Friday 17 March 2023

RAMADAN - HARAPAN BAGI SANTAI HIDUP HADIR MENJELMA

 
Sejak tahun 2 ribuan yang belasan.. 2018, 2019 hingga kini, rasanya beban kerja makin bertambah dan tak pernah nak surut. Ada saja perkara yang SENTIASA perlu diurus, diselenggara dan dibangunkan di pejabat tu. Lima tahun kebelakangan ni rasanya ibarat nak muntah dengan segala tugasan dan kerja yang perlu dipikul. Bukanlah nak merungut tapi menulis di sini lebih kepada terapi mungkin untuk mengurangkan sikit tekanan di bahu dan kepala.

Menulis di diari nampaknya tak beberapa efektif dan sukar untuk dirujuk bagi dibaca semula. Jadi saat ni saya ingin jadikan ruang blog saya yang telah lama sepi ni untuk saya mencurahkan isi hati bagi tatapan semula diri dan simpanan memori.


Kurang seminggu lagi Ramadan 1444H bakal menjelma. Saat ini kami adik beradik dan mak sedang juga diuji oleh Yang Maha Kuasa dimana adik di bawah saya senang dirawat disebabkan ada jangkitan di salur pernafasannya. Telah beberapa hari di hospital besar dan direhatkan untuk bengkaknya sembuh bagi dibuat susulan pemeriksanaan dan rawatan lanjut. Mudah-mudahan ujian ini memberikan hikmah yang besar buat kami disamping menjadi penghapus dosa. Apapun sebagai hamba, kami perlu bertawakkal dan berharap belas kasih daripadaNya. Sekiranya ada sahabat yang membaca, harapnya adpat mendoakan sekali akan kesembuhan segera adik saya, Abd Rahman Bin Mohd Tajudin.

Ramadan yang dekat ini, diharap menjadi "pereda" yang meredakan situasi hidup kita semua. Denyut gelombang dan riak rentak dunia yang semakin pantas ni seolah-olah tidak terkejar oleh kita. Moga ibadah puasa yang akan dilalui tak lama lagi ni memberikan peluang untuk SANTAI HIDUP, HADIR MENJELMA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails