Thursday 12 November 2009

Dr Asri


Dalam seminggu ni beliau amat popular sejak peristiwa kejadian penangkapan beliau kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor. Saya tidak mengenali beliau secara dekat, begitu juga ramai lagi yang lain.. tetapi sedikit sebanyak kita dapat mengenali dan memahami pemikiran beliau berdasarkan pandangan, hujah dalam penulisan dan ceramahnya. Saya memang kurang membaca penulisannya cuma adalah sikit-sikit terbaca.. Saya memang rajin pinjam buku tapi sedikit malas dalam membaca ;) Di ketika ini beliau memang saya lihat telah membina namanya dan pengaruhnya tersendiri dalam bidang dakwah Islam di Malaysia.




Seperti kebiasaanya natijah kelantangan suara yang berani akhirnya membuka mata dan telinga pihak yang mungkin rasa bertanggungjawab untuk bertindak dan dapat melihat fenomena Dr MAZA ini dengan skop yang besar serta demi kepentingan ummah khusus di Malaysia. Apa pun ketidaksamaan pendapat antara beliau dan tokoh-tokoh agama lain diharapkan ianya tidak berterusan dan dapat diberikan penjelasan seadilnya kepada segenap golongan masyarakat. Di dalam masyarakat kita ada pelbagai tingkat pemahaman dalam ilmu Islam.. Ada yang tinggi ilmu, sederhana, rendah dan tak kurang juga yang mungkin tiada ilmu langsung (jahil).. Dapatlah sekiranya isu membabitkan Dr Asri dan JAIS ini tidak akan menambahkan lagi pandangan negatif masyarakat bukan Islam kepada ummat Islam itu sendiri..

Ada kedengaran ura-ura untuk beliau menyertai parti politik. Tak pasti ke sebelah mana.. Harap beliau dapat memberikan apa yang terbaik demi kepentingan semua.. Saya (orang biasa) melihat beliau lebih molek dan sesuai berada dalam arena akademik kerana ia memberikan beliau lebih keselesaan dalam bersuara, memberi pandangan dan berhujah.. Hujah daripada individu dari bidang akademik lebih dilihat neutral dan seimbang berasaskan fakta, data dan hujah mereka tersendiri tanpa dipengaruhi fahaman dan teras perjuangan mana-mana parti.. Masyarat boleh lebih cepat untuk maju sekiranya dipandu dengan ilmu yang sentiasa membina.. Buang yang keruh ambil yang jernih..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails