Thursday 10 December 2009

WATAK KITA


Setiap hari kita dapat melihat di TV para pelakon memainkan watak mereka dalam cerita dan filem yang dilakonkan. Mereka berjaya melakonkan watak yang bukan watak sebenar diri mereka. Memang saya tabik kepada mereka kerana dikurniakan bakat yang besar untuk menjadi ‘orang lain’. Bayaran yang mereka perolehi juga kadangkala amat tinggi untuk sesuatu peranan dalam cerita itu. Kalau di Hollywood, Bollywood atau mana-mana wood-wood lagi mereka mendapat bayaran yang memang agak lumayan. Tak hairanlah kenapa ramai yang amat berminat untuk menceburi bidang ini. Penuh duit di kocek dan penuh glamour..



Beralih ke dunia realiti yang sebenar.. Kita juga merupakan pelakon-pelakon yang memegang watak kita masing-masing di atas pentas dunia yang luas ini.. Tak kurang juga yang tidak menonjolkan watak sebenar sebaliknya meminjam watak-watak lain di luar diri mereka..

Manusia biasanya juga akan memilih satu watak untuk dijadikan ikutan dan model kepada dirinya. Orang yang dikagumi dan dihormati oleh kita biasanya akan menjadi ikutan diri kita. Golongan anak-anak yang kecil lagilah mudah untuk mengikut apa yang dilihatnya. Peranan kita yang dewasa pula memastikan watak siapa yang diikutnya. Memang satu cabaran besar. Kalau ikutan itu baik maka, ada kemungkinan baiklah kita jadinya dan begitu juga sebaliknya. Apapun watak yang ada, yang pentingnya kita perlu tahu apakah tujuan dan matlamat kita berada di dunia ini, cuma kadangkala kita tidak beberapa nampak jalan yang benar ke arah matlamat yang dituju itu.

Kesimpulannya, pelbagai watak ada disekeliling kita di atas dunia ini. Ada baik dan ada jahat.. Ada hitam ada putih.. Kita pilih sahaja antara dua. Saya mengingatkan diri saya agar memainkan watak yang baik dan pilih jalan yang benar. Tidak kira siapa dan apa peranan dan tugas kita, pastikan watak kita putih dan melalui tindakan yang betul mengikut skrip perjalanan yang telah dipandu Kitab dan RasulNYA..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails