Thursday 28 February 2013

Yang Membezakan Kita & Mereka




Pagi ni semasa dalam perjalanan untuk berkursus di Port Dickson, sempat curi masa untuk tune ke SelangorFM. Cuba nak dapatkan sikit suntikan motivasi di pagi-pagi hari bersama Dr.H.M Tuah Iskandar. Pagi ni beliau membincangkan rumusan dan simpulan yang beliau buat setelah bertemu ramai individu yang hebat dan berjaya. Ringkasnya tiga perkara ini yang paling utama yang membezakan mereka yang hebat dengan mereka yang biasa-biasa:

1. Tak kenal cuti
Kebiasaannya mereka ni memang kuat bekerja. Tidak kenal penat dan nampak letih. Kerja dan usaha memang tidak mengenal masa. Hari bercuti dan hari bekerja sama sahaja. Masa berehat mereka mungkin masa tidur saja ;) Sebut hal bercuti sakit pastinya jarang sekalilah golongan ini mengambil MC (cuti sakit)..

2. Ada tujuan
Orang biasa-biasa hidup dan bekerja hanya untuk keperluan, tetapi orang yang hebat mereka hidup dan berusaha untuk tujuan. Cuba perhatikan kita di mana? Agaknya rata-rata kita ni  hanya memikirkan apa keperluan yang perlu dipenuhi saban hari tanpa menetapkan satu impian dan cita-cita. Patutlah kita dan mereka berbeza ;)

3. Daya tahan tinggi
Diperhatikan mereka ni mempunyai daya tahan diri yang kuat dan mantap.. Mereka boleh tahan apa jua bentuk tekanan dan cabaran yang mendatang. Setakat kena marah sikit-sikit tu takde hal lah.. Mereka menyukai cabaran dan melihat peluang dalam masalah dan bukannya lari dari masalah yang dihadapi. Mereka akan cuba ambil tanggungjawab dahulu bukannya terus mengatakan "Ahh... tak payah!!"

Ringkasnya bagi Dr Tuah - cuba lihat, faham dan jaga tiga perkara ini dulu kalau kita nak jadi orang yang hebat dan berjiwa besar ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails