Tuesday 28 May 2013

Kita Boleh Belajar dari Sesiapa Saja

Baru-baru ni seorang kenalan, sahabat dan merangkap anak buah di pejabat bertukar ke bahagian lain.. Beliau yang saya kenal seorang yang matang, suka berterus terang dan bijak menguruskan kehidupan. Sebagai pegawai yang berada paling hampir dengan beliau, banyak perkara yang saya belajar dan ambil iktibar daripada beliau. Apabila kita sudah lama bergaul dengan seseorang, sedikit sebanyak tempias kelebihan orang tu kita bolehlah dapat sikit-sikit kan.. Mudah-mudahan beliau lebih maju jaya di tempat bertugas barunya, InsyaAllah..

Mungkin ramai daripada kita ni selalunya cuba melihat orang yang berada lebih tinggi daripada kita untuk kita contohi dan ikut... Biasanya kita melihat kepada orang yang lebih berusia daripada kita..   Betullah tu.. sebab mereka yang berada di atas dan orang lama ni, dah dulu makan garam. Mereka sudah melalui dan merasai sesuatu perkara itu sebelum kita merasainya.. Jadi mereka boleh menjadi contoh ikutan untuk kita..

Tapi barang diingat ya.. kadang kala berlaku juga yang mana kita yang berada di atas ni kena melihat dan mencontohi juga orang di bawah kita. mana tidaknya kan ;) Tengoklah mungkin ada di antara mereka yang lebih alim orangnya.. Mungkin mereka lebih berilmu dari kita.. Mungkin mereka lebih mahir daripada kita dalam hal-hal tertentu... Pendek kata, kita boleh mempelajari dan mendapatkan sesuatu manfaat daripada mereka juga..

Dari itu ingat-ingatlah kita semua, sesungguhnya kita boleh belajar apa saja daripada orang di sekeliling kita. Jangan sesekali kita memperkecilkan mereka kerana mungkin satu hari nanti kita mungkin akan terhutang budi dengan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails