Tuesday 22 December 2009

Jangan Biarkan Diri Anda Dilabel Sedemikian Rupa






Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, saya ada membaca dan memerhati perkara yang berada di sekeliling yang berkaitan dengan pandangan seseorang kepada seseorang yang lain. Manusia ini saya fikir suka menilai sesuatu yang ada di depannya. Jika ada sesuatu tugasan yang diberikan oleh bos kepada kita yang pertama sekali kita akan cuba melihat nilai tugasan yang diberikan. Adakah ianya susah, senang, menyeronokkan, tidak seronok, membebankan dan sebagainya. Apabila kita berinteraksi dengan seseorang, dalam fikiran kita akan berlegar-legar percubaan untuk menilai samada orang itu baik, ikhlas, jujur, selesa, marah atau ada apa-apa perasaan terhadap kita. Setiap daripada kita juga sebenarnya saya fikir membawa label dan nilai yang tersendiri yang dibawa setiap hari.

Samada kita dilabelkan sebagai seorang yang positif  ataupun negatif, kebiasaannya kita TIDAK TAHU dan TIDAK PASTI kerana label itu hanya berada dalam kotak fikiran individu yang kenal dan berinteraksi dengan kita. Setiap daripada kita yang telah ada membawa label-label diri yang positif itu Alhamdulillah.. tetapi bagi kita yang masih terlekat dengan label yang negatif pula, cuba-cubalah cari jalan menanggalkan label negatif itu..  

Jika kita tidak peduli apa yang orang kata dan fikirkan, mungkin kita selesa dan boleh menjadi tenang, tetapi jika kita peduli apa yang orang kata dan fikirkan tentang kita, tentunya kita menjadi kurang selesa dan sering diselubungi keresahan dan tidak yakin pada diri..

Akhirnya, kepada tuan puan.. jika ada masalah jangan malu dan segan untuk meluahkan kepada sesiapa sahaja. Luahkan kepada rakan-rakan, pasangan atau sesiapa sahaja... paling mudah sekarang ni ialah di facebook :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Salam. Nukilan tuan amat baik dan bersesuaian sekali dengan situasi label-melabel (terutamanya label negatif) yang sering berlaku sekarang ini. Situasi begini cukup malang kerana terdapat individu-individu yang menjadi mangsa labeling ini - berpunca daripada hati yang kotor dan tidak luhur.

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails