Saturday 12 September 2009

ISLAM DI MALAYSIA

Salam..
Saya bulanlah Ust, nak start pun bukan. Just nak share sahaja disini. Terutamnya buat sahabat semuslim di luar sana. Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan sebagai seorang yang direkodkan berbangsa Melayu yang rata-rata dilahirkan sebagai Muslim, kita wajib dan mesti bersyukur atas nikmat Iman yang diwarisi  yang dididik oleh ibu ayah serta guru-guru, ust-ust semasa kita kecil sehingga dewasa.. Terima kasih atas segala curahan ilmu yang diberikan selama ini..



Sedikit pandangan dari dalam fikiran yang mungkin boleh difikirkan bersama. Sekarang ini kita dapat lihat di dunia pelbagai isu yg melibatkan umat Islam dan negara Islam. Kebanyakkannya adalah menjurus dan fokus kepada perspektif yg negatif dan menjatuhkan maruah Islam. Umat Islam dilihat mundur, lemah, tidak berdaya, pengganas, tidak berilmu, tidak berakhlak dan macam2 lagi.. Dunia luar melihat Islam seperti musuh kepada "Dunia". Walaupun Islam adalah agama yang mempunyai paling ramai menganutnya tetapi ia tidak seperti berada di tempat dan kedudukan yang sepatutnya. Ini adalah kerana umatnya sendiri yang tidak meletakkannya di tahap yang sepatutnya.

Kita terus ke Malaysia.Saya pernah sekali dua mendengar pendapat dan pandangan orang bukan Islam tentang Islam. walaupun tidak menganut Islam, mereka percaya Islam adalah benar dan membawa kepada hakikat yang benar. Tetapi mengapa mereka tidak menerima kebenaran tersebut? Ini lah persoalan yang harus kita sama-sama fikirkan. Mungkin bukanlah selayaknya bagi saya yang serba kurang dalam ilmu, pengalaman dan pengetahuan ini untuk memperkatakan hal ini.. Tetapi rasa terpanggil untuk membicarakannya. Sambungan kepada persoalan tadi. Mereka tidak berminat kepada Islam kerana perlakuan dan keadaan umat Islam itu sendiri. Mungkin tak semua, ada segilintir atau kebanyyakannya saya tidak tahu.. kata mereka, umat Islam sendiri tidak memberikan contoh yang baik kepada mereka. jadi di sini janganlah kita cepat menyalahkan orang lain sekiranya mereka tidak mahu bersama Islam.

Di Malaysia, kita dapat lihat sekian tahun beratus atau mungkin lebih golongan cerdik agama Islam / Pendakwah / Ust / Hafiz dilahirkan.. samada di lahirkan daripada graduan tempatan, luar negara, sekolah2 mahupun lain-lain institusi pengajian seperti pengajian pondok dan sebagainya. Ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah, kertas-kertas kerja, bengkel, forum perbincangan, program di media - massa dan elektronik memang telah memainkan peranan dalam memartabatkan Islam dibumi merdeka ini. tetapi dalam masa yang sama cuba cabarannya semakin dan bertambah HEBAT juga!! sememangnya kekuatan dalaman perlu ada pada generasi kini dan yang akan datang dalam menungkah arus kehidupan kini. Diharapkan juga ulamak2 dan pendakwah2 yang ada kini diberi sokongan padu oleh masyarakat.. janganlah dibiarkan sahaja majlis-majlis ilmu yang disampaikan mereka sepi dan tidak dihiraukan.

Mungkin di masa depan boleh disyorkan oleh sesiapa agar diwujudkan unit dakwah di setiap jabatan... bukan hanya di JAKIM sahaja. Mungkin ada sesetengah daripada masyarakat di kala ini yang telah sedar dan ingin kembali ke jalan yang benar tetapi tidak bertemu tempat rujukan..

Terkini TPM mengumumkan STAM (Sijil Tinggi Agama) telah diiktiraf oleh Kerajaan iaitu setara dengan STPM.. Ini satu perkembangan yang amat baik. Tidaklah wujud lagi pelajar yang tidak dapat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di dalam negara khususnya.
Pelbagai isu setempat lain seperti isu halal haram, akidah, isu azan, muamalah, ekonomi, syariah dan banyak lagi yang harus ditangani bersama.. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh !! Kita harus bijak menjelaskan segala isu ini kepada mereka yang bukan Islam. Bagi yang berkebolehan dan mampu, buatlah sebaik-baik mungkin untuk membawa perubahan kepada masyarakat.. bukan masyarakat Islam sahaja tetapi masyarakat luas keseluruhannya. Saya amat tabik dan kagum kepada Dr Ridzuan Tee Abdullah yang cekal dan berani berjuang untuk Islam sebagai pegangannya. Saya juga kagum kepada cara dan keberanian Dr Asri - Bekas Mufti Perlis dalam menyuara dana membincangan kebenaran Islam kepada umat Islam di Malaysia.. dan yang paling saya kagum Dato' Dr Fadzlilah Kamsah (kata-kata ibarat emas yang keluar dari mulut beliau).. tak perlu rasanya saya perkatakan tentang beliau. Tidak ketinggalan Ust Fitri Abdullah (Perkim kalau tak silap) yang tidak jemu berdakwah dan lawak orangnya... serta banyak lagi tokoh-tokoh (bebas, kerajaan mahupun dari pihak pembangkang) yang bagi saya sepatutnya menjadi ikon kepada anak-anak muda di Malaysia..




Agar umat Islam dan bukan Islam tidak meletakkan tembok yang boleh memisahkan kita secara total dalam beragama. Apapun semoga dengan peredaran masa dan zaman, mereka dan kita akan dan terus diberikan hidayah oleh Allah SWT. Ingatlah Islam kuat berasaskan 4 tunjang iaitu Yakin, Adil, Sabar dan Jihad. Semoga kita semua mendapat ramhat dan dapat memainkan peranan sebagai Penggerak agama Islam di bumi Allah Taala ini.. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails