Friday 29 September 2017

ICT Can Do Wonders



Biasa tengok cerita cartoon, cerita fantasi ataupun cerita bercorak futureristics?

Kalau anda biasa menonton filem cerita seumpama ini, tentu sekali biasa kita melihat episod dalam cerita tersebut yang adegannya memaparkan sesuatu yang luar daripada kebiasaan kehidupan normal. Sesuatu yang mungkin belum kita boleh terima di dalam realiti. Contohnya manusia boleh terbang, kenderaan terbang, manusia boleh berkomunikasi dengan jarak tak munasabah, termasuk juga perkara yang berunsur magik, dreams dan adventures.

ICT pun bermula dengan pendekatan begitulah. Ia adalah teknologi yang berkembang dan bermula dengan idea dan bayangan visual yang berterusan. Ia bekembang secara dinamik bermula dengan satu dot atau bit 01, berkembang menjadi 01010101 dan seterusnya berkembang tanpa henti memungkinkan berlakunya segala aplikasi dan kemudahan ICT yang kita ada pada hari ini. LIhat dalam bidang apa sekalipun, ICT pasti ada di situ. Ilmu, perniagaan, perkhidmatan, sosial, ekonomi, sukan, riadah, kesihatan dan sebagainya. Cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian pun dah banyak jauh berubah daripada keadaan dahulu. Lihat sahaja kepada aplikasi seumpama Grab, Uber, Lazada, Waze (GPS), Facebook, Google dan perbankan online. Kebanyakkannya berasaskan data, maklumat dan Internet. Ia banyak melancarkan dan memudahkan hidup kita. 
Itu tak lagi saya berceloteh tentang Big Data, Cloud Computing, IoT(Internet odf Things), Smart City, virtual reality dan sebagainya

Jadinya sebagai pengguna ICT ataupun pengamal teknologi ICT sendiri, kita seharusnya bijak menggunakan ICT ke arah yang wonder dan baharu bagi memberikan impak dan produktiviti pada tahap terbaik. Contoh paling nyata membuktikan ICT can do wonders adalah antaranya seperti penggunaan apps di telefon pintar. Mengetahui tentang teknologi dan hidup dengan teknologi ICT sudah menjadi lumrah dan perkara biasa. Kita tidak seharusnya tertinggal untuk memanfaatkan teknologi ICT ini.

Konsep
ICT Can Do Wonders seharusnya menjadi pegangan bagi setiap personel ICT malah kumpulan pekerja selain ICT khususnya dalam memperkemas proses kerja sedia ada ke arah peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan yang bermutu, cekap dan berkesan kepada pelanggan. Komponen data, proses, teknologi, pengguna dan budaya organisasi itu sendiri seharusnya digabung jalin dengan pendekatan penuh kreatif dan inovatif bagi membolehkan terhasilkan perkhidmatan atau produk yang meluas digunapakai, terkehadapan serta mencapai jangkaan yang diharapkan. Penggunaan ICT pada tahap optimum yang memberi impak positif kepada organisasi, tampak segar di mata pengguna dan terkesan di hati, itulah yang dipanggil sebagai sesuatu yang  ICT wonders.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 2 September 2017

Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (BCM)

Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan ataupun ringkasnya PKP ataupun BCM merupakan satu pengurusan yang menyeluruh untuk bagaimana sesebuah organisasi bertindak semasa berlaku krisis ataupun bencana. Sesekali kita bincang sikit hal subjek ilmiah yang agak dry ni.

Kalau di zaman dulu-dulu ia dipanggil contigency plan ataupun plan B. Bila operasi atau proses normal tergendala, ia harus diteruskan dengan pendekatan kedua. Agar service dan kerja dapat diteruskan kepada pelanggan.

BCM ni amat berkait rapat dengan risiko-risiko ancaman kepada perkhidmatan dalam organisasi. Risiko tu pula ada yang rendah, sederhana dan tinggi. Untuk perkara yang berisiko tinggi, itulah yang seharusnya kita wujudkan langkah pengawalan risiko.

Banyak insiden kebelakangan ni yang menimbulkan bencana ataupun krisis seperti kebakaran bangunan, banjir, gangguan elektrik, bangunan runtuh, wabak penyakit, ancaman hackers/ransomware dan sebagainya. Semuanya ini secara terus boleh menggugat kelancaran operasi seharian pekerja dalam organisasi.

Bagi saya dalam era terkini ni, ibu kepada bencana di negara kita ni ialah semasa berlaku krisis insiden MH370. Ia satu contoh terbaik bagaimana sesebuah organisasi penguruskan bencana yang menjejaskan perkhidmatannya. Bencana yang paling tinggi tahapnya adalah apabila ia melibatkan ancaman kepada keselamatan nyawa dan keselamatan negara. Kita dapat lihat masa tu, bukan hanya MAS atau DCA yang menguruskan bencana, malah Perdana Menteri sendiri terlibat mengendalikan krisis.

Justeru, BCM itu tadi merupakan satu aktiviti ataupun program yang perlu ada dimana-manapun. Malah di rumah kita sendiri pun kita patut dah mengamalkannya. Macam menyimpan lilin untuk pencahayaan sekiranya blackout. Menyimpan air untuk bila berlaku catuan bekalan air, simpanan duit untuk masa kecemasan dan sebagainya.

Sediakan payung sebelum hujan adalah pepatah lama yang biasa kita dengar. Itu juga adalah gerak tindak selari dengan BCM ni. Ia merupakan langkah persediaan kita sekiranya berlaku sesuatu yang tak diduga. Malangkan tak berbau.

Apabila kita telah menyediakan BCM, impak ataupun kesan terhadap gangguan itu boleh diminimakan sebanyak mungkin kerana persediaan untuk tindakan pemulihan dan penyediaan sumber yang perlu telah disediakan. Sumber boleh jadi kakitangan itu sendiri, keperluan dan capaian kepada data dan sistem maklumat, lokasi operasi dan peralatan sokongan dan komunikasi.

Perkara ni memang agak baru dari segi pelaksanaan dan pembudayaannya di Malaysia. Tapi kita masih belum terlambat untuk bersama membudayakannya dalam hidup dan kerja rasmi seharian. Mempunyai pelan tindakan, SOP, awareness dan latihan yang cukup pasti semakin hari menjadikan kita lebih matang dan faham apa itu BCM.

Kepada pengamal BCM ni seperti saya dan rakan-rakan, cabarannya pasti ada khususnya untuk memberikan pendedahan dan kefahaman yang betul kepada semua terlibat khususnya pihak pengurusan atasan di organisasi.

Akhir kata, amalan terbaik dah ada (best practices) dan standard piawai pun dah ada. Risiko pun ada dengan tahap kekerapan ia bileh berlaku. Kita hanya perlu faham, amal dan follow saja gerak tindak dan amalan terbaik yang dah ada. Untuk manfaat dan kesejahteraan kita juga. Bersedia untuk menghadapi sebarang bencana, itulah namanya Pelan Kesinambungan Perkhidmatan.

Sekadar perkongsian untuk yang masih blur apa itu BCM :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berhati-Hati Bila Pegang Pisau

Lepas selesai Solat Sunat AidilAdha pagi ni bawak anak-anak kejap menjenguk tengok program sembelih korban di masjid. Untuk masjid di kampung ni ada 6 ekor ternakan untuk pagi ni. Seekor daripadanya kerbau. Macam biasanya bila bawak budak-budak ni memang hasratnya untuk menengok jer :) Ramai dah anggota pekerja dan orang-orang tua yang mengerjakannya sembelihan tu.

Seekor, dua ekor dan tiga ekor telah mula dilapah kulitnya..

Tiba-tiba, di depan mata nampak seorang pakcik ni terpancut darah di pergelangan tangan kanannya. Allahuakbar! Kesian sungguh dia. Tak sengajalah tu. Saya tak pasti silap dia atau silap orang lain mengendalikan pisau yang ada. Terus yang ada di situ minta dia tutup lukanya dengan kain. Terus seorang lagi yang ada bawakan dia dan keluarganya sekali ke hospital. Allahuakbar!! Tak sangka berlaku insiden macam ni. Moga dia selamat dan segera diberi kesembuhan.

Dalam suasana meriah begini, jangan kita lupa, bahaya tetap ada di mana-mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...