporkan dan dalam perhatian polis rasanya.
Apa yang saya fikir untuk situasi ini adalah kalaullah sekiranya yang melakukan itu orang yang beragama islam, alangkah amat sedihnya.. dibulan baik dia melakukan projek terkutuk dia... kasihan bagi dia...
Buat ingatan yang membaca dan diri saya sendiri, ingatlah kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Kenikmatan yang dirasai hanyalah sedikit sangat berbanding apa yang akan kita lalui nanti di alam-alam seterusnya. Ibarat kita memakan makanan yang sedap, nikmat rasa sedap itu hanya dirasai seketika itupun semasa makanan tu dikunyah dan dirasa dilidah hingga di tekak. selepas tekak, tiada lagi rasa nikmat yang dirasai. Perutlah yang akan menanggung akibatnya.. jadi kawallah makan untuk menjaga perut...

Just nasihat kepada semua, semasa solat dimasjid, surau atau mana-mana tempat. Sila pastikan park kenderaan ditempat yang cerah, berkunci dan sebolehnya letak dalam kawasan masjid yang lebih selamat... Moga Allah menyelamatkan kita semua dari segala mala bahaya. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cadangan Kepada Sahabat Di Kementerian Pendidikan

Salam..

Daripada pemerhatian saya, ramai diantara kalian (sahabat2 saya dari fbook terutamanya mereka yang dari UMS adalah terlibat dalam arena perguruan dan ada yg bertugas di Kementerian Pendidikan. Tak sangka ramai yang menceburi bidang mengajar ni. Tahniah dan anda sungguh bertuah kerana setiap ilmu yang sentiasa dicurahkan itu. InsyaAllah akan diamalkan oleh anak-anak murid bila mereka dewasa kelak. Banyak pahala tu... walaupun tugas mengajar zaman sekarang ni penuh cabaran dan dugaannya.. biasalaah tu, anak murid nakal, malas buat kerja sekolah, masalah disiplin, ibubapa nakal ;) dll. Asam garam kehidupan.. Dont give up.

Rasanya saya straight to the point laa... ayat panjang2 nanti x sampai maksud plak. Di sini suka untuk saya memberi cadangan dan pandangan kepada mereka yang terlibat mungkin boleh mengikhtiarkan untuk merubah sesuatu ke arah yg lebih baik terutama untuk manfaat generasi ke hadapan selepas kita.. anak2 kita, cucu cicit kita dan seterusnya (kalau berkahwin laa.. kalau bujang xde laa anak,,heheh)


Buat rakan2 yg masih bujang tu, cepat2 la cari jodoh, jgn tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang... (mcm lagu la pulak).

Cadangan :

1. Matapelajaran Pendidikan Islam turut diajar kepada murid bukan Islam (Peringkat Menengah Atas - Form 4 & 5)
Saya tidak pasti tentang apa yg berlaku dan silibus pembelajaran yang ada sekarang., tapi seingatnya murid muslim akan ada pelajaran islam dan yang lain moral dan dipisahkan.

Kenapa tidak Malaysia sebagai negara Islam turut memberi ruang dan peluang secara formal seawal mungkin untuk mereka yg bukan muslim ini diberi pendedahan tentang Islam. Mungkin silibusnya perlu kepada sedikit perubahan yang khusus dan mudah untuk mereka mengenal Islam.

Sejak merdeka 52 tahun yang lalu, entah berapa ratus/ribu saudara muslim yang memeluk Islam. Saya dikir dengan pendekatan ni... ada peluang yg lebih besar untuk melihat lebih banyak kadar saudara baru yang akan menganut Islam.Kalau tak masuk Islam pun, sekurang-kurangnya mereka dapat memahami apakah Islam tu secara umumnya.Tapi saya yakin dan percaya, jika niat kita baik dan kena dengan caranya ia akan membuahkan hasil..Apabila di Universiti ada subject perbandingan agama.. bagus dah tu.. Mungkin anda tidak setuju dengan pendapat saya ini, tapi saya tak kisah.. saja jer nak kongsi idea.

2. Aspek Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan DiTitik Beratkan Dari Awal (sama mcm atas - Form 4&5)

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri laa... dan orang-orang disekeliling. Sekarang ni ramai (ramai lah kot) warga kerja belia yang dibebani hutang. Hutang keliling pinggang.. dah tak perlu tali pinggang lagi dah...hehe..Hutang yang macam2.. ada hutang yag perlu dan hutang yang tak perlu...

Ada hutang belajau, hutang rumah, loan peribadi, loan kereta, kredit kad, hutang mak ayah adik beradik, hutang Ah Long (mintak jauhh...)

Kenapa ini terjadi... jawapan saya yang mungkin ada yg tak setuju, takpe... ialah: Pendedahan awal aspek pendidikan kewangan takde langsung di sek menengah. Yang ada hanya prinsip akaun dan asas keusahawanan kalau saya tak silap. Itu pun ia tidak betul2 menekankan atau meresapkan betul2 dalam jiwa anak-anak untuk jadi usahawan @ bijak mengurus wang. Mungkin ada kalangan anak2 yang mengerti mungkin sbb keluarga mereka mmg keluarga bisness macam masyarakat Cina misalnya takpe. Ini orang Melayu... layu jer.. yang dikejarkan isap rokok... sedih betul... anda boleh nampak sendiri dimana-mana.

Zaman akan datang saya fikir manusia perlu kepada pelbagai sumber pendapatan, tak boleh bergantung pada 1 sumber. Yang kaya makin kaya yang tak kaya makin ketinggalan dan lemah..

Sebagai akhir kata, Moga PM memberikan bonus 2 bulan gaji tahun ini (orang swasta jgnlaa dengki yaa...hehe) .. Amin..Sekadar ini yang saya mampu kata-katakan.. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Malaysia

Salam 1 Malaysia sekarang ni kedengaran di mana-mana.Kalau di agensi kerajaan wajib dah sekarang ni kena letak dimana-mana tempat poster 1 Malaysia dengan tag linenya RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Syabas kepada PM kita yang mengenengahkan konsep dan framework ini untuk seluruh warga Malaysia. Apapun yang penting ianya perlu difahami dan dihayati DAN.. DIAMALKAN agar mencapai misi dan objektifnya. malanglah kirannya ia disalah ertikan..
Apabila menyebut 1 malaysia, saya fikir 1 Malaysia itu kadangkala sukar difahami atau DIHAYATI berbanding tag linenya. Ini kerana taglinenya cukup jelas dah tu untuk mengutamakan nasib rakyat dan prestasi kerajaan..



Di negara ini, kita hidup berbilang kaum. ada 3 kaum utama serta lain-lain bumiputera di Sabah, Sarawak dan jgn dilupa Orang Asli juga. Ada orang berkata 1 Malaysia adalah sama rata... mungkin ada segelintir kot yang berkata sedemikian.. mana mungkin kita boleh jadikan rakyat negara ini sama rata.. amat mustahil sebab hanya komputer saja yang boleh buat kiraan yang sama rata.. Yang penting tanggungjawab bersama untuk manfaat secara adil & saksama.

1 Malaysia bagi saya lebih kepada perasaan kenal, cinta dan sayang kepada malaysia oleh semua warganya. Tidak kira apa warna kulit, budaya, fahaman politik dan agama, setiap pemegang kad pengenalan MYKard harus rasa bertangungjawab untuk memakmurkan negara kita ini. Memakmurkan dalam erti kata memastikan segalanya berjalan lancar baik dari segi ekonominya, politiknya, pergaulan masyarakatnya, amalan budayanya, kebersihan dan keceriaanya, keselamatannya, pendidikannya, hormat menghormatinya, faham memahami, sensitiviti dan sebagainya.

BAGI kaum Melayu yang paling utama saya fikir, kekuatan dari segi ekonomi masih jauh lagi.. bangsa Cina dah tentudah kita jauh ketinggalan. Bangsa India pun rasanya dah makin maju... sesetengah perniagaan di sesetengah tempat mula dikuasai mereka seperti besi buruk, kitar semula, bass dan juga KONGSI Gelap (Ini yang takutni... ).
Rasanya pakar2 ekonomi dan para cendiakawan dah banyak kali bagitau dah konsep menolong bangsa sendiri.. saya just nak mengajak sahabat-sahabat yang membaca agar (Buat list senang) :

1. Sokong dan beli produk bangsa sendiri.
2. Galakkan bangsa sendiri @ anak2 berniaga sejak dari awal
3. Contohi bangsa Yahudi dalam mengukuhkan ekonomi mereka.
4. dan lain-lain (anda boleh fikir sendirikan...)

Kalu x dapat nak sokong 100%.. cuba laa 90%.. x dapat juga cuba 80% dan seterusnya... jgn tidak usaha langsung.. kesian bangsa dan generasi kita yg akan datang nanti..
Cuma...

Adakah semua dari kita sedar dan terus menyedarkan yang lain yang belum sedar.. atau buat-buta tak sedar tentang 1 Malaysia ini... Fikirkanlah... bak kata Nabil raja Lawak "Lu Fikirla Sendiri.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...