Wednesday 18 October 2017

Sedari Bakat Sendiri

Sekiranya kita menyedari kita berbakat (sememangnya berbakat) dalam satu-satu bidang dan merasakan hebat (sememangnya hebat), serlahkanlah dan buktikan kehebatan itu dengan melakukan sesuatu mengenainya dengan sebaik mungkin. Bukan kita hanya duduk di tempat kerja hanya menunggu diberi kerja.

Sedarlah kita bahawa bakat tu umpama emas atau permata yang perlu digilap agar ia bersinar dan memberi harga. Sebaliknya jika ia dibiarkan, lama-lama ia akan pudar dan mungkin ada hilang lenyap begitu saja. Disia-siakan hinggalah akhir hayat. Potensi kita hanya kita yang boleh menggunakannya. Berusahalah kita menyerlahkan bakat yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 16 October 2017

Tips Jaga Mata Ikut Nabi

Ini saya kongsikan tips dari seorang Ustaz yang memaklumkan bagaimana nak jaga kesihatan mata. Amalkan tiga perkara ni:

1. Sebelum tidur, sapu celak di bawah mata.
2. Sebelum tidur juga, sapu minyak kasturi di kelopak mata atas.
3. Selaku melihat ayat-ayat Al-Quran.

Moga bermanfaat dan menjadi amalan kita bersama. Insha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 14 October 2017

Belajar Dari Alam

Rumput di tepi jalan tu tak susah pun kita nak jaga, sendiri dia tumbuh subur. Tak perlu berbaja. Sebaliknya pokok yang ditanam macam pokok buah, pokok bunga atau pokok sayur kena dibaja dan dijaga rapi.

Begitulah perbandingannya nak membesarkan perkara baik. Sentiasa mencabar, banyak dugaan dan ada musuh lagi. Hukum alam memang begitu nampaknya dimana untuk mengusahakan perkara baik, kita perlu lebih usaha, tenaga dan kecekalan.

Melihat perkara alam, banyak kita boleh belajar daripadanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 10 October 2017

Tips Bina Konsentrasi Kerja

Hilang fokus semasa bekerja tentunya boleh mengundang masalah, khususnya kepada kualiti, produktiviti, perhubungan dan keseronokan kerja.

Ni saya kongsikan secara ringkas tip untuk tingkatkan fokus masa bekerja:

1. Usah anggap tugasan yang diberi tu sebagai beban, tapi anggaplah ianya sebagai tanggungjawab dan amanah yang perlu diselesaikan sebaik mungkin.

2. Buat persediaan awal untuk kerja hari esok. Sediakan sumber kerja esok pada hari ini sebelum pulang. Begitu juga untuk hari-hari seterusnya. Maknanya 2% hingga 3% tugasan esok kita dah prepare awal.

3. Buat dan selesaikan dahulu kerja yang sukar. Bila yang susah dah settle, tugasan mudah seterusnya tu akan terasa ringan. Normallah kan kita perlu lalui kesusahan dulu dan dapat kesenangan kemudian.

4. Cuba pastikan meja kerja sentiasa kemas dan tersusun. Ini akan memberikan keselesaan, menyedapkan mata dan memudahkan nanti bila nak mencari maklumat dan dokumen.

5. Jangan rasa terpaksa untuk bekerja. Buang jauh-jauh rasa terpaksa tu sebab ia memang boleh membunuh tumpuan yang kita telah ada.

6. Penting juga untuk kita jaga kesihatan badan sebab tubuh sihat akan memberikan keceriaan dan energi. Badan sihat juga akan melegakan kita dari stress.

7. Akhirnya kita perlu bersikap professional semasa bekerja. Hindari campur aduk hal rumah tangga dan masalah peribadi di bawa ke pejabat. Biarpun memang ada masalah, cuba lupakan dulu untuk beberapa jam yang kita bekerja ni.

Ok, semoga kita berjaya mengikut tip yang ringkas ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...