Thursday 31 December 2009

Selamat Tinggal 2009.. Selamat Datang 2010....


Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya kurang daripada 15 jam lagi. Pelbagai corak dan warna perjalanan kehidupan yang kita lihat dalam sepanjang tahun ini. Pelbagai suka, duka, tekanan, kesulitan, kemusykilan, jatuh bangun, kepelikan, kesedaran, harapan, keputusan, perbincangan, forum, slogan, kempen, acara dan macam-macam lagi.





Dalam konteks Malaysia, saya melihat secara keseluruhannya Malaysia mengalami banyak pengalaman dan peristiwa yang memberi pengajaran dan panduan kepada semua baik kepada individu, keluarga, ketua masyarakat, peniaga, penjawat awam, pihak swasta, ahli korporat, “bloggers”, para pemikir, ahli akademik, ulama, parti politik, kerajaan, serta barisan kepimpinan Negara untuk lebih yakin dan bertanggungjawab menghadapai tahun 2010.

Tahun 2009 ini kita melihat pelbagai isu politik yang dihampurkan untuk tatapan dan penilaian rakyat baik dalam isu politik wang, perpecahan, tuduh menuduh dan sebagainya. Sehingga ke saat ini pun masih tidak sunyi di mana-mana media isu politik dan orang politik diperkatakan.

Dalam membela nasib rakyat, KPI dan NKRA telah diperkenalkan kerajaan. Perbincangan dan pembentangan telah ada tetapi mungkin ia lebih kepada butiran di atas kertas. Pada 2010 tentunya rakyat mahu melihat lagi kesannya yang terus kepada mereka. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berpendapatan tinggi tentunya adalah satu cabaran yang besar.

Pada tahun ini juga kita melihat beberapa kejadian dan tragedi yang berlaku yang turut mengorbankan nyawa. Bencana alam, tanah runtuh, kemalangan dan sebagainya. Aktiviti jenayah yang bermacam-macam taktik dan kekejaman nampaknya masih kita takuti dan kesalkan.

Fenomena di internet seperti facebook dan blog pada tahun ini turut lebih diketengahkan. Ianya adalah media yang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin. Ruang perbincangan dan jaringan manusia semakin luas dan dekat. Sudah ramai yang telah menyertainya. Ramai yang aktif dan serius memperkatakan isu-isu semasa serta ramai juga yang sekadar suka-suka dalam mengendalikannya. PM sendiri telah ada di facebook ;)

Segala tindak tanduk kita mungkin memberikan kesan samada baik, kurang baik ataupun tidak baik kepada masa hadapan. Ingatlah segala tindakan kita seharian akan dicatatkan markah. Tidak kiralah siapa kita dan dimana kedudukan kita.. masing-masing ada tanggungjawab yang harus dipikul dengan sebaiknya. Kalau memikul terlalu berat kita akan rebah juga nanti. Kalau memikul terlalu ringan itu tidak adil. Dan kalau tidak memikul langsung kita akan diketepikan nanti. Perlu ada keseimbangan dan berhati-hati dalam melakarkan sejarah kita ;) Apa pun yang pentingnya ialah mutu perkhidmatan kita.. apabila orang puas hati maka itu BAGUS!

Semoga azam yang kita tetapkan pada tahun hadapan lebih jelas dan realistik yang turut memberi manfaat kepada semua. Teguhkan prinsip diri kita, berusaha dengan rajin dan sentiasa bersemangat. Semoga Malaysia lebih maju, dingin, aman, sejahtera, indah, bersih ceria dan mendapat rahmat daripada Allah sampai bila-bila. InsyaAllah. Selamat Tahun Baru 2010.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. panjangnya...bleh tukar jadi reporter ni...hehe...selamat tahun baru kawanku...

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah buat kali pertama. satu entri yang komprehensif ttg insiden yang berlaku dalam tahun lalu. pendeknya dalam tahun 2009, macam-macam ada.

    ReplyDelete
  3. Saudara Faizal,
    Untuk tahun 2009 juga menyaksikan beberapa akar kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam mula dipersoal dan ingin dipermainkan oleh mereka yang tidak mahu faham. Spt hak peribumi, ketuanan Melayu, kontrak sosial, halal haram, kedudukan masjid, agama Islam dan yang terbaru kesucian kalimah Allah itu sendiri. Semoga dengan tahun baru yang mendatang, rakyat bukan Islam akan cuba & semakin dapat memahami apakah kedudukan Melayu dan kandungan ajaran Islam itu sendiri..

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails