Saturday 11 July 2015

Orang Kita Sedang Berusaha Menghabiskan Duit Gaji

Hari ni berbaki kurang seminggu untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya pun sama bersama isteri dan budak-budak ke pusat-pusat jualan dan pasaraya bagi membeli keperluan rumah dan raya juga.

Seawal 9:30 pagi, sebuah pasaraya tempatan dah penuh dengan pelanggan yang membeli belah. Almaklum, kebanyakkan kita baru dapat gaji rasanya.

Energi yang dapat saya rasakan ialah masing-masing teruja nak membeli itu dan ini. Baju raya, kuih raya dan kelengkapan rumah antara yang dicari.

Harapnya sambil berbelanja tu, kita boleh bertenang seketika dan fikirkan betul-betul apakah perlu perkara tu dibeli. Baju dan pakaian kalau dah ada, rasanya tak perlu nak tambah-tambah sangat lagi. Kena berpada dalam membeli. Takut belum sempat hujung bulan, gaji dah kering. Kengkadang, ada baiknya juga memiliki sifat dan bakat seorang yang kedekut. Duit tak mudah bocor tak tentu hala.

Saya ketika ni, sedang duduk di sebuah kerusi menunggu isteri membeli barang-barang. Entah apa agaknya perkara yang diluar senarai asal yang akan dibelinya :)

Satu tips menabung yang saya peroleh dari Tuan Shamsuddin Kadir, seorang perunding dalam pengurusan kewangan semalam: Setiap masa bila terima duit hijau/si hijau (RM5.00) semasa transaksi jual beli, tangkap dan selamatkan dalam tabung, jangan dibelanjakan. Nak hebat lagi buat benda yang sama untuk si merah (RM10.00).

Semoga semua kita semakin sedar dan bijak menguruskan duit. Supaya kebocoran duit dapat diminimakan tidak kepada benda yang tak perlu.

#SelamatBerpuasa
#BerhemahDalamBerbelanja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails