Wednesday 27 February 2013

Melihat Yang Terbaik





Minggu lepas saya terbaca artikel di akhbar yang menceritakan penemuan dari segi sains dan biologi bagaimana hebat dan berbezanya seorang bintang boleh sepak dunia berbanding pemain-pemain lain. Artikel berkenaan merujuk kepada pemain bola sepak terhebat Cristiano Ronaldo.. Kira-kira setahun yang lalu pernah juga saya terfikir untuk membicarakan tajuk ini di blog, tetapi nampaknya kolumnis akhbar tersebut lebih laju untuk menzahir dan menyatakan perkara ini. Sesungguhnya, kadang-kala kita ada idea tetapi bila kita lambat untuk menzahirkannya.. orang lainlah yang akan meneroka hal itu.. Ketika itu saya menjurus untuk mengetengahkan bagaimana Ratu Skuasy Negara - Datuk Nicol Ann David  boleh berada di puncak dan sentiasa cemerlang sebagai pemain nombor 1 dunia dalam arenanya. Tentunya ada rahsia dan pendekatan yang unik pada diri beliau yang membezakan prestasi beliau dengan pemain lain. Perbezaan inilah yang perlu dikaji dan dicontohi.

Setakat ini, setahu saya dalam bidang sukan di Malaysia, beliau sahaja yang paling hebat dan "maintain" sebagai yang terbaik dalam kelasnya. Saya tidak pasti pernah ada kajian ataupun buku yang menulis tentang kecemerlangan beliau. Kalau dah ada, alangkah baiknya telah dibaca dan diketahui oleh kita terutama sekali para atlit dan ahli sukan. Tetapi kalau belum ada... sesuatu perlu dibuat!!

Bagi pandangan saya, kecemerlangan yang diperoleh oleh beliau tentunya tidak hadir dan terjadi begitu sahaja. Tentu sekali ada faktor, usaha dan pendekatan tersendiri yang dilalui beliau yang mungkin berbeza... Tentu sekali bukan mudah dan banyak kerja keras yang dilalui oleh beliau untuk melayakkan beliau berada di kedudukan sekarang.

Akhir kata, di dalam apa-apa bidang sekali pun saya fikir kita telah ada contoh-contoh ikutan yang terbaik. Untuk mencipta kejayaan mengikut model kejayaan yang sudah adalah lebih mudah daripada kita nak mencipta kejayaan kita yang tersendiri ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails