Hari ini saya terlewat sampai ke pejabat. Lewat 16 minit. Dah 2 kali merah bulan ni ;) Menetap di Lembah Kelang ni sebenarnya kita kena bijak dan lebihkan MASA untuk sesuatu perjalanan... Perjalanan ke tempat kerja, mesyuarat, temujanji atau majlis-majlis tertentu.. Al maklumlahkan.. Jarak 25 km untuk perjalanan dari Alor Gajah ke Bandar Melaka mengambil masa dalam setengah jam tetapi untuk jarak yang sama antara Ampang dan Petaling Jaya pula BOLEH mengambil masa 1 jam.. Bayangkan perbezaannya.
Bila dah sampai lewat di pejabat, kita kena isi borang datang lewat.. Kena ikut peraturan.. Alasan kenapa lambat mesti dicatatkan.. Semasa menulis saya berfikir alasan yang hendak ditulis ke borang berkenaan.. emang jalan sedikit jem hari ini... entah kenapa banyak pulak kereta di hadapan Muzium Negara menghala ke Masjid Negara.. Mula-mula saya hendak tulis "Kesesakan lalulintas di sekian-sekian tempat"... Tetapi tiba-tiba tangan dan jari terhenti.. tiba-tiba terfikir.. kenapa aku salahkan kesesakan tadi... kenapa tidak fikirkan benda dan faktor lain dahulu seperti kesalahkan diri aku sendiri.. Ya!!... aku sebenarnya yang menjadi alasan kenapa aku lewat hari ini.. Saya tulis tu di borang dan hantar kepada pegawai yang bertugas untuk ditandatangani sebagai pengesahan dan rekod di jabatan...
harap diberi tiruan kepada orang lain
ReplyDeleteTiada masalah.. apa yang baik tu ambil sahaja..
ReplyDelete