Wednesday 16 December 2009

Sea Games Laos

Berita gembira buat peminat sukan negara apabila skuad bola sepak telah berjaya ke final. Sama-samalah rakyat Malaysia menyokong dan mendoakan kejayaan atlet Malaysia di sana. Malaysia Boleh!! Bola sepak tidak dinafikan sebagai sukan nombor 1 di Malaysia walaupun dipersada dunia dan Asia di kala ini kita tidak berada di tahap yang membanggakan. Untuk mencapai tahap dalam lingkungan pasukan terbaik dunia rasanya satu impian yang boleh dilakukan ( walaupun amat sukar & terlalu tinggi ) hanya perlu ada impian yang jelas, perancangan awal dan pendekatan jangka panjang yang penuh teliti dan sabar seperti hasil pasukan Jepun dan Korea sekarang. Apa pun saya melihat Malaysia harus mencapai dan berada dalam kelompok terbaik di peringkat Asia dahulu dan yang terbaik di peringkat Asia Tenggara.

Saya hanya mengutarakan pendapat sahaja disini, bukan untuk mengkritik sesiapa. Pihak yang bertangungjawab dan ada peranan dalam pembangunan sukan negara boleh memikirkan untuk bagaimana membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi daripada sekarang khususnya dalam sukan-sukan tertentu.

Bagi saya yang daif ini, di dalam sukan ada 2 bentuk sukan iaitu yang bercorak dan berasaskan faktor fizikal dan ketangkasan dan yang satu lagi berasaskan kemahiran dan daya tumpuan.. Memandangkan tubuh orang Malaysia yang agak kecil dan sederhana jika dibandingkan dengan susuk dan standard atlet dunia, Malaysia harus menekankan dan menambah fokus kepada jenis-jenis sukan yang lebih sesuai dan sepatutnya mampu oleh atlet kita meraih kemenangan..




Sukan seperti ragbi, bola sepak, olahraga, bola tampar dan bola keranjang misalnya tidak akan boleh (sukar) membawa Malaysia di tahap kelompok terbaik dunia.. Tetapi sukan-sukan lain yang tidak bergantung sangat kepada susuk fizikal harus dititiberatkan. Apa yang penting ketajaman kemahiran, ilmu, fokus, latihan, latihan, latihan dan "LATIHAN".... Antara sukan-sukan ini adalah seperti ping pong, bowling padang, billiard, memanah, golf dan juga permotoran F1 ;)

Sukan seperti badminton, sepak takraw, hoki, bowling, skuash sepatutnya dicari pelapis sebanyak yang mungkin dan berterusan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Syabas kepada skuad bola sepak Malaysia kerana memenagi emas di LAOS. Teruskan kecemerlangan ini dan kekalkan prestasi!

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails