Friday 30 October 2009

Sudung Pandang


Sedikit yang sempat dikutip semasa khutbah Jumaat hari ini untuk dikongsikan... Bagi yang sudah arif anggaplah sekadar ulangkaji dan boleh perbetulkan saya sekiranya ada salah.. Tak beberapa pasti tajuk khutbahnya.. fikiran melayang-layang masa tu.. Almaklumlah baru lepas makan.. hehe. Diawalnya khatib membaca dengan agak perlahan.. memang perlahan tetapi jelas butir-butir perkataan yang dilontarkan.. Sekali-sekala khatib ada menguatkan suara bertempik... Memang ia amat menyegarkan mata yang sedang mengantuk ;)

Ringkasnya Sudut Pandangan kita ada 4 iaitu :

1. Pandangan Mata Zahir
2. Pandangan Mata Fikiran
3. Pandangan Mata Nafsu
4. Pandangan Mata Hati

Kita lihat pandangan mata zahir dahulu.. Pandangan ini adalah pandangan yang kita lihat dengan mata tanpa pertimbangan yang waras.. ia boleh memberikan jawapan kekeliruan apabila kita melihat hanya secara zahirnya sahaja.. Sebagai contoh : Semasa kita di dalam keretapi yang sedang bergerak, kita menoleh kebelakang, kita dapat lihat landasan keretapi semakin mengecil dan mengecil.. sedangkan ia sebenarnya sama saiz dan tidak berubah sekalipun.. Jangan bergantung pada pandangan zahir semata-mata yer..

Pandangan Mata Nafsu.. Sudut pandangan ini adalah yang paling bahaya. Mudah sahaja untuk difahami... Contohnya semasa bulan Ramadan lalu.. kita lihat juadah yang pelbagai dan kita beli semuanya... seterusnya bila masa berbuka.. kita makan sedikit sahaja,.. yg lainnya terbiar.. terbuang begitu sahaja.. natijah yang amat buruk apabila kita melihat hanya menggunakan mata nafsu..

Pandangan Mata Fikiran.. Ia diasaskan kepada ilmu semata-mata.. Contohnya di masa dahulu teori dan hipotesis mengatakan dunia ini ada sempadannnya dan ada penghujungnya. Manusia takut untuk berjalan ke bucu atau hujung dunia takut terjatuh ke sebelah dunia lain.. Kita tertipu begitu sahaja. Ilmu sahaja yang tidak dipandu oleh wahyu dan pedoman Illahi turut memberikan natijah buruk..

Pandangan Mata Hati.. Ini adalah pilihan yang sebetulnya.. pandangan yang selamat terbimbing oleh pedoman Illahi..



Jangan tiru orang Yahudi kerana mereka tahu akan hakikat kebenaran tetapi mereka tetap anggkuh kerana mereka melihat lebih dengan mata nafsu mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 29 October 2009

Seronoknya Tengok Orang Nak Berangkat Mengerjakan Haji..


Beberapa kenalan (yang lebih senior) singgah ke pejabat untuk memaklumkan rakan-rakan dan mengucapkan maaf sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji pada musim ini. Ceria sungguh nampaknya mereka. Terpancar wajah yang bersemangat dan gembira untuk ke sana.. Walaupun ada diantaranya yang baru mendapatkan makluman masa pemergiaan disaat akhir, mereka tetap bersyukur.. Alhamdulillah. Semoga semua sahabat dan kenalan yang berpeluang untuk mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.. Betapa indah dan sejahteranya nanti mereka dapat menatap dan melihat Kaabah itu di depan mata..  Semoga semuanya akan mendapat menjalani ibadah dengan sempurna dan mendapat Haji yang Mabrur..




Kepada sahabat yang masih muda belia yang mampu, rebutlah peluang dan keupayaan tenaga yang masih kuat sebab masa depan kita tak pasti samada kita sempat untuk menunaikannya ataupun tidak.. Semoga kita dapat menjejaki jejak mereka.. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 28 October 2009

Pengajaran Tragedi Jambatan Runtuh


Apabila diberitakan kejadian berlaku di Kuala Dipang, Kampar, saya rasa terkejut.. Sebab itu kampung saya.. Memang saya tahu air sungai berkenaan agak deras juga walaupun dalam keadaan biasa / normal (tiada hujan). Saya fikir memang banyak aspek kecuaian yang wujud membabitkan peristiwa yang menyedihkan ini.. Tak perlulah diulas lagi kerana susah tentu kita akan menuding jari kepada itu dan ini.. Cuma saya suka untuk menyatakan di sini, adalah lebih elok dan selamat di masa-masa hadapan atau sekarang ini pun diberikan satu ketetapan. Ketetapan untuk menetapkan kewujudan sesuatu kawasan perkemahan untuk latihan aktiviti luar dan kursus kepada pelajar khususnya PERLU berada di kawasan yang jauh dari sungai, air terjun, tasik, laut atau mana-mana kawasan berair lain. Ini adalah kerana kemungkinan untuk berlakunya sesuatu yang tragis itu adalah tinggi di kawasan-kawasan seperti ini terutamanya lemas.



Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. Amat simpati kepada keluarga yang terlibat.

Syabas dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 2 orang yang telah berusaha menyelamatkan anak-anak yang sedang berpaut pada jambatan berkenaan.. Kalau tidak silap saya seorang namanya En. Ismail (pengawal keselamatan sekolah)  dan seorang lain En. Anuar (sedang bertugas - RELA) ketika kejadian berlaku.. Ini adalah mengikut cerita salah seorang dari mereka kepada ayah saya sendiri yang kebetulan kawan sekampung mereka.. Mereka memang Hebat!!

Sedikit tips : Sekiranya kita berada di situasi seperti anak-anak itu yang terlepas pada pautan, cubalah sedayanya mengikut aliran arus dan cuba mengapungkan diri, cuba berenang ke tepi atau tebing dan berpaut di mana-mana tempat yang boleh dipaut.. Betapa pentingnya ilmu menyelam dan berenang ni... tidak dapat dinafikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 27 October 2009

Melontar Sampah Dari Tingkap Kereta


Seperti biasa di waktu pagi dalam perjalanan ke pejabat. Lampu merah menunjukkan isyarat untuk berhenti  susur keluar dari Lebuhraya Persekutuan ke kiri hala ke Kerichi / Bangsar. Dihadapan ada sebuah kereta Ford.. Model apa saya tak tahu... Dicermin tepi ada sticker kelab bola sepak Manchester United.. Pemandunya orang Melayu.. Orang Melayu sokong Man. U. Gelaran Red Devil lagi... No need to comment lebih2 sbb peminat MU mmg ramai di Malaysia ni... Saya ada seorang kawan.. mungkin dia x tahu blog ni.. dia kaki bola, sentiasa update setiap info team dan liga Enggeris. Penyokong Liverpool rasanya.. tapi dia seorang yg kaki BangKU.. sepak bola pun tak reti... hehehe.. jangan marah geng.. Hebatkan pengaruh bola ni dari sebelah sana kepada kita.. Saya fikir kekuatan bola sepak sebelah benua sana adalah kerana penyokongnya yang amat ramai dan fanatik.. Patutnya Malaysia pun kena tiru pendekatan tu.. kumpul penyokong dahulu untuk bangunkan sukan bola sepak di Malaysia.



Berbalik kepada kereta tadi.. harga keretanya saya rasa mungkin 4 kali ganda harga kereta yang sedang saya pandu.. Kereta mahal la tu.. Pasti kerjanya amat baik dan gajinya pun 4 kali ganda gaji saya atau lebih lagi.. Tetapi yang buruknya.. TIBA-TIBA,terbang sepuntong rokok keluar tingkapnya jatuh ke tanah..

Teruknya dia ni...




Isu alam sekitar yang menyelubungi dunia sekarang ini rasanya payah untuk ditangani sekiranya ramai orang seperti encik berkereta Ford tadi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menepati Masa Dalam Aturcara


Di suatu ketika dahulu.. dijadualkan dan diwar-warkan suatu acara akan bermula jam 8.30 pagi. Saya seperti biasa akan memastikan diri berada di majlis berkenaan sebelum atau tepat jam 8.30 pagi. Bila masuk jer ke dewan majlis berkenaan.. tiada orang... Majlis tu agak besar juga.. tahap konvensyen lagi.. Konvensyen berkaitan kualiti pulak tu.. Setelah duduk kira-kira setengah jam, barulah mula yang lain-lain masuk ke dewan, yang bagusnya mereka masuk dengan mendapat "door gift" lagi. Dapat senaskah buku motivasi percuma.. Bagus juga bukunya.. Mungkin bukan rezeki saya la tu..

Cuma mengharapkan semua daripada kita memahami - Tahukah anda bahawa berapa banyaknya masa bagi orang yang datang awal dirugikan oleh orang lain yang lambat..




Teringat suatu ketika dahulu semasa berkursus yang dikendalikan oleh Komando.. Lambat jer kena pumping 10 kali.. Memang respek kepada tentera..



Selalu menjadi mangsa kelewatan orang lain ; ) Sedihhh!!....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 26 October 2009

INTEGRITI

Terlihat program Helo Malaysia di TV sebentar tadi.

10 perkara yang saya boleh kongsikan :

1. Integriti secara umumnya adalah Kualiti Unggul..
2. Integriti.. Cakap Serupa Bikin (Yang positif laa..)..
3. Integriti dalam organisasi.. Ikut kod etika..
4. Bagi penjawat awam .. Bagaimana untuk jaga amanah diberi untuk kepentingan awam..
5. Integriti juga ialah buat kerja dengan betul walaupun ketika tiada sesiapa melihat kita..
6. Mengamalkan sikap terpuji
7. Kebertanggungjawaban
8. Jika ada kuasa dan peluang dan tiadanya integriti, maka akan rosaklah organisasi dan masyarakat..
9. Integriti luas skopnya, bukan setakat rahsuah saja.. Tahu menggunakan tong sampah pun kira berintegriti.
10. Tidak kira siapa anda.. apa status anda.. anda mesti letakkan integriti itu dalam diri anda setiap masa..






Moga Laporan Ketua Audit Negara yang baru keluar itu dijadikan Tauladan dan Sempadan kepada kita semua ;)

Makluman : Hari Integriti Nasional akan diadakan pada 5 November nanti untuk beri kesedaran lagi kepada kesemua 27 juta masyarakat Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bila Ketikanya Kita Stress..

Manusia tidak dapat lari daripada masalah.. Setiap hari kita perlu berdepan dengan masalah.. Masalah, masalah dan masalah. Cuma setiap orang tu ada bahagian masing-masing dalam menempuhi masalah masing-masing..




Ada yang hidupnya penuh masalah dari muda sampai ke tua.. Ada yang mudanya tiada masalah, eh tiba-tiba dan berusia ni ada bayak pulak masalah.. ada yang mudanya banyak masalah, bila tiba waktu tua, tiada masalah, OK jer semuanya.. Kalau ada manusia yang hidup tanpa masalah (memang lah pelik orang ni..). Pelbagai masalah ada dalam dunia ni untuk kita uruskan.. penyakit, kewangan, hubungan, kerja, kereta dan beribu-ribu masalah lagi yang perlu ditangani setiap hari bagi memastikan semuanya berjalan di dunia ini. Masalah orang lain pun boleh jadi masalah kepada kita..

Masalah menjadikan kita stress dan tertekan.. Amat sedih dan ruginya seseorang itu kalau dia sendiri menempah dan mencari masalah dalam hidupnya.. Masalah yang banyak dan tidak diurus dengan baik akan membuatkan kita stress.. Stress membuatkan kita tertekan.. Tertekan membuatkan hormon negatif dalam badan kita menjadi meningkat.. Kemudian penyakit pun mudahlah datang menghinggap.. Aduh!! Memang sakit.. Apa-apa penyakit pun menyakitkan..

Jadi, buat sahabat yang membaca blog ini.. jika sedang berdepan masalah.. sebesar manapun masalahnya.. cuba bertenang dan berhenti seketika daripada memikirkannya... Rileekkss..... jangan biarkan diri anda masuk dalam lingkungan stress dan tekanan itu.. Tarik nafas dalam2 dan hembus elok2.. Kalau berada di depan monitor.. bangun dan pergi ambil angin sebentar, pi makan ker minum ker... Kalu terpaksa berada di office, biarkan seketika kerja yang memeningkan itu.. dengarkan zikir atau musik dan lagu yang anda sukai.. Chat sekejap dengan member2 yang sudi mendengar kata-kata dan borak-borak kosong anda.. Cuba balik awal ke rumah... siram pokok bunga sambil tersenyum ;) InsyaAllah hilang stress tu...




Saya sedang stress semasa menulis tajuk ini.. tapi jam baru menunjukkan 11.30 pagi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 23 October 2009

Melihat Salah Sendiri Dahulu..


Hari ini saya terlewat sampai ke pejabat. Lewat 16 minit. Dah 2 kali merah bulan ni ;) Menetap di Lembah Kelang ni sebenarnya kita kena bijak dan lebihkan MASA untuk sesuatu perjalanan... Perjalanan ke tempat kerja, mesyuarat, temujanji atau majlis-majlis tertentu.. Al maklumlahkan.. Jarak 25 km untuk perjalanan dari Alor Gajah ke Bandar Melaka mengambil masa dalam setengah jam tetapi untuk jarak yang sama antara Ampang dan Petaling Jaya pula BOLEH mengambil masa 1 jam.. Bayangkan perbezaannya.

Bila dah sampai lewat di pejabat, kita kena isi borang datang lewat.. Kena ikut peraturan.. Alasan kenapa lambat mesti dicatatkan.. Semasa menulis saya berfikir alasan yang hendak ditulis ke borang berkenaan.. emang jalan sedikit jem hari ini... entah kenapa banyak pulak kereta di hadapan Muzium Negara menghala ke Masjid Negara.. Mula-mula saya hendak tulis "Kesesakan lalulintas di sekian-sekian tempat"... Tetapi tiba-tiba tangan dan jari terhenti.. tiba-tiba terfikir.. kenapa aku salahkan kesesakan tadi... kenapa tidak fikirkan benda dan faktor lain dahulu seperti kesalahkan diri aku sendiri.. Ya!!... aku sebenarnya yang menjadi alasan kenapa aku lewat hari ini.. Saya tulis tu di borang dan hantar kepada pegawai yang bertugas untuk ditandatangani sebagai pengesahan dan rekod di jabatan...




Moral of the story : Cari kesalahan diri dahulu sebelum menyalahkan perkara lain! Selamat Mencuba!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 22 October 2009

Terlalu Mengejar Matlamat Yang Satu Itu..


Dalam kita menjalankan kehidupan di dunia ini, kita tak dapat lari untuk mengejar sesuatu.. Manusia mengejar pelbagai perkara di dunia ini. Ada yang mengejar kekayaan, mengejar pangkat, mengejar kuasa, mengejar populariti, mengejar nama, mengejar pengaruh, mengejar cinta, mengejar ilmu... juga... mengejar yang bukan-bukan ;)




Dalam perjalanan itu, alangkah sedih dan ruginya kita bila dalam ingin mengejar sesuatu itu dan dalam perjalanan itu semuanya kita langgar.. Undang-undang kita langgar, persahabatan kita langgar, jiran tetangga kita langgar, rakan sekerja kita langgar, ibu bapa kita langgar dan paling teruk Allah pun kita langgar jugak..
Moga kita tidak tergolong dalam golongan itu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memiliki Jiwa Hamba

Dalam perjalanan pagi ke pejabat.. sambil-sambil memandu saya mendengar radio.. Kalau tak buka radio, muka yang sedang memandu ni akan menjadi seperti muka tiada perasaan.. nampak suram dan semakin lama terserlah stressnya.. hehe... Sambil2 menukar dan memilih siaran-siaran yang sedap dan sesuai untuk didengar, tiba-tiba terdengar sebuah lagu.. antara liriknya atau tajuk lagu agaknya ialah.. "memiliki jiwa hamba".. lagu nasyid. Di zaman serba moden, serba cabaran, serba menggunakan duit :) dan dugaan ni, sebagai umat Islam kita kena sentiasa ingat, letakkan dan SEMATKAN di dalam jiwa yang kita adalah HAMBA ke PENCIPTA. Kena sentiasa sedar diri berada di mana dan siapa kita.. Kita menumpang di bumiNYA, hidup diatas tanahNYA, berjalan di atas ruangNYA, menghirup udaraNYA, makan minum dari rezekiNYA, memerlukan kepada terang cahaya matahariNYA........



Kita dipinjamkan mata, mulut, telinga, tangan, kaki, tubuh badan, tenaga, fikiran, peluang dan macam-macam lagi daripadaNYA... Tetapi kenapa kita kadang-kadang masih tidak menghargai pemberianNYA... Tanpa segan malu dan rasa bersalah kita menggunakan segala pinjaman tadi untuk mengengkari perintah dan laranganNYA.. Sama-samalah kita fikir siapa kita hamba yang amat kerdil di sisiNYA ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 20 October 2009

Budaya Maki Hamun Di Alam Maya..


Akibat ketaksuban dan fanatik kepada individu, fahaman, parti politik mahupun gerakan dan kumpulan tertentu, ramai juga manusia yang ada fikiran rela menjebakkan dirinya dalam budaya memaki hamun dan caci mencari. Yang dicaci tu pulak kaum sebangsa dengan dirinya... Yang memaki memaki orang yang memiliki warna kulit sama, menggunakan bahasa yang sama, agama mereka pun sama dan kemungkinan jika diselusuri akar pertalian darah persaudaraan mungkin mereka berasal dalam keturunan asal keluarga nenek moyang yang sama.

Ini adalah satu budaya dan situasi yang kita dapat lihat sekarang di Malaysia. Terutamanya dalam politik. Baik parti pencadang mahupun pembangkang.. Yang lebih-lebihnya mungkin orang-orang diperingkat bawah ni.. orang di atas xde apa-apa pun ;)

Orang Malaysia yang kononnya penuh dengan budaya ketimuran yang bersopan santun harus fikir dahulu sebelum nak mengatakan sesuatu perkara.. juga demi menegakkan pegangan mereka. Yang penting janganlah sampai fanatik sangat sampai menjatuhkan nilai dan maruah diri, bangsa dan agama sendiri..

Sekarang ini, dunia memang terbuka luas untuk kita melontarkan idea dan pandangan, tetapi kita kena ingat setiap perkara di dunia ini ada peraturannya, ada caranya, ada pemerhatinya, ada penilainya. jadi jaga-jagalah tindak tanduk, tutur kata dan niat..

Kepada yang suka mengamalkan budaya yg tidak positif ini cuba anda bayangkan.. dari sekarang hingga 15 tahun akan datang nanti, setelah anak-anak kita dewasa, mereka join facebook misalnya.. dan lihat apa yang ibu dan ayah2 mereka komentarkan di internet (fbook, blog dll platform). Mereka tengok bermacam maki hamun yg ada... Pendek kata ini amat2 tidak baik..




Setiap tindakan akan meninggalkan sejarah dan kesan.. TQ.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 18 October 2009

Limpahan Pendatang Asing di Malaysia


Dahulu kerajaan telah berusaha untuk menarik pelabur2 luar untuk melabur di negara ini. Dipendekkan cerita bukan pelabur sahaja yang masuk tetapi pekerja mahir, pekerja sederhana mahir dan buruh2 luar pun masuk sekali.. Sejak awal tahun 90an kebanjiran mereka di sini telah dapat dirasai terutamanya dalam indusri khususnya sektor perkilangan dan pembantu rumah.. kini hampir lebih 10 tahun.. mereka bukan sahaja dalam perkilangan tetapi dah berkembang ke segenap bidang kerja seperti kawalan keselamatan, pertanian dan perladangan, restoran kedai makan pun dah ramai orang mereka yang masak, pekerja pembersihan, menjaga urusan di stesen-stesen minyak.. Di stesen minyak PETRONAS pun ada ;) dan lain-lain lagi yang mungkin saya tak perasan.. Isu pembantu rumah sebagai contoh mendatangkan banyak masalah.. Orang Malaysia kena belajar hidup tanpa pembantu rumah agaknya.. Jumlah tahunan aliran keluar wang negara ke negara asal mereka juga besar.. isu-isu sosial jangan ceritalah.. BANYAK!!..

Banyak faktor yang menyumbang  keadaan ini.. Antaranya sikap orang Malaysia itu sendiri.. malas nak ceritalaahh.. masing2 dah tahu dah..Faktor lain yg turut menyumbang kepada limpahan pekerja asing juga adalah kerana jumlah tenaga buruh yg tidak mencukupi, juga kerana kos upah kepada pekerja luar yg lebih rendah.. ini menguntungkan majikan.. Apapun bukan faktor yang hendak saya ketengahkan di sini tetapi kerungsingan.. Bayangkan di Lembah Kelang sahaja, hampir 1/3 penduduknya adalah pendatang dan pekerja asing.. Sumber ini adalah meminjam dari kata-kata Dr Khir Toyo semasa beliau keudara di AWANI beberapa hari yg lalu.



Apa yang menjadi kerungsingan kepada saya dan mungkin rakan sahabat rakyat Malaysia yang lain ialah sampai bila keadaaan ini akan berterusan.. Memanglah mereka menyumbang kepada kemajuan negara tetapi janganlah sampai jumlah bilangan mereka menjadi sama banyak atau melebihi pulak orang tempatan.. Ini tak patut dan tak sesuai.. Mungkin pihak-pihak yang berkenaan dan ada kuasa boleh mengkaji semula polisi dan dasar yang berkaitan dan hadkan jumlah mereka disini. Khususkan mereka dalam sektor2 tertentu sahaja seperti perladangan dan perkilangan sahaja misalnya. kalau boleh kecil, kecilkan lagi skopnya. Janganlah nanti sehingga hendak mewakili negara dalam sukan pun kita guna pemain import... eh silap.. saya ambil contoh lainlah... Janganlah nanti sampai untuk menyewa rumah di KL.. tiba2 tengok pemiliknya warga asing.. Orang Malaysia menyewa rumah daripada Orang Bangladesh di Malaysia.. kan kesian bunyinya tue.. Adakah ini harga kepada kita untuk mencapai negara maju?

Diharapkan model ekonomi baru yang akan diketengahkan oleh barisan kepimpinan negara nanti akan melihat semula aspek lambakan pekerja asing ini.. 

Orang Malaysia pun janganlah manja sangat terutamanya generasi muda yg hanya nak merempit dan buat kerja yg bukan-bukan sahaja.. Salurkan tenaga tu ke jalan yang baik.. Kesedaran bermula dari rumah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bulan Bahasa Kebangsaan


Selepas membaca blog tulisan Saudara Faisal Tehrani, suka juga untuk saya membicarakan tajuk Bahasa Melayu / Malaysia ini. Apa tidaknya sayakan orang Melayu.. Bahasa Jiwa Bangsa!

TPM telah melancarkan bulan Oktober ini sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan. Saya pun tahu apabila membacanya di blog orang lain.. Maknanya disini, usaha oleh kerajaan untuk "MULA" memartabatkan BM tu ada, cuma tak cukup berkesan.. sbb ramai yang tidak sedar..

Kebiasaannya, saya rasa pihak DPB selalunya "ditembak" apabila kita memperkatakan tentang isu Bahasa Melayu.. kerana mereka adalah Dewan yang menentukan penggunaan setiap istilah dalam BM di Malaysia ni.. DBP menentukan skema penggunaan bahasa yang betul di tempat dan ketika yang betul. Tetapi mungkin ramai antara kita yang tidak sedar sebenarnya DBP lebih kepada memberi panduan dan nasihat sahaja.... takde bidang kuasa untuk menegur dan mendenda pesalah-pesalah bahasa ini.. Jadi wujudkan penyalahgunaan istilah yang tidak betul dan bertepatan pada tempatnya seperti di papan-papan tanda iklan, penulisan dan sebagainya.

Berbalik kepada bulan Oktober tadi, saya ingat kerajaan perlu ubah cara untuk adakan sesuatu KEMPEN berkaitan bahasa ini.. untuk BM ni, ia tidak cukup dalam 1 bulan.. Mungkin perubahan secara berperingkat-peringat dan tersusun (mengambil sedikit masa) boleh dilaksanakan. Ia perlu mengambilkira perkara2 yang terfokus kepada masalah pokok iaitu longgarnya penggunaan bahasa itu sendiri dalam aspek pendidikan dan ekomomi. Jadi dengan ini mungkin kerajaan boleh melihat 4 perkara ini dahulu iaitu :



1. Usaha penterjemahan buku-buku ilmiah dari bahasa luar ke bahasa Melayu perlu ditingkatkan segera..
 
2. Perluaskan skop DBP sehingga ianya boleh menyaman pesalah Bahasa ini..

3. 100% ubah semua kenyataan / tulisan di premis perniagaan ke BM.. (Iklan, tanda Harga, promosi dll)
Kalau boleh tulis JAWI lagi bagus..hehehe..

4. Beri insentif potongan cukai kepada mana-mana perniagaan yang 100% mengguna BM dalam operasinya (aspek surat menyurat dan dokumentasi).

Ada terdengar mengenai di Brunei, bahasa pengantar di sana adalah Bahasa Inggeris ;)
Dalam Perlembagaan Negara, BM adalah bahasa kebangsaan tetapi semakin diketepikan pulak.. kan pelik tu....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 17 October 2009

Malaysia.. Tak Bersih dan Tak Indah


Meminjam petikan daripada Blog NOBISHA (Saudara Norizan Sharif.. selalu bercakap di Astro AWANI) :
" Rumput panjang di merata-rata tempat. Iklan haram ditampal di pokok-pokok, pondok telefon, dinding kedai dan tiang elektrik. Kain pemindang bergantungan di pagar-pagar bangunan. Bekas minuman dan bungkusan plastik bersepah di pinggir jalan. Itu belum lagi lantai kedai makan yang penuh dengan puntung rokok yang menjijikkan dan tandas yang berbau hancing. "

Saya tambah sikit lagi..
Cuba lihat keadaan di lorong2 belakang bangunan, longkang2, sungai2, kawasan air terjun, halaman rumah juga, sampah2 lepas pasar malam/tani/minggu dan banyak lagi laah..

Jika ditanya kepada saya soalan :
Apakah perkara yang paling anda tidak puas hati di Malaysia?

Jawapan saya :
Malaysia tidak bersih, sampah sarap merata-rata, tarikan keindahan failed dan ini amat memalukan.
Disini maksud saya bukanlah disemua tempat, tetapi kebanyakkannya..



Antara yg boleh di beri pujian adalah antaranya kepada PBT di Sitiawan, Perak (Tiada sampah bersepah) dan Bandaraya Melaka (Lanskap yg indah & menarik)... Kebersihan tanggungjawab semua, baik individu, pihak berkuasa, sektor industri dll..



Cuma masalahnya bila melibatkan individu, payahlah untuk kita memastikan kebersihan Malaysia ni dijaga sebaiknya.. Apapun sistem pendidikan sekai lagi harus mendidik generasi secara dari kecil mencintai kebersihan dan keindahan persekitaran.. Orang Malaysia mungkin sekarang ni dah lali dengan kotor dan semak samun dan sampah2 ni... jadi, sekali lagi Pihak yang ada KUASAlah yg boleh menggunakan kuasa mereka. Sekiranya Polis boleh saman orang yg langgar kesalahan lalulintas, kenapa tidak pergiatkan SAMAN untuk jenayah kebersihan ni..

Mmg bukan senang dari aspek perlaksanaan dan operasi tetapi sekurang-kurangnya dapat menambahbaik dari semasa ke semasa.. Perketatkan undang2 dan giatkan PENGUATKUASAAN!! Tiru jer mcmana Singapura buat.. PBT lantik seberapa yg cukup anggota pemantau.. ronda secara bermusim atau mengejut semua premis (perniagaan / persendirian) terutamanya di lokasi strategik yg ada ramai pelancong datang.. seperti di Petaling Street... Kotor benar saya tengookkk.... tikus berlari-lari dicelah kaki pelancong Mat Saleh..

Pengurusan sampah pun kena dilihat semula.. Tong sampah yg ada sekarang kena diinovasikan.. sbb kapasiti cukup2 jer... bila dah tak buat.. lebih memburukkan keadaan.. kena fikir dan fikir lagi dan ikut cara negara maju mcm Jepun... Tiba2 teringin plak nak pi Jepun..hehehe.




Nilai baik dari segi kebersihan ni ada di negara2 maju.. Kita nak menuju negara Maju tetapi masalah sampah dan kebersihan yg tak susah nak fikirpun tak selesai2 lagi.. Tak bermakna kita panggil orang luar untuk datang tgk negara kita yang banyak sampah dan tak cantik ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 15 October 2009

Cadangan Bank Belia oleh Pemuda

Semalam, dalam Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC, Pemuda mencadangkan agar kerajaan mewujudkan beberapa inisiatif khas untuk golongan belia. Saya fikir tentunya Pemuda telah membuat kajian dan mengumpulkan data-data yang lengkap sebelum mengutarakan cadangan ini. Salah satu daripadanya adalah diwujudkan satu Bank Belia / Pemuda untuk memberikan galakan kepada generasi ini khususnya dalam bidang keusahawanan.



Sebagai seorang belia, saya melihat perkara ini amat positif dan harus disokong. Walaupun ada diantara golongan belia yang berada dalam arus perjuangan UMNO dan juga arus-arus perjuangan yang lain-lain, saya fikir apabila diketengahkan suatu idea seperti ini, kita semua harus menyokongnya. Sebab!!... sebabnya Pemuda UMNO ada pengaruh dalam UMNO dan Kerajaan. Suara mereka boleh didengar oleh PM dan TPM serta semua yg lain.. Ini adalah isu pokok yang melingkari permasalah kehidupan generasi muda sekarang ini khususnya para lepasan institusi pelajaran diperingat menengah dan tinggi..

Pengujudan Bank Belia Bagus! .. tapi mesti ada juga yg akan tak sokong tu.. biasala kan di Malaysia..
Inisiatif peruntukan anak pertama.. Bagus!!
Diskaun kereta nasional pun BAGUS!!
Tabung Pinjaman Perumahan.. Amat Bagus!!
Baucar belian barangan bayi.. Bagus juga... hmmm...

Saya fokus kepada keusahawanan :
Disamping Bank Belia tadi, saya fikir Pemuda harus menggeesa kerajaan menggerakkan mana-mana "agensi" dalam kerajaan yang terlibat secara langsung dengan keusahawanan ini untuk menggerakkan & menggalakkan generasi muda dalam perniagaan & keusahawanan. Mungkin ada agensi-agensi berkenaan yg berfungsi untuk melahirkan usahawan khususnya untuk generasi muda tetapi mungkin golongan belia ni tak tahu mengenainya.. Apa yg lebih penting bagi saya yg mungkin mejadi masalah utama dalam keusahawanan ini adalah aspek PemasaraN, PEMASARAN dan Pemasaran BerTERUSAN..



Untuk jangkamasa panjang budaya keusahawanan tu patut diterap dalam silibus pendidikan. Saya pernah tulis dalam tajuk sebelum ini .. "Cadangan Kepada Sahabat di Kementerian Pendidikan". Budaya berniaga ni la yang perlu ditanam terutamanya dalam bangsa Melayu, kerana bangsa lain (Mcm Cina) dah memang tertanam dalam diri mereka. Semasa dunia menghadapi masalah ekonomi sekarang kita dapat lihat Orang Bangsa Cina & Negara China tidak terjejas sangat.. Kenapa? Sama-sama kita fikir.. Rajin adalah biasa bagi mereka sedangkan MALAS adalah biasa bagi Melayu..hehe..

Sokong Apa Yang Patut Disokong ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 10 October 2009

Cakap Sini.. Cakap Sana..


Boleh dikatakan setiap hari kita dapat melihat dan mendengar di TV tak kirakah di saluran percuma ataupun berbayar.. macam-macam forum dan sesi perbincangan yg diadakan. Pelbagai topik dan perkara yg dibincangkan dan dikupas oleh panel yg dijemput. Daripada sekecil-kecil isu hinggalah ke isu-isu global dan serantau yg lebih serius & berat.






Daripada pengamatan saya yang tidak seberapanya ini MUNGKIN hampir separuh daripada perkara yang dibincangkan ada menyentuh kepada inginkan perubahan dan penambahbaikan dalam pengurusan pentadbiran negara juga parti-parti politik. Memanglahkan begitu.. sebab... asas kepada kejayaan sesebuah negara terletak pada pengurusan kerajaannya, kalau tidak tiadalah timbulnya tag line "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Apa yang menarik perhatian saya di sini adalah MUNGKIN impak @ hasil perkara yang dibincangkan tidak sampai kemana akibat ianya hanya bernoktah setelah siaran program berkenaan tamat. Lebih tidak meninggalkan kesan ialah penonton yang sepatutnya mengikuti program berkenaan tidak mengikutinya.. Mungkin audien yang disasarkan untuk menonton program berkenaan tidak menonton dek kerana tidak maklum tentang program berkenaan terlebih awal.. ataupun mereka memang tidak menonton TV. Itu hak mereka kita tak boleh nak buat apa ;)

Jadi saya menyarankan agar pihak-pihak yang terlibat dalam membuat dasar atau polisi khususnya pegawai-pegawai diperingkat tertinggi dalam kerajaan dapat mempertimbangkan apa sahaja syor-syor, hujah dan pandangan ahli panel dalam program perbincangan berkenaan yg mungkin bernas dan boleh dilaksanakan dalam isu-isu tertentu yg diperkatakan.. kadangkala sesuatu penyelesaian ataupun perubahan itu agak sukar dibuat @ dicetuskan oleh orang dalam. sebaliknya lebih mudah dicetuskan oleh orang luar ataupun pelanggan kita.. begitulah keadaannya.. Mungkin Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan boleh memainkan peranan dalam hal ini..

Salah satu contoh yang boleh saya pinjamkan daripada salah satu perbincangan di TV yang saya tonton beberapa minggu lalu yang menyentuh dalam menambahbaik promosi pelancongan Malaysia diluar negara. Malaysia dilihat oleh panel berkenaa agak perlahan seolah-olah tiada idea baru untuk mempromosikan Malaysia di luar. Dari dahulu hingga kini tiada apa produk baru pelancongan yang hebat untuk dipromosikan.. Thailand, Singapura dan Indonesia sendiri telah lebih maju dalam mempromosikan pelancongan mereka.. Sepatutnya dengan kelebihan dari segi kestabilan sosiekonomi dan politik yang ada di Malaysia ia harus dipergunakan sebaik mungkin untuk menarik lebih byk pelancong khususnya dari Timur Tengah.. Akhirnya... cakap sini cakap sana.. Tetapi...perhatian dan tindakan macamana?

Bagaimana dengan hasil kempen yang macam2 : kempen  tidak merokok, budi bahasa, sikap di jalanraya, kitar semula, pemuliharaan alam, gaya hidup sihat, anti dadah, hapuskan denggi dan sebagainya.. Adakah berjaya?

Seolah-olah sekarang ni orang kita ibaratnya asyik bercakap, bercakap & terus bercakap... berbuih-buih mulut.. tetapi masih ramai yg masih reti-reti juga...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 8 October 2009

Info Kesihatan : Tabiat Merokok, Kesan & Akibat


Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.




Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal


Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya rokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar

- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


"SETIAP Sedutan, Membawa PADAH"


Sumber


- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 7 October 2009

Sentiasa Nampak Baru


Kata Mat Saleh "Always looks new!!"

Semasa raya yang lalu, saya berjumpa seorang kawan lama.. Kenalan yg juga tahu dimana saya bekerja sekarang. Pejabat saya mempunyai banyak Pusat Tangungjawab di seluruh negara. Almaklumlah, agensi berkaitan perladangan dan pertanian.. getah..

Tetapi yang tak best nyer ayat pertama yang dia kata ialah "Apa laa pejabat ko ni.. cawangan di Pokok Sena, Kedah... teruknyer bangunan.... x cantik langsung"...
Dalam hati saya.. entahlaa.. mungkinlah kot...

Moralnya disini ialah apa sahaja benda sepatutnya perlu sentiasa nampak cantik dan kemas perlu sentiasa begitu. Kalu nampak macam baru lagi bagus! Macam kereta saya ni.. 5 tahun lagi ;)



Hello...!! bukan kereta sahaja, pakaian, rumah, bangunan, tempat tinggal, pejabat, taman permainan, jalan, jambatan, LOT KEDAI, tempat pelancongan, PREMIS PERNIAGAAN, tempat riadah dan lain-lain lagi kalau boleh nampak baru perlu dinampakkan macam baru.. janganlah dek kerana peredaran masa dan zaman ianya pun mula susut dan dihakis lusuh tak berseri... hubungan suami isteri pun kena macam baru juga..



Kalau rumah tu perlu cat.. sapu laah cat.. macam orang Melaka.. mereka ni mmg suka tukar warna rumah setiap kali raya.. tahun ni kuning, tahun depan hijau, dan seterusnya. Bukan macam rumah di Perak.. tak cat langsung... bukan semua.. tetapi kebanyakkannya.

Muka boleh sentiasa nampak baru ker? tentulah tak boleh. Tapi cuba sentiasa berfikir yang wajah anda adalah wajah anda yang baru setiap hari. tak kisahlah samada anda muda atau sudah terlajak muda ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kekuatan Bangsa Melayu


Salam,

Dahulu ada ungkapan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia".
Beberapa ketika dulu ada juga ungkapan "Melayu Mudah Lupa".
Kini .. saya fikir mungkin "Di manakah Melayu?" Di mana Melayu dalam pendidikan, di mana Melayu dalam perniagaan dan pegangan aset & sebagainya. Akan datang ... panjang umur, kita kena tunggu dan lihat ungkapan apakah pula yang akan dilabelkan kepada bangsa Melayu..





Bagi saya persoalan 'Kini' diatas perlu disebut begini :
" Mengapa Melayu Jadi Begini ? "

Saya tinggalkan persoalan ini kepada sesiapa sahaja diluar sana untuk memberikan pandangan dan respon..

Terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panduan Menghadapi Kematian


Semasa dalam bulan Ramadan 1430 yg baru lepas, saya ada terlihat rancangan Fardhu Kifayah kendalian Datuk Hassan Din Al Hafiz di ASTRO Oasis. Ia membicarakan tentang bagaimana persediaan dan tindakan yg harus dilaksankan apabila kita menghadapi kematian terutamanya kematian orang yang terdekat dengan diri kita seperti ahli keluarga. Rasanya program ni dah lama.. cuma saya yang baru tahu ;)

Ringkasnya yang sempat saya catat untuk dikongsikan pada semua adalah :

  1. Mula-mula tutup mata dan mulut simati jika terbuka (urut perlahan-lahan)
  2. Ikat kepalanya (lilit dagu - kepala)
  3. Baringkan tubuhnya menghadap kiblat dan letakkan tangan seperti dalam qiam
  4. Tanggalkan semua bajunya dan selimutkan tubuhnya. Jangan terlalu tebal takut merosakkan tubuhnya.
  5. Maklumkan semua saudara mara, rakan taulan dan masyarakat sekeliling akan berita kematian.
  6. Uruskan perkuburannya.
  7. Dapatkan maklumat hutang dan selesaikan hutang simati.
  8. Uruskan jenazah - mandi, kapan, solat jenazah dan dikebumikan..





Semoga semua roh ahli keluarga kita yang telah pergi sebelum ini sentiasa dicucuri rahmat Illahi.. Ameen.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 6 October 2009

Kehidupan Bandar VS Luar Bandar


Saya amat-amat bersemangat untuk membicarakan perkara ini.. Kehidupan di bandar dibandingkan dengan kehidupan di luar bandar.. kampung la maksud saya. Tetapi untuk skop yg lebih terperinci lagi ialah kehidupan di KL dan luar KL.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, suka untuk saya memberikan nasihat ini kepada generasi muda yang ada sumber di kg (aset seperti tanah atau kebun) yang baru habis belajar atau telah tamat pengajian (terutamanya yg berada pada tahap sederhana dan rendah dalam akademik) untuk terus membina kehidupan dan kerjaya yang lebih baik di kampung / luar bandar. Bukan laa maksud saya disini untuk menidakkan peluang mereka di bandar tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan sahaja.

Bandar secara umum memberikan banyak peluang dalam kehidupan kita.. samada bagi generasi lepasan pengajian mahupun yg telah lama bekerja. Peluang untuk membina kehidupan, kerjaya, pendidikan, perniagaan, networking dan macam-macam lagi mmg banyak. Mana tidaknya, dibandarlaa pun adanya pusat-pusat yang pelbagai.. Pusat membeli belah, pusat snoker, pusat kareoke, pusat video, pusat bandar, terpusat-pusat ;) dan macam-macam lagi pusat yang ada serta kemudahan yg terkini..

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna luar bandar dan kampung ini tidak dapat memberikan apa-apa kepada kita. Kalu macam tu takde maknalah wujudnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Kita dapat lihat sehingga kini, kemajuan semakin brtambah di bandar tetapi di kemajuan luar bandar agak perlahan. Ini adalah sesuatu yang tidak seimbang bagi saya. Seharusnya kadar penghijrahan generasi muda Melayu khususnya ke bandar tidak harus berterusan. Ini adalah kerana di masa ini kita dapat lihat dikampung2 misalnya yang tinggal di rumah2 hanyalah golongan tua atau pesara sahaja. Apabila mereka telah tiada nanti (meninggal dunia), adakah anak-anak mereka akan tinggal disitu pula mengganti mereka. Mungkin ada, mungkin tidak.. Kalau tidak siapakah yg akan menjaga dan meneruskan penjagaan kepada harta pusaka yg ditinggalkan?



Jadi saya menyeru agar sesiapa sahaja yg membaca blog ini agar jangan lupa kepada tempat asal kita (luar bandar). Lainlah kalau anda memang 100% berasal dari bandar.. tapi saya fikir.. bandar itupun sendiri berasal dari luar bandar. KL seuatu ketika dulu kampung juga ;)

Akhirnya, saya ringkaskan perbandingan kelebihan hidup dikampung berbanding di bandar besar seperti KL yang mungkin ada diantara kita yang tidak ambil kisah dan x membawa apa-apa makna pun tetapi bagi saya boleh difikirkan.

1. Hidup di kampung belanjanya murah. Kalu rajin bercucuk tanam lagi x perlu keluar duit sayur.. tanam sendiri jer

2. Tak perlu bersesak-sesak beratur panjang di mana2 kaunter bayaran @ bank @ pej. pos dll

3. Tak susah nak letak kereta / motor bila ke mana-mana.

4. Tiada trafik jem. (di KL hujan baru jatuh dua tiga titik pun dah sume slowkan kenderaan)

5. Boleh tinggal di rumah dengan halaman rumah yang luas. Kat laman rumah boleh tanam mcm2 pokok lagi.

6. Menghirup udara segar setiap hari... kat KL hidu asap kete jer selalunya kalu naik motor laa..

7. Tak perlu keluar awal ke office (elak jem) dan boleh balik awal ke rumah (bukan malas tp tidak stress sgt)

8. Tidak perlu nak bayau tol. Jadi tak perlu nak pikir dalam kepala bila nak topup Touch & Go setiap bulan.

9. Bayaran sewa apa-apa pun murah... sewa rumah, sewa kanopi, sewa bilik dll.

10. Harga hartanah yg jauh lebih murah. Seorang yg beli apartment di KL kalau duk di kg boleh bina Bangalow..

11. Dekat dengan ibubapa dan saudara mara (jika masih ada)

12. Sesetengah tempat di kampung pegi balik keje amik masa 1 hingga 2 minit jer, tapi di KL boleh jadi 1 hingga 2 jam..haha.. macam saya.

13. Di kampung boleh dengar bunyi ayam berkokok di waktu pagi.. Di KL tak dengar pun..

14. Di KL kenduri kawin selalunya kena buat di dewan (kena sewa dewan), tapi di kampung boleh buat kat laman jer..

15. Pendatang dan warga asing kurang di kawasan kampung... tapi di KL macam2 orang ada..

16. Orang kampung kebanyakkannya sarapan dirumah. orang KL?..
17. Terakhir.. kalau menetap di kampung, bila time musim cuti atau perayaan, tak perlu susah2 macam orang lain yang kena balik ke kampung.. sbb dah memang berada di kampung.. melainkan kena balik kampung isteri atau isteri-isteri di tempat lain..hehehe.

Sebenarnya saya tulis ni sebab saya amat jeles dengan orang yang bekerja dan menetap di kampung..
Jgn fikir orang KL tu kaya.. sebenarnya orang di kampung tu lagi kaya...hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...