Thursday 31 December 2009

Selamat Tinggal 2009.. Selamat Datang 2010....


Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya kurang daripada 15 jam lagi. Pelbagai corak dan warna perjalanan kehidupan yang kita lihat dalam sepanjang tahun ini. Pelbagai suka, duka, tekanan, kesulitan, kemusykilan, jatuh bangun, kepelikan, kesedaran, harapan, keputusan, perbincangan, forum, slogan, kempen, acara dan macam-macam lagi.





Dalam konteks Malaysia, saya melihat secara keseluruhannya Malaysia mengalami banyak pengalaman dan peristiwa yang memberi pengajaran dan panduan kepada semua baik kepada individu, keluarga, ketua masyarakat, peniaga, penjawat awam, pihak swasta, ahli korporat, “bloggers”, para pemikir, ahli akademik, ulama, parti politik, kerajaan, serta barisan kepimpinan Negara untuk lebih yakin dan bertanggungjawab menghadapai tahun 2010.

Tahun 2009 ini kita melihat pelbagai isu politik yang dihampurkan untuk tatapan dan penilaian rakyat baik dalam isu politik wang, perpecahan, tuduh menuduh dan sebagainya. Sehingga ke saat ini pun masih tidak sunyi di mana-mana media isu politik dan orang politik diperkatakan.

Dalam membela nasib rakyat, KPI dan NKRA telah diperkenalkan kerajaan. Perbincangan dan pembentangan telah ada tetapi mungkin ia lebih kepada butiran di atas kertas. Pada 2010 tentunya rakyat mahu melihat lagi kesannya yang terus kepada mereka. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berpendapatan tinggi tentunya adalah satu cabaran yang besar.

Pada tahun ini juga kita melihat beberapa kejadian dan tragedi yang berlaku yang turut mengorbankan nyawa. Bencana alam, tanah runtuh, kemalangan dan sebagainya. Aktiviti jenayah yang bermacam-macam taktik dan kekejaman nampaknya masih kita takuti dan kesalkan.

Fenomena di internet seperti facebook dan blog pada tahun ini turut lebih diketengahkan. Ianya adalah media yang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin. Ruang perbincangan dan jaringan manusia semakin luas dan dekat. Sudah ramai yang telah menyertainya. Ramai yang aktif dan serius memperkatakan isu-isu semasa serta ramai juga yang sekadar suka-suka dalam mengendalikannya. PM sendiri telah ada di facebook ;)

Segala tindak tanduk kita mungkin memberikan kesan samada baik, kurang baik ataupun tidak baik kepada masa hadapan. Ingatlah segala tindakan kita seharian akan dicatatkan markah. Tidak kiralah siapa kita dan dimana kedudukan kita.. masing-masing ada tanggungjawab yang harus dipikul dengan sebaiknya. Kalau memikul terlalu berat kita akan rebah juga nanti. Kalau memikul terlalu ringan itu tidak adil. Dan kalau tidak memikul langsung kita akan diketepikan nanti. Perlu ada keseimbangan dan berhati-hati dalam melakarkan sejarah kita ;) Apa pun yang pentingnya ialah mutu perkhidmatan kita.. apabila orang puas hati maka itu BAGUS!

Semoga azam yang kita tetapkan pada tahun hadapan lebih jelas dan realistik yang turut memberi manfaat kepada semua. Teguhkan prinsip diri kita, berusaha dengan rajin dan sentiasa bersemangat. Semoga Malaysia lebih maju, dingin, aman, sejahtera, indah, bersih ceria dan mendapat rahmat daripada Allah sampai bila-bila. InsyaAllah. Selamat Tahun Baru 2010.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 30 December 2009

Cukai Kad Kredit


Cukai kad kredit nampaknya mungkin boleh menjadi isu... Kerajaan mengumumkan cukai keatas setiap kad kredit utama dengan bayaran RM50 dan bagi kad kredit tambahan ialah RM25 untuk satu kad. Apapun keputusan dan dasarnya di sini saya merasakan ia akan memberikan beban kepada mereka yg berkenaan.

Saya bukanlah ahli atau arif dalam bidang perbankan, tetapi sebagai orang yang "biasa-biasa", saya pelik kenapa masih boleh wujud cukai seperti ini dikenakan kepada pemegang kad yang sebelum ni kita tahu telah sedia banyak kes dan kesulitan pemegang kredit kad dalam mengurus dan melangsaikan hutang dan bil mereka. Pendek kata, pihak bank masih mengekalkan statusnya yang terus "KAYA RAYA"... makin kaya dan kaya raya.. Golongan "mudah miskin" pula menjadi semakin sengsara...




Akhirnya, suka untuk saya berkongsi tips panduan penggunaan kad kredit dengan meminjam tips daripada Blog Kesatuan Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia : http://kpprsm.blogspot.com/2009/11/tips-penggunaan-credit-card.html untuk pengetahuan dan manfaat kita bersama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 28 December 2009

Tragedi Bas Ekspres


Malang tidak berbau.. Itulah yang saya dapat fikirkan apabila membaca tajuk akhbar berkaitan tragedi bas ekspres yang meragut 10 nyawa. Salam Takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.. Moga mereka cekal, kuatkan semangat dan sabar dalam menghadapi ketentuan olehNYA. . Kadang kala kita telah bersedia dengan pelbagai persediaan itu dan ini tetapi apabila sesuatu itu telah TERTULIS, tiada apa yang dapat mengubahnya.

Cuma, sebagai manusia mungkin kita masih boleh berikhtiar untuk berfikir bagaimana dimasa-masa hadapan tragedi seperti ini dapat dielakkan secara yang lebih berkesan. Kita melihat PUNCAnya di sini adalah pemandu terlelap. Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila kita terlalai hanya 2 saat sahaja kemalangan boleh berlaku. Timbul keadaan dan rasa mengantuk pada pemandu memang amat tinggi di waktu malam, terutamanya di sebelah tengah malam dan awal pagi.





Mungkin pihak yang berwajib boleh memikirkan dan mempertimbangkan seeloknya adakah masih wajar perjalanan bas ekpres pada waktu malam. (selepas jam 12 tgh malam hingga ke Subuh). Tubuh manusia saya fikir dijadikan untuk berehat diwaktu dan saat itu dan bukannya untuk berjaga dan bekerja. Lebih-lebih lagi kerja yang melibatkan penumpuan dan fokus (yang perlu 100% tumpuan mata). Bagi pemandu bas ekspres, mereka membawa puluhan nyawa setiap malam dalam jangkawaktu yang mungkin panjang lebih 3 jam..  Penumpang bergantung keselamatan kepada pemandu bas dalam waktu itu.. Ini tak sama dengan pilot yang membawa kapal terbang  yang boleh menetapkan autopilot membawa penerbangan mengikut haluannya.

Sebaiknya bagi saya, bagi perjalanan jarak jauh kerajaan atau mana-mana pihak yang berkenaan harus menggalakkan masyarakat untuk menggunakan keretapi. Tetapi SEBELUM itu!! Bukanlah dengan standard keretapi yang ada seperti sekarang... yang agak kurang memuaskan saya rasa. Perlu satu transformasi penggunaan keretapi yang lebih cekap, selesa, selamat, pantas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kemudahan yang setidaknya hampir setara dengan R&R yang ada di Lebuhraya PLUS ;) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 24 December 2009

Menjaga Nama Baik





Tulisan saya sebelum ini memperkatakan tentang label. Kali ini saya cuba menulis tentang  nama pula. Nama adalah pengenalan siapa kita. Setiap benda dan perkara ada namanya. Kalau anda boleh cari satu perkara yang tiada nama.. cuba nyatakan di sini ;) kalau ada anda memang hebat!!

Semua perkara.. baik manusia, haiwan, alam, organisasi, produk, kumpulan dan apa sahaja mesti ada nama tersendiri. Di dalam bidang perniagaan ada istilah penjenamaan. Ini menunjukkan betapa penting NAMA itu pada sesuatu BENDA dan PERKARA. Ini bermaksud nama amat memainkan peranan dalam menentukan prestij dan identiti sesuatu perkara.

Cuma tujuan saya menulis di sini adalah untuk menyuarakan kepada sesiapa sahaja janganlah dek kerana kebencian dan ketidakpuasan kita kepada sesuatu yang berada di bawah NAMA itu, kita mencalarkan namanya. Paling sedih kita yang bernaung di bawah sesuatu NAMA itu dan kemudiannya kita sendiri mencalarkan NAMAnya. Kita kadangkala dengan sengaja mencalarkan NAMA kita sendiri... Janganlah begitu...Teringat di zaman budak-budak dulu, suka baca komik yang ada watak.. PENDEKAR Tanpa NAMA ;))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 22 December 2009

Jangan Biarkan Diri Anda Dilabel Sedemikian Rupa






Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, saya ada membaca dan memerhati perkara yang berada di sekeliling yang berkaitan dengan pandangan seseorang kepada seseorang yang lain. Manusia ini saya fikir suka menilai sesuatu yang ada di depannya. Jika ada sesuatu tugasan yang diberikan oleh bos kepada kita yang pertama sekali kita akan cuba melihat nilai tugasan yang diberikan. Adakah ianya susah, senang, menyeronokkan, tidak seronok, membebankan dan sebagainya. Apabila kita berinteraksi dengan seseorang, dalam fikiran kita akan berlegar-legar percubaan untuk menilai samada orang itu baik, ikhlas, jujur, selesa, marah atau ada apa-apa perasaan terhadap kita. Setiap daripada kita juga sebenarnya saya fikir membawa label dan nilai yang tersendiri yang dibawa setiap hari.

Samada kita dilabelkan sebagai seorang yang positif  ataupun negatif, kebiasaannya kita TIDAK TAHU dan TIDAK PASTI kerana label itu hanya berada dalam kotak fikiran individu yang kenal dan berinteraksi dengan kita. Setiap daripada kita yang telah ada membawa label-label diri yang positif itu Alhamdulillah.. tetapi bagi kita yang masih terlekat dengan label yang negatif pula, cuba-cubalah cari jalan menanggalkan label negatif itu..  

Jika kita tidak peduli apa yang orang kata dan fikirkan, mungkin kita selesa dan boleh menjadi tenang, tetapi jika kita peduli apa yang orang kata dan fikirkan tentang kita, tentunya kita menjadi kurang selesa dan sering diselubungi keresahan dan tidak yakin pada diri..

Akhirnya, kepada tuan puan.. jika ada masalah jangan malu dan segan untuk meluahkan kepada sesiapa sahaja. Luahkan kepada rakan-rakan, pasangan atau sesiapa sahaja... paling mudah sekarang ni ialah di facebook :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 21 December 2009

Bekerja Dari Rumah.. Bagus tu...


Program perintis bekerja dari rumah oleh 39 pelukis pelan JKR dilihat satu percubaan yang penuh bersejarah oleh kerajaan. Saya melihat ianya amat sesuai dan kena pada waktunya. Dengan cara bekerja sesetengah bidang tugas yang hanya perlu duduk di meja dan fokus kepada monitor, mouse dan keyboard, tentunya bekerja di rumah adalah satu pendekatan yang lebih mendatangkan hasil yang memberangsangkan (jika mereka yang berkenaan benar-benar amanah dan berintegriti).

Banyak faedah yang diperolehi secara langsung dan tidak langsung jika cara bekerja ini dipraktikkan sebaiknya. Antaranya :

1. Penjimatan duit untuk kos perjalanan seperti petrol, tol dan selenggara kenderaan.
2. Penjimatan kos di pejabat. Elektrik dan air.
3. Penjimatan masa yang dihabiskan di atas jalan raya.
4. Penjimatan perbelanjaan untuk makan diluar.
5. Penjimatan penggunaan alat kosmetik ;)
6. Daya tumpuan akan lebih tinggi dengan tiada angguan dari persekitaran.
7. Ada ruang untuk rehat setelah penat memberikan fokus kepada kerja.
8. Aspek penilaian dapat diasaskan kepada hasil kerja dan produktiviti.

Walau bagaimanapun pilihan bekerja di rumah ini kurang praktikal dan kurang sesuai bagi mereka yang berada dalam situasi seperti ada anak kecil yang perlu dijaga serta bagi mereka yang memiliki ruang di rumah yang sempit, tidak kemas dan kurang kondusif untuk bekerja.



Semoga percubaan selama 3 bulan ini memberikan keputusan yang baik dan dapat diperluaskan sehingga ke tempat saya bertugas ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 18 December 2009

Menambahbaik Sistem Pengangkutan di Lembah Kelang

Salah satu daripada sasaran NKRA adalah untuk mensasarkan lebih kurang 1/4 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012. Ada pendapat yang mengatakan memang agak mustahil untuk rakyat mendapatkan akses kemana-mana dengan sempurna melalui pengangkutan tanpa perlu banyak berjalan. Saya kurang setuju.. Bagi saya, jika rakyat di negara ini yang telah selesa menggunakan kenderaan sendiri (ada air-cond yang nyaman) walaupun berada dalam jem... diberi pilihan dan galakan untuk menggunakan pengangkutan awam dan kemudiannya perlu berjalan-jalan (yang mungkin jauh) untuk ke destinasi yang dituju tentunya ia bukan perubahan yang dikehendaki.

Kita tidak boleh membandingkan Malaysia dari segi pengangkutan dan perjalanan kaki dengan negara-negara maju lain seperti di Eropah dan Jepun yang mana iklim dan persekitaran mereka SEJUK. Faktor cuaca itu sebenarnya adalah isu bagi saya. Di Jepun mereka boleh berjalan kaki sejauhmana pun sebab iklimnya dingin. Berbanding di Malaysia nak jalan kurang 1 km pun dah berpeluh satu badan.. memang tak selesa. Pendapat saya adalah lebih wajar pihak berwajib memikirkan kaedah seperti berikut:

Katakan saya menetap di Padang Jawa, Klang dan ingin ke destinasi di Bangunan RISDA di Jalan Ampang, KL (Tiada stesen LRT.Putra.Monorel)

1. Kerajaan atau konsortium pengangkutan pertama sekali perlu menyediakan train gerabak komuter yang secukupnya untuk mereka yang tinggal diluar KL masuk ke KL. Setiap stesen di dalam KL perlu lengkap dengan integrasi pengangkutan bas dan teksi.

2. Saya bermula dengan meletak kenderaan di stesen Padang Jawa. Perlu ada kompleks tempat letak kenderaan di stesen Komuter Padang Jawa yang cukup luas dan mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan di Padang Jawa. Berjalan di kawasan ini taklah berpeluh badan. Nak cantik lagi berbumbung tidaklah panas kereta di situ berjemur setiap hari.. Cuasa semakin PANAS sekarang ni..

3. Saya menaiki komuter hingga ke KL Sentral ataupun kemana-mana stesen yang paling dekat dengan bangunan RISDA.

4. Kemudian saya menggunakan khidmat bas atau teksi (Disediakan mengikut zon dan laluan tertentu).

5. Natijahnya, disebabkan ramai orang di luar KL yang melalui langkah 2 hingga 4 di atas, jumlah kenderaan akan berkurang dan sistem pengangkutan di KL menjadi lebih cekap.





Secara ringkasnya kombinasi infrastruktur stesen komuter di luar KL yang meluas, rangkaian laluan dan kecukupan bas dan teksi yang memuaskan di stesen dalam KL akan boleh merubah sistem pengangkutan di KL ke arah lebih ramai rakyat memilih perkhidmatan awam. Begitulah komen saya untuk tatapan para pembaca sekalian :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 16 December 2009

Sea Games Laos

Berita gembira buat peminat sukan negara apabila skuad bola sepak telah berjaya ke final. Sama-samalah rakyat Malaysia menyokong dan mendoakan kejayaan atlet Malaysia di sana. Malaysia Boleh!! Bola sepak tidak dinafikan sebagai sukan nombor 1 di Malaysia walaupun dipersada dunia dan Asia di kala ini kita tidak berada di tahap yang membanggakan. Untuk mencapai tahap dalam lingkungan pasukan terbaik dunia rasanya satu impian yang boleh dilakukan ( walaupun amat sukar & terlalu tinggi ) hanya perlu ada impian yang jelas, perancangan awal dan pendekatan jangka panjang yang penuh teliti dan sabar seperti hasil pasukan Jepun dan Korea sekarang. Apa pun saya melihat Malaysia harus mencapai dan berada dalam kelompok terbaik di peringkat Asia dahulu dan yang terbaik di peringkat Asia Tenggara.

Saya hanya mengutarakan pendapat sahaja disini, bukan untuk mengkritik sesiapa. Pihak yang bertangungjawab dan ada peranan dalam pembangunan sukan negara boleh memikirkan untuk bagaimana membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi daripada sekarang khususnya dalam sukan-sukan tertentu.

Bagi saya yang daif ini, di dalam sukan ada 2 bentuk sukan iaitu yang bercorak dan berasaskan faktor fizikal dan ketangkasan dan yang satu lagi berasaskan kemahiran dan daya tumpuan.. Memandangkan tubuh orang Malaysia yang agak kecil dan sederhana jika dibandingkan dengan susuk dan standard atlet dunia, Malaysia harus menekankan dan menambah fokus kepada jenis-jenis sukan yang lebih sesuai dan sepatutnya mampu oleh atlet kita meraih kemenangan..




Sukan seperti ragbi, bola sepak, olahraga, bola tampar dan bola keranjang misalnya tidak akan boleh (sukar) membawa Malaysia di tahap kelompok terbaik dunia.. Tetapi sukan-sukan lain yang tidak bergantung sangat kepada susuk fizikal harus dititiberatkan. Apa yang penting ketajaman kemahiran, ilmu, fokus, latihan, latihan, latihan dan "LATIHAN".... Antara sukan-sukan ini adalah seperti ping pong, bowling padang, billiard, memanah, golf dan juga permotoran F1 ;)

Sukan seperti badminton, sepak takraw, hoki, bowling, skuash sepatutnya dicari pelapis sebanyak yang mungkin dan berterusan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 14 December 2009

Potong.. Sila Potong.. Potonglah...

Setiap hari dan dimana jua sekarang ini kita akan dapat lihat dan dengar iklan potong P1 WiMaX.. Boleh dikatakan ia iklan paling popular sekarang ni.. Potong wayar dan potong kos!.. Apabila mendengar perkataan 'POTONG' tu, saya terfikir... ada satu perkara yang berada disekitar kita yang harus sentiasa dipotong.. iaitu rumput!! RUMPUT yang tidak dipotong memburukkan pemandangan. Cuba anda lihat dua gambar di bawah.. Inikah lanskap yang hendak dihidangkan kepada pelancong & juga masyarakat kita sendiri?

1. Laluan saya pergi dan balik kerja setiap hari.





2. Di sebuah taman perumahan awam yang sudah ada penduduk di blok bersebelahan..




Mungkin pihak PBT dan mereka yang berkenaan harus main peranan lebih aktif untuk memotong rumput yang hidup subur menghijau ini.... Janganlah hendak hijaukan bumi sehingga lewat sangat untuk dipotong ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 10 December 2009

WATAK KITA


Setiap hari kita dapat melihat di TV para pelakon memainkan watak mereka dalam cerita dan filem yang dilakonkan. Mereka berjaya melakonkan watak yang bukan watak sebenar diri mereka. Memang saya tabik kepada mereka kerana dikurniakan bakat yang besar untuk menjadi ‘orang lain’. Bayaran yang mereka perolehi juga kadangkala amat tinggi untuk sesuatu peranan dalam cerita itu. Kalau di Hollywood, Bollywood atau mana-mana wood-wood lagi mereka mendapat bayaran yang memang agak lumayan. Tak hairanlah kenapa ramai yang amat berminat untuk menceburi bidang ini. Penuh duit di kocek dan penuh glamour..



Beralih ke dunia realiti yang sebenar.. Kita juga merupakan pelakon-pelakon yang memegang watak kita masing-masing di atas pentas dunia yang luas ini.. Tak kurang juga yang tidak menonjolkan watak sebenar sebaliknya meminjam watak-watak lain di luar diri mereka..

Manusia biasanya juga akan memilih satu watak untuk dijadikan ikutan dan model kepada dirinya. Orang yang dikagumi dan dihormati oleh kita biasanya akan menjadi ikutan diri kita. Golongan anak-anak yang kecil lagilah mudah untuk mengikut apa yang dilihatnya. Peranan kita yang dewasa pula memastikan watak siapa yang diikutnya. Memang satu cabaran besar. Kalau ikutan itu baik maka, ada kemungkinan baiklah kita jadinya dan begitu juga sebaliknya. Apapun watak yang ada, yang pentingnya kita perlu tahu apakah tujuan dan matlamat kita berada di dunia ini, cuma kadangkala kita tidak beberapa nampak jalan yang benar ke arah matlamat yang dituju itu.

Kesimpulannya, pelbagai watak ada disekeliling kita di atas dunia ini. Ada baik dan ada jahat.. Ada hitam ada putih.. Kita pilih sahaja antara dua. Saya mengingatkan diri saya agar memainkan watak yang baik dan pilih jalan yang benar. Tidak kira siapa dan apa peranan dan tugas kita, pastikan watak kita putih dan melalui tindakan yang betul mengikut skrip perjalanan yang telah dipandu Kitab dan RasulNYA..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 7 December 2009

Dr Asri Berhasrat Berdakwah di Pusat Hiburan

Pendekatan untuk Dr Asri untuk berdakwah ke pusat-pusat hiburan seperti disko saya fikir adalah satu cabaran hebat kepada pihak berkuasa Islam terutamanya yang berperanan untuk menjalankan dakwah di negeri yang berkenaan. Rasanya ini adalah satu lagi contoh idea kreatif yang mungkin akan memberikan hasil yang lebih baik yang mungkin tidak terfikir pun oleh kita. Tentunya Dr Asri ada resepi dan kaedah dakwahnya tersendiri di sana nanti sesuai dengan tempatnya. Almaklumlah, yang berada di tempat berkenaan tu bukanlah seperti pendengar-pendengar ceramah di surau-surau di masjid-masjid yang rata-rata telah sedia, rela, taat dan ikhlas mendengar ceramah dan dakwah yang disampaikan. Apapun saya yakin dengan kredibiliti yang ada pada beliau dan dengan keizinanNYA, insyaAllah Dr Asri boleh membawa sesuatu perubahan yang baik.

CARA berdakwah seperti sekarang ini rasanya pendengarnya hanya oleh mereka yang berminat sahaja dan tergerak untuk mengikutinya. Bagi yang lain yang tidak berminat, langsung sesuatu dakwah dan pengajaran agama itu dibiarkan begitu sahaja.. Mungkin cara dakwah yang lebih halus, bijaksana dan terkehadapan boleh diamalkan oleh para pendakwah yang tujuan utamanya adalah sekurang-kurangnya untuk memberikan kesedaran awal bagi mereka yang telah jauh atau sedikit menyimpang dari landasan Islam yang sepatutnya.





Dalam masa terdekat juga akan diadakan Minggu Halal dan Pelancongan Islam oleh kerajaan dan kenapa tidak.. dapat diadakan juga nanti Minggu Dakwah Islam di negara ini.. ataupun Hari Dakwah Islam pada setiap Tahun.. Aktiviti bukan sahaja akan tertumpu di masjid-masjid ataupun Pusat Islam tetapi diperluas sehingga ke pusat-pusat tumpuan ramai.. Di Pasar Tani (Hari Ahad) di Stadium Shah Alam untuk beberapa ketika pernah diadakan ceramah bebas oleh Ustaz-Ustaz tertentu.. Ini adalah contoh dakwah yang lebih dekat kepada golongan sasaran cuma mungkin masih kurang sambutannya dek kerana pengunjung sedang sibuk membeli barang keperluan untuk dapur ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 6 December 2009

Kenapa Bosan dan Boring





Dalam facebook kebelakangan ini, ada diantara rakan sahabat yang menyatakan keadaan mereka.. Bosan dan boring.. macam-macam yang diboringkan.. duduk di rumah boring.. cuti boring.. kerja pun boring..  Saya bukanlah pakar motivasi ataupun penasihat ke aper, cuma rasa tergerak untuk memberikan pendapat di ruang ini bahawa betapa kasihannya dan ruginya kita kalau kita memboringkan diri kita selama mana kita diberikan kesempatan dan masa ketika serta ruang untuk hidup di atas dunia ini. Kenapa kita mesti boring dengan segala nikmat yang diberikan? Lihat sahaja kepada nikmat-nikmat pancaindera kita. Ianya sahaja tidak patut dapat membuatkan kita hadir dan berada dalam kepada situasi dan keadaan bosan dan boring tadi.. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan di dalam dunia ini (yang tidak memboringkan bagi saya).. cuma perkara itu, ringan dan berat, mudah dan susah, kecil dan besar sahaja. Mungkin boring tu kerana tidak tahu melakukan apa-apa ataupun kerana banyak masa yang ada tidak tahu untuk apa dilakukan.. Banyak sebenarnya kerja yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kebosanan.. Tips daripada saya : Jika faktor A yang membuatkan kita boring, ambil tindakan yang bertentangan dengan faktor A. Selagi ianya tidak melanggari peraturan dan syarak teruskan.. Kita sebenarnya yang memilih untuk boring..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 5 December 2009

Roh dan Jasad


Pagi Jumaat semalam di pejabat ada diadakan ceramah agama. Dek kerana sedikit kesibukan kerja, saya sempat masuk setengah jam terakhir sahaja. Rugi benar rasanya untuk ilmu yang setengah jam awal tu. Tajuknya agak menarik kerana penceramah menyentuh tentang roh. Roh dan jasad adalah 2 elemen yang berbeza pada diri kita. Roh berunsur halus dan kita tak nampak, manakala jasad adalah tubuh kita yang kita nampak. Roh yang tenang dan diasuh (diseru dengan kebaikan) boleh mempengaruhi untuk jasad ke arah akhlak yang baik pada diri kita. Contoh : Dalam mendidik anak yang nakal, jangan kita gunakan pendekatan yang jahil terhadap anak iaitu menyakiti jasad seperti memaki hamun, merotan dll. Sebaliknya cuba kita guna pendekatan mendidik rohnya dahulu. Dikala tidurnya seru diubun-ubunnya.. Katakan kata-kata nasihat dan surah-surah dari Quran dan niatkan untuk mendidik anak berkenaan.. Jangan kita biarkan roh kita sentiasa lemah dan sakit kerana masalah besar nanti sekiranya roh yang sakit tu akan memandu diri dan jasad ke arah kemungkaran. Menjaga jasad yang zahir tidak sesukar menjaga roh. Wallahualam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 4 December 2009

Mendakwa Mesti Ada Bukti


Mendakwa mesti ada bukti, jangan main cakap atau tulis sahaja..



Sekarang ni macam-macam bentuk tuduhan yang kita dengar. Daripada sesiapa sahaja. Baik daripada orang kebanyakan sampailah ke peringkat di atas. Kalau dalam kelompok aliran politik (di bawah kadang kala lagi teruk berbanding di atas) bermacama-macamlah tuduhan kepada pihak yang sebelah sini kepada pihak yang tidak sealiran dengan mereka. Dia tuduh itu dan ini. Bagi saya mudah sahaja. Bila ada tuduhan kemukakan bukti bersama. Barulah tertegaknya kebenaran kepada tuduhan itu. Kalau tiada bukti tak payah cakaplah, simpan sahaja dahulu dalam poket. Bila dah ada cukup bukti dan asas, barulah keluarkan semula dari poket tu ;) Masalah besar sekiranya orang yang menuduh kadangkala membuat tuduhan melulu sahaja. Main tembak saja, kalau kena dia bernasib baik, kalau tak kena dah boleh menjadi fitnah akan tuduhan tu nanti.. Berdosa.. Kita kadang-kadang menuduh atas fakta yang kita pinjam daripada cakap-cakap orang lain tanpa kita melihat dan mengetahuinya betul-betul. Kurangkan aktiviti tuduh menuduh dan menyalahkan yang lain ini dan segera perbaiki diri untuk berkhidmat kepada orang lain. Itulah harapannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 3 December 2009

Sakit Hati ( Dendam )

Dendam boleh dianggapkan sebagai satu penyakit dan binatang yang amat jahat. Ia perlu ditendang jauh-jauh.. Kalau boleh dipijak, pijakkan betul-betul dengan tekanan yang kuat sampai ia penyek.. Tapi janganlah sampai kita memijak benda yang bukan dicipta untuk dipijak. Takut jadi trend pulak nanti, kita saling pijak memijak..pijak kepala ataupun pijak gambar :))

Dendam terbit dan bermula daripada perasaan marah.. Perasaan marah itu sebenarnya tidak bertahan lama.. Hanya beberapa minit sahaja.. Ianya akan reda sendiri setelah berlalunya masa dan ketika.. Ia reda tetapi ia tidak akan hilang begitu sahaja.. Ia akan hilang setelah hadirnya kemaafan... Kemaafan yang penuh ikhlas dan luhur sahaja akan dapat melenyapkan bara kemarahan tadi..

Malangnya jika tiada langsung unsur kemaafan yang dicari sebaliknya dikutip satu persatu benih-benih kebencian.. Akhirnya dendam terus menjadi tebal di dalam hati. Kita nampak orang yang kita dendami itu yang rugi tetapi kita juga yang rugi sebenarnya kerana membiarkan diri dan hati dimakan penyakit dendam itu sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 1 December 2009

Mengembalikan Kegemilangan Umat


Antara yang sempat dipetik daripada Buku Berjihad Menerusi Tulisan oleh Saudara Talib Samad adalah :

1. Elakkan sebarang pergeseran politik yang membawa perpecahan umat..
2. Golongan kaya dan berada mesti banyak menderma kepada golongan miskin dan lemah...
3. Para cerdik pandai Islam harus menyebar luaskan ilmu mereka menggunakan semua medium yang ada..
4. Menggalakkan lebih banyak pemikir Islam yang berwibawa dan membawa idea-idea baru yang bernas.
5. Melenyapkan sama sekali perasaan dengki, iri hati dan buruk sangka dalam hati dan sanubari.
6. Mengurangkan hiburan yang melalaikan.. Cukup sudahlah kita dilalaikan dimasa-masa yang lalu..
7. Menggalakkan majlis-majlis ilmu.. Jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja.. Rugi kita...
8. Golongan penulis dan seniman wajar menghasilkan karya yang mampu merubah pemikiran masyarakat..
9. Memperbanyakkan perpustakaan di dalam masyarakat, juga penyebaran buku-buku yang bermanfaat..
10. Membuka pintu ijtihad dan perdebatan isu-isu yang sedang melanda umat dengan lebih terbuka dan positif..

Sama-samalah kita fikir dan renung bersama agar ianya dapat menjadi titik tolak tindakan kita ke arah mengembalikan kegemilangan Islam di tempat yang sepatutnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelancaran di Jalanraya

Pembinaan dan pembukaan laluan baru jalan Seremban ke Kuala Pilah melalui Bukit Putus akan memberikan kelancaran kepada pengguna jalan raya yang datang dari Seremban dan Kuala Pilah. Jalan yang merentasi Hutan Simpan Gunung Angsi, tentunya akan mengurangkan sedikit kesesakan dijalan lama sekarang yang agak sempit dan banyak beloknya. Jalan melalui kawasan hutan tentunya memberikan pengalaman baru kepada kita di sana..

Memang seronok apabila kita melalui jalan baru.. Tetapi kita akan menjadi tidak seronok pula apabila kita melalui jalan lama yang berlubang dan lebih tak seronok lagi bila melalui jalan baru yang juga berlubang dan tidak rata.. Berlubang dalam erti kata boleh menjahanamkan kereta kita.. Almaklumlah bukan murah harga kereta sekarang ni.. Kalau dilanggarnya lubang yang dalam tengah-tengah laju tu mahu bengkok rim tayar tu..




Dalam perjalanan saya ke pejabat setiap hari, perlu diingat setiap check point yang perlu dielak.. Lubang dan jalan tak rata menjadi ancaman utama untuk dielak sebaik mungkin.. Malas cerita panjanglah, silalah tuan puan baca dalam artikel dalam Mingguan Malaysia 2 minggu lalu yang menceritakan keadaan jalan raya kita di Malaysia ni.. Baru turap selepas beberapa hari rosak semula..

Lubang oh lubang kenapalah engkau berada ditengah jalan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...