Tuesday 27 December 2016

Bila kita malas, kita akan lebih membayar





Setuju tak kalau saya katakan, kalau kita malas, kita akan perlu lebih berbelanja.

Kalau kita malas nak membasuh, kita akan hantar ke dobi - duit
Kalau kita malas nak basuh kereta, kita akan hantar car wash - duit
Kalau kita malas masak, kita kena beli makan di kedai - duit
Kalau kita malas kemas rumah, kena ada pembantu rumah - duit
Kalau kita malas jaga gigi, kena jumpa doktor gigi - duit

Cuba fikir-fikirkan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 22 December 2016

Santai Disember

Alhamdulillah, tengah hari tadi  lunch bersama kawan-kawan pejabat dan boss juga. Ia  juga bersempena perpisahan seorang staf yang cukup rajin dan hebat orangnya. Begitulah adat kita sesama manusia, pertemuan dan perpisahan perkara biasa. Kita akan belajar ada dengan sesiapa saja yang berada dikeliling kita. Moga beliau berjaya dan baahagia di pejabat baharunya.

Dah lama rasanya tak makan sedap-sedap di tempat yang best dan luar biasa macam di KL Tower ni. Penghujung 2016 ni ada rezeki rupanya makan kat restoran yang berputar di ketinggian lebih 200 meter sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur. Memang seronok dan hilang seketika segala masalah di kepala :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 1 November 2016

Manual UsahawanRisda.com

Buat teman-teman usahawan diluar sana,

Nota dan manual bagi cara mengemaskini laman UsahawanRisda.com akan saya kemaskini dalam sedikit masa lagi. Maaf diatas kelewatan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 26 October 2016

14 PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN



+ Tidak Menjaga solat atau solat dengan tidak betul
+ Tidak membersihkan sawang labah-labah di rumah
+ Mengeringkan air di badan dengan pakaian yang di pakai
+ Menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
+ Keluar dari masjid selepas solat subuh dengan tergesa-gesa
+ Makan dan minum sebelum mandi wajib
+ Isteri SUKA MARAH Suami
+ Suka bertelanjang dalam rumah
+ Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat
+ Suka membuat dosa
+ Terlalu banyak tidur
+ Menggunakan sikat yang rosak
+ Suka duduk di muka pintu
+ Membiarkan pinggan mangkuk di waktu malam tidak berbasuh.


Sumber : Perkongsian Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mat Jan dengan rujukan dari kitab Ta'alim Muta'alim ......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 16 October 2016

Kursus Yang Mengancam



Lama tak join kursus yang betul-betul membuka minda dan memberi impak kepada diri dan kerjaya. Walaupun agak teknikal dengan silibus yang banyak, trainer yang begitu berkemahiran dan luas ilmunya, mudah juga untuk saya menghadam apa yang jua kefahaman dan method yang disampaikan.

Kenangan bersama orang-orang yang luar biasa.. geng ECCouncil ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 9 October 2016

Kereta Paling Seksi



Ia kejuruteraan yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Cocok untuk yang berkerjaya juga untuk orang-orang pencen. Sesuai bagi orang muda dan veteran. Sesuai sangat kepada yang dah bergelar jutawan juga yang belum jutawan. Percayalah bahawa ia adalah kereta untuk semua. kalau tak percaya, cuba try test drive tengok... pasti anda tak kecewa!

Saya duta Audi tak rasmi :):)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 17 September 2016

Al-Fatihah (Dr Haron Din)


Saya mula mengenali beliau bila menonton program Forum Perdana masa zaman remaja dahulu. Cara beliau bersyarah masa tu memang jelas menunjukkan ketinggian ilmu yang beliau miliki. Apa pun isu yang dikupas pasti dijelaskan dengan penuh hikmah, tegas dan terperinci serta dapat memperkukuhkan pemahaman kita mengenai satu-satu hal agama.

Hanya sekali saya sempat melihat beliau secara berdepan.. Semasa melawat Water World di Langkawi beberapa tahun dahulu. Beliau begitu dihormati sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

Pemergian Dr Harun Din pastinya merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Hilangnya sukar dicari ganti. Semoha rohnya ditempatkan bersama solihin. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 10 September 2016

Jom Hijaukan Rumah

Asal dunia dan bumi kita ni penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Ia hidup memenuhi ruang tempat yang ada. Pelbagai species dengan pelbagai ciri dan kegunaan. Sebagai tempat habitat makluk lain, tempat bernaung, sumber makanan, herba ubatan, sumber asas barang keperluan, hiasan persekitaran dan seribu satu tujuan lain. Itulah dia faedahnya tumbuh-tumbuhan.

Jadi, tunggu apa lagi kawan-kawan. Jom tanam pokok.. tak mampu pokok balak, pokok sawit boleh. Tak pun pokok getah. Untuk getah ni, boleh minta bantuan tanam semula dengan RISDA. Layari www.risda.gov.my.

Tak mampu juga nak tanam getah? Tak susah.. tanam sahaja pokok buah. Buah mangga, rambutan, durian dan macam-macam lagi.

Tak larat juga? Cuba tanam sayur. Sawi, cili, serai, bendi, terung, kacang panjang dan pandan. Ada konsep sekarang ni dipanggil laman kebun. Menarik kalau nak cuba. Hiroponik pun not bad.

Satu lagi pilihan yang menarik juga untuk menghijaukan sekitar ialah dengan tanam pokok bunga. Orkid, bunga raya, lidah jin dan macam-nacam lain.

Akhir sekali untuk yabg paling malas. Tanam kaktus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 3 September 2016

Masa Menulis Semakin Kurang


Catatan terakhir dalam diari harian adalah 2 minggu yang lepas..
Entry terakhir di blog pula dalam seminggu yang lepas..

Melihat 2 situasi ni, sedarlah saya, semakin banyak komitmen dan tugasan yang perlu diselesaikan terutamanya kerja-kerja di pejabat. Amanah kerja dan tugasan harian yang tak pernah surut menuntut tumpuan dan fokus berterusan hari demi hari. Ini amat menghadkan diri memberi masa untuk menulis secara serius. Hanya akaun Facebook nampaknya masih kekal aktif bertenaga :)

Pun begitu, malam ni ketika terjaga daripada tidur, cuba juga mencuri ruang mencoretkan sesuatu.. agar blog ini tidak bersawang. Dalam kesunyian malam ni, terfikir balik apakah yang aku dah berikan kepada negara tercinta ni. Cukupkah sudah jumlah titis keringat yang aku berikan pada tanah bumi bertuah ini. Sama-sama kita fikir sejenak.

Alamak?! Dah mengantuk balik.. Bye! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 20 August 2016

Menghayati Kemerdekaan


Ada macam-macam cara untuk kita menghayati erti sebuah kemerdekaan. Pelbagai aktiviti sekarang ni dianjurkan untuk memeriahkan bulan kemerdekaan negara kita macam pertandingan yang bersabit dengan merdeka, ceramah patriotisma, melawat muzium atau tempat bersejarah, membaca buku sejarah, kempen kibar Jalur Gemilang, membina arca, berarak dan sebagainya. Seperti mana biasanya inisiatif dan gerak tindak untuk perkara-perkara macam ni dimulakan daripada Kerajaan dan agensi-agensi yang ada.

Kita sebagai individu bagi saya, kalau tak larat nak gantung Jalur Gemilang tu kat sana-sini,.. dapat jaga kebersihan sekeliling tempat kat mana kita berada pun dah kira sangat patriotik dah tu. Sebab kita tidak akan sanggup cemari dan kotori tempat dan tanah yang kita sayang. Betul kan?

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia 31 Ogos ini.

Merdeka!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 9 August 2016

Kemahiran Menulis, Syarat Naik Pangkat





Semalam saya sempat mendengar sembang seorang orang lama. Idea kali ini yang beliau berikan pada saya sedikit lain. Katanya, ada macam-macam cara boleh kita buat untuk cepat naik pangkat dan menjadi yang terbaik dalam jabatan. Selain kerja rajin, bijak bercakap dab kemas dalam penampilan, ada satu lagi faktor yang mesti diberikan perhatian. Nak tahu apa dia?! Ni nak habaq :)

Kita kena ada gaya penulisan yang baik. Kalau pegawai dalam sektor awam, memang menulis surat, memo atau kertas kerja sememangnya selalu kena buat. Dan di situlah boss boleh melihat dimana tahap kematangan kita. Gaya penulisan, idea dan huraian yang tepat dan mantap dapat memberi gambaran kepada boss tahap kesediaan kita untuk berada di jawatan yang lebih tinggi dimasa depan.

Jadi, nasihat saya di sini buat kawan-kawan dan diri sendiri, menulislah dengan baik dan selalulah hasilkan karya penulisan yang menarik perhatian. Biar boss yang membaca sebut "WOW!!" bila baca deraf teks yang kita sediakan.

Selamat mencuba!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 29 July 2016

Birthday ke...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 21 July 2016

Rumah Terbuka Raya



Seminggu dua ni pasti ada banyak jemputan untuk kita hadir mana-mana majlis rumah terbuka. Baik untuk rumah saudara dan kawan-kawan, bahkan juga majlis oleh pejabat atau syarikat-syarikat. Malaysia kan mewah dengan makanan.. Orang Malaysia menang suka makan dan masak makan. Itulah pun salah cara yang mudah untuk memeriahkan suasana.

Apapun untuk mereka yang umur dah masuk 4 series atau 5 series tu, kena berjaga-jaga memilih makanan. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein. Kurangkan makan nasi dan lebihkan ambil daging putih dan sayuran. Yang umur muda belia pun kena jaga-jaga juga. Bersenam untuk bakar balik kalori jangan dilupa. Okay lah saya nak sambung makan kambing ni :)

Masih belum terlambat rasanya saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahid Batin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 3 July 2016

Sekolah Pondok

Madrasah Pengajian Pondok

Sekarang ni banyak kita lihat pusat-pusat pengajian agama atau dulunya biasa kita panggil sekolah pondok didirikan di mana-mana pun. Di sebelah utara dan Kelantan memang banyak. Di Selangor sendiri pun tak kurang hebatnya.

Rata-rata para Ustaz yang mengajar, mereka cenderung untuk menubuhkan sekolah atau pusat pengajian Islam mereka sendiri. Yang pastinya dana pembangunan biasanya datang daripada sumbangan bersama ahli masyarakat. Bukan sikit-sikit duit juga jumlah untuk mereka pengasaskan tempat pengajian agama ni. Memang hebat ustaz-ustaz kita dalam menyebarkan syiar agama.

Alhamdulillah, perkara dan suasana seperti ini seharusnya kita sokong kerana apa yang diusahakan tu adalah untuk membentuk anak-anak yang berilmu dengsn Quran dan beramal  dengannya di masa hadapan seterusnya memartabatkan kedudukan Islam yang ada.

Dalam hal ini, sedikit sahaja harapan daripada saya agar Kerajaan atau institusi yang terlibat dalam pembangunan pendidikan dapat terlibat lebih aktif membantu pembangunan madrasah-madrasah ini agar dana pembangunan cepat mereka perolehi untuk memulakan operasi.

Benda baik kita bantu, besar pahalanya. Tak dapat sumbang banyak, kita sumbang mana termampu. Usah disia-sia upaya yang ada. Percayalah pahala itu ada dan amal jariah seperti ni memang berpanjangan hasilnya mengikut perjalanan masa. Harta kita bukanlah apa yang kita ada, tapi apa yang kita keluarkan.

Sedikit celoteh di hujung-hujung Ramadan ni :)

Moga setiap usaha kecil kita memperoleh ganjaran daripadaNya.

#SedeqahJariah
#KitaAkanBawaSampaiSana
#SelamatBalikKampungBeraya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 3 June 2016

Jangan Percaya GPS 100%

Banyak kali juga kita dengar, guna Gps pun lambat sampainya ataupun salah juga laluannya. Arahan arah yang salah, lambat dan mengelirukan itu biasa.. Tesco yang hendak dituju, tapi sampainya ke reban ayam. Kan kelakar tu?

Tahukah kita bahawa ada 3 komponen semasa kita menggunakan aplikasi Gps iaitu peta dalam alat, sensor Gps dan satelit-satelit Gps di angkasa sana. Semua elemen ini ada ruang untuk ralat berlaku. Itu tak ditambah lagi dengan faktor cuaca dan persekitaran.

Bagi sayalah kebergantungan kita pada alat atau aplikasi Gps yang diguna sewajarnya 80/20. 80 kita biarkan Gps bekerja dan 20 bakinya adalah semakan dan pertimbangan diri. Gps fungsinya untuk membantu kita ke lokasi yang hendak dituju, tapi bukan untuk kita bergantung sepenuhnya padanya. Balas atau semak juga arah dengan papan nama tempat yang ada.

Moga kita tak dikecewakan lagi oleh Gps :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 2 June 2016

Pengalaman 3 Hari di Johor Bahru


Malam tadi makan malam di Stulang Laut. Di sini rupanya lokasi yang ada banyak pilihan makan di kala malam bersama keluarga. Sebenarnya dah lama saya tak turun ke Johor ni, lebih-lebih di JB ni sendiri. Banyak pembangunan baharu rupanya terutama di belah pantai Selat Tebrau yang mengadap Singapura. Di kala sama tak sangka juga ramai kawan-kawan yang mengambil kesempatan bercuti dan jalan-jalan sempna cuti sekolah di sini. Maklumlah ada beberapa tarikan baharu seperi LEGOLAND, JPO dan Singapura tu sendiri.

Untuk percutian bajet sambal bekrja kami hanya sempat mengambil angina sepoi-sepoi di tepi pantai. Sememangnya Malaysia ini Negara yang makmur dan bersyukurlah kita atas segala nikmat keamanan yang ada. Kita bebas bergerak dan mendapatkan kehendak.

Bye :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 16 April 2016

Kasih Ibu Ayah

Renungan..

Ketika kita (suami isteri) masih muda dan memiliki anak-anak yang masih kecil, maka mereka menjadikan kita seperti BOLA BASKET 🏀 yang selalu menjadi rebutan karena ada sesuatu yang mereka ingin dapatkan dari kita.

Tetapi ketika kita telah menjadi tua, maka kita akan seperti BOLA VOLI  🏐 yang dilempar ke sana ke mari, dari satu anak ke anak yang lain karena mereka anggap org tuanya menyusahkan dan membatasi kebebasan mereka utk beraktiviti.

Dan ketika kita telah menjadi semakin tua, maka anak-anak memperlakukan kita seperti BOLA SEPAK ⚽ yang ditendang kesana kemari kerana semakin menyusahkan dan hanya dianggap sebagai beban.

Dan ketika kita sudah uzur, anak anak memperlakukan kita seperti bola golf🏌dibuang sejauh mungkin ⛳.
Dan sesegera mungkin agar masuk lubang.

Ingatlah, sebagai anak-anak yang memiliki orang tua, kitapun akan menjadi tua seperti mereka, dan apa yang kita telah tabur di dalam kehidupan, akan kita tuai hasilnya dikemudian hari.

Oleh sebab itu jadikanlah org tuamu seperti BOLA RUGBY 🏈meskipun berlumuran lumpur tetap dipeluk dan didakap dengan eratnya...  Semangaat yaaaaaaaa!

Sayangi orang tua kita selama masih ada kesempatan. 😊👌👍💝

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 16 March 2016

Pesan Orang Besar


Bismillahirrahmanirahim..

Beberapa minggu lalu saya berkesempatan berada dalam satu majlis rasmi yang dihadiri dan dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 
YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Dalam ucapannya, beliau ada menyentuh mengenai tanggungjawab dan peranan besar yang dimainkan para penjawat awam. Tak dinafikan anggota yang berkhidmat dalam sektor awam memberikan impak besar dalam pembangunan dan kesejahteraan negara.

Cuma satu perkara yang paling saya ingat dalam banyak-banyak buitir ucapan beliau pada hari tersebut iaitu satu perkasa asa yang mesti ada pada setiap daripada kita dan khususnya pada hadirin yang hadir ketika majlis itu. Beliau mengatakan setiap pekerja pertamanya harus ada sikap positif. Positif dimana apabila mendapat arahan ataupun diminta untuk melaksanakan satu-satu benda baharu, kita kena terima dahulu. Malah jika pun perkara itu nampak mustahil, kena terima dahulu. Bukan awal-awal dah "surrender". Yang penting selepas itu kita kena fikirkan caranya atau cari jalan.





Berkait dengan perkara ini teringat pula saya kepada kata-kata Napoleon Bonaparte. Beliau berkata begini, "Perkataan mustahil hanya ada pada orang yang dungu sahaja". Terguris hati mendengarnya kan? 

Beliau seorang yang rendah fizikalnya tetapi tinggi fikirannya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 9 March 2016

Gerhana Matahari 9 Mac 2016

Dikala saya menulis untuk posting ini, fasa gerhana sedang berlaku di luar sana. Dianggarkan bermula 7:24 pagi ini hingga selesai pada jan 9:00 pagi, 9 Mac 2016. Jangan lupa buat solat sunat gerhana. Kalau tak dapat berjemaah pun boleh saja kalau kita buat sendiri 2 rakaat. Ambil kesempatan juga untuk bersedekah :)




Semoga dengan terjadikanya fenomena alam yang penuh dengan misteri dan keajaiban ini, memberi kita lebih peluang untuk menigkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa. Dialah yang mengatur segalanya.

Diakhirat nanti kedua-dua makhluk Tuhan ini (Matahari dan Bulan) akan ditempatkan dalam neraka untuk bukan menyiksanya tapi untuk menambahkan lagi sengsara penghuni neraka. Minta kita dijauhkan.

#AllahMahaBesar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 6 March 2016

Cegah Kanser

Hanya nak share slot dalam rancangan Prof Muhaya.com dari TV Alhijrah dengan tajuk Mengatasi Kanser.

Kanser adalah kegagalan manusia yang kurang makan sayur dan buah.
Tips mengatasi kanser:

GBOMS. Banyakkan ...G - Greens, B - Berries, O - Onion, M - Mushrom, S - Seeds dan kurangkan protein dalam  hidangan. Banyakkan air putih.

Elakkan protein, gula adalah baja untuk kanser. Tetamu yg dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4.

Ringkas cerita seorang bekas pedakit kanser yang pernah koma 3 hari, kembali sihat setelah mengamalkan makan habatussauda, air zam-zam, minum air lemon, berries ( anggur, kurma etc). Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural@ alami.

Beliau tak mengambil perubatan seperti kimo. Dengan alasan bila beliau mengamalkan makanan yg sihat, natural ...kansernya tidak bkembang. Dia yakin dengan cara natural beliau btambah sihat. Pemakanan sebelum kena kanser...fast food, Mc Donald, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang makan buah dan sayur. Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat makan kepada yang lebih sihat dan natural. Banyakkan sayur hijau, jus buah dan buah-buahan. Sharing is caring.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut.

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

#PetuaUntukDiamal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 29 February 2016

Karnival Pendidikan MARA 2016




#JomSambungBelajar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 22 January 2016

Hari ni naik tren ke pejabat..




Dah beberapa tahun rasanya saya tak menaiki tren untuk ke pejabat. Kali terakhir mungkin beberapa tahun lalu bila mana, kereta yang ada mengalami masalah engin dan memang terpaksa juga hadir ke pejabat. Pilihan yang ada hanyalah menaiki Komuter KTM disambung dengan pengangkutan tren Putra LRT dan Star LRT dan bas Rapid KL. Masa diambil sekitar hampir dua jam. Masa yang hampir sama dengan perjalanan dengan kereta.

Hari ni sekali lagi seya terpaksa juga melaluinya. Kereta yang ada, mengalami sedikit masalah pada enjinnya dan perlu segera dibaiki. Takut-takut merebak dan banyak pula jadinya kerosakan yang ada. Pesan buat anda yang membaca, kalau kenderaan kita tu meragam sikit-sikit, cepat-cepat periksa dan repair. Jangan dibiar bertimbun masalah yang ada. Risikonya bahaya sewaktu dalam perjalanan nanti.

Sesekali melalui perjalanan dengan tren dan pengangkutan awam ni best juga. Satu antaranya kita dapat melihat gelagat orang-orang lain yang turut sama berpusu-pusu megejar masa ke pejabat. Hari ni saya macam kaku dan tercangak-cangak sikit... Maklumlah dah lama tak melalui cara ni ke pejabat. Mesin belian tiket pun dah lain. Apa pun kemudahan pengangkutan awam ni memang canggih dan memudahkan hidup manusia.

Cuma satu sahaja yang menjadi harapan untuk masa hadapan. Iaitu agar satu masa atau dalam masa 10 tahun lagi, orang-orang kita ni merasa menggunakan sama setanding dengan apa yang orang di Jepun lalui. Ianya adalah keretapi laju atau dipanggil "bullet train". Macam gambar kat atas ni.

Pantas dan selamat ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 20 January 2016

Dunia Yang Melalaikan




Dunia memang melalaikan jika ia menjauhkan kita dengan matlamat akhirat. Maksud dunia yang melalaikan ialah bilamana apa yang kita ada dan buat itu tidak diniatkan untuk kebaikan ummah dan agama. Sebagai contoh, kereta mewah yang besar dan sedap dipandu tetapi dibawa ke tempat tujuan maksiat. Benda dunia yang dihalakan kepadadunia semata.. memang rosak kita.


Sebaliknya kereta yang cukup baik tu jika dibawa untuk tujuan dakwah dan pembangunan diri dan ummah, pasti ia bukan merupakan perkara yang melalaikan. Itulah mudahnya untuk kita faham bahawa dunia yang melalaikan adalah apabila ia tidak dijurus kepada kebaikan.

Jangan lupa juga, sekiranya satu-satu kerja dakwah itu yang dibuat atas niat untuk menunjuk-nunjuk, itu juga boleh termasuk dalam kategori dunia yang melalaikan. Kerja yang baik tapi niat pula yang tak betul.

Janganlah kita tergolong dalam kelompok yang lalai.

Wallahua'lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 14 January 2016

Terlajak Gol...




Antara berita yang mencuri tumpuan minggu ni ialah penajaan beberapa pasukan bola sepak tempatan oleh mereka yang ternama, hartawan dan jutawan tempatan. Dr. Vida (Qu Puteh) paling mencuri tumpuan yang mana akan menaja pasukan The Red Warroir yang mungkin akan merubah warna stadium di Kelantan tu jadi warna PINK!. Kini D'Herb, yang terkenal dengan tag line Terlajak Laris pun nampaknya mengikut langkah yang sama.. pasukan Selangor menjadi pilihan pengasasnya dengan tag line yang luar biasa: "Terlajak Gol". Memang best lah team Selangor lepas ni... banyak lah gol mereka nanti :)

Mendengar berita ini, saya terfikir, wah! memang pandai mereka ni meletakkan diri demi memberi impak besar kepada orang ramai dengan apa yang mereka ada. Pastinya branding mereka lebih kuat dan akan berada pasa satu tahap yang berbeza daripada pesaing yang lain.

Melihat tindakan mereka ini, kita seharusnya memberi sokongan padu kepada mereka kerana bukan senang nak dapat penajaan sebegitu rupa oleh syarikat-syarikat korporat di luar sana. Sukan bola sepak yang sememangnya sukan nombor 1 negara, sememangnya mempunyai pengikut dan peminat sendiri. Walaupun prestasi dan pencapaian bola sepak kita hanya biasa-biasa, setidak-tidakknya dengan suntikan daripada orang-orang hebat seperti mereka ini, ia boleh memberikan nafas baru kepada sukan bola sepak tempatan.

Kalau dahulu sukan ditaja oleh korporat yang melibatkan rokok.. memang tak kena. Sekarang ni sukan ini dikaitkan dengan kecantikan dan kesihatan.. Ok aper?

Oklah, sekadar nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang dapat tajaan tu.

Tertunggu-tunggu siapa pula nak taja team bola sepak negeri Perak.

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 11 January 2016

Berjimat Mana Yang Mampu

Semua orang tahu pengurusan kewangan diri tu penting dan harus diamalkan dengan syarat ada disiplin pada diri. Tak kiralah diperingkat mana pun kita berada, sebab jimat tu lawannya membazir. Jimat untuk seorang yang kaya mungkin berbeza dengan seorang yang miskin. Bila dilihat dalam konteks keperluan seharian mungkin agak berbeza antara kedua-dua golongan. Orang kaya mungkin jimatnya makan di restoran yang biasa-biasa tapi untuk yang kurang berada mungkin membawa bekal makan adalah penjimatan untuk dirinya.

Memulakan tahun 2016, memang dah dirasai bahang kemelut ekonomi yang ada.. Tambang, yuran, subsidi minyak, tol, bil, GST dan nilai ringgit turun lagi.. Memang kesemuanya tak banyak yang memihak kepada pengguna dan rakyat kebanyakan.

Dalam suasana semasa, saya nampak 2 gesaan utama kepada kita semua iaitu berjimat cermat dan cuba meningkatkan pendapat diri dengan berniaga atau buat kerja tambahan. Untuk menjadi peniaga tu memang tak boleh kita nafikan sebab kita semua tahu, 9 daripada sumber rezeki itu dalah daripada perniagaan.

Dalam aspek berjimat cermat, kita sering dengar respon yang diberikan ialah susah nak menyimpan, sebab nak belanja pun tak cukup. Memang betul kenyataan tu, tapi mungkin apa yang boleh kita usahakan kita tetap menyimpan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Simpan sehari seringgit pun tak mengapa, sekurang-kurangnya ada duit yang terperangkap dan boleh membantu kita nanti dikala sempit dimasa depan. Bagi saya kalau dah sesak tu, seringgit pun amat berharga jadinya...

Percayalah ;)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 4 January 2016

Bermulanya Harapan 2016

Selamat memulakan tahun 2016 dengan penuh pengharapan dan kesungguhan untuk mencipta lebih banyak kejayaan dan kemakmuran untuk diri, bangsa, negara dan agama.
Hadirkan sifat-sifat yang baik pada diri untuk bentuk tamadun hidup yang lebih gemilang dan menyumbang kepada dunia yang lebih baik esok.
#SelamatTahunBaru2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...