Monday 18 March 2013

Biarlah "Merentas" Sempadan..




 
Kita tentukan pernah berurusan dengan satu-satu pihak berkuasa untuk sesuatu hal.. dah sampai kita diarahkan pula pergi ke pejabat negeri atau daerah yang berkenaan.. mengarah dengan mulut dan senyuman manis takpelah jugak.. kalau dalam urusan perbankan pun selalunya kena pergi ke cawangan bank yang membuat kelulusan dan transaksi berkenaan. Hal birokrasi ni nampaknya bukan hanya berlaku pada jabatan atau agensi kerajaan sahaja, tetapi pihak swasta juga tidak terkecuali.. Sebagai seorang yang memahami serba sedikit hal ICT dan rangkaian komunikasi, saya faham kenapa situasinya jadi begitu.. Tentu sekali antara sebabnya adalah lokaliti urusan tersebut dibuat di negeri atau cawangan berkenaan. Dalam kata lain, pangkalan data atau database bagi rekod urusan dan transaksi berkenaan berada di cawangan setempat. Data berkenaan tidak berada di pusat data ataupun di Ibu Pejabat. Jadi agaknya apakah isunya di sini?

Isunya disini adalah kepada mereka yang membuat rekabentuk dan arkitektur sistem ataupun proses cubalah berikan kemudahan dan wujudkan saluran agar kebolehsediaan sistem itu lebih baik dengan tidak menghadkan akses hanya mengikut lokasi semata. Bayangkan untuk sesuatu urusan yang mungkin hanya perlu mengambil masa 10 minit perlu menjadi 1 hari akibat terpaksa pergi mengunjungi cawangan pejabat di lokasi lain.

Biarlah segala prosedur yang dirancang itu boleh diuruskan walaupun semasa kita di luar kawasan. Biarkan perkhidmatan yang ditawarkan itu dapat merentas batas sempadan geografi.. Memang untuk merealisasikannya tidak mudah, tetapi ianya tidaklah susah juga ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails