Monday 30 November 2009

Nampak Kecil Sahaja Tetapi Cuba Kita Amalkan


Tajuk ini bukan bertujuan untuk menyinggung sesiapa.. hanya untuk berkongsi pandangan berdasarkan pemerhatian sahaja juga hasil teguran orang yang lebih tua daripada saya.. Dalam kehidupan kita tidak dapat lari untuk berdepan dengan perkara yang BESAR dan keciL.. Ada masalah besar.. ada masalah kecil... Ada duit besar dan ada duit kecil... Ada orang besar dan ada orang kecil.. Ada projek besar dan ada projek kecil.. Begitu juga dalam penulisan blog.. Ada isu besar dan ada isu yang kecil.. Sekarang saya tuliskan beberapa perkara yang kecil.. nampak amat kecil tetapi.. mungkin harapnya jangan diperkecilkan lagi oleh kita..

Lihat perkara-perkara kecil berikut :

1. Minum menggunakan tangan kiri - Gunalah tangan kanan, bukankah nampak lebih sopan. Kalau nak juga juga guna tangan kiri, sokong dengan tangan kanan sekali..

2. Kencing berdiri - Salah caranya tu.. kalau di tandas awam tu, sebolehnya gunalah bilik yang disediakan (tertutup kan tiada sesiapa pun akan nampak gaya anda beraksi)

3.Potong barisan - Ketika beratur tak kiralah dimana-mana pun beri keutamaan kepada orang lain dihadapan anda. Kalau pun dia terpaku jemput dia masuk barisan, jangan terus berada di depannya sahaja..

4. Berludah - Elakkan meludah di tempat-tempat awam yang ramai orang.. buang di tempat yang sesuai dan cuba pastikan bukan didepan orang lain yang melihat.. barulah "macho"..

5. Cakap dengan suara tinggi - Kita tahu suara anda mempunyai tahap "volume" yang agak tinggi.. amat sesuai bila menyanyi.. tapi bila berkata-kata atau bersembang, slowkanlah sikit.. Rasanya tidak susah untuk mengawalnya.. Kadang-kala ia memang boleh mengganggu kosentrasi rakan-rakan dan orang lain terutamanya yang sukakan ketenangan dan suasana "diam".

6. Muka masam di kaunter - Tidak kira apa sahaja kaunter yang anda ditugaskan, mulakan dengan senyuman.. kalaupun gigi kita tidak cantik susunannya, cuba senyum dengan paling ringkas pun cukup untuk menyambut pelanggan kita ;)

7. Anda minat sangat musik anda - Belum tentu orang lain (terutama di pejabat) juga meminati musik anda, jadi perlahankan sedikit.. jika nak bagus lagi guna "earphone".

8. Menguap - Tutup dengan tangan jangan dibiarkan terlopong.. Jika menggunakan tangan kanan, gunakan tapak tangan dan jika menggunakan tangan kiri, gunakan belakang tapak tangan..

9. Salam dan lihat pada mata - Jangan sedang bersalam dan mata toleh ke lain..

10. Penuh dan luruskan saf - Ketika untuk memulakan solat berjemaah, sila pastikan kedudukan berdirinya diri anda dengan jemaah lain lurus.. Jangan macam ular.. Jangan berdiri sahaja, tetapi perhatian kaki dan tumit anda, jika kawan disebelah tak selari, jangan takut untuk tegur.. kalau dalam saf pertama masih ada kosong penuhkan dahulu sebelum dibentuk saf atau baris kedua..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Perkara 10. Kalau boleh para imam, bagilah sedikit masa sebelum memulakan solat untuk bagi peluang kepada jemaah terutama wanita memenuhkan saf. (Ketika solat sunat hari raya misalnya)

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails