Saturday 28 October 2023

Work In Progress

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 19 October 2023

Dalam Hidup, Pilih Yang Kita Suka


    
    
Dalam hidup yang sesingkat ni, kita sentiasa diberi peluang dan pilihan untuk menjadi lebih baik. Kita yang semalam harus ditambah nilai untuk kita yang lebih baik hari ni dan esok. Diri kita terdiri daripada aspek fizikal, rohani dan emosi. Fisiologi kita sebagai manusia pastinya jauh berbeza dengan peliharaan kita tu (kucing, ayam dan lain-lain). Ia hanya memerlukan makan dan udara saja mungkin. Tapi kita memerlukan jauh lebih banyak lagi perkara dan hampir perlukan segala-galanya. Ketenangan, bahagia, keselesaan, kekayaan, kecukupan, kepuasan dan kelapangan diri.

Tanpa kita sedar, selalu sangat dah kita memilih jalan derita. Laluan sengsara yang selalu mengundang duka dan lara. Laluan yang kabur tanpa jelas membawa kita ke mana-mana. Berbuat sesuatu tanpa mencari isi dan makna. Membuatkan kita hanyut dan terus hilang arah entah ke mana. Kadang kala berlaku juga salah memilih acara. Sibuk sangat mengurus perkara-perkara ranting sehingga perkara-perkara pokok terabai begitu saja.

Posting ni sekadar sekelumit luahan rasa hati. Detik rasa di satu sudut hati dan emosi yang sangat mengimpikan apa yang dilalui dan bakal dilalui mengundang ketenangan dan rezeki berpanjangan dari Illahi. Berdamailah kita dengan diri dan carilah pilihan hidup yang betul-betul kita sukai. Bila sesuatu yang kita suka tu dah dekat melekat berada pada diri, harap dapat berbunga-bunga hasil produktiviti dan sebaran manfaat kepada mereka yang lain di sekeliling diri. Moga nukilan ringkas ni serba sedikit menyedarkan untuk kita pilih dan berbuatlah apa yang kita suka selama ini. Bila berbuat perkara yang dekat di hati, letih tu dengan sendiri berlalu pergi.    



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 15 October 2023

Hari Minggu (2 hari) Pendek Sangat

 
Sabtu :

Beberapa jam mempersiap aturan rumah dan hal pagi hari. Beberapa jam lagi join taklimat kelas mingguan. Beberapa jam lagi masa perjalanan dan majlis kenduri di luar. Singgah gunting rambut untuk beberapa minit. Dan berbaki jam-jam seterusnya buka laptop dan menyentuh-nyentuh fail-fail, menyemak jadual minggu depan.

Ahad :
Penat Sabtu semalam tak abis lagi...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 16 September 2023

MBSA, Persatuan Penduduk dan Cabaran AJK

 


Awal minggu hari tu saya mewakili pengerusi persatuan penduduk ke satu taklimat oleh MBSA tentang garis panduan dan proses kelulusan hal-hal berkaitan skim kawalan berpengawal dan berpagar serta permit TOL serta lain-lain. Taklimat dibuat di Pusat Konvesyen MBSA, Seksyen 13. Luas dan selesa tempatnya. Selesa sangat mendengar 4 tajuk taklimat oleh pegawai yang membentang. Syabas MBSA akan program yang diadakan ni.

Hari ni rata-rata saya tengok kehadiran oleh pimpinan persatuan-persatuan penduduk sekitar Shah Alam agak memberangsangkan. Senarai kehadiran tu nampak penuh dan kerusi-kerusi yang tersedia pun hampir cecah 90% diisi. Betapa topik atau tajuk yang ingin disampaikan ni sangat relevan dan penting untuk diambil maklum oleh semua.

Apa yang dapat saya perhati dan fahamkan untuk sesi separuh hari ni adalah aspek keselamatan perumahan adalah perkara paling utama untuk rakyat. 95% tumpuan tenaga dan peruntukan untuk setiap persatuan penduduk akan tertumpu ke situ. Keutamaan akan memberat ke kawalan keselamatan, pondok pengawal, boom gate, auto gate, pengawal keselamatan serta aspek-aspek yang memperkukuh kawalan termasuk CCTV, pagar, speed bumper dan lain-lain. 

Bila berdepan dengan keperluan peraturan dan garis panduan pihak berkuasa tempatan, di sinilah mulanya situasi dan cabaran buat jawatankuasa persatuan penduduk. Rata-rata kerja yang dibuat secara sukarela ni sedikit rumit dan kompleks apabila ada keperluan untuk memohon kelulusan itu dan ini. Ya kita sebagai rakyat perlu mematuhi segala akta, peraturan dan SOP yang ada. Dan keluhan kebanyakan wakil-wakil persatuan adalah agar dipermudahkan tatacara dan proses dalam agensi yang ada. Betul jugalah pandangan mereka tu, bila saya perhatikan pimpinan persatuan ramai yang agak berusia. Agak mencabar juga untuk mereka hadam dan cakna kesemua perincian proses dan dokumen-dokumen yang ada. Nasib baik semuanya masih manual. Kalau dah berpindah ke online, entah bagaimana agaknya. Memang sebaiknya urusan kesatuan dan kesetiausahaan ni wajar diberikan kepada tenaga muda. Itu pun belum tentu yang muda pun boleh berkomitmen tinggi dan bersungguh memberikan sumbangan terbaik.

Apa pun syabas, kepada kumpulan pimpinan persatuan-persatuan penduduk ni. Nampak keikhlasan di wajah mereka yang ada, demi kesejahteraan dan keharmonian ahli-ahli penduduk kebanyakkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Menguruskan Konflik

 


Kita sebagai manusia tak dapat lari untuk berinteraksi dengan individu lain di sekeliling. Di tempat kerja, dalam skop kejiranan, keluarga, persahabatan dan sebagainya. Biasanya yang lebih kerap berlaku konflik ni adalah dalam ruang lingkup di tempat kerja kerana di situlah banyak interaksi dan pelbagai urusan yang ada. Antaranya dalam hal projek, program, aktiviti, mesyuarat, perbincangan dan lain-lain lagi. Biasalah, bukan semua manusia tu sama. Kefahaman lain-lain. Latar belakang dan pendedahan juga lain-lain. Sikap pun lagilah tak sama antara satu sama lain.

Saya kongsikan tips ringkas yang boleh kita amalkan bersama:

1. Sedari kita (we are in a team). Kita duduk sebumbung, berada dalam satu organisasi yang sama. Kita selesaikan bersama;

2. Fokus pada penyelesaian. Fikirkan apa cara dan kaedah untuk selesaikan perkara dan kerumitan tu;

3. Kawal esmosi. Manusia dan lebih-lebihnya lagi wanita.. hehehe, kuat main emosi. Jangan kita terbawa-bawa hanyut dengan emosi. Teguhkan pendirian, raikan perbezaan, fahami semua perkara, jelaskan objektif dan bincang cara harmoni;

4. Dapatkan seorang moderator atau orang tengah untuk menutralkan situasi. Orang tengah yang boleh menyeimbangkan antara pihak yang berkonflik.

5. Dan yang akhir ni cuba letakkan diri kita dalam posisi pihak yag satu lagi. Cuba rasa dan fahamkan apa sudut pandang pihak mereka/dia di belah sana.

Moga bermanfaat geng! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 31 August 2023

Salam Kemerdekaan Tahun Ke-66

 



Kita rakyat adalah umpama bata-bata yang bersama mengukuh satu dan yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 25 June 2023

Sangat Bagus Bila Masjid Anjur Kursus Sebegini

 
Semalam berkesempatan ke masjid untuk hadir ikuti Kursus Menyembelih dan Melapah (Teori & Amali) Lembu dan Kambing. Pergi bersama my hero.




                          

Alhamdulilllah, orang bujang sorang ni sudi pergi sama. Dapatlah dia sikit pengalaman secara tak langsung melihat proses daripada awal hingga daging sedia untuk dimasak. Bermula daripada teknik untuk menumbangkan lembu sampai siap daging boleh di lapah dan dikerat.

Secara mudahnya berikut aturan kerja-kerja sembelihan ni:

1. Merebahkan lembu - ada 2 cara;

2. Membaringkan rusuk kiri lembu ke tanah (sunat arah kiblat);

3. Mengikat semua kaki - ikat yang cukup danmudah dibuka kembali;

4. Sedia untuk sembelih leher - pastikan pisau tajam dan guna cara pegang pisau yang lebih kuat untuk tangan;

5. Sembelih dan pastikan putus empat urat ni - urat nafas (1), urat darah (2) dan urat makanan (1);

6. Biarkan darah lancar terpancut keluar dan longgarkan ikatan;

7. Apabila telah tiada nyama - boleh mulakan proses buang kulit (skinning);

8. Sebelum tu, pisahkan dulu kepala daripada badan - ada tekniknya;

9. Buat potongan stoking di setiap kaki dan proses pisahkan kulit dengan daging dengan pisau. Tarik kuat kulit keluar dan lalukan mata pisau disebelah luar kulit.

10.  Habiskan skinning di satu sisi badan dan pusingkan badan lembu ke sebelah yang lain untuk selesaikan skinning.

11. Sampai step ni, saya dah mula hilang fokus...hehehe.. sebab perut tengah lapar.. kena pergi ambil air kopi dan peekena mee goreng di perkarangan masjid.

12. Bahagian seterusnya ni paling kritikal kera di sini kita akan kendalikan organ-oran seperi hempedu, usus, perut, alat kelamin, tempat najis dan lain-lain - tekniknya agak rumit tapi boleh dipelajari dan dilatih. Perlu berhati-hati agar perut tidak pecah/meletup. Juga hempedunya.

Cara menguruskan bahagian perut pun ada cara-caranya. Secara ringkas - basuh dan alirkan dengan air yang banyak. Gunakan pair air dan masukkan ke salur usus - mana yang pecah potong saja - Saya miss part menggunakan kapur semasa nak bersihkan perut.

13. Bahagikan badan lembu kepada dua bahagian (depan dan belakang) - ada tekniknya;

14. Untuk separuh bahagian tu perlu dipisahkan kaki pertama dengan potong daging bagi pisahkannya dengan rusuk - selak daging - pisau rapatkan ke rusuk - potong hingga terpisah kaki pertama. Ulangi sampai kaki terakhir; 

15. Angkat dan bawa setiap kaki ke tempat lapah/gantung daging - berat tu dan sila gunakan kereta sorong/troli. Kumpulan pekerja melapah/memotong akan sambung memotong daging ke bahagian-bahagian lebih kecil;

Alhamdulillah, sekian seringkas catatan memori yang ada untuk panduan dan kenangan bersama.

Bila buat kerja degnan teknik yang betul, semuanya jadi mudah. Kena cuba juga secara praktikal untuk rasai sendiri apa yang nampak mudah tu :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 4 May 2023

Saya Mencadangkan..

 



Di tempat-tempat umum aktiviti orang ramai macam di kedai dobi layan diri, kadang kala sering pengguna tertinggal barang-barang peribadi macam duit, kunci, botol minuman dan sebagainya. Biasanya barang-barang ni akan terbiar begitu saja, atau kemudiannya dibuang atau diambil oleh pengguna lain. Saya mencadangkan ada baiknya pemilik premis dobi layan diri ni dapat sediakan satu kotak atau bakul khas kecil yang boleh diletakkan barang-barang yang tercicir ni.

Bila ada bakul atau tempat khas untuk barang-barang tercicir ni mudahlah sikit jika pemilik asalnya nak pergi mencari balik barang mereka yang tercicir tu. Kita mudahkan hidup orang, Tuhan insyaAllah mudahkan hidup kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 24 April 2023

Daripada Sepasang Suami Isteri, Lahirnya Generasi Demi Generasi.

 





Gambar ni dirakam pada 23 April 2023 bersamaan hari kedua raya tahun 2023.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program rumah terbuka arwah Hj Ludin dan Hjh Zainap. Kepada semua yang menghulurkan bantuan kewangan dan tenaga didoakan dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Ameen Ya Rabbal Aalameen


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 17 March 2023

RAMADAN - HARAPAN BAGI SANTAI HIDUP HADIR MENJELMA

 
Sejak tahun 2 ribuan yang belasan.. 2018, 2019 hingga kini, rasanya beban kerja makin bertambah dan tak pernah nak surut. Ada saja perkara yang SENTIASA perlu diurus, diselenggara dan dibangunkan di pejabat tu. Lima tahun kebelakangan ni rasanya ibarat nak muntah dengan segala tugasan dan kerja yang perlu dipikul. Bukanlah nak merungut tapi menulis di sini lebih kepada terapi mungkin untuk mengurangkan sikit tekanan di bahu dan kepala.

Menulis di diari nampaknya tak beberapa efektif dan sukar untuk dirujuk bagi dibaca semula. Jadi saat ni saya ingin jadikan ruang blog saya yang telah lama sepi ni untuk saya mencurahkan isi hati bagi tatapan semula diri dan simpanan memori.


Kurang seminggu lagi Ramadan 1444H bakal menjelma. Saat ini kami adik beradik dan mak sedang juga diuji oleh Yang Maha Kuasa dimana adik di bawah saya senang dirawat disebabkan ada jangkitan di salur pernafasannya. Telah beberapa hari di hospital besar dan direhatkan untuk bengkaknya sembuh bagi dibuat susulan pemeriksanaan dan rawatan lanjut. Mudah-mudahan ujian ini memberikan hikmah yang besar buat kami disamping menjadi penghapus dosa. Apapun sebagai hamba, kami perlu bertawakkal dan berharap belas kasih daripadaNya. Sekiranya ada sahabat yang membaca, harapnya adpat mendoakan sekali akan kesembuhan segera adik saya, Abd Rahman Bin Mohd Tajudin.

Ramadan yang dekat ini, diharap menjadi "pereda" yang meredakan situasi hidup kita semua. Denyut gelombang dan riak rentak dunia yang semakin pantas ni seolah-olah tidak terkejar oleh kita. Moga ibadah puasa yang akan dilalui tak lama lagi ni memberikan peluang untuk SANTAI HIDUP, HADIR MENJELMA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...