Friday 4 December 2009

Mendakwa Mesti Ada Bukti


Mendakwa mesti ada bukti, jangan main cakap atau tulis sahaja..



Sekarang ni macam-macam bentuk tuduhan yang kita dengar. Daripada sesiapa sahaja. Baik daripada orang kebanyakan sampailah ke peringkat di atas. Kalau dalam kelompok aliran politik (di bawah kadang kala lagi teruk berbanding di atas) bermacama-macamlah tuduhan kepada pihak yang sebelah sini kepada pihak yang tidak sealiran dengan mereka. Dia tuduh itu dan ini. Bagi saya mudah sahaja. Bila ada tuduhan kemukakan bukti bersama. Barulah tertegaknya kebenaran kepada tuduhan itu. Kalau tiada bukti tak payah cakaplah, simpan sahaja dahulu dalam poket. Bila dah ada cukup bukti dan asas, barulah keluarkan semula dari poket tu ;) Masalah besar sekiranya orang yang menuduh kadangkala membuat tuduhan melulu sahaja. Main tembak saja, kalau kena dia bernasib baik, kalau tak kena dah boleh menjadi fitnah akan tuduhan tu nanti.. Berdosa.. Kita kadang-kadang menuduh atas fakta yang kita pinjam daripada cakap-cakap orang lain tanpa kita melihat dan mengetahuinya betul-betul. Kurangkan aktiviti tuduh menuduh dan menyalahkan yang lain ini dan segera perbaiki diri untuk berkhidmat kepada orang lain. Itulah harapannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Salam. Teman minta izin singgah. Pemerhatian & komen sdra amat wajar. Mudah & bernilai tinggi. Tapi entah ngape gamaknye mereka tak renti tuduh menuduh, umpat mengumpat, caci mencaci. Pasal kuasa & $ la kot. Saya tergeletek hati lihat gambar tulisan Bismillah dlm bentuk kapal layar + bulan di ruang papar blog sdra.

    ReplyDelete
  2. Saya macam pernah nampak bulan seperti tu. Cuma kebelakangan ni disebabkan hujan sentiasa turun, jadi tak beberapa nampak dan kelihatan cerah ;)

    ReplyDelete
  3. Tuan Temuk,
    Gambar tu sekadar hiasan semata-mata. Setiap perjalanan dan pelayaran hidup ni kena dimulakan dengan Bismillah. Bulan memberikan cahaya dalam kegelapan.
    Sekadar menulis untuk mengingatkan diri sendiri juga..hehe

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails