Friday 28 April 2017

Amanah Bekerja 8 Jam




Sehari normalnya waktu pejabat adalah selama 8 jam. Masuk jam 8:00 pagi dan pulang jam 5:00 petang. Daripada jam 8 hinggalah jam 5 tu sepatutnya kita fokus dan bekerja secara berhasil atau dalam bahasa orang sekarang, "produktif". Pekerja yang berhasil bagi saya adalah seorang yang mencapai sasaran yang ditetapkan. Jika disasarkan melaksanakan 10 kerja sehari, beliau dikatakan produktif jika 10 kerja tersebut siap beliau kerjakan. Sebaliknya jika 8 sahaja yang beliau berjaya siapkan, ini bermaksud dia perlu berusaha lebih lagi di hari seterusnya. Tapi 8/10 itu pun sebenarnya agak memuaskan juga.

Mari kita lihat disudut penggunaaan masa bekerja. Adakah betul-betul 8 jam itu kita bekerja. Tolaklah dulu beberapa minit untuk buang air, sembang kosong, minum air, bergerak ke printer dan pergi makan, rasa-rasa berapa jam yang tinggal untuk benar-benar kita bekerja. Sebenarnya jika kita tidak berhati-hati mengurus masa, banyak masa terbazir begitu sahaja tanpa penghasilan yang dibuat. Dalam kes ekstrim, mungkin masa yang betul-betul kita bekerja hanyalah beberapa jam sahaja. 3 jam atau 4 jam. Separuh hari tu buat benda sia-sia sahaja.

Itu tak masuk lagi sibuk melayan mesej Whatsapp, melayari internet melihat benda yang tak berkait dengan kerja, buat kerja lain (berbisnes pulak) ataupun shopping di LAZADA :)

Mari kita fikirkan adakah kita betul-betul bekerja bila kita dah berada di pejabat pada jam 8 tersebut. Bila masa yang benar-benar kita mulakan kerja. 8:10? 8:20 atau 8:30?  Disebelah petang sebelum baliknya pula adakah kita benar-benar berhenti setelah jam 5 ataupun 10 minit sebelum jam 5. Cuba semak diri kita di mana?

Betul, kita bukan robot yang memang akan buat 100% seperti yang diprogramkan. Kita adalah manusia. Manusia tidak sama dengan robot. Tetapi kita seharusnya memaksimakan gerak kerja mengikut amanah yang telah diberi.

Amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri kita dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Itulah kerja kita sepatutnya untuk 8 jam itu. Jadi, jika kita sedar kita silap, kita reset balik diri kita. Jadilah pekerja yang betul-betul bekerja!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 13 April 2017

Projek Tahun 2017

Sebenarnya dah lama niat di hati nak menulis buku. Di luar sana pun banyak rupanya kursus dan sifu-sifu penulisan yang mengajar cara dan bagaimana nak menulis. Walaupun dengan menulis buku bukanlah boleh menjanjikan kita mewah atau jadi jutawan, tapi saya mengambil pendekatan menulis untuk sebarkan kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Tapi apakan daya. Masa tak beberapa nak ada untuk hadir semua kelas-kelas tu.. alasan.. kita memang pandai mencipta alasan kan..hehe.

Baiklah, dengan ini saya bocorkan rahsia dan impian saya untuk tahun 2017 ni. Saya rancang untuk hasilkan satu penulisan atau buku berkaitan penjawat awam. "Penjawat Awam Ideal". Macam tak menarik jer kan tajuk ni. Tak mengapa, tajuk tu nanti kita boleh olah balik.

Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk menulis dan nak gambarkan rupa dan wajah yang sepatutnya ada pada setiap penjawat awam di Malaysia ni. Penulisan ni bukan nak sentuh hal dasar, peraturan atau polisi rasmi kerajaan, tapi lebih kepada usaha untuk melihat suasana kerja, perjalanan dan karisma yang lebih baik wujud dalam kalangan penjawat awam sebab saya pun penjawat awam!

Doakan saya mula menulis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 12 April 2017

Kosongkan Gelas Bila Kita Nak Belajar



Guru kita boleh jadi sesiapa sahaja. Bukan semata-mata cikgu yang mengajar di sekolah atau sifu-sifu yang terror-terror yang ramai di luar sana tu, tapi sesiapapun sahaja yang memberitahu apa yang kita belum tahu. Nampak tak tuan yang di tengah-tengah tu. Dialah Mr. Vijay Kumar yang baru-baru ini saya follow kelas dia untuk belajar merekabentuk sistem aplikasi komputer. Yang lain-lain tu siapa lagi kalau bukan rakan-rakan seperguruan. Excited belajar sampai terangkat kaki bila disuruh buat free style :)

Sikit coretan untuk saya share kali ini ialah bila kita pergi belajar, kita kena sediakan bekas untuk menadah ilmu yang nak dicurahkan. Jangan sombong sebab bekas yang dah penuh air takkan dalat simpan air yang dicurah. Rugi dia tumpah balik jatuh ke lantai. Biarpun benar kita pandai sangat, adab bila nak menuntu ilmu, kita sebagai pelajar kena merendahkan diri agar mudah guru mencurahkan ilmunya daripada atas. Benda yang mengalir mestilah daripada aras tinggi turun ke bawahkan? Pernah ke kita tengok air mengalir naik ke atas. Kecuali dipam dengan pam motor..hehe..

Seronok juga belajar ni, sebab sebenarnya daripada cikgu tu yang paling berharga adalah pengalaman bertahun-tahun yang dia lalui. Bila dia share, kita dah jadi sebahagian daripada pengalaman beliau tu. Itu memang tidak boleh dibeli. Hargai sesiapa sahaja guru anda. Haiwan, tumbuhan dan alam ni pun boleh jadi guru kita. Jangan tak percaya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...