Monday 18 April 2022

Usaha Kecil Pun Boleh Sumbang Kurangkan Pemanasan Global


 
Kita orang-orang biasa yang hidup zaman ni biasanya ada akaun emel. Emel rasmi dimana kita bekerja, emel yang didaftar masa belajar ataupun emel peribadi yang biasanya kita wujudkan lebih awal lagi. Sekarang ni emel boleh dikatakan sama pentingnya dengan alamat rumah. Setiap transaksi dalam hidup ni biasanya alamat emel turut diperlukan untuk melengkapkan butiran diri selain nama penuh, nombor telefon dan lain-lain.

Sebagai pengguna emel yang dah bertahun-tahun menggunakan satu-satu akaun emel tu pasti dalam inbox kita sentiasa terima emel-emel daripada pelbagai pihak. Dengan kesibukan hal kehidupan kita sehari-hari, selalunya kita tak sempat untuk buat housekeeping emel-emel yang ada dalam inbox. Ia boleh jadi emel-emel lama, emel-emel spam atau emel-emel yang kita abaikan dari membacanya selepas sekian lama.

Tahu tak dengan keberadaan emel-emel yang berada sekian lama ini memerlukan ruang (storage) di server. Tidak kita apa jenis emel pun, semua emel tersebut disimpan dalam ruang simpanan data (cloud storage) yang menggunakan sumber kuasa elektrik untuk memastikan data emel tersebut kekal dan sedia dicapai di situ. Penggunaan storage tu sebenarnya menyumbang kepada penggunaan kuasa elektrik yang mengakibatkan kepada pemanasan global yang sedang dunia alami masa ni. Bayangkan kita sebagai individu saja mungkin ada beratus emel terbiar begitu saja. Kalau ada seribu pengguna emel? sejuta? berbilian pengguna? Tidakkah betapa luar biasa jumlah emel-emel tu yang duduk diam di server. 

Jom, kita gerakkan usaha kecil kita, sentiasa buat housekeeping dalam inbox emel kita masing-masing. Bagi turun dan stabil sikit suhu dunia ni. Mungkin akan ada yang fikir payahlah nak delete dan cari emel-emel lama tu. Saya share tiga tips untuk nak memudahkan dan mengurangkan inbox kita dengan emel-emel lama dan emel-emel yang tak perlu:

1.  Gunakan fungsi search dalam inbox emel, pilih address pengirim dalam emel yang memang kita nak delete terus, tekan search dan delete all. Sekali gus delete semua senang.

2.  Unsubscribe emel-emel yang memang kita dah tak perlu pun. Dulu mungkin kita rasa nak terima emel-emel tu, tapi bila dah berlalunya masa, kita mungkin dah tak perlu nak terima semua maklumat yang ada. Sebab priority kita mungkin dah lain ketika ni.

3.  Jadikan satu habit untuk kita buat housekeeping.. setiap kali buka emel, cari dan pilih lima emel lama dan buang.


Moga ada manfaat. 

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails